1

Romance Completed 132664

Atilia Hana perasan akan pandangan tajam Qistina ke arahnya. Masing-masing tidak berbicara, namun renungan mata memainkan peranan. Menandakan betapa hubungan mereka tidak begitu mesra.

Sejak Qistina terserempak dia dan Hazim makan malam bersama di sebuah restoran mewah tempoh hari, gadis itu ibarat melancarkan perang dingin dengannya.

Qistina yang turut hadir menemani seorang lelaki berpangkat Dato' seakan terkejut melihat mereka. Begitu juga dengan Hana, namun dia cuba beriak biasa. Manakala Hazim langsung tidak kaget, malah dia sempat melambai ke arah Dato Eusof yang berganding tangan dengan Qistina.

"Hoi. Asal si singa tu?" Azleen, rakan setugas memuncungkan mulut ke arah Qistina. Hana hampir tergelak mendengar.

"Entah. Pergilah tanya dia?" jawab Hana. Jarinya kembali menggerakkan tetikus.

"Gaduh dengan dato la tu. Pastu semua orang kat ofis ni kena tempias bad mood dia!" bebel Azleen sambil meletakkan beberapa buah fail ke atas meja Hana.

"Biasa la tu.. dalam perhubungan memang ada naik turun dia. Kejap gaduh, kejap baik." pesan Hana sambil matanya tekun meneliti skrin komputer.

"Amboi...pandai kau eh? Kau pun tengah dalam perhubungan jugak ke?" usik Azleen. Sejak bila Hana pandai berkata-kata soal cinta? Dia tidak pernah tahu kalau Hana sedang dalam hubungan cinta.

Hana senyum sendiri. Bahunya dijongketkan. Sengaja mahu berdiam diri. Rahsianya sudah kantoi dengan Qistina, takkan hari ni dengan Azleen pula.

"Macam macam lah.. Tolong check document ni tau, Hana. Anything bagitahu aku. And good luck berhadapan dengan singa." Azleen sudah menapak balik ke tempatnya.

Hana menarik nafas lega, mujur Azleen tidak bertanya lanjut. Kalau Azleen juga tahu tentang hubungan sulitnya dengan Hazim, mati dia!

Sesekali dia mengeluh. Alangkah baiknya jikalau dia tidak perlu bersembunyi begini. Alangkah bagusnya jika semua orang tahu dia dan Hazim punya sesuatu. Hana kembali menghadap kerja yang bertimbun. Jika tidak selesai, mahunya singa di ofis itu mengamuk!

.

"Ehem.." Qistina berdehem ketika memasuki ruang pantri.

Hana yang sedang leka mengacau kopi mendongak melihatnya.
"Hai Qis."

"Mengantuk ke pagi-pagi ni?" Qistina sekadar menjeling ke arah kopi buatan Hana. Sengaja mahu memerli gadis itu.

"Sikit. Semalam tak dapat tidur." terang Hana jujur. Mana tidaknya, asyik teringat buah hati. Sudah lama Hazim tidak menghubunginya. Walaupun hakikatnya mereka bertugas di bawah satu bumbung yang sama.

"Tak dapat tidur ke sebab takde teman tidur?" sebiji gelas dicapai Qistina sebelum menuju ke arah mesin penapis air.

Qistina ibarat mencurah minyak ke api. Belum puas rasanya selagi dia tidak meluahkan apa yang terbuku.

Hana sekadar diam, tidak mahu memperbesarkan hal yang dianggap peribadi itu.

"Apa sebenarnya hubungan kau dengan Hazim ek??" Qistina memeluk tubuh sambil merenung Hana.

Hana tidak menjawab. Mindanya turut berperang dengan hati sendiri. Dia juga keliru dengan status hubungannya dengan Hazim.

"Kau kena ingat, kau tu staff biasa je kat sini Hana. Be professional. Hazim bukan taraf-taraf kau!" Qistina bersuara tegas.

Mana taknya, Qistina yang sudah lama berusaha memikat Hazim juga tidak pernah berjaya, inikan pula gadis sepolos Hana. Sebab itu dia menempel pada Dato Eusof. Sebab lelaki tua itu berduit sahaja.

"Kami....kawan je." Hana menjawab perlahan.

Qistina mengoyak senyum sinis. Tak mungkin hanya kawan.

"Baiknya kawan kau. Sampai bawak makan tempat mahal. Beware Hana, lelaki ni semua sama je. Lepas dapat apa yang dia nak, dia blah. Jangan pulak kau menyesal nanti."

Selesai 'mensekolahkan' Hana, Qistina meninggalkan gadis itu terkulat-kulat di situ sendirian.

Hana termenung lagi. Sedikit sebanyak, kata-kata Qistina dia cuba hadam. Ada benarnya. Mengapa dia memilih untuk berdampingan dengan lelaki hebat seperti Hazim? Bagai pipit dengan enggang.

Azleen pula muncul. Sudah menjadi rutin gadis itu membancuh kopi waktu begini. Hana pantas memaniskan muka.

"Apa singa betina tu cakap dengan kau? macam serius je?"

"Takde apa. Pasal kerja lah." bohong Hana.

"Tak paham aku macam mana dato tu boleh tahan perangai cerewet singa tu. Nasib muka je lawa." kutuk Azleen. Mulut minah ni memang tak bertapis langsung!

"Tak baik lah Leen!"

"Betul apa! Jenis pandai melayan atas katil, sebab tu dato tu sabar je huh." bidas Azleen lagi.

"Jahatnya kau ni!" Hana menepuk lengan Azleen. Dia juga terasa sebenarnya.

Kalau Azleen tahu perkara sebenar, pasti gadis itu juga kecewa dengan Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience