"Bangun! Bangun! " jerit Puan Zulaikha. Dia sudah mencekak pinggang. Ingatkan boleh juga la dia harapkan Anis Raihanna untuk kejutkan Afiq Raihan. Tapi rupanya sangkaannya meleset. Tak sangka anak menantunya tu tumpang tidur sekali dengan Afiq Raihan. Apa nak jadi lah.
Anis Raihanna tersedar daripada tidur apabila terdengar jeritan seseorang. Dia terpisat pisat sambil cuba membuka mata. Pelukan suaminya masih erat memeluk tubuhnya.
Pandangan dihalakan ke arah Puan Zulaikha. Kecut perut dia apabila melihat ibu mertuanya merenung tajam ke arah mereka berdua. Anis telan air liur. Aduh,macam mana boleh tertidur sekali ni. Rungut hatinya,geram kerana kecuaian sendiri.
Anis cuba meleraikan pelukan suaminya. Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya dia berjaya. Kali ini dia cuba mengejutkan suaminya pula. Tak tahan dia dengan renungan tajam daripada Puan Zulaikha. Macam nak makan orang saja gayanya.
"Afiq,bangunlah. Bangun!" Anis mengoncang tubuh suaminya beberapa kali. Ditampar lembut muka Afiq Raihan bagi mengejutkan lelaki itu daripada lena. Kalau ikutkan hati memang nak lempang sekuat hati. Mengada nak tidur lepas subuh. Namun disabarkan saja.
"Hana jangan kacau akulah,aku penat." balas Afiq Raihan. Dia membuka mata lalu dipandang isterinya dengan riak muka kesian. Matanya terlalu berat. Rasa kantuk telah menguasai dirinya. Hebat sungguh penangan tidur lepas subuh. Patut ramai orang buat. Hahaha
Anis membuat isyarat mata kepada Afiq Raihan. Dia menggerakkan bebola matanya ke arah Puan Zulaikha beberapa kali. Afiq Raihan mengerutkan dahi. Tak faham dengan isyarat yang ingin disampaikan oleh isterinya.
Dah kenapa minah sorang ni. Sakit mata ke apa? Monolog Afiq Raihan. Pelik dengan keadaan isterinya. Anis Raihanna sudah menepuk dahi. Kenapa lembab sangat suami aku ni. Kutuk Anis dalam hati. Akhirnya,dia menolak muka suaminya agar tertoleh ke arah Puan Zulaikha.
Membulat mata Afiq Raihan apabila sedar Puan Zulaikha merenung dirinya tajam. Rasa mengantuk tadi hilang serta merta. Kini perasaan takut mula menerpa. Segar bugar dibuatnya.
"Afiq,Anis. Sedap tidur lepas subuh? Afiq ,apa mama papa pesan dulu? Tak elok tidur lepas subuh tak masuk rezeki. Anis pulak mama suruh Anis kejut Afiq. Bukan tidur sekali. Sudah sekarang ni mama nak kamu berdua sarapan cepat. Kalau tak, siap kamu!"bebel Puan Zulaikha. Dia melangkah pergi meninggalkan suami isteri itu. Puan Zulaikha mengeleng kepala. Macam macam ragam betul pengantin baru ni.
"Kau la ni. Mengada nak tidur lepas subuh. Dah lah sesuka hati peluk orang." bidas Anis Raihanna tak puas hati. Kalau bukan sebab Afiq Raihan mesti dia tak kena bebel dengan Puan Zulaikha pagi pagi buta ni.
"Hei kau yang cari gaduh pagi tadi eh. Sampai penat aku nak layan kau. Bila masa aku peluk kau? Tak kuasa aku." balas Afiq Raihan. Dia bingkas berdiri. Bila masa pulak dia peluk Anis? Bukan dia peluk bantal golek dia ke?
"Ish,malas lah aku nak layan kau ni. Dah buat tu tak nak mengaku. Salahkan orang je tahu. Huh!" kata Anis Raihanna lagi. Dia mengatur langkah ke ruang makan. Baik dia sarapan sebelum Puan Zulaikha datang lagi.
Afiq Raihan berdecit. Habis dia kalau hari hari macam ni. Takkan nak berebut bilik air setiap pagi? Mesti lambat dia nak pergi kerja nanti. Lagi satu kalau betul la yang dia peluk Anis Raihanna masa dia tidur. Tak mustahil dia akan mengulangi perkara sama dikemudian hari. Ha tak boleh! Itu tak boleh terjadi.
Dia sudah berjanji dengan Haiqal Iskandar untuk menjaga Anis Raihanna sebaiknya dengan mengahwini gadis itu. Dia tak mahu dikatakan mengambil kesempatan. Nampaknya ada satu cara yang dapat menyelesaikan perkara ni. Dia melangkah keluar dari biliknya untuk bersarapan dengan segaris senyuman dibibir.
???
"Ha,Afiq. Mama ingat Fiq sambung tidur tadi. Baru mama nak kejutkan." perli Puan Zulaikha. Dia menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Afiq Raihan.
"Eh mana ada mama ni." tingkah Afiq Raihan. Dia menyambut huluran Puan Zulaikha. Seraya itu dia mengambil tempat disebelah isterinya. Dikerling sekilas Anis Raihanna. Selamba saja riak muka yang ditunjukkan oleh isterinya.
Afiq Raihan mencebik. Amboi selamba betul minah ni. Getus hatinya. Dia mula menjamah nasi goreng buatan khas Puan Zulaikha dengan penuh berselera.
"Afiq kenapa tidur lepas subuh? Kan papa dah pesan tak elok." soal Encik Zhafran. Pelik dengan sikap Afiq Raihan. Selama ni tak pernah pula anak lelaki itu melakukan perkara yang satu tu memandangkan telah dilarang sejak kecil lagi.
Afiq Raihan mengeluh kecil. Dipandang muka Puan Zulaikha. Namun hanya riak selamba yang diberikan. Nampaknya dia kena jujur jugak la ni.
"Afiq bukan saja tidur papa. Afiq tidur sebab penat." terang Afiq Raihan jujur. Dia kembali menjamah makanannya semula.
Tiba-tiba ruang makan tersebut gamat dengan tawa seisi keluarganya. Dia mengerutkan dahi. Apa yang lawak? Aku tak buat lawak pun.
"Ha,kan Fiqa dah cakap tak lama lagi mama papa timang cucu baru. Hahaha" kata Fiqa sebelum menyambung semula sisa tawanya.
"Terbaik lah Abang. Syafiq ingat abang bergurau je semalam." balas Syafiq adik iparnya pula.
Afiq Raihan cuba mencerna semula kata kata yang dilontarkan sebentar tadi. Penat? Apa yang pelik. Dia memandang Anis Raihanna. Muka gadis itu sudah merona merah.
Dia teringat yang dia baru berkahwin dengan Anis Raihanna semalam. Tapi apa kaitan dengan penat? Akhirnya baru dia faham. Nampaknya keluarga sudah salah faham. Aduh.
Afiq Raihan menggosok leher sambil tersengih sumbing. Layankan jer la. Hahaha. Nampaknya keadaan ini membolehkan dia untuk menyuarakan hasrat dia yang satu tu.
"Papa mama Afiq nak cakap something ni. " kata Afiq Raihan. Dia cuba berterus terang dengan ibubapanya. Mahu mendapatkan kata persetujuan daripada mereka.
"Alah papa. Abang dah tahu nak honeymoon kat mana lah tu. Hahaha" sampuk Syafiq. Dia cuba menyakat Afiq Raihan. Sekali sekala bergurau senda.
Afiq Raihan dah menjeling tajam adik iparnya. Geram dia bila disakat begitu. Tak sangka perangai adik perempuannya sebijik dengan suaminya. Patut la mereka berdua ni berkahwin. Chemistry kuat betul!
Encik Zhafran dan Puan Zulaikha menghamburkan tawa apabila melihat Afiq Raihan disakat oleh Syafiq. Ada saja akalnya.
"Apa yang kamu nak cakap Afiq? Betul ke apa yang Syafiq cakap tu?" soal Encik Zhafran. Dia cuba mengusik.
Puan Zulaikha hanya menunggu jawapan daripada anaknya. Entah kenapa tak terasa pulak nak ditegur ahli keluarganya kerana tidak beradab ketika makan. Terlalu teruja dengan berita yang akan disampaikan oleh Afiq Raihan barangkali.
"Afiq dengan Hana cadang nak pindah rumah. Bukan apa kami cuma nak ada privasi dan ruang kami sendiri. Boleh?" kata Afiq Raihan yakin. Dia tahu ibubapanya pasti akan bersetuju. Lalu dia memaut bahu isterinya.
Anis Raihanna tercengang apabila namanya disebut. Eh mamat ni sedap dia jual nama aku.Bila masa pulak bincang nak pindah ni? Tak ada angin tak ada ribut. Tiba-tiba je. Getus hati Anis Raihanna. Dipandang raut wajah suaminya mahu penjelasan.
Encik Zhafran dan Puan Zulaikha saling berpandangan. Tak sangka secepat ini anaknya membuat keputusan.
"Bila Afiq nak pindah?" tanya Puan Zulaikha pula. Dia tidak menyalahkan anaknya mahu berpindah. Dia faham pasti anaknya pun memerlukan privasi.
"Kalau boleh hari ni,mama. Mama dengan papa jangan risau semua benda dah Fiq uruskan. Tinggal nak pindah masuk je. Ni pun Fiq bagitahu sebab nak minta kebenaran daripada mama papa." kata Afiq Raihan lagi bagi meyakinkan ibubapanya.
Anis Raihanna hanya tersenyum nipis. Dia menahan rasa geram dihati. Boleh pula nak pindah tak bagitahu dia dulu? Ingatkan minggu depan ke apa. Hari ni terus pulak tu. Memang nak kena betul suami dia ni.
"Kalau Afiq dah kata macam tu,mama papa izinkan je. Nanti hujung minggu atau tak sibuk datanglah rumah. Jangan tak ingat jalan balik pulak." pesan Encik Zhafran. Dia tersenyum.
"Nampaknya sunyi jugak la mama kat rumah ni." kata Puan Zulaikha sayu. Dia baru ingat mahu meluangkan masa bersama Anis Raihanna.
"Mama janganlah risau. Nanti Anis sini lagi dengan Afiq. Kan,Afiq?" pujuk Anis Raihanna. Dia berasa serba salah pula. Afiq Raihan sekadar mengangguk tanda mengiyakan kata kata isterinya.
"Tak apalah. Dah makan cepat. Nanti nak kena kemas barang pulak kan." balas Puan Zulaikha. Dia tak mahu anak menantunya berasa serba salah kerana dirinya.
Seisi keluarga itu menyambung semula menjamu selera. Tiada lagi berbual seperti tadi. Masing-masing sibuk mengisi perut yang kelaparan.
???
"Afiq kenapa tiba-tiba nak pindah pulak ni? Dah lah tak bincang dulu" soal Anis Raihanna tak puas hati. Dia merenung tajam ke arah Afiq Raihan.
Afiq Raihan merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk itu. Pertanyaan isterinya dibiarkan dahulu. Otaknya masih serabut memikirkan apa tindakannya yang seterusnya.
"Dah kemas barang kau cepat. Lagi setengah jam kita gerak. Kalau lambat tinggal." arah Afiq Raihan tidak lama selepas itu. Lalu dia bermain permainan yang telah dimuat turun didalam telefon pintarnya.
Anis Raihanna menarik muka. Dia mula mengemas barang yang perlu dibawa. "Dahlah tak nak bincang dulu. Lepas tu nak arahkan orang je tahu." omelnya sendirian. Tangannya tangkas memindahkan pakaian ke dalam beg bagasinya.
???
"Afiq bawa kereta elok elok. Dah sampai call mama papa." pesan Encik Zhafran kepada Afiq Raihan. Dia menepuk lembut bahu anaknya.
"Anis terima kasih sebab setuju kahwin dengan Afiq. Mama tahu kamu terpaksa. Tapi mama doakan kamu berdua bahagia."ucap Puan Zulaikha. Dia sebak. Ditarik Anis Raihanna ke dalam pelukan.
Anis Raihanna membalas pelukan Puan Zulaikha. Dia teringat kepada ibunya,Puan Aimi. Anis cuba mengawal emosi. Kenapa para ibu suka buat drama air mata ni? Habis masuk habuk matanya dibuatnya.
"Akak Anis tak sempat Fiqa nak lepas rindu kat akak. Mesti akak tak sempat nak main dengan Amirul kan?" tegur Fiqa. Kini dia pula yang memeluk Anis Raihanna. Anis mengeleng kepala. Dah jadi mak pun manja lagi.
"Nanti kita jumpa lagi yer. Bye mirul." pamit Anis Raihanna. Dicubit pipi anak saudaranya tu. Comel sangat.
Akhirnya,mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta. Laju saja kereta tersebut dipandu oleh Afiq Raihan.
???
"Afiq boleh tak kau cakap kenapa kita pindah. Kenapa kita tak duduk dengan mama je." soal Anis. Dia masih mencuba nasib bagi mengetahui niat sebenar suaminya.
"Aku minta kita pindah untuk kebaikan kita jugak. Kau nak ke hari hari tidur dengan aku? Gaduh rebut bilik air setiap pagi? Nak? Kalau aku memang taklah. Lagi satu kalau rancangannya kita terbongkar macam mana?" terang Afiq Raihan panjang lebar. Matanya tetap fokus kepada pemanduan.
Anis Raihanna terdiam. Ada betulnya kata kata suaminya. Kenapa dia tak terfikir semua tu. Dia kembali menghalakan pandangan ke luar tingkap. Hanya lagu dari corong radio saja yang memenuhi ruangan tersebut. Masing-masing sibuk melayan perasaan.
???
"
Ok kita dah sampai." kata Afiq Raihan sebaik saja tiba disebuah kawasan perumahan. Anis Raihanna meliarkan pandangan ke sekeliling rumah tersebut.
"Wah,besarnya rumah ni" kata Anis Raihanna perlahan. Dia mula meronda kawasan rumah tersebut.
"Eh mak cik, sini. Beg kau angkat sendiri ye. Tak ada makna aku nak tolong angkatkan. Tak payah nak jakun sangat." kata Afiq Raihan. Pelik dengan reaksi yang ditunjukkan oleh isterinya. Jakun sangat tengok rumahnya. Padahal biasa je.
Anis menjulingkan mata tanda menyampah. Suka hati dia lah nak jakun ke apa. Apa masalahnya. Dia mula menghampiri begnya lalu ditarik masuk ke dalam rumah. Nak harapkan mamat tu bawakkan memang tak lah.
"Okay memandangkan ini rumah aku jadi kau kena patuh dengan peraturan dalam rumah ni" kata Afiq Raihan sebaik saja melihat Anis Raihanna menapak masuk ke dalam rumahnya.
Anis tidak mengendahkan kata kata suaminya. Dia masih terkesima dengan kekemasan dan susun atur perabot rumah tersebut. Sungguh cantik! Pandai jugak mamat ni jaga rumah kan. Detik hatinya.
"Hei hana. Aku cakap dengan kau lah bukan dengan perabot dalam rumah ni" perli Afiq Raihan. Geram apabila dipulaukan oleh isterinya.
"Yer apa dia yang kau nak cakap?" soal Anis Raihanna. Dia mula berpeluk tubuh. Muka tak serba salah ditayangkan.
"Ok. Yang pertama,kita tidur asing asing. Tak larat aku nak gaduh dengan kau pagi pagi buta."
"Yang kedua,jangan sesuka hati kau je nak masuk bilik aku."
"Yang ketiga,yang terakhir kot. Aku benarkan kau nak buat apa sekalipun dalam rumah ni janji jangan kacau hidup aku sudah. Faham?" kata Afiq Raihan. Dipandang raut wajah isterinya.
"Ok. Faham. Tapi aku pun ada syarat aku jugak."
"Ha apa dia?"
"Nantilah aku bagitahu."
Afiq Raihan terus melangkah pergi ke biliknya. Mahu membersihkan diri dan mendapatkan rehat yang cukup memandangkan esok dia akan mula bekerja.
Anis Raihanna pula merehatkan diri disofa. Dia mula selesa dengan keadaan rumah tersebut. Dia meliarkan pandangan ke luar kawasan rumah. Sebuah kolam renang yang besar berada dihalaman rumahnya. Dia tersenyum senget.
"Eh mak cik! Jangan lupa masak rumah ni tak ada orang gaji!" laung Afiq Raihan dari biliknya.
Anis Raihanna dengan berat hati melangkah ke dapur. Ish,kacau betullah mamat ni. Aku baru nak mandi kolam tu. Omelnya sendirian. Dia mula mencari bahan mentah untuk dimasak. Anis menghela nafas berat apabila tidak menjumpai apa apa barang masakan. Rumah orang bujang kan? Haihh.
"Afiq!"
Nah update untuk korang!
Love you guys!
Dont forget to comment!??
Share this novel