BAB 8

Family Completed 6948

SETAHUN KEMUDIAN

“Haikal!” jerit Sara lalu berlari mendapatkan Haikal yang berdiri menyandar pada keretanya.

Haikal tersenyum melihat gelagat Sara. Sara tetap seperti dulu.

“Rindunya dekat awak!” ujar Sara teruja lalu memeluk lengan Haikal.

“Tahu takpe!” balas Haikal lalu menepuk-nepuk lembut tangan Sara yang memeluk lengannya.

“Wah, awak makin handsomelah sekarang!” puji Sara ikhlas.

“So, awak menyesal ke sebab putus dengan saya??” usik Haikal.

“A’ah la, menyesalnya!” balas Sara nakal.

“Awak ni, dah jom! Saya belanja makan!” ajak Haikal.

Setengah jam kemudian, mereka tiba di restoran yang Haikal maksudkan. Sara yang teruja dengan pemandangan tanah airnya tidak henti-henti melihat sekeliling melalui cermin kaca restoran itu.

“Macam tak percaya saya dah balik sini semula.” ujar Sara gembira.

“Percayalah~” Haikal menyanyi lalu tersengi.

“Awak ni kan! Dah, jangan nak senyum sangat! Cair saya!” ujar Sara lalu tersenyum.

“Saya memang nak awak cair pun!” balas Haikal.

“Jahat!” ujar Sara.

“Hahaha~, so, apa cerita mysterious guy awak tu?” tanya Haikal.

“Hmm, awak tahu, dia bagi saya coklat dua hari yang lepas and wish semoga saya selamat sampai kat sini.” jawab Sara.

“Awak tak takut ke? Macam stalker je tu!” ujar Haikal risau.

“Nak takut apanya? Dia tak pernah hantar apa-apa yang bahaya pun.” ujar Sara.

“Yela, sampai dia tahu bila awak nak balik sini…tu dah bahaya dah tu!” ujar Haikal.

“Eleh, cakaplah yan awak jealous sebab saya ada peminat misteri! Awak takde!” Sara bergurau.

“Saya lagi rela takde peminat dari ada peminat yang menakutkan macam tu!” balas Haikal.

“Dia tak bahayalah! Dia tak pernah ugut, ancam saya tau! Sebaliknya, dia sweet sangat!” puji Sara dengan wajah yang bahagia.

“Sweet? Hah, sweetlah sangat! Awak jangan nak cari saya pula kalau dia muncul dekat rumah awak nanti!” Haikal pura-pura meluat.

“Buat apa saya nak call awak? Finally he show himself! Saya akan bawa dia pergi keluar dating!” spontan Sara berkata.

` “Gila!” marah Haikal sebelum menggelengkan kepalanya.

**************************************

“Adam! Adam!” susah payah Fitri menyebut nama itu kerana sahabatnya itu memeluk erat lehernya.

“Fitri! Finally, dia dah balik sini! Excitednya aku!” ujar Adam teruja lalu melepaskan pelukannya.

Fitri terbatuk-batuk sebelum menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat Adam itu. Adam tersengih-sengih melihat ke hadapan.

“Hah baguslah tu! Tak payahlah kau bazirkan duit kau untuk belikan dia hadiah lagi.” ujar Fitri.

“Ehh kau ni! Tu bukan membazirlah!”marah Adam lalu meneguk air tinnya.

“Yela semua aku cakap salah!” rajuk Fitri.

Adam tersenyum lalu memeluk bahu Fitri.

“Fitri kau tau tak? Kau adalah antara orang yang aku sayang tau! Kau, abang Haikal, mama, papa…” ujar Adam ikhlas.

“Kak Sara…” tambah Fitri.

Adam mengangguk lalu tersenyum.

“She’s the one. Aku tak pernah tengok tau perempuan-perempuan yang ada dekat sekeliling aku ni. Aku cuma nakkan dia je.” ujar Adam jujur.

“Aku tau, tak payahlah kau nak cakap banyak kali.” ujar Fitri geli dengan kata-kata Adam.

“Aku percaya yang jika kita ikhlas untuk sayangkan seseorang tu, dia akan boleh rasa dan akan sayang kita balik macamana kita sayang dekat dia.” ucap Adam yakin.

Fitri memandang Adam dengan pandangan kagum. Bukan mudah untuk menyimpan perasaan sayang dengan begitu lama, akan tetapi sahabatnya itu mampu untuk berbuat demikian. Dia cuma berharap sahabatnya itu tidak akan terluka nanti. Dia mengeluh lalu memandang ke langit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience