BAB 9

Family Completed 4130

Dengan amarah yang ada, Iqhwan bangkit dari tempat duduknya. Dia ingin membuat perhitungan daripada isterinya. Jarak yang hanya selangkah mempercepatkan lagi penemuan untuk kesekian kalinya kepada Airah.

"Assalamualaikum Airah."

"Abang?"

Bukan main pucat lagi Airah bila melihat suaminya berada di hadapannya ketika itu dengan wajahnya yang bengis.

"Wow wow wow. Nice to meet you."

Si jejaka sudah mula bersuara riak bila buat pertama kalinya berjumpa dengan suami kepada kekasihnya.

"You..."

Tanpa membuang masa dengan amarah yang semakin membuak-buak, satu tumbukan padu dihadiahkan singgah dipipi lelaki itu.

Dengan sekelip mata sahaja suasana di dalam restoran itu menjadi kecoh. Terjerit Airah supaya memberhentikan tumbukan suaminya itu kepada kekasihnya. Tumbukan yang tidak mahu berhenti. Lelaki itu pula tidak dapat menahan dirinya daripada menerima tumbukan itu.

"Muhammad Iqhwan! Can you just stop it!!" jerit Airah.

Semua pengunjung-pengunjung yang berada di restoran itu hanya menonton drama percuma.

"I am not going to stop Airah if you tell me who he is.’’

"You still don't get the idea? He is my boyfriend!"

"And I am your husband!!"

Diam dan dengusan nafas yang kasar hanya kedengaran di antara mereka. Si jejaka hanya mampu menahan kesakitan yang ada. Tidak berupaya untuk berdiri ketika itu.

"You lady, you should go with me."

Tangan isterinya direntap lalu ditarik keluar dari restoran itu tanpa menghiraukan kekasih isterinya yang tidak mampu berdiri. Bukan main menjerit lagi Airah bila ditarik dengan kasar begitu. Hal ini berlarutan sehinggalah Iqhwan menolak Airah masuk ke dalam keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience