Rate

Memory..

Short Story Completed 3220

Aku kat mana?Siapa aku?Kenapa aku kat sini..?Siapa kamu semua ni?"Tanya gadis itu dengan kebingungan melihat beberapa orang yang sedih melihat keadaannya..

"Natula tak ingat kami semua ni?Kami keluarga natula..Ni ibu Abang kal dengan mia.."Kata wanita yang agak tua sambil menggenggam tanganku.Natula itu nama aku ke?Aku memerhatikan sekelilingku,tempat ini amat ganjil bagi aku.

"Dia lupa lagi ibu,Baru semalam dia dapat ingat lupa balik hari ni..Natula kau baca buku ni,Panduan bagi kau"Kata lelaki yang dipanggil dirinya abang..Aku mengambil buku itu dan telitinya.Tarikh dan tempat juga disertakan.Ingatan aku masih lemah.

"Takpe natula..Kami ada di sini untuk bantu kamu mengatasinya bersama.Kami janji takkan tinggalkan kamu"Ujar ibu mengusap lembut kepalaku.Air oren dan roti bakar disajikan di atas meja untuk menjadi santapan.Tapi aku tak rasa nak makan .Ibu berlalu pergi dari situ dan menyerahkan tugasnya kepada abang Haikal.Dia merenung lembut kepadaku.Hatiku beranggapan dia seorang abang yang baik hati.Haikal duduk di sebelahku.

"Aku ialah abang kau Haikal.18 Tahun.Yang suka usik dan dengki kau.Itu akulah tu."Aku menggaguk faham.Begitu rupanya.Haikal?Aku kena ingat ni..Aku melihat kembali buku itu penuh ngn isian dan tokok tambah.Ini memudahkan aku membacanya.Aku membaca helaian biodata tentang diriku.

"Jadi nama saya natula ..Awak Haikal dan awak Mia.kamu berdua adik beradik saya...Saya akan cuba ingat kamu semua.."Ujarku lembut dan mengukirkan senyuman.Mereka keluarga aku jadi aku tak perlu risau.Haikal menunjukkan ibu jarinya tanda bagus.Mia bermain ngn rambut panjang ku itu.Budak perempuan itu sungguh comel berkata pelat kepadaku.

Abang Haikal membawa aku ke taman untuk bantu aku ingatinya kembali.Aku hanya mengikut.Di situ terdapat banyak bunga mawar merah yang cantik.

"Kau tahu siapa yang tanam ni?"

"Siapa?Mesti awak yang tanam kan.?"Ujarku Haikal menggeleng kepalanya.

"Kaulah siapa lagi yang gilakan mawar sejak kecil.Kau tak ingat kau suka hancurkan bunga ni letak kat muka..konon 2 dengan itu jadi putih..Haha"Gelaknya.Aku makin bingung,Dia berhenti dan menepuk dahinya tanda tak kena.

"Aku lupa kau tak ingat apa-apa patutnya aku yang ingatkan memori kau balik"ujarnya sedikit kecewa.Kami mencari tempat duduk apabila sudah berapa lama berjalan.Aku memandangnya kembali.Haikal memang ada niat yang baik jadi aku faham.

"abang"

"ya nat"

"Macam mana natula boleh tak ingat?"soalku sambil bermain jari telunjuk ku.Dia memandangku tapi amat berat untuk mengatakannya.

"Natula terlibat dalam kemalangan apabila dapat tahu tunang kau curang.Kecederaanya agak parah kerana kepala kau mendapat hetakan yang kuat.Kami memang tak percaya kau boleh jadi macam tu tapi kami usaha untuk kembali kan memori kau
..tapi"dia terhenti di situ kerana air matanya sudah terjurai di hujung kelopak matanya.

"Maaf kan natula sebab jadi beban dalam keluarga ni..Walaupun natula tak ingat apa-apa tapi natula akan cuba"

"Tak perlu minta maaf.Kau tak salah dalam hal ini.Lebih baik kau tak ingat kembali sebab kau akan ingat peristiwa gelap itu..Ia akan lebih menyakitkan"Katanya sapu tangannya dikesat air matanya itu.Aku tak sangka dia begitu risaukan aku..

"Natula akan usahakan walaupun seperit mana pun memori tu..Janji kamu sekeluarga bahagia."Balasku untuk menenangkan sikit hatinya yang gudah gelana itu.Dia tersenyum sebelum masuk ke dalam untuk makan .

Juadah yang terhidang di situ mengeluarkan aroma yang amat enak sekali.Aku membantu membahagikan pinggan kepada ahli keluarga ku.Tapi aku perasan ada tempat yang kosong di sebelah ibu.

"Erm..Ayah natula takde ke?"

Soalan dariku itu menunjukkan reaksi yang agak kecewa pada muka kedua penjaga ku itu.Aku salah cakap ke?...Ibu hanya tersenyum manis..Dia tahu anaknya hanya ingin tahu tentang itu jadi dia tidak lah terlalu peduli.

"Natula..Ayah dah lama takde sejak natula lahir kerana barah otak yang dialami nya.."Ujar ibu sebak.Aku agak terkejut dan hatiku amat sakit apabila ibu berkata sebegitu..Aku tak tahu knp?wajahnya juga aku tidak pernah nampak tapi kenapa hatiku rasa rindu sangat padanya.

"Natula duduklah..Kita makan sama..Nanti kita pergi tempat yang natula nak ya sayang?"kata ibu ku dan memberikan lauk ayam goreng ke pinggan ku.Aku gembira kerana ahli keluarga ku amat baik walaupun aku sebegini.

"ak...Akak"sebutan pelat yang kedengaran dari mulut kecil gadis itu amat comel sekali.Walaupun dia menyebutnya aku tidak berapa faham..

"Dia sayang kau..Tak boleh nak berenggang langsung mesti nak dengan kakak dia je..Dalam.tandas pun nak ikut"Kata Haikal dengan ketawanya yang manis itu.Ibu juga turut ketawa.

Mia memeluk aku meminta dirinya didukung.Aku basuh tangan dan mengangkatnya tinggi.Dia menjerit keriangan apabila aku bermain dengannya.Haikal dan ibu senang hati melihat aku sudah selesa dengan mereka.

Selepas itu kami bergerak ke tempat yang aku ingin tuju.Lagu BTS kendengan "Love Maze"entah kenapa aku boleh menyanyinya dengan mudah.

"Ibu tengok anak manja ibu ni.kalau bab BTS takkan lupa kita je dia lupa..Apalah kau ni dalam kepala hotak kau angaukan mamat Korea je eh"usik Haikal mencubit sikit pipi gebuku itu.

"Sakitlah!Manalah saya tahu..tiba2 lagu ni muncul teringat liriknya sekali.. abang ni suka sangat buat andaian terburu-buru tau"kataku seakan merajuk.

"Haikal tak baik usik adik macam tu.Tengok anak ibu dah merajuk"

"Eleh Haikal ni bukan anak ibulah.Mengadalah kau nak merajuk macam budak kecil..Kalau comel takpe gak selera sikit..ni tak jerawat batu pun banyak lagi ni..Euw"usiknya lagi.Mencabar aku nampak laki ni.Aku mencubit nya berulang kali begitu juga dia.

"HAIKAL!!Tolonglah abang tu yang ada banyak jerawat lagi teruk"

Di dalam kereta itu dipenuhi dengan gelak ketawa.ibu masuk ke pintu gerbang dan memparking kereta itu berhampiran ngn pintu masuk.Kami masuk dan aku teruja sebab pelbagai permainan menarik yang berada di situ.Aku tak pernah lihat sebelum ini.

"Haikal bawa natula Dan Mia pergi bermain.Ibu tunggu sini."kata ibu dan melambaikan tangannya apabila kami berlalu pergi.

Aku berlari keriangan seperti budak kecil.Jakun semestinya ada.Haikal hanya melihat aku dari jauh sahaja.Dia beli apa sahaja yang aku mahu.

"Haikal kenapa kau baik sangat eh?Kau kan selalu buli aku sebelum ni."Soalku secara spontan taktala dia sedang melayan kerenah adiknya yang bongsu itu.

"Salah ke aku baik ngn kau?Baik pun salah jahat pun salah ke?Tak faham betul ngn kau ni nat"Katanya dan menunding jarinya ke dahiku.

"Orang tak kata salah pun..Tak sangka lelaki macam kau ni baik orangnya pastu penyayang"Balasku Haikal malu apabila aku kata begitu..Aku dah agak reaksinya akan sebegitu..Hehe

"Nat kau nak yang mana?Ini rantai berpasangan ..Aku beli tigalah untuk Mia sekali"Haikal cuba menukar topik apabila dia menuju ke kedai cenderahati yang berhampiran dari situ.Comel betullah abang aku ni malu hihi.

Aku melihat dengan teruja tapi ada sesuatu yang tak kena..Kepala aku sakit sangat seperti ingin aku ingatkan sesuatu yang penting..Haikal risau akan aku dan berkata jangan terlalu memaksa ingat kembali..

"Nasri...Aku temu janji dengan dia kat sini sebelum dia beritahu nak putuskan hubungan"kataku perlahan Haikal meminta aku duduk di tepi.Nasri tu bekas tunang aku bukan?

"Kau ingat dia..Ada apa lagi kau ingat"Aku menggeleng kepala..mukanya juga aku boleh lihat dengan jelas.

"Nat jangan terlalu memaksa diri kau kalau kau tak boleh ingatinya.."Nasihat Haikal ngn nada risau..Aku tak patut buat dia risau.

"Natula nak ingat sebab ingin lebih kenal kau Haikal..Aku nak ingatan kau ngn aku bersama..mesti bahagia kan?"kataku tenang..Entah kenapa aku tak lihat dia sebagai abang..Macam ada sesuatu yang istimewa tentang dirinya.

"Aku harap kau pun akan ingat aku kembali..Sebab aku sayangkan kau nat..Sejak kecil lagi.."Ujarnya lembut sambil tersenyum..Merah pipiku apabila dia berkata begitu..Kenapa ngn kau ni natula dia sayang kau sebagai adik tak lebih dari tu..

"Dahlah nanti ibu risau kita lama2 kat sini"

Haikal memegang tanganku dengan erat terukir senyumannya itu.Jantung aku berdegup kencang ketika kulitnya itu menyentuh ku.Perasaanya lain dari apa yang aku rasa selama ni.Tapi aku terleka sehingga terlanggar seseorang di hadapanku.

"Natula!"Jerit Haikal risau apabila aku masih terduduk di lantai.

"Natula Aleesya ke?si amnesia yang cedera..lama tak jumpa kau sayang"kata lelaki atau lebih dikenali sebagai Nasri.Dia?!jantung aku tiba-tiba sakit apabila berhadapa dengannya.Yang lebih mengejutkan seorang wanita yang agak muda berpaut tangan dengan manja.Tak tahu malu.

"Apa yang kau nak lagi Nas setelah apa yang kau lakukan pada nat?!Jom nat kita pergi tak perlu layan jantan tak guna ni"Lantang suara Haikal kali ni.Dia memaut lenganku supaya aku mengikut nya tapi dihalang oleh Nas.Hatinya berkerut macam tak puas hati.

"Natula kau jangan percaya pada dia ni..Dasar penipu"Ujarnya tanpa mempedulikan rengekan isterinya itu.

"Lebih baik dia bersama dengan aku daripada kau yang tak pernah menghargai langsung tentang dirinya"Kata Haikal amarahnya makin menggunung.Nasri tersenyum sinis.

"Kenapa kau marah sangat bila aku kata kau penipu?.Takut aku akan rampas dia dari kau Haikal.Pengecut"Ujarnya lagi ngn kasar.Haikal hanya membisukan diri.

"Memang!!Aku takut kau rampas dia dari aku!!Puas hati kau jadi jangan ganggu hidup nat lagi faham?!"kata Haikal lantas menarik tangan Mia dan aku pergi dari situ..Nasri tersenyum puas dapat mengalahkan pesaingnya itu.

>>>>>>>>>>

Malam itu haikal tak bercakap dengan aku seperti biasa.Mungkin dia malu atau sedih apa yang dia katakan itu.Aku membawa buah oren untuk berikan padanya.

"Pasal petang tadi kau lupakan jelah apa yang terjadi..Aku tak boleh kawal diri aku."Ujarnya perlahan.Aku sekadar mengganguk faham.Mungkin ketika itu dia hanya mahu melindungi diriku sahaja.

Aku membawa buku diari itu berasal denganku.Halaman buku diselak yang bernombor 13.Aku tertarik dengan tajuknya "Haikal".

"Aku rasa aku dah jatuh cinta kepada dia.Apabila dia selalu bersama aku..Rasa ini manisnya seperti madu"

Itu petikan yang terdapat di dalam buku itu.Aku terpana seketika.Diri aku dulu cintakan Haikal?Tapi kenapa dia?Haikal abang kandung aku sendiri.Tak mungkin aku boleh jatuh cinta pada abang sendiri.Aku mesti tahu sebabnya.

"Natula kenapa sakit ke?"ujar Haikal dengan risau.Dia boleh lihat riak muka cuak aku.Kepalaku menggeleng dengan laju.Perasaan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Nat rasa tak sihat saya masuk dulu ya."kataku berlalu pergi dari situ dengan segera.Dia seakan bingung melihat aku.

Selepas bersiap mandi aku duduk bersama ibu di ruang tamu.Mia sudah tidur nyenyak sekali.Haikal mungkin melayan perasaan sendiri..Aku duduk bersama ibu tidak jauh dari tempat duduknya.

"Nat tengok abang Haikal macam ada apa-apa je..Ceritakan lah pada ibu"Kata ibu mengejut..Dia perasan aku asyik pandang dia je ke..Dia tersenyum sinis macam ada makna je..

"Takde lah nat rasa abang Haikal seorang yang baik dan selalu bersama natula tapi ada sesuatu yang tak kena apabila nat pandang mukanya..Macam ada sesuatu perasaan yang sukar digambarkan..Ibu tahu sebabnya?"Ujarku perlahan takut je Haikal dengar perbualan kami..Dia macam dah pasang telinga je tu..

"Memanglah abang Haikal kan abang natula mestilah dia sayang nat sepanjang masa sejak kecil lagi dia memang rapat ngn natula"Ujar ibu lembut..betul juga mungkin aku yang terlalu risau..

Tapi aku nak tahu juga kenapa aku tulis macam tu..

Aku perhatikan album yang aku ambil di laci ruang tamu.Mungkin segala persoalan aku akan terjawab.Aku merasakan ibu dan Haikal menyembunyikan rahsia yang aku tidak tahu.

Gambar semasa Haikal kecil bersama ayah dan ibu.Mungkin aku belum lahir ketika itu.Semuanya biasa sahaja tapi aku tertarik dengan gambar yang berada di halaman akhir sekali.Gambarnya agak tersorok.Mataku membulat apabila melihat Haikal yang bersongkok dan lebih mengejutkan bajunya mempunyai logo anak yatim..

Haikal bukan abang kandung aku?

Di belakang gambar itu.Tertulis "Anak angkat Haikal Mizan"..Sah!Inilah buktinya..Jadi selama ni rahsia nilah yang mereka tidak beritahu.Aku terpana kelu lidahku hendak berkata.Baru aku faham knp aku boleh menyukainya..Tapi dia..

"Natula kau dah tido ke belum?"

Terkejut aku dibuatnya apabila Haikal menonong sahaja masuk ke dalam bilik .Nasib baiklah aku sempat sorokkan gambar itu.Aku hanya tersenyum kambing.Dia seakan pelik.

"Kau buat apa dengan album tu pulak"

"Saja nak tengok entah-entah boleh ingat semula kan?Nasib mungkin menyebelahi nat kalau nat usaha"kataku spontan harap dia tak perasan apa yang aku buat.Dia hanya buat2 faham.

Dia mendekati ku dan menolak tubuhku ke katil.Mukanya dekat sekali.Merah pipi aku.Dia hanya tersenyum apabila aku kaku macam patung.Selimut ungu ditarik hingga dada ku.Rupanya dia mahu selimutkan aku tapi gayanya erm macam..

"Nat kau kenapa macam batu pulak ni?Kalau suka cakap jelah"Usiknya sambil ketawa kecil..Suka sangat lah buli aku.

"Mengada lah kau ni..Dahlah shuh2 princess nak tidur..menyibuk"halauku padahal hati ni memang nak suruh dia stay sini lama sikit dengan aku..

Tapi tak kena gak sebab dia ni lelaki walaupun dia bukan abang kandung aku..

"Dah halau orang macam kambing eh..Biarlah abang nak duduk sini..Bilik ni bilik abang juga..Semua ni abang punya..Nat pun milik abang..Hehe"Usiknya lagi mencuit sikit hidungku.Makin blushing aku dibuatnya.

Dia meletakkan mawar baru yang dah lama layu sejak pagi tadi.Aku pelik juga kenapa dia tak tukar dari tadi.Selepas itu dia duduk semula ke tempatnya.Suasana di bilik sejuk sebab hujan dah turun.Aku mahu tidur tapi aku takut...Aku takut takkan ingat balik..

"Tidurlah kata nak tidur sangat..Kenapa ?Nak suruh orang dodoikan baru nak tidur..."sinisnya lalu bangun..Serta merta badanku didukungnya..Apa lagi terkejut beruk lah aku..Tanganku memukul belakangnya berulang kali.. Boleh lagi kau mainkan aku..

"Abang ni kenapa?!Kalau patah pinggang nat tak tahu"Ujarku dia tak peduli dan menghayunkan ku sehingga pening..Selepas tamat sesi dodoi itu dia menurunkan aku kembali..Aku memukulnya sekuat hati..

"Adoi sakitlah!Badan kecik tapi garang macam singa..Jangan marah nanti cepat tua..Tak dapat kahwin ngn laki muda padan muka"Ujarnya lagi..Aku mencebik muka

"Abanglah suka hati nak dukung orang..Nat dah besarlah pandai-pandailah nak tidur sendiri hmp!"rungutku dia hanya gelak sahaja..Lawaklah sangat..

"Yalah2 nak merajuk pula budak kecik ni..Nasib baik comel kalau tak dah lama tak layan dia ni"

"Tak nak layan sudah biar nat layan perasaan nat sendiri je".

"Eh ke situ pula..Abang gurau jelah nat..nak akhiri hari ni dengan kegembiraan takkan tu pun tak boleh.."Ujarnya lembut sambil mengusap kepalaku.Aku memandangnya sebagai orang yang istimewa..Mungkin hatiku untuknya..

"Abang..Nat ada permintaan"

"Ya adik abang nak apa?"

"Kalau nat tak ingat balik macam hari ni..abang jangan gantikan mawar tu ya..Itu tanda untuk nat ingat semula..Lagi satu abang perlu selalu bersama ngn nat.."Ujarku sebab aku merasakan yang aku mungkin akan kehilangan nya kembali.Dia mengganguk faham..

'Setiap hari kau akan buat permintaan begitu natula...Kenapa hati aku sakit apabila sampai ke hari terakhir..Mungkin hatiku memang untuknya'Bisik hati kecil Haikal itu.Dia tahu yang dia tak boleh meluahkan
Cintanya terhadap adiknya itu..tapi cukuplah memberikannya memori yang indah..

"Nat..Abang sayang nat..Jangan lupakan abang lagi ya.."kata Haikal sambil tersenyum..tubuhnya dirapatkan lalu memeluk aku erat.Aku membiarkan sahaja..Dalam masa yang sama aku tertidur dalam dakapannya..

'Nat pun sayangkan abang Haikal'

"Agar dapat mimpi yang indah..Esok akan lebih banyak yang kita lalui.."Kata Haikal..Air matanya sudah terjurai di pipinya..Tubuh adiknya itu dipapah membaringkan atas katil..Dia tahu harinya akan tiba..tapi dia tak boleh lupakan perasaan nya terhadap adiknya..

Aku akan rindukan saat ni..

>>>>

Aku tak menggantikan bunga seperti permintaan nya..Ibu sudah sedia di sisi katil begitu juga Mia..Aku membangunkan natula dari lenanya..

"Siapa aku?Siapa korang semua ni?Aku kat mana?"soalannya perkara yang sama..Hatiku sebak kerana dia masih tak boleh ingat kembali.Ibu menerangkannya seperti biasa kami lakukan.Inilah setiap rutin aku buat.Dia takkan ingat keesokan harinya..Sudah 4 Tahun begini..Aku tak kesah..selagi dia masih lagi bersama denganku..Air mata selalu mahu terjurai apabila aku selalu memandangnya..Dia hanya senyum tapi memorinya kosong tanpa ingatan yang kekal..Natula Aleesya bangunlah sedarkan diri..Aku mahukan diri kau yang periang..Baik hati..Dan selalu usik aku..Ini bukan yang aku mahu.Tapi mungkin inilah takdir aku kerana cintakan aku walaupun aku sedar yang aku tak boleh mencintai kau..

Nat walaupun aku tak boleh mencintai kau tapi setiap hari aku jatuh hati pada kau berulang kali tiada batasan untuk aku berhenti..Ia menyakitkan untuk terima tapi masih ada kemanisan yang aku dapat di sebalik amnesia natula...Oleh itu,Aku akan..

Tunggu kau Natula Aleesya...
Hingga Kau ingat memori indah itu..
Dan Kembalikan semula senyuman manis kau..
Aku janji...

-End-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience