Chapter 15

Romance Series 4988

Malam itu Isha baring di katilnya dan memikirkan tentang mesyuarat esok. Dia masih gugup kerana Iman akan turut serta dalam mesyuarat itu. ‘Apa patut aku buat? Sorok muka? Pura-pura tak kenal? Buat-buat tak nampak?’ hatinya menyoal. Dirinya seperti bermain teka-teki. Kenapa mesti dia takut untuk berjumpa dengan lelaki itu? Dia bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Dia akhirnya mencapai telefon bimbitnya di sebelah dan menelefon Akmal. Tetapi panggilannya tidak dijawab. Sudah hampir sepuluh kali dia menelefon tetapi masih juga tidak diangkat. ‘Dia ni tidur ke? Ke tinggal handphone dekat mana-mana?’ soal hatinya. Isha cuba menelefon telefon rumahnya pula. Hasilnya tetap sama. Sudah puas menghubunginya, Isha akhirnya meletakkan telefonnya. Dia sempat meninggalkan mesej pada Akmal. Dia tidak dapat membuang perasaan curiganya pada Akmal. Bukan sekali dua dia melakukan perkara sebegini. Bila ditanya bermacam-macam alasan yang diberi. Telefon tertinggal di pejabat, bateri habis, silence mod. Isha sudah masak dengan alasan-alasan yang diberi oleh Akmal. tetapi dia tetap bersabar. Dia tidak mahu memperbesar hal yang remeh seperti itu. Isha mengelamun sendirian. Dia masih tidak dapat melelapkan matanya meskipun jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 malam. Dia menutup matanya dalam keadaan terpaksa walaupun masih tidak mengantuk. Isha akhirnya bangun dan mengambil kameranya untuk membelek kembali gambar-gambarnya sewaktu di Perth. Dia kemudian perasan bahawa ketika bergambar bersama Iman, lelaki itu tidak memandang kamera sebaliknya merenung dia! ‘Apa dia buat? Apasal dia pandang aku? And macam mana aku boleh tak perasan dia pandang aku? Padahal dia dekat sebelah je!’ getus hatinya. Dia cuba menenangkan hatinya yang mula gelisah. Memikirkan pertemuan kali keduanya dengan lelaki itu itu esok, hatinya yang sudah tenang kembali porak-peranda. Dia hanya mampu berdoa agar Iman berpura-pura tidak mengenalinya esok dan tidak menegurnya di pejabat. Jika perkara itu berlaku, kisah dia bertemu dengan Iman di Perth akan terungkai dan kemungkinan akan menjadi topik hangat dalam pejabatnya. Apa yang dibayangkannya seakan-akan mimpi ngeri baginya dan bertambah tragis jika hal itu diketahui oleh Akmal. Kemungkinan kisahnya itu akan menjadi drama di pejabatnya. Tambahan pula Akmal selalu datang ke pejabatnya untuk menjemputnya makan tengah hari bersama. Dalam kebuntuan memikirkan perkara itu, Isha akhirnya lena sendiri setelah beberapa kali menguap.
Isha bingkas bangun apabila jam loceng di meja sebelah katilnya berbunyi. Dia menapai tuala dan menuju ke bilik air. Setelah bersiap-siap, dia ke luar rumah dan menghidupkan enjin keretanya. “Isha nak pergi dah ke? Awal lagi ni. Sarapan lah dulu, ibu dah siapkan makanan atas meja tu.” kata Puan Riana setelah terlihat Isha menuju ke pintu bersama beg laptopnya. “Tak lah. Isha nak panaskan enjin je.” jawabnya. “Ayah dah pergi office ke? Kereta dah tak ada Isha tengok.” soalnya setelah melihat kereta ayahnya tiada di garaj. “Belum. Ada dalam bilik tu tengah siap-siap. Kereta Pak Mail bawak pergi isi minyak. Tak perasan minyak dah nak habis malam semalam. Pagi tadi baru perasan.” kata ibunya sambil menuangkan air ke dalam cawan. “Boleh pulak macam tu kan. Haha.” kata Isha sambil ketawa kecil. “Ibu ada plan nak buat apa-apa tak hujung minggu ni?” soal Isha pada ibunya. “Tak tahu lagi. Kenapa? Kamu nak ajak ibu pergi berkelah ke?” Puan Riana menyoal. “Bukan berkelah. Nak ajak pergi jogging dekat Tasik Cendana. Nia pun ada sekali. Ibu nak ikut tak?” Isha mengajak. “Jogging? Tak nak lah ibu. Ibu ni dah tua. Tak larat dah nak berlari. Nanti tak pasal-pasal ibu kena tinggal dekat belakang!” jawab Puan Riana. “Tak ada makna lah ibu kena tinggal. Bukannya kita lumba lari. Lagipun dah lama kita tak spend time kat luar sama-sama. Boleh ajak ayah sekali. Ayah pun cuti kan hari ahad ni.” Isha memujuk ibunya. “Ibu rasa tak boleh kot. Ibu nak pergi ke rumah kawan ayah dengan ibu dekat Rawang. Hari tu dia ada ajak kami ke rumah dia. Dia baru je pindah dekat situ bulan lepas. Kira nak buat doa selamat lah.” Puan Riana menjelaskan. Isha akhirnya mengangguk tanda akur. Nampaknya hanya mereka berdua sahaja lah yang berjogging hujung minggu ini. “Dah pukul 7.30 ni, Isha pergi dulu lah. Ada meeting dengan company lain hari ni, takut lambat pulak. Pergi dulu ibu, assalamualaikum!” kata Isha sambil mencium tangan ibunya. Puan Riana mengiringi anaknya ke muka pintu dan melambainya. Dia kemudian masuk dan menuju ke dapur untuk membasuh pakaian. Sejak orang gajinya berhenti kerja tahun lepas, semua kerja-kerja rumah dilakukan sendiri oleh Puan Riana dan dibantu oleh Isha dan anak bongsunya, Izza. Setelah berbincang dengan suaminya, dia bertekad untuk tidak mengupah orang gaji baru lagi kerana dia ingin anak-anaknya turut sama turun ke dapur dan membuat kerja-kerja rumah. Dia tidak mahu anak-anaknya hanya duduk seperti puteri dan putera raja sambil melihat orang gaji mereka membuat kerja seperti sebelum ini. Dia masih ingat peristiwa ketika Mak Jah bekerja di situ tahun lepas. Anak bongsunya, Farizza langsung tidak mahu membasuh sendiri pinggan yang telah digunakan. Dia meletakkan pinggan itu di sinki dan hanya membasuh tangannya semata-mata. Perkara itu terkesan di mata Puan Riana dan pantas ditegur oleh ibunya. “Izza! Mari sini kejap, ibu nak cakap sikit.” panggil Puan Riana dari arah ruang tamu. “Cakap apa ibu? Izza ada buat salah ke?” soal Farizza kebingungan. “Memang kamu ada buat salah. Kamu buat apa tadi?” soal Puan Riana serius. “Buat apa? Tak buat apa-apa pun.” jawab Farizza yang masih tidak dapat menangkap apa yang dikatakan ibunya. “Tak buat apa-apa? Habis yang kamu ikut suka je letak pinggan kamu dekat sinki tu, tak salah? Kamu nak suruh siapa basuh? Hantu?” Puan Riana memarahi anaknya. “Mak Jah kan ada. Siapa lagi nak basuh kalau bukan dia. Tu kan kerja dia.” jawab Farizza. “Menjawab ya. Kamu ingat Mak Jah tu kuli kamu? Dia pun nak rehat jugak. Takkan lah pinggan sebiji pun kamu tak boleh nak basuh sendiri. Tak ada tangan ke? Ke dah tak nak guna nikmat tuhan bagi tu? Nak ibu kerat tangan tu baru nak belajar basuh pinggan sendiri?” semakin panjang omelan Puan Riana terhadap anak bongsunya itu. Farizza hanya diam seribu bahasa. “Izza minta maaf. Lepas ni Izza basuh pinggan sendiri.” Farizza akhirnya akur. Puan Riana dan Encik Faizul sedar bahawa mereka terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga pinggan sebiji pun tidak mahu dibasuh sendiri.
Sampai sahaja di pejabatnya, Isha terus masuk ke bilik mesyuarat dan mengambil tempat. Dia mengukirkan senyuman pada Dian, pembantu peribadi bosnya yang sedang menyusun kertas di atas meja dalam bilik itu. Dian membalas senyumannya. “Awalnya datang. Nak cop tempat duduk ke?” soal gadis itu dalam gurauan. Isha menyambut kata-katanya dengan ketawa kecil. “Tak lah. Saja je. Takut jalan jem. Tu yang datang awal tu. Pukul berapa group dari D’amerz datang?” soal Isha. “Sekarang dah pukul 7.40 a.m. Meeting start pukul 8.00 a.m. Kejap-kejap lagi sampai la kot.” jelas Dian. Dia sengaja datang awal untuk memastikan mentalnya bersedia untuk berjumpa dengan rakan seperniagaan syarikatnya itu. Isha mengeluarkan bedak kompaknya dan membetul-betulkan tudungnya. Kelakuannya itu diperhatikan oleh Dian yang masih berada dalam bilik itu. “Orang dah lawa, pakai tudung senget pun tetap lawa.” seloroh Dian. Isha sekali lagi ketawa mendengar kata-kata Dian itu. “You ni kelakar kan. I ingat You ni pendiam. Rupanya banyak cakap jugak kan. Dah tiga tahun kerja sini, baru hari ni I perasan.” kata Isha. “Yeke? I memang macam ni. I cuma kecoh dengan orang yang I rapat je.” kata Dian. “Apa kata lain kali kita lunch sekali? Nanti I ajak Nia sekali. Maybe You boleh gila-gila dengan kita orang.” Isha mempelawa. “Why not? I pun ada jugak terfikir nak lunch dengan You masa awal-awal You masuk kerja dulu. Tapi biasa lah. I ingat orang lawa macam You ni sombong. So I just forget my intention.” jelas Dian. setelah hampir 15 minit berbual, Dian akhirnya meninggalkan bilik itu setelah menyelesaikan tugasnya. Isha agak gembira dapat mengenali Dian dengan lebih dekat. Dia tertarik dengan personaliti Dian. Dia seorang yang baik dan pandai bergurau. Mungkin sebab itu lah ramai pekerja yang senang mendekatinya. Beberapa minit kemudian, pintu bilik mesyuarat itu ditolak dan Encik Zamil melangkah masuk dan diikuti dengan beberapa orang pekerja syarikat D’amerz dan beberapa orang pekerja syarikat Annisa sendiri. Isha terus bangun dari tempat duduknya dan mengukirkan senyuman pada mereka kecuali pada lelaki tersebut, Iman Amar. Iman sempat memandang Isha beberapa saat sebelum mengambil tempat di sebelah Encik Zamil. “Ni scretary I, Faisha.”Encik Zamil memperkenalkan Isha pada staf-staf D’amerz Holding yang hadir. Isha mengukirkan senyuman pada mereka. Sepanjang mesyuarat itu berlangsung, Isha tidak senang duduk kerana ada mata yang memerhatinya. Dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan lelaki itu. ‘Yang kau ni dah kenapa pandang-pandang aku? Mata tu tak reti duduk diam ke? Aku korek biji mata tu baru tahu!’ bisik hatinya yang gelisah itu. Dia hanya mampu berharap yang Iman berpura-pura tidak mengenalinya di situ dan tidak menegurnya. Selesai sahaja mesyuarat itu, Encik Zamil mengiringi staf-staf D’amerz Holding keluar dari bilik itu. Faisha juga mengekorinya dari belakang. Dia meminta izin Encik Zamil untuk kembali ke biliknya. Nia pantas memanggil Isha setelah terlihat rakannya itu melintas mejanya. “Beb! Lajunya. Nak pergi mana cepat-cepat sangat? Taulah baru dapat bilik baru! Tak larinya bilik kau tu.” usik Nia. “Aku nak siapkan kerja lah. Kau tahu apa.” balas Isha. “Cara kau cakap macam aku ni kerja dekat tempat lain je kan. Eh, meeting tadi macam mana? Okey?” soal Nia ingin tahu. “Okey je. Kenapa kau tanya?” soal Isha kembali. “Tak ada lah. Kau kira beruntung tau dapat meeting satu bilik dengan Iman Amar tu. Dia tu bukan calang-calang orang tau. Dah lah handsome, baik, kaya, peramah.” jelas nia panjang lebar. “So sekarang ni kau nak cakap yang kau dah jatuh hati kat dia lah? Is that what you mean?” Isha menyoal rakan baiknya. “Tak ada lah sampai jatuh hati. Aku cuma suka gaya dia. Cara dia bawak diri. Tu je. Kalau aku suka dia, Zairi aku tu nak letak mana?” kata Nia. “Ha, tahu pun. Dah lah, aku nak sambung kerja. Layan kau sampai tahun depan pun tak habis.” balas Isha sambil berlalu dan menuju ke. Isha kemudian menuju ke bilik Encik Zamil untuk menghantar kertas kerja yang telah siap. Setelah mengetuk pintu bilik bosnya, Encik Zamil tiada di biliknya. Dia menuju ke meja Dian di sebelah bilik bosnya. “You nampak Encik Zamil tak? I tengok dia tak ada kat bilik.” soal Isha. “Dia turun bawah tadi. Kejap lagi dia naik lah kot.” balas Dian. “Kalau macam tu, nanti You pesan kat dia, I dah siapkan kertas kertas kerja and I dah letak atas meja dia tau.” kata Isha. “Okey!” balas Dian ringkas. Isha kembali ke biliknya dan membelek telefon bimbitnya. Dia menelefon Akmal untuk mengajaknya makan tengah hari bersama. Tetapi panggilannya itu tidak dijawab. Berkali-kali dia cuba menelefon tetapi masih tidah berjawab. Isha menyambung tugasnya menyiapkan laporan mesyuarat lepas walaupun matanya mula terasa berat. Dia akhirnya terlelap di mejanya sendiri. Dia akhirnya tersedar apabila telefon pejabat biliknya berdering. Dia pantas menjawabnya. “Assalamualaikum.” sapa pemanggil lelaki tersebut. “Waalaikumussalam. Siapa ni?” soal Isha. “Teka lah. You rasa I siapa?” balas lelaki tersebut. ‘Hey, mamat ni. Aku dah lah mengantuk. Nak main teka-teka pulak. Cakap je lah!’ bisik hatinya yang marah. “I have no time to guess around. Lagi pun I banyak kerja ni.” balas Isha serius. “Banyak kerja? Tapi kenapa suara You macam baru bangun tidur?” soal lelaki itu. Dia seperti dapat menangkap keadaan Isha di pejabatnya. Isha agak kalut ketika mendengar kata-katanya. “You ni siapa? Yes! I admit! I tertidur tadi. Tapi I bukan sengaja pun. Yang You ni tiba-tiba call I lepas tu nak suruh orang teka pulak identiti You bagai. You jangan nak buat I pening kepala boleh tak? You ingat You tu famous sangat ke sampai I nak kena tahu siapa You?” balas Isha. Kemarahan mula meledak. “Sabar-sabar. First time I dengar You marah Faisha. Terkejut I. Garang jugak you ni.” lelaki itu membalas. ‘Faisha? Setahu aku yang panggil aku dengan nama tu.. Iman je!’ hatinya berbisik. “Kejap! You ni.. Iman Amar?” soal Isha. Kemarahannya yang memuncak tadi tiba-tiba hilang apabila memikirkan lelaki itu adalah Iman. “Exactly! Pandai jugak You teka. Tapi mana You tahu? I ada bagi hint ke?”soal Iman. “You sorang je yang panggil I Faisha. Tapi, mana You tahu nombor office I ni?” Isha menyoal kehairanan. ‘Baru sekali datang pejabat ni, tiba-tiba dah tahu nombor office aku. Pelik!’ bisk hatinya lagi. “I mintak kat staf yang bertugas dekat lobi. I mintak nombor telefon You, tapi dia kata dia tak berani nak bagi without your permission. So I mintak lah nombor office untuk bilik You.” jelas Iman. “Okey, i get it. So, You ada apa You call I ni?” Isha menyoal. “Nothing! Just nak tanya khabar. You ni sombong kan. Lepas meeting tadi bukan nak tegur I. Buat-buat tak kenal pulak!” kata Iman. “You gila ke I nak tegur You dekat sini? I tak nak siapa-siapa pun tahu pasal I jumpa You dekat Perth dulu okey! Lagi pun kita tak setaraf. I tak nak nanti jadi gosip pulak kat pejabat ni. You faham kan maksud I?” Isha membalas. “Buat apa nak kisah apa orang nak cakap. Biar dia lah. Anyway, I nak ajak You lunch sekali sebenarnya hari ni. Boleh? Ke You dah janji dengan siapa-siapa?” Iman mempelawa. “Sorry. I dah janji dengan kawan I nak lunch sama.” balas Isha. “It’s okey! Maybe next time! Oh, tadi You kata You banayk kerja kan, You sambung lah. Sorry kacau you. Jangan sambung tidur pulak, sambung kerja tu.” Iman sempat mengusiknya. Isha menyambutnya dengan ketawa. “Alright! Bye!” balas isha dan meletakkan gagang telefon. Dia menarik nafas lega setelah perbualan itu tamat. Dia tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Isha tidak menyangka Iman berani meminta nombor telefonnya pada Aina, gadis yang menjaga kaunter di lobi. Dia sendiri tidak dapat menduga apa yang bakal dilakukan Iman. Lelaki itu memang sukar dijangka. Pintu biliknya tiba-tiba diketuk. “Masuk!” kata Isha. “Kita lunch sekali nak tak? Zairi outstation lah. Tak ada orang nak teman aku lunch.” kata Nia. “Bila susah baru terhegeh-hegeh cari aku kan? Nasib baik lah aku ni kawan yang baik. Actually, aku pun memnag nak ajak kau lunch sekali sebab Akmal tak jawab call aku tadi. Haha.” balas Isha sambil ketawa. “Elok sangat lah tu. kita date dua orang je lah hari ni.” kata Nia. “Dua orang je? Azwa tak nak ikut ke?” Isha menyoal. “Tak. Dia kata dia keluar dengan kawan dia. Kawan yang mana satu aku pun tak tahu lah. Tak pernah pulak aku nampak. Dia tu macam nak lari dari kita lah. Kau tak perasan ke?” Nia menyatakan pendapatnya. “Lari? Kenapa pulak? Dia bukan ada buat salah pun.” balas Isha. “Entah lah beb. Aku pun tak faham dengan dia tu. Lantak dia lah. Jangan dia tiba-tiba buat tak kenal dengan kita nanti dah lah.” kata Nia. Isha hanya mengangguk. “Yang kau berdiri dari tadi ni kenapa? Duduk lah kat sofa tu. Tak penat ke berdiri?” soal Isha setelah perasan yang Nia berdiri sejak masuk ke biliknya tadi. “Aah kan. Aku lupa. Kau pun tak pelawa kau duduk. Aku buat tak tahu je lah.” balasnya dan melabuhkan punggung di sofa yang empuk itu. “Bestnya duduk kat bilik ni. Beruntung betul kau dapat jadi secretary kat sini kan. Ada bilik sendiri, siap ada sofa lagi.” kata Nia. “Kau ingat seronok ke jadi secretary ni? Banyak proposal tau. Dah lah nak siap cepat. Esok lusa nak kena present. Kalau salah buat, kena buat balik. Kalau kau jadi aku, kau nak menangis ke kau nak buat kerja? Kau ingat senang ke semua tu? Ke kau nak ganti tempat aku? Aku okey je! Nanti aku suggest nama kau kat Encik Zamil nak?” Isha memberi cadangan. “Tak nak aku! Aku lebih rela duduk kat luar tu daripada duduk kat dalam ni, tapi kerja berlambak. Seram aku dengar.” bidas Nia. Isha hanya ketawa mendengar kata-kata Nia. Isha menoleh jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. “Jom lah! Nanti lambat pulak nak makan. Aku nak singgah kedai kejap nak cari barang mak aku pesan.” kata Isha dan mengambil beg tangannya di bawah meja. “Barang apa? Barang dapur ke? Balik nanti tak boleh singgah? Time rehat jugak kau nak pergi kan?” Nia membebel. “Kau ni bising lah. Aah. Barang dapur. Mak aku nak buat red velvet. Abang aku tu teringin nak makan. Yang tukang beli barangnya aku. Dia tukang makan je. Sekali aku siku dia baru tahu!” kata Isha sambil berjalan menuju ke keretanya. Nia hanya ketawa melihat gelagat rakannya itu. Dia tahu mereka berdua sangat rapat berbanding dengan adiknya Farizza. Mungkin kerana Farizza belajar dan jarang pulang ke rumah. Kereta yang dipandu Isha menuju ke Restoran Mee Tomyam yang agak jauh dari bangunan pejabatnya. “Jauhnya kita pergi makan. Sampai ke sini kau bawak aku berjalan.” kata Nia setelah membuka pintu kereta. “Aku tak ada masa nak bawak kau berjalan, aku bawak kau keluar makan je. Makan kat sini senang sikit. Dekat dengan pasar raya yang aku nak pergi tu. Kat situ semua bahan yang nak buat red velvet tu ada.” balas Isha dan berjalan menuju ke dalam restoran tersebut. “Hari ni aku belanja kau. Order lah!” kata Isha dengan nada yang ceria. “Wah! Nak belanja? Boleh! Tapi jangan risau. Aku takkan tanya kau mimpi apa sampai nak belanja aku ni. Tak pasal-pasal kena marah pulak nanti kan. So, aku nak makan mee tomyam lah. Dah alang-alang makan dekat restoran mee tomyam kan. Aku pun tak pernah rasa mee tomyam kat sini.” jelas Nia panjang lebar. “Tu je? Air? Ke nak minum kuah tomyam je?” Isha mengusik. Nia ketawa kecil mendengarnya. “Sirap limau ais!” kata Nia. “Bagi dua mee tomyam, dua sirap limau ais.” kata Isha pada pelayan yang baru saja datang mengambil pesanan. “Beb! Kau rasa kan..” Nia memulakan bicaranya. “Nak bergosip lah tu!” belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Isha pantas menyampuk. “Nak dengar ke tak nak? Kalau tak nak aku cerita dekat orang lain!” Nia mengugut. Isha menyambut kata-katanya dengan ketawa. “Beb! Aku tak heran pun kalau kau tak nak cerita dekat aku. Masalahnya, kalau kau tak cerita kat aku, kau nak cerita kat siapa lagi? Akak yang ambik order tadi? Encik Zamil? Bagi tahu aku!” Isha membalas dalam ketawa yang masih bersisa. “Tapi aku tak tahu lah kalau semenjak kau bertunang ni, kau dah ada kawan gosip baru.” tambahnya lagi. “Siapa? Zairi? Kalau dia minta bab-bab gosip ni, aku tak payah susah-susah cerita dekat kau. Aku kumpul je gosip-gosip aku ni, lepas tu cerita dekat dia.” balas Nia. “Memandangkan aku ni je satu-satunya kawan yang boleh diajak bergosip, so, cerita je lah dekat aku.” Isha akhirnya menyuruh Nia memberitahunya. “Aku bukan apa. Aku still tak faham dengan Azwa. Kenapa dia dah jarang keluar dengan kita? Kita ada buat salah ke?” soal Nia. “Kau tanya macam aku tahu je. Even dia tu kawan baik kita, aku tak lah tahu semua pasal dia. Aku bukan reporter yang nak kena tanya dia 24 jam mana dia pergi. Cuba kau call dia, tanya dia dekat mana.” Isha memberi cadangan. Nia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon rakan baik mereka. Panggilan pertama tidak dijawab. “Dia tak angkat lah. Kalau rasa tak nak pakai dah handphone tu, buang je dalam longkang depan office! Tak pun, campak je tengah jalan!” Nia mengomel. “Cuba seklai lagi.” kata Isha. Nia cuba menelefon sekali lagi. Panggilannya kali ini dijawab. “Hello! Beb, kau kat mana?” Nia menyoal. “Aku dekat kedai lah, tengah makan. Kenapa kau call ni?” giliran Azwa menyoal. “Tak ada lah. Kita orang tengok kau dah jarang keluar lunch dengan kita orang sekarang ni. Kau macam nak lari dari kita orang je. Kita orang ada buat salah ke?” soal Nia ingin tahu. “Tak lah. Korang tak buat salah pun. Aku keluar dengan kawan aku lah.” balas Azwa ringkas. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Kawan? Yang mana satu? Kau tak pernah kenalkan kat kita orang pun. kita orang pun kawan kau jugak. Siapa dia tu? lelaki ke perempuan? Kita orang nak jugak kenal. At least kita orang tahu dengan siapa kau berkawan.” jelas Nia panjang lebar. “Beb! Kita bincang nanti je lah ye. Aku nak makan ni. jumpa kat office, bye!” Azwa mengakhiri perbualannya dan menamatkan panggilan itu. “Ish! Aku tak habis cakap lagi dia dah tutup.” kata Nia. Dia agak marah dengan tindakan Azwa itu. “Kau tengok lah ni. Geram betul aku. Dia tak nak cakap dengan siaap dia keluar. Dia Cuma cakap, kawan. Aku tak tahu kenapa susah sangat dia nak sebut nama kawan dia tu. Entah-entah boyfriend dia. Maybe dia takut boyfriend dia sangkut kat kita kot.” Nia cuba menduga. “Merepek lah kau ni. takkan sebab tu dia takut nak tunjuk kawan dia tu. Mesti ada sebab lain. Lantak lah. Kalau dia rasa kita ni kawan dia, pandai lah dia cari kita.” balas Nia. Dia tidak mahu mengusutkan fikirannya dengan perkara itu. Mereka menyedut perlahan minuman yang baru sampai itu. “Isha. Hari tu kan kita ada plan nak pergi jogging hujung minggu ni, parents kau jadi ke ikut?” Nia menyoal. “Tak. Ibu ngan ayah aku pergi rumah kawan dia dekat Rawang. Family dia buat kenduri doa selamat. So kita dua jelah yang date.” jelas Isha. “Tapi kan, aku rasa tak payah lah kita jogging. Kita buat aktiviti lain nak tak? Yang ekstreme sikit.” Isha memberikan pendapat. “Aktiviti ekstreme? Kau nak buat apa? Panjat bukit? Go-kart? Jungle trekking?” Nia cuba meneka. “Jungle trekking apa tengah-tengah bandar macam ni? Nak trekking kat mana? Celah pokok-pokok bunga depan rumah aku?” balas Isha. “Dah tu? kata ekstreme. Ekstreme lah tu.” Nia membalas. “Aku plan nak main roller blade lah. Lagi pun dah lama tak main. Last aku buat aktiviti tu masa first year aku study masa diploma. Dah bertahun jugak lah. Before that, kau reti tak main roller blade?” Isha menyoal. “Aku? Mesti lah tak! Hey! Kau kalau tak ajak aku main benda-benda alah tu semua tak boleh ke? Ada je benda-benda pelik kau nak buat kan? Roller blade lah, rock climbing lah, skateboarding lah, bungee jump lah. Kau ingat aku ni apa? Hamster yang kau boleh angkut ke hulu ke hilir bawak teman kau pergi buat aktiviti tu semua? Kau ni lasak mengalahkan lelaki tau tak! Cuba buat aktiviti yang menampakakkan keperempuanan sikit. Aku rasa kalau kau dah kahwin nanti, ada laki kau lari balik rumah mak dia. Mana taknya, tiap-tiap minggu kau ajak dia join aktiviti ekstreme kau tu.” panjang lebar bebelan Nia pada rakannya. “Kau ni memang ratu membebel kan? Bingit lah telinga aku ni. Dan aku pulak rasa, kalau kau dah kahwin nanti, laki kau terus pindah rumah kot. Sebab kau ni kuat membebel.” giliran Isha membambunya. “Hey! Kita ni perempuan. Membebel tu perkara biasa. Kau pun nanti, kalau dah kahwin pun mesti kuat membebel jugak. Percaya lah cakap aku.” balas Nia. “Okey stop! Kita ni dah lari topik. So macam mana? Nak tak main roller blade? Nanti aku ajar lah kau cara nak main. Okey?” Isha memujuk rakannya. “Okey!” Nia membalas ringkas. Setelah menghabiskan makan tengah hari mereka, Isha memandu keretanya menuju ke pasar raya yang ingin ditujunya untuk mencari barang yang dipesan Puan Riana. “Aku tak ingat lah barang apa lagi yang ibu aku suruh beli. Aku call dia kejap.” kata Isha. “Kau tu ingat Akmal je dalam kepala tu.” Nia berseloroh. “Kau pulak ingat Zairi je kan.” Isha membalas selamba. Nia ketawa kecil. “Hello ibu! Barang apa lagi nak kena beli? Isha lupa la. Banyak sangat ibu pesan. Lupa nak tulis kat kertas semalam.” Isha memulakan perbualan telefon. “Tak sampai enam barang pun boleh lupa? Makan ingat pulak. Nanti lah ibu mesej. Bagi tahu macam ni je bukan kamu ingat.” balas Puan Riana. “Okey. Ibu mesej terus tau. Jangan lambat. Kejap lagi Isha nak masuk office pulak. Okey lah ibu, bye!” Isha mengakhiri perbualannya. “Yelah.” balas Puan Riana sebelum mematikan panggilan. “Bye? Orang bagi salam dekat ibu dengan ayah. Kau boleh bye pulak dekat ibu kau.” kata Nia setelah mendengar perbualan Isha dengan ibunya. “Suka hati aku lah. Lagi pun ibu aku okey je. Cepat tolong aku cari barang.” arah Isha pada rakannya itu. Selesai membeli barang, mereka pulang ke pejabat. “Isha! Encik Zamil nak jumpa kat ofice dia. Sekarang.” kata Shifa yang bertugas di lobi setelah melihat kelibat Isha yang baru masuk ke dalam bangunan pejabat. “Alright! Thanks!” balas Isha ringkas. Dia terus menuju ke bilik Encik Zamil. Setelah mengetuk pintu bilik bosnya, Isha masuk dan duduk di hadapan bosnya itu. “Saya nak tanya awak sikit boleh?” soal Encik Zamil. Hati Isha sudah mula berdegup kencang. Sebelum ini Encik Zamil tidak pernah meminta kebenarannya untuk bertanya sesuatu. Kata-kata itu membuatkan hati Isha dibelenggu seribu tanda tanya. “Tanya apa?” Isha membalas dengan soalan. “Pasal Iman Amar. You kenal dia?” nama lelaki itu keluar dari mulut Encik Zamil. “Maksud Encik Zamil? Saya tak faham! Kenal macam mana tu?” Isha menyoal kembali. Dia sudah mula curiga dengan soalan yang diberikan bosnya. Dia bimbang kalau-kalau bosnya itu tahu tentang kisahnya bertemu Iman ketika di Perth dahulu. “So awak kenal lah dia kan?” Encik Zamil meminta kepastian. “Kenapa pulak Encik Zamil cakap macam tu?” Isha membalas. “Yelah. Kalau awak tak kenal dia, mesti awak terus cakap tak kenal! Ni tak. Awak tanya saya kenal macam mana. That’s mean awak kenal lah dia kan?” Encik Zamil menduga. Kepala Isha mula bercelaru memikirkan jawapan yang harus diberikan untuk soalan itu. ‘Habislah aku! Masak aku hari ni! Apa aku nak jawab ni?’ soalnya dalam hati. “Ya. Saya kenal dia. Tapi saya cuma kenal dia sebagai pengurus D’amerz Holding, that’s all.” Isha akhirnya memberikan jawapan. “Awak tak rapat dengan dia? Maksud saya, korang tak pernah keluar makan sekali, pergi jalan-jalan ke?” Encik Zamil menyoal lagi. Dia seperti ingin tahu sesuatu. “Encik Zamil, sebenarnya Encik Zamil nak tahu apa? You don’t need to hide it from me. Terus terang je. Tak perlu berkias-kias macam ni.” Isha cuba mengumpan bosnya supaya berterus-terang. Dia cuba menahan gelak melihat reaksi bosnya yang lagaknya seperti ditektif itu. Dia juga sudah dapat mengagak yang bosnya sudah tahu tentang dia dan Iman ketika di Perth dahulu. “Okay! Actually, Iman ada jumpa saya lepas meeting pagi tadi. Dia cakap dia kenal awak. Kami sempat lah berborak sekejap masa minum pagi tu.” Encik Zamil menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Iman. Isha hanya mengangguk. Dia tidak mahu kisahnya bersama Iman diungkit kembali lagi-lagi di hadapan bosnya itu. “Kamu tak nak cerita apa-apa ke?” soal Encik Zamil yang agak pelik dengan reaksi setiausahanya itu. “Cerita? Nak cerita apa?” Isha berpura-pura tidak tahu. “Ceritalah kisah kamu dengan dia masa dekat Perth tu!” Encik Zamil berterus-terang. Isha terkejut mendengar permintaan bosnya itu. Degupan jantungnya semakin laju. ‘Ni rupanya yang kau nak tahu kan! Perangai tak ubah macam kawan dia si Aizal tu! Dua-dua sama je!’ getus hatinya yang kurang senang itu. Isha mula mula mengesan persamaan bosnya dengan abangnya, Aizal. “Since Encik Zamil pun dah tahu hal ni, saya harap Encik Zamil tak ceritalah dekat siapa-siapa. Saya tak nak nanti jadi buah mulut orang pulak. Dah lah dia tu orang ternama. Saya ni pulak kerja biasa-biasa je. Saya tak nak nama baik dia tercemar disebabkan keluar dengan saya. Lagipun kitorang jumpa kat sana pun kebetulan je. And kalau Encik Zamil nak tahu jugak ceritanya, better you ask him yourself!” jelas Isha panjang lebar. Bosnya tergelak kecil. “Relakslah Faisha! Saya bukan reporter pun nak pergi sebar cerita ni dekat semua orang. Alah! Apa salahnya kamu keluar dengan dia. Ignore je apa orang nak cakap. Tu hak masing-masing.” balas Encik Zamil. “Okeylah Encik Zamil, saya nak pergi sambung kerja. Saya mintak diri dulu!” Isha akhirnya meminta untuk kembali ke biliknya dan menyambung tugasannya. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke pintu. “Nanti kalau nak buat kenduri jemputlah saya! Saya pun teringin jugak nak makan nasi minyak!” laung Encik Zamil pada Isha sambil ketawa. Isha berpura-pura tidak mendengar. Dia berjalan laju ke biliknya. Isha pulang agak lewat hari itu kerana menyiapkan laporan mesyuarat mingguan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience