"SAH." Suara saksi mengamitkan dewan hotel. Shahrizan lelaki yang paling gembira mendengar suara itu. Laju tangannya meraup muka bersyukur setelah sah bergelar suami kepada Lily Zuyyin Tengku Farhan.
Shah menjeling ke rakannya duduk tidak jauh daripada abang iparnya. Senyuman kemenangan diberikan. Spontan dia mengangkat ibu jari sebagai isyarat kemenangan dan berpuas hati dengan semua ini. Dia sendiri tidak menyangka berjaya meracuni Lily dengan madu pukauan.
"Kenapa dia boleh dapat kahwin Lily Zuyyin. Tahu tak Cik Lily tu perempuan paling kurang ajar dan biadap," bisik salah seorang tetamu.
"Sytt... dengar orang. Nanti kita sembang belakang."
"Memang dia hot tapi...."
Mulut rakannya ditekup bimbang tetamu lain dengar. Shah hanya mengemam senyuman terasa bangga melihat ada tetamu yang tidak senang duduk dengan perkahwinannya.
Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan mewah. Shah dan isterinya bersalaman dengan Puan Normala memohon restunya setelah selesai acara batal air sembahyang.
"Aku ke sana sekejap ya isteriku."
Shah beredar meninggalkan isterinya bersama tetamu lain. Dia berjalan dengan penuh bangga ke arah Joe dan Wan. Dua sahabat teman suka dan dukanya. Tubuhnya digoyangkan sebaik berdiri di hadapan mereka dengan wajah bangga.
"Weii... Shah, tahniah! Berjaya juga kau tawan hati janda meletop. Jangan kau lupa Shah, cabaran kau bermula sebaik kau akad nikah tadi. Ingat!"
"Shah, kau jangan malukan kaum lelaki. Aku dengan Wan labur banyak untuk kau bertahan seminggu," usik Joe.
Bahu Joe diramas-ramas kasar disulami tepukan kuat. "Kau jangan bimbang Joe. Aku akan pastikan aku tak akan sebut perkataan keramat seorang lelaki. Korang memang bertaruh, tapi aku... aku bertaruh pada diri aku sendiri demi menundukkan perempuan biadap di sana tu supaya jadi seperti kucing oyen bila bersama aku. InsyaAllah."
"Pergh! Oyen bukan sebarang oyen. Janda oyen meletup siot!"
"Kau jangan buat dia pecah rekod Shah. Aku risau kau nanti yang diceraikan malam pertama tak sampai 48jam."
"Ya doh... kau boleh jadi orang kelima dalam list janda tu," usik salah seorang rakannya.
"Wait and see brother. Ini Shahrizan. Aku tak akan gentar dengan perempuan bernama Lily Zuyyin."
"Aku tunggu Shah. Aku tunggu dan pegang kemas semua janji kau. Jangan malam nanti tak sanding sudahlah." Mengekek Joe dan Wan membayangkan nasib rakannya kelak.
"Pergh, mulut! Kasar betul gurau kau. Aku suka, aku suka." Dadanya diurut seakan terasa dengan bicara rakannya namun sedikit pun tidak diaimpan di dalam hati.
Berderai tawa Shah dan dua rakannya tanpa menghiraukan tetamu lain sedang memandang mereka. Sungguh hati Shah gembira kerana berjaya memerangkap Lily. Lagi buat dia bangga dan gembira apabila Lily kini sah menjadi miliknya.
Beberapa minit kemudian, bicara mereka terhenti. Joe dan Wan beredar meninggalkan Shah sebaik Lily menghampiri mereka.
"Tahniah Shah. Tahniah Lily."
Shah hanya mampu mengangguk. "Yes, my wife Lily. You miss me?"
Nafasnya dihela kasar saat Lily berdiri di sisinya dan berbisik sesuatu. Spontan dia menolak tubuh Lily kuat. Pantas tangannya menarik sedikit jurai subang isterinya tanda tidak puas hati.
"Kau lupa ke sekarang aku ni suami kau. Hormat sikit."
Lily menepis tangan suaminya kasar. Matanya melirik tajam ke suaminya. "Up to you!"
Sakitnya jiwanya dengan perangai Lily. Apa lagi melihat isterinya beredar meninggalkannya sendirian dengan riak wajah yang sombong serta bongkak.
"Hisyh!"
Laju langkahnya mengejar isterinya dan mencapai lengan Lily secara paksa.Tubuh isterinya yang kecil dicembung di hadapan baki tetamu yang masih berada di dewan. Dia sedar tindakannya itu sedang diperhatikan semua orang termasuk nenek Lily sendiri.
"Turunkan I sekarang!"
"Hah?! Apa dia? Tak dengar?"
"You ingat you siapa nak sentuh I guna tangan you yang kotor tu. Lepaskan I sekarang!"
"Aku suami kau! Kau biar betul nak aku lepaskan sekarang?Jatuh macam nangka bucuk nanti. Nak ke? Nak aku lepas?"
Sengaja Shah mengacah mengugut Lily. Jelas sekali wajah isterinya benar-benar merona merah menahan amarahnya. Apa yang pasti dia perlu buat Lily jatuh cinta padanya sekali lagi.
"Rude girl you silap. You silap besar sekarang. Aku tak sama dengan semua jantan yang nikah dengan kau dulu," bisik Shah dengan yakin.
"Shah! How dare you!" tengking Lily.
"Aku lepas! Opss... eh... lepas."
Sengaja Shah membiarkan tubuh isterinya melorot sedikit sebelum menyentap semula.
"Jangan!"
Shah menahan diri dari ketawa saat Lily mula ketakutan.
"You jangan berani jatuhkan I." Makin kemas Lily berpaut di tengkuk Shah bimbang dirinya bakal jatuh ke lantai.
Sungguh hatinya terasa puas apabila melihat air muka isterinya kini tampak kelat.
"Shah, you jangan ingat I terpikat dengan you bila you buat perangai depan orang!"
"Okay, I lepas!"
"Jangan!"
"Hisyh....Tadi suruh lepas. Sekarang aku nak lepaskan kau tak nak. Mengada betul."
Suara Puan Normala menghentikan perbalahan antara mereka. Shah memandang wanita tua itu sedang berjalan terkedek-kedek menghampiri mereka.
"Wanny nak apa Puan Lily?" bisik Shah perlahan. Mulutnya masih tersengih ke arah wanita tua itu.
"Mana I tahu," balas Lily turut sama seperti Shah mengukir senyuman tawar.
"Shah, selamat pengantin baru. Alhamdulillah. Tolong ya jaga cucu Wanny baik-baik."
"Thanks Wanny. Wanny jangan risau, pandailah Shah jinakkan kucing garang wanny dengan cara Shah."
Sekali lagi Shah dengar Lily berdecit. Dia tahu isterinya geram. Sempat jarinya mencubit punggung isterinya hinggakan Lily menjerit terkejut.
"Nak bergurau bukan depan wanny Shah."
"Sorry wanny. Geram dengan isteri tak salah pun." Sekali lagi dia mencubit menyebabkan isterinya menjerit.
Selesai berbual, sekali lagi Lily mengeluh dan menjelingnya. Sakitnya hati mendengar Shah sengaja mahu pembantu wanny mengikutnya ke bilik. Alasannya agar membantu membawa barang mereka.
Shah sedar selain wanny, Lily akan tewas dengan pembantu wanny. Pembantu wanny akan laporkan perangai Lily ke Puan Normala jika Lily bertekak dengannya.
*
Shah berdiri kaku menunggu pembantu wanny membuka pintu bilik mereka. Dia melangkah masuk dan dengan sengaja tubuh Lily dilemparkan ke atas katil sebaik dia terdengar pintu bilik ditutup.
"You memang sengaja kan!" bentak Lily. Kalang-kabut Lily bangun dan membetulkan bajunya.
"Yes, good girl. Aku memang sengaja. Dah, aku malas nak layan kau. Aku nak mandi.Kau nak ikut? Aku on jea. Kita kan dah halal."
Tanpa berlengah, Shah membuka samping serta butang baju melayu di hadapan isterinya. Baju melayu dibuka dan dicampak ke sebelah Lily. Jauh di sudut hatinya gembira apabila isterinya seperti malu dengan kelakuannya. Mana tidaknya, dia sengaja menayang tubuhnya yang agak menawan itu.
"Jangan ingat you boleh sentuh I. You nak buat apa?"
"Eh, tolong sikit! Mana ada. Aku tanya kau nak mandi sama tak? Tak nak ke? Aku tak kunci pintu. Kau rasa nak nanti masuk, tolak daun pintu tu. Jangan malu-malu."
Shah langsung tidak berpaling setelah selesai berbicara. Hentakkan kaki Lily kuat membuatkan dirinya ketawa berdekah-dekah masuk ke dalam bilik air.
Ujian Lily tidak terhenti di sini. Selesai sahaja mandi, Shah keluar menayang tubuhnya dan kali ini dengan bertuala.
Tangannya menyelak langsir tebal hotel dan membuka tingkap bilik sedikit kecil. Dia sedar Lily seakan tidak selesa di hadapannya.
"Hello rude girl. Apa masalah kau sekarang? Pergilah bersihkan diri. Aku tak usik pun kau. Atau... kau memang nak aku usik kau? Aku tak kisah, lagi aku suka." Riak wajah Shah mula berubah nakal. Sengaja Shah melangkah setapak dua ke arahnya cuba menduga.
"Stop, jangan dekat! You jangan ingat I kahwin dengan you sebab I suka you."
"Eh, aku tak cakap apa pun! Jangan gelabah. Kau sebenarnya memang suka dengan aku tapi kau ego."
"Perasan!"
Tersentak Shah apabila satu pandangan tajam dan boleh membunuh muncul sebelum isterinya menuju ke bilik air. Dia hanya mampu menggeleng.
"Jangan lama sangat baby. Nanti mak andam datang ingat kita baru lepas main. Ingat, kita ada majlis sanding malam ni."
Pintu bilik air dihempas kuat. Sakitnya hati apabila suaminya berani menyindirnya.
Shah mengeluh. Dia meraba poket beg pakaian mencari kotak rokoknya. Rokok dinyalakan. Dia berdiri di cermin memandang pemandangan petang bandar.
"Lily, Lily. Perangai kau tak berubah langsung. Apa yang kau nak sebenarnya? Kau boleh lupa aku, tapi aku tak akan lupakan kau. Sekali lagi Lily.... kau sah milik aku. Mulai hari ini aku tak akan lepaskan kau macam dulu."
Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunan Shah. Dia membuka pintu hotel dan memandang dua lelaki patah tersenyum lebar di hadapannya.
"Matilah aku!" bisik batinnya.
"Hello Shahrizan. Amboi badan ketul-ketul. Segaja nak bagi I geram ke you. Ngaummm...."
"You tengok nok. Dia sambut kedatangan kita dengan bertuala."
"Nok, kau nampak apa aku nampak?"
Mengekek mereka berdua ketawa di hadapan Shah. Dada Shah ditepuk lelaki patah itu sebelum masuk ke dalam bilik.
Entah mengapa dia boleh lupa dirinya tidak berbaju menyebabkan dua lelaki sotong ini tergoda dengan tubuhnya. Laju langkahnya mencapai baju di atas katil. Sempat mereka mengusiknya sedang menyarung baju.
"Alahai, dah pakai? Ingat tadi nak belanja sampai habis makeup."
"Shahrizan! Bagi kami rasa dulu sebelum wife you."
"Just call me Shah. Amboi, pandai korang bergurau. Sorry you all lambat sangat cucuk jarum. Aku dah sah jadi suami Lily."
Mereka bertiga ketawa berdekah-dekah hingga bergema ruang bilik. Serentak itu Lily keluar berbaju tuala putih memandang mereka. Makin mengekek mereka ketawa ketika Shah memanjangkan muncung ke arah Lily bahawa dia hanya milik Lily seorang.
Assalamualaikum utk semua. Terima kasih yang menyokong. *risiko membaca di tangan anda. *Say no to plagiat.
Share this novel
Lama tak baca karya win..thanks win bg free
Waalaikumsalam winwin