Setelah, beberapa minggu iera putus dengan Wan. Iera merasakan dirinya tidak berguna oleh kerana seorang lelaki. Marah, Kecewa, Sedih semuanya bercampur aduk. Emosinya, juga tidak seperti stabil. Keputusannya putus dengan Wan tidak diketahui oleh keluarga nya.
Tapi, lama kelamaan akhirnya terbongkar juga rahsianya bahawa dia sudah putus dengan Wan. Apabila keluarga iera tahu, abang abang iera sedia menemukan Wan. Ya, iera mempunyai 4 orang abang dan 2 orang kakak. Abang mana yang tidak mahu melihat adik nya bahagia? dan abang mana yang mahu melihat adiknya dikecewakan seperti itu sekali?.
' Iera, Cuba cerita kat abang izz, apa yang terjadi? ' tanya abang nya yang kedua. ' iera, wan tu dah sakitkan hati iera ke?' tanya abang irman.(abang ke3). ' Wan curang dengan adik ke?' tanya abang irham ( abang ke4). 'Iera. abang Iem dengar iera dah putus dengan wan. betul ke?' tanya abang Iem ( Abang pertama).
Iera terus menerus menangis. Abang-abangnya cuba menenangkannya. Dan akhirnya, iera bersuara. ' bang, dia penipu' kata iera dengan tangisan diakhir ayatnya. 'Iera , cerita kat abang, apa yang jadi! biar abang uruskan si Wan tu' kata abang Izz.
Abang abangnya terus menerus memujuk iera untuk menceritakan hal yang sebenar.
Iera menceritakan bahawa Wan mempunyai seorang kawan perempuan, dan dibelakangnya, sebelum iera dan wan putus, wan dah jarang menghantar mesej dan call nya untuk bertanya khabar. ' Abang dah agak dah, lelaki macam tu memang tak guna . sanggup dia mainkan hati adik abang !!' marah abang Irman.
' Selama ni, iera tanya dia. Dia ada scandal lain ke?! Tapi dia jawab iera ni terlebih jealous.' kata iera. 'So. dia tipu iera selama ni?' kata abang irham . 'Dia penipu bang, iera rasa. iera macam orang tak berguna lagi lepas kenal dengan lelaki macam tu. lepas ni , iera tak nak kenal mana mana lelaki. iera tak percaya lelaki lagi lepas ni. Hati ni dah hancur bang ' kata iera menangis teresak esak.
Setelah beberapa minit, iera terlelap dikatilnya. Abang abangnya pun berbincang diluar setelah, mengetahui cerita yang sebenar. 'Jaga kau wan. ' kata Irman. ' aku akan pastikan kau tak hidup senang lepas ni' kata izz. Keempat empat abang iera tidak boleh duduk senang dan bertekad untuk membalas dendam untuk adiknya walaupun adik mereka sudah memberitahu untuk biarkan sahaja.Tetapi, bukan untuk mereka.
Share this novel