Bab 31:Bella dipinang

Romance Completed 204114

Tengku Isabella termenung jauh mengingatkan perjumpaan di antara Alex dan Mateen Darin seminggu yang lalu.Dia keliru dengan tingkah Alex yang melayannya dengan manis ibarat dirinya adalah keutamaan lelaki itu .Namun kenyataannya Alex tidak pernah menganggapnya lebih daripada adik kepada tuannya,Tengku Que Iskandar.Bagi Alex Tengku Isabella perlu dilindungi oleh sebab mengikut perintah tuannya semata-mata.

"Huhhh!!!"....

"Izrael,kenapa awak buat saya macam ni!"

"Why you treat me like a lover if you have no feelings for me!!"....Aaarghhhh..!!"

Tengku Isabella menyerabutkan rambutnya bila hatinya rasa bercelaru.Mukanya juga sudah hilang serinya,lantaklah jika penampilannya seperti hantu kak limah sekalipun dia sudah tidak kisah.Alex tetap tidak memandangnya walaupun elok macam mana pun penampilannya.Tidak mungkin dia menjadi perigi mencari timba jika mahu meluahkan rasa yang terpendam untuk lelaki sejuk beku itu.

"Tok...Tok...Tok!!"

"Sweetheart!!...Let's go home!"

Tengku Isabella mengangkat wajahnya melihat ke arah Alex yang muncul dengan wajah muram dan sedikit kusut namun Alex masih mampu menggariskan senyuman tipis buat wanita itu.Bella sedikit hairan melihatkan ekspresi yang belum pernah dia lihat pada wajah itu.

Alex hanya fokus memandu tanpa sebarang gurauan dan usikan seperti biasa.Kebisuan Alex dengan wajah yang suram tanpa senyuman menyebabkan Thalia cuba memberanikan diri menyentuh lengan lelaki itu.

"Why Izrael?...Did something bad happen?"...Tengku Isabella mengalihkan kedudukan badannya untuk menumpukan perhatian kepada lelaki itu.

"Mmmmm!!!"....

Alex hanya bergumam perlahan.Matanya melirik sekejap ke arah Tengku Isabella dan tersenyum dalam keterpaksaan.Sikap Alex yang pelik menyebabkan hatinya menjadi gundah-gulana.Tiba-tiba Alex memegang tangan kanan Bella dan di bawa ke bibirnya.Kucupan hangat singgah di punggung tangannya berkali-kali.

"Do you love me sweetheart?"....

Alex sudah menghentikan kereta di pinggir jalan.Tubuhnya di bawa menghadap Tengku Isabella yang memandangnya dengan wajah terkejut.Mata mereka bertaut lama.Bibir Tengku Isabella menggigil mahu meluahkan rasa yang terbuku dan tersimpan di lipatan hatinya.Tangan Alex naik memegang pipi gebu Tengku Isabella.Mata bening kehijauan Bella tunak memandang wajah kacak didepannya.Mata helang Alex berkaca-kaca dan wajahnya sudah memerah.

"I love you sweetheart!...I love you so much!!"

Alex mula teresak-esak dan menundukkan wajahnya.Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis menyebabkan Tengku Isabella ikut menangis.

"I love you more Izrael!"....Alex menggeleng-geleng kepala mendengar jawapan yang meniti di bibir Tengku Isabella.Wajahnya yang sudah basah dengan airmata di angkat mencari mata cantik wanita pujaan hatinya,kucupan hangat singgah di dahi Tengku Isabella.

"It's too late sweetheart!!"

"You will belong to someone!!"

"What do you mean Izrael?".....Tengku Isabella panik bila Alex sudah melepaskan pegangan tangan mereka dan kembali mengadap jalanraya.Telefon Alex kedengaran nyaring minta di jawab.

"Yes,Tuan!!....On the way!!"

Selepas menjawab panggilan Alex mula bertenang dan menekan minyak laju membelah jalan.Tengku Isabella menangis tanpa henti di sebelahnya.Alex langsung tidak mahu bercakap dengannya lagi.Hatinya tidak percaya secepat ini Mateen Darin mengabulkan permintaannya.

********************

Kereta Alex sudah masuk ke kawasan rumah agam Tengku Benjamin Adame.Beberapa buah kereta yang tidak dikenali juga memenuhi kawasan porch.Langkah Tengku Isabella masih terpaku di sisi kereta Alex.Alex menurunkan tingkap kereta bila melihat tiada tanda-tanda wanita itu mahu bergerak.

"Get in sweetheart!!....Semua tetamu sedang menunggu!!...

Alex turun dan mengiringi Tengku Isabella masuk ke rumahnya.Kedatangan mereka di sambut dengan gembira oleh Sharifah Mariah dan Tengku Benjamin Adame.Sharifah Mariah terus membawa Tengku Isabella bertemu mata dengan tetamu-tetamu yang datang membawa hajat.Dalam banyak-banyak wajah,mata Bella terhenti pada Mateen Darin yang sedang tersenyum ke arahnya.Meremang bulu romanya melihat senyuman menggoda lelaki itu,sama seperti sebelum ini.

Puan Sri Qamariah mendekati Tengku Isabella yang duduk bersama Sharifah Mariah untuk upacara menyarung cincin pertunangan.Tangan halus milik Bella dicapai dan sebentuk cincin berlian di sarung ke jari manis Tengku Isabella sebagai tanda gadis itu sudah menjadi tunangan orang.

Mata Tengku Isabella melilau mencari kelibat Alex,sebelum melihat lelaki itu bersama dengan Tengku Que Iskandar dan Mateen Darin.Mereka kelihatan berbual mesra dan saling menepuk bahu dan belakang Alex.Terimbas kembali kejadian di dalam perjalanan mereka tadi.Bella mengemam bibirnya menahan tangisan.Kenapa perlu jadi seperti ini?Bagaimana keluarga Mateen Darin boleh masuk meminangnya sedangkan mereka belum pernah berkenalan sebelum ini kecuali ketika mengikut Alex berjumpa dengan Mateen minggu lepas.

"Jadi semua setuju majlis akan dilangsungkan selepas tiga bulan pertunangan iaitu bulan ke empat!"

"Baguslah kita cepatkan perkara yang baik,tak perlu tunggu lama-lama!"

Kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat dan pihak lelaki sudah pun beransur pulang.Tengku Isabella masih kebingungan kerana perkara ini berlaku terlalu pantas.Dia di bawa pulang tanpa sebarang persiapan dan sudah selamat menjadi tunangan orang.Dia bagaikan boneka yang hanya menurut segala perancangan orangtuanya.Lebih sadis lagi Alex meluahkan perasaannya pada detik-detik akhir dia menjadi tunangan orang.

"Bella!!"....

"Kenapa ni,akak tengok Bella sedih je dari tadi!...Bella tak happy ke dah jadi tunangan orang?"....

Gelengan kepala Tengku Isabella membuatkan Hazel menariknya masuk ke bilik rehat di aras bawah.Tangisan Bella mula berlagu bila Hazel memeluk dan memujuknya.Berkerut dahi Hazel mendengar luahan hati Hazel namun dia hanya mendiamkan diri tanpa mencelah.Hazel perlu menjadi seorang pendengar yang baik untuk mengurangkan beban perasaan adik iparnya.

"Huhhh!!!...."

"Kenapa Bella tak berterus-terang awal-awal dengan Alex?"

"Abang Que memang cuba satukan Bella dengan Alex!.."

"Abang Que sengaja arahkan Alex jadi escort Bella untuk bagi you all bercinta tapi tak ada jodoh nak buat macam manakan!"

"Mateen Darin pun ok lah,sama-sama handsome and tall but not dark!!"

"Auchhhhhhhh!!!!"

Hazel mengusap lembut perutnya yang sudah menunggu hari-hari untuk bertemu buah hatinya.Sememangnya dari awal pagi dia ada rasa sakit-sakit sikit tapi dia biarkan sebab fikir 'false contraction'.Lagipun belum ada tanda-tanda kelahiran cuma perutnya asyik menegang dan mengeras.

"Kenapa Kak Hazel?....Sakit perut ke?"....Tengku Isabella pula yang panik,berhenti terus tangisannya.Tengku Isabella pantas keluar mencari abangnya yang masih berbual dengan Alex.

"Abang Que!!!"

"Kak Hazel....dia sakit perut!!"

Tengku Que Iskandar segera berlari masuk mencari Hazel menakala Alex bergegas ke kereta.Tengku Isabella pula pergi memaklumkan pada daddy dan bondanya.Saat pintu dibuka Hazel sudah terduduk di lantai memegang perutnya yang mengeras.Kain dressnya juga terpalit sedikit darah.Que segera menerpa ke arah isterinya yang sudah berpeluh menahan sakit contraction yang semakin kerap datang dan pergi tetapi dalam masa yang singkat.
Hazel semakin panik bila datang sakit yang membelit perutnya sehingga tangannya mencengkam kuat lengan Tengku Que Iskandar.

"Calm down sayang!...Breathe!...Breathe!"

Tengku Que Iskandar pantas mencempung tubuh Hazel yang semakin meringkuk badannya menahan sakit contraction.Alex yang menunggu cepat-cepat membukakan pintu belakang untuk tuannya.Tengku Isabella berlari membawa beg pakaian dan keperluan Hazel serta baby.Laju langahnya masuk ke tempat duduk di sebelah Alex.Dalam otaknya hanya risaukan kakak iparnya,hilang semua masalah yang menimpanya hari ini.

Tengku Que Iskandar masih memeluk dan menenangkan isterinya.Hazel merintih kesakitan bila contraction kuat mencengkam dan perutnya mengeras menyebabkannya meneran tanpa sedar.Menggigil tubuhnya menahan sakit yang bagaikan mahu mencabut nyawanya.

"Arghhhhh....!!!"

Suara jeritan Tengku Que Iskandar mengejutkan Alex dan Tengku Isabella yang berada di depan.Hazel menggigit kuat bahu Que menahan rasa sakit yang sudah tidak mampu dia tahan lagi.Berkali-kali dia meneran secara tidak sengaja.Que rasa cecair hangat membasahi seluarnya.

"Are you peeing sayang?"....Soalan Tengku Que Iskandar menyebabkan Hazel semakin menguatkan gigitannya.

"Abang it's hurt!!.....I want to push!!!....arghhhhhhhhhhh!!"
Jeritan Hazel menyebabkan Alex semakin menekan pedal minyak keretanya.Tengku Isabella menikus ketakutan melihat keadaan Hazel seperti itu.

"Alex lambat lagi ke?"...Que bertanya cemas kerana tak sanggup melihat kesakitan isterinya.

"Five minutes tuan!"....

"No,I can't!...I want to push now!!!"...Hazel menjerit sambil meneran dengan kuat kerana contraction yang terlalu kuat menyerangnya.

Tengku Que Iskandar semakin panik bertindak membaringkan isterinya dan dia berpindah ke hujung kaki Hazel yang sudah terbuka.Badannya yang besar melindungi pandangan di kawasan bawah badan Hazel yang sudah terbuka.Hazel tidak mampu bertahan lagi melayan contraction,mereka sampai ditempat kecemasan,kepala baby dah hampir keluar menyebabkan doktor mengambil keputusan menyambut bayi mereka di dalam kereta sahaja.Dengan beberapa kali teranan,lahirlah little hazelnut Tengku Que Iskandar dan Hazel Haufa.

"It's a boy!!"....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience