Ampang Jaya
Di malam hari ketika Farid Husin sudah lena di buai mimpi, Fazura masih lagi duduk di sejadah, dia bertafakur memuji kebesaran yang esa, mulutnya terus menerus memuji kebesaran yang maha kuasa,
Fazura duduk termenung, memikirkan nasidnya nanti, sudahlah tiada pelajaran, dia takut andai suatu hari nanti Farid Husin menceraikannya,
Telekung di buka, Fazura terus melipat sejadah, telekung di taruh di atas almari, dia memerhati seketika Farid Husin di atas katil sebelum keluar dari bilik
Di ruang tamu, Fazura duduk termenung di atas sofa, kata-kata Farid Husin terngiang-ngiang kembali di telinganya, selepas suaminya berkahwin dengan Awaisha Laila nanti, madunya akan tinggal di rumah ini, apakan daya untuk Fazura menghalang kerana itu keinginan suaminya, nak tak nak dia terpaksa menurut,
titisan air mata mula mengalir, semakin lama semakin lebat air mata yang gugur di pipi Fazura, hatinya benar-benar tidak keruan haruskah dia berkongsi bahtera kasih bersama wanita lain, dia juga ada perasaan, walaupun suaminya berkahwin tanpa perasaan cinta, hatinya tetap merasa cemburu
Farid Husin menari nafas, dia berdiri di tengah tangga, diam-diam dia memerhati isterinya menangis, hatinya serba salah, tetapi egonya tetap ingin meneruskan perkahwinan dengan Awaisha Laila supaya dia dapat melunaskan dendamnya dan sekarang dia harus berani untuk menanggung risiko, dia tidak peduli pada kemarahan yang di lontarkan padanya nanti,"
"Maafkan abang Zura, untuk kali ini saja, tolonglah pecayakan abang,"
Bisik hati Farid Husin sebelum dia mengayun kakinya untuk naik ke atas semula
**
Setelah Seminggu berlalu
Seluruh bangunan Teguh holding sekali lagi menjadi gempar, belum pun reda berita mengenai Farid Husin di tangkap basah dengan Awaisha Laila, timbul pula berita mengenai perkahwinan mereka berdua,
Pagi-pagi lagi Farid Husin sudah sampai di pejabat, dia menganggap hari itu hari paling gembira setelah mengahwini Awaisha Laila walaupun di tentang ibu dan kakak-kakaknya,
"Assalamualaikum,"
"Waalaikummusalam,"
Jawab Farid Husin
Hamdan masuk ke dalam bilik Farid Husin, setelah salamnya di sambut, dia meletak fail nipis di bawanya di atas meja
"Tahniah bos, bini nombor dua bos dah di sahkan akan mengantikan posisi Encik Said bohkari buat sementara waktu jee,"
Kata Hamdan sedikit berseloroh
Farid Husin tersenyum senget, Hamdan duduk bersandar, memerhati Farid Husin membelek-belek fail yang di bawanya
Farid Husin memandang hamdan seimbas, perlindung cahaya di tingkap cermin di buka satu persatu, cahaya pagi menyimbah menerangi kesuraman ruang bilik, dia berdiri sambil menyilang tangan memeluk tubuh
"Macam mana respond staf Teguh pasal perkahwinan aku?,"
Tanya Farid Husin
"Tentulah kecoh Farid, apa je berita pasal kau confirm bergegar bangunan nie,"
Jawab Hamdan, tersengih
Farid Husin terangguk-angguk
"Kau dah bawa ke Awaisha pindah ke rumah kau?,"
Tanya hamdan pula
"Hari nie,"
Hamdan memuncung bibir
"Habis tu, Fazura tak kisah ke?,"
Farid Husin mengeluh perlahan, kedua kakinya di ayun ke arah kerusinya
"aku dah cakap kat Zura, perkahwinan aku dengan Awaisha tak akan lama, lepas aku puas buat perempuan tu sengsara, aku lepaskanlah,"
"Agak-agaklah berapa lama kau nak ambik masa, buat dia sengsara,"
"Aku akan buat Sampai dia sendiri fikir dia nak mati, baru puas hati aku,"
Jawab Farid Husin dengan nada geram
Hamdan terangguk-angguk
"tapi Farid, aku harap kau hati-hati, yelah aku cuma risau je yang kau benci nanti jadi sayang, yang kau sayang sekarang, kau abaikan,"
Farid Husin tersengih
"Apa maksud kau hamdan?,"
Hamdan memandang Farid Husin sebelum melepas nafasnya
"Takde apa-apa Farid,"
**
Pejabat pengerusi Teguh holding
Awaisha Laila duduk di sofa sambil menundukkan kepala, Dato Sri Hassan kamarudin duduk di tengah manakala fuad Sobri duduk mengadap Awaisha Laila
Dato sri Hassan kamarudin memandang Fuad Sobri, anak sulungnya itu mengangguk seperti mengerti, Dato Sri Hassan kamarudin menghela nafas tenang turut mengangguk seperti sudah ada yang di bincangkan sebelum memanggil Awaisha Laila
"Awaisha?,"
Awaisha Laila mengankat muka, wajahnya pucat
"Ya Dato,"
Dato sri Hassan kamarudin serba salah untuk membahasakan dirinya ayah memandangkan Awaisha Laila sudah berkahwin dengan Farid Husin
"Saya berterus terang saja tentang masalah awak dengan Farid, saya tak nak awak campur aduk kan dengan kerja awak sebagai peguam, lagi pun saya malas nak cari peguam baru, So mulai hari nie saya harap awak boleh lakukan tugas awak sebagai peguam syarikat nie,"
"Insyaallah Dato, saya cuba,"
"Awak tahukan, Syarikat kita ada beberapa isu yang masih dalam pembincangan,"
Tanya Fuad Sobri pula
Awaisha Laila mengangguk
"Ya saya tahu, Encik Said ada beritahu saya,"
"saya nak awak fokus dengan tiga isu penting, petama isu pembelian tanah di kuala kangsar, saya tak tahu kenapa kerajaan perak tiba-tiba masuk campur dalam hal tu, isu kedua pembatalan projek mega sawah padi di kelantan, cuba awak teliti tentang pembatalan projek nie, saya dengar kerajaan kelantan nak jadikan kawasan tu untuk tanaman pokok durian musang king,"
Awaisha Laila terangguk-angguk sambil tangannya mencatat setiap arahan dari Fuad sobri
"Dan yang terakhir sekali, berkenaan dengan pengambil alihan anak syarikat kita di jakarta, Awaisha kena periksa betul-betul tentang keuntungan yang di tawarkan oleh kerajaan Indonesia pada kita, isu nie penting sebab minggu depan perusahaan baru yang ambil alih syarikat kita kat sana akan hantar perwakilan untuk berbincang dengan kita,"
"Baik Encik Fuad, saya Faham,"
"Itu saja, awak boleh kembali ke pejabat awak,"
Arah Dato Sri Hassan kamarudin
Awaisha Laila mengangguk, dia bangun, kakinya di ayun ke arah pintu, selepas dia keluar dari pejabat, mata setiausaha Dato sri Hassan kamarudin dengan mata beberapa staf di ruangan itu menjeling tajam padanya, Awaisha Laila terus berjalan sambil memeluk buku catatannya ke arah Lif
Tingkat 1
Farid Husin melangkah masuk ke dalam kantin, seorang demi seorang staf yang ingin keluar dari kantin menyapanya, dia hanya mengangguk membalas sapaan tersebut, bola matanya memerhati sekeliling melihat-lihat kalau ada kelibat Awaisha Laila di dalam kantin
Bibirnya tersenyum senget, bila melihat seorang wanita sedang berdiri di belakang beberapa staf untuk membeli sarapan pagi
"Woi!,"
pekik Farid Husin, membuatkan para staf Teguh holding di dalam kantin terperanjat
Mata Awaisha Laila membulat memandang ke arah Farid Husin sedang melambai memanggilnya serta merta jantungnya berdengup kencang,
"Cepatlah bodoh, kau tak dengar ke aku panggil kau!,"
Pekik Farid Husin lagi
cepat-cepat Awaisha Laila berjalan ke arah Farid Husin tanpa menghiraukan mata-mata para staf sedang tertumpu padanya
Farid Husin mencekak pinggang, matanya tajam memandang Awaisha Laila
"Sampai aku kena pekik baru kau datang, sebelum nie, nampak jari aku je kau dah terhegeh-hegeh datang jumpa aku, bila kau dah jadi isteri aku dah dapat jadi peguam syarikat nie, wow dah besar kepalalah kau sekarang ya,"
Sindir Farid Husin seperti sengaja meninggikan suaranya
Awaisha Laila diam tidak menjawab, kepalanya menunduk sedaya upaya cuba bersikap professional namun tubuhnya saat itu mengigil-gigil ketakutan,
"Woi lahabau! kau dengar tak,"
Kepala Awaisha Laila terdongak paksa bila Farid Husin menunjal dahinya dengan kuat, dia cepat-cepat mengangguk
"Ya.. ya saya dengar,"
"Kau pergi belikan aku minuman dengan sarapan sekarang, aku nak cepat!,"
Awaisha Laila mengangguk, teragak-agak ingin memusingkan tubuhnya
"Cepatlah!, kau tunggu apa lagi,"
Terangkat bahu Awaisha Laila kerana terperanjat, dia cepat-cepat memusingkan tubuh sebelum mengayun kakinya laju ke arah gerai,
Awaisha Laila bernasib baik kerana para staf yang sedang menunggu giliran menyuruhnya membeli dahulu namun kesilapan Awaisha Laila, dia tidak menanyakan terlebih dahulu sarapan dan minuman yang di inginkan suaminya itu
Selepas membeli mee goreng dengan kopi o suam, Awaisha Laila bergegas membawanya ke arah meja yang di duduki Farid Husin
Bibir Farid Husin tersengih, bila melihat mee goreng dengan kopi o suam di taruh di atas meja
"Aku nie miskin sangat ke, sampai sarapan pagi dengan mee goreng kosong, nie..?,"
Farid Husin memusing-musing gelas sambil kepalanya tergeleng-geleng
"Kau bodoh ke apa ha?,"
Farid Husin serta merta bangun, kopi o suam di dalam gelas di siram ke muka Awaisha Laila, Awaisha Laila terperanjat, dia bernasib baik air kopi di dalam gelas tidak telalu panas, Staf-staf Teguh holding turut terperanjat namun tidak berani untuk masuk campur ataupun merakam
"Kau ingat aku nie lelaki tua ke perlu minum air kopi, nie mee goreng bodoh nie, kau ingat aku budak sekolah ke ha!,"
Habis saya sahaja Farid Husin merungut, tangannya dengan segaja membaling pinggang berisi mee goreng ke arah jubah Awaisha Laila
"Bodoh punya perempuan,"
Farid Husin mempebetulkan blazernya sebelum mengayun langkah ke arah pintu, bola matanya menjeling kiri ke kanan ingin melihat respond staf-staf yang ada di dalam kantin, memang sudah niatnya ingin mempemalukan isterinya
Awaisha Laila menarik nafas, bola matanya melihat pada jubah tertempel sisa-sisa mee goreng
"Padanlah muka dia, nak sangat kahwin dengan lelaki macam encik farid tu,"
"Tak sedar diri,"
"Semua sebab pangkat, nak hidup senang, sanggup buat apa saja, di permalukan pun tak kisah,"
"Muka tembok betulkan,"
Awaisha Laila hanya mendiamkan diri, walaupun jelas dia mendengar suara-suara staf menghinanya namun dia tidak ambil perduli, ketika dia berjalan ke arah pintu keluar, alangkah terkejutnya bila dia melihat Fazilah sedang berdiri di muka pintu tersenyum sinis padanya
"Memang layak perempuan sundal macam kau kena layan macam tu,"
Sindir Fazilah di saat Awaisha Laila melewatinya
**
Ampang Jaya
Fazura bergegas naik ke atas tingkat dua sambil membawa beg berisi toto selepas meminta dari ibunya, dia tidak sampai hati membiarkan madunya tidur tanpa apa-apa alas walaupun itu adalah kemahuan suaminya ingin membiarkan Awaisha Laila tidur di lantai tanpa bantal dan tilam
Sekajap lagi suami bersama madunya akan pulang, selepas menaruh dua bantal, selimut dan toto di dalam bilik kedua dia bergegas turun untuk menyiapkan hidangan makan malam,
Jam di dinding sudah menunjukkan waktu 6.30 petang, setelah beberapa minit berlalu, bunyi pagar di luar rumah terbuka, Fazura masih berada di dapur mengelap tangannya sebelum bergegas ke ruang tamu
Awaisha Laila dengan muka sungul keluar dari kereta bila dia melihat sahaja Fazura sedang berdiri di muka pintu bibirnya tersenyum, Fazura membalas dengan senyuman lebar namun Fazura agak terkejut dengan wajah Awaisha Laila tidak lagi sama seperti dia lihat sebelum ini, wajah madunya pucat dan cengkung
"Woi! cepatlah ambil beg kau, kau ingat rumah nie ada kuli,"
pekik Farid Husin, sehingga terangkat bahu Fazura
Awaisha Laila bergegas pergi ke bonet kereta,
"Biar Zura tolong,"
Kata Fazura namun belum sempat kedua kakinya di ayun, tangannya di pegang suaminya
"Tak usah sayang, dia bukannya cacat, dah jom masuk, biarkan je dia,"
Fazura serba salah, dia memandang seketika ke arah Awaisha Laila sebelum tangannya di tarik Farid Husin masuk ke dalam rumah
"Zura masak apa hari nie?,"
Tanya Farid Husin lembut
"Ikan patin masak asam pedas, ikan goreng patin dengan taugey masak kicap,"
"Sedap ye sayang,"
"Abang mandilah dulu, nanti kita semua makan sama-sama,"
"Semua?,"
Fazura mengangguk
"Yelah, tak akan Kak sha tak makan sekali,"
Farid Husin mengeleng
"Apa yang Zura masak kat dapur tu, untuk abang je tau, kalau dia lapar, dia boleh makan time kerja,"
"Tapi Bang?,"
"Tak usah tapi-tapi, dengar je cakap abang ya,"
Fazura mengangguk walaupun hatinya serba salah lebih-lebih lagi bila melihat wajah Awaisha Laila begitu pucat ketika masuk ke dalam rumah sambil menarik beg besar
"Woi lahabau! angkat beg kau tu, rosaklah lantai rumah aku, bodoh betullah,"
Muka Awaisha Laila merah padam merasa malu di marahi Farid Husin di hadapan Fazura, dia mengagahkan kedua tangannya mengankat beg yang agak berat di bawa naik ke atas sambil di ekori Farid Husin bersama Fazura
Berpeluh muka Awaisha Laila sedaya upaya mengankat beg besarnya naik ke tingkat dua, Farid Husin pula tersenyum puas namun senyumannya itu tiba-tiba berubah selepas dia membuka pintu bilik kedua, terdapat dua bantal, selimut dengan toto di susun di tepi dinding, mukanya merah kerana marah, dari semalam dia sudah beritahu pada fazura supaya kosongkan bilik itu, dia memang berniat membiarkan Awaisha Laila tidur tanpa bantal, selimut dengan tilam
"Abang...,"
Fazura cepat-cepat mengenggam tangan suaminya cuba menghalang suaminya dari mengambil bantal, selimut dan toto di dalam bilik itu,
Farid Husin memandang Fazura, wajah isterinya di renung seketika, hatinya agak terkilan dengan sikap Fazura enggan mendengar kata-katanya namun apakan daya sudah sikap isterinya terlalu lembut hati,
"Kali nie je abang biarkan, lepas nie abang harap Zura dengar cakap abang ya,"
Fazura terangguk-angguk
Awaisha Laila melihat jam di Skrin telefon pintar, tertera waktu di skrin jam 14.15 pagi, dia menekan perutnya
"Ya Allah, laparnya,"
Awaisha Laila merintih kelaparan, sejak pagi dia tidak menjamah sedikit pun makanan, tekaknya pula dahaga, dia tidak berani pergi ke dapur bimbang jika di ketahuan Farid Husin, dia bangun perlahan-lahan, kedua kakinya di ayun ke arah pintu bilik air
selepas meneguk beberapa kali air di singki, Awaisha Laila keluar semula dari bilik air, titisan air mata mengalir membasahi pipinya, namun di saat tangannya ingin menutup semula pintu bilik air, tombol pintu bilik seakan sedang di pulas dari luar
Awaisha Laila menjadi panik, cepat-cepat dia merebahkan tubuhnya di atas toto kemudian menyelimut seluruh tubuhnya sehingga ke hujung kepala
"Kak sha bangun..,"
Pelan-pelan fazura kejutkan Awaisha Laila
Awaisha Laila menarik selimutnya, alangkah terkejutnya bila melihat Fazura sudah duduk berlutut sambil memegang pinggan berisi nasi dan lauk
"Zura.., Zura buat apa nie?,"
Tanya Awaisha Laila, nadanya perlahan,
"Shhh.. makan cepat kak Sha,"
Awaisha Laila pelan-pelan bangun, tangannya menarik toto supaya Fazura menaruh pinggan di atas lantai
"Zura tak takut ke abang Farid tahu nanti?,"
Fazura mengeleng
"Abang Farid tengah tidur, kak sha makanlah cepat,"
Awaisha Laila mengalah, dia duduk bersila, tangannya mengankat pinggan, Fazura membuka penutup botol air, saat itu bilik hanya di sinari cahaya lampu dari bilik air
"Hati-hati ada tulang,"
Kata Fazura
Awaisha Laila mengangguk, ketika dia menyuap nasi di dalam mulutnya, air matanya mengalir,
"Janganlah menangis kak sha,"
Ucap Fazura, tangannya mengesat air mata di pipi Awaisha Laila
"Fazura tak marah ke pada kakak sebab kahwin dengan abang Farid,"
Fazura mengeluh perlahan sebelum mengeleng kepalanya
"Zura tak pernah marah, Zura cuma cemburu je kak sha, tapi cemburu Zura nie takdelah sampai nak dera isteri kedua,"
Jawab Fazura, bibirnya tersenyum
Awaisha Laila mengangguk
"Terima kasih ya Zura,"
Ucap Awaisha Laila dengan nada sebak, bertambah sebak bila Fazura mengosok-gosok belakangnya
Share this novel