Dia BUKAN Suami Saya!

Romance Completed 524723

Aku Aisya. Perjalanan hidupku tidaklah seindah seperti di dalam cerita dongeng.
Ada puteri cantik? Takpun, putera kacak? Memang taklah. Sweet-sweet?Jauh sama sekali.

Tapi kuindahkan juga kisah hidupku.
Cinta yang sejati tak semestinya bermula dengan keindahan dan jalan cerita cinta yang termanis tak semestinya berakhir dengan satu kebahagiaan.
Betullah, cinta itu rahsia Yang Maha Esa tanpa mengenal usia, pangkat dan darjat. Semuanya adalah ketentuan.

LAPAN BULAN LALU:

"KAMU berdua kena fikirkan baik-baik , ummi dengan baba ni bukan apa,kami cuma risau dengan mulut orang. Kamu berdua ni bukan mahram, tak manis dipandang orang," Puan Sri Malika terus berdiri dari tempat duduknya dengan riak yang sungguh tegang, tiada tolak ansur lagi.

"Ummi dengan babah nak risau apa..Mya dengan Aliff kan ada..Bukannya kami tinggal berdua je pun. Lagipun arwah Hanim baru je sebulan pergi mi..." Ujar Lufian yang sedari tadi berdiam diri.Kepala Mya yang sedang tersandar elok pada dadanya sesekali diusap lembut.

"Tak apa la aunty, uncle.. Ecah akan pindah keluar. Ecah skan cari rumah sewa dulu. Lagipun dah sampai masanya Ecah hidup berdikari.." Wanita yang sudah lama menekur itu juga ikut mencelah dengan senyuman hambarnya. Saat itu dia merasa sangat serba salah kerana dia tahu, perbalahan ringan itu berpunca daripada dirinya. Dia sedar siapa dia dalam keluarga besar itu. Hanya insan yang menumpang teduh tanpa ada sedikit ikatan pun.

" Isshhh...Takkanlah sampai nak keluar rumah. Lagipun Mya dengan Aliff perlukan Ecah. Ecah tak kesian ke tengok budak-budak tu. Mereka kecil lagi.." Puan Sri Malika membantah keras, terpamer terus tampang serba salah wanita itu. Bukan itu maksudnya.

"Abang pun takkan benarkan Aisya keluar dari rumah ni. Abang dah janji dengan Kak Hanim akan jaga Aisya.." Lufian ikutan menekankan kata-katanya.

"Macam ni la.. Kamu berdua fikir baik-baik dulu. Minggu depan kami akan datang lagi. Dan pastikan keputusan kamu berdua dah ada !" Ketegasan Tan Sri Zaril langsung mematikan pembicaraan mereka pada petang itu dan semuanya terus menunduk diam.

Sedikit gambaran dahulu. Jangan lupa tinggalkan komen ye.

Share this novel

Taslima Hamzah
2021-11-20 10:45:32 

...terbaik

makhluk tuhan
2021-11-11 02:26:14 

mana sambungann nak tahu jadi apa

salinah salinah binti munaf
2021-10-23 17:38:37 

Best sgt...ckp ada bab 19,mn dia ?


NovelPlus Premium

The best ads free experience