H3

Crime Series 45700

"Aku akan duduk sekali kat rumah ni, kau okay ke?"

Ezhar bersoal seraya menyedut rokok dunhill yang hampir separuh batang bakinya. Badan tegapnya disandar pada tiang kayu di bucu beranda.

"Fika tak de hak nak larang Har, lagipun ni rumah Atok ngan Wan Har. Sepatutnya Fika yang malu sebab menumpang kat sini. Takpe la, nanti Fika cari rumah lain untuk duduk."

"Eh apahal pulak. Kau dah duduk bertahun kat sini, tiba-tiba nak keluar. Kenapa? kau takut orang kampung mengata kita?"

Rokok yang disedut tadi, Ezhar hembus asapnya menghiasi pekat malam, Mata masih tak lepas memandang Dafika yang dari tadi menunduk tanpa ingin menatapnya.

Dafika Awanis dah lain seperti 7 tahun yang lalu, wanita tu lebih banyak berdiam.

Pakaian seksi yang sering menampakan benjolan didada serta batang peha yang gebu, kini ditutup sepenuhnya dengan kain yang sempurna. Malahan rambut Dafika yang dulunya berwarna ala 'nescafe celup susu', sudah tidak kelihatan lagi apabila tertutup dek tudung.


Ezhar dapat rasakan banyak perubahan yang dia tak tahu, dan telah berlaku sejak 7 tahun yang lepas.

"Saya tak takut orang mengata saya, saya takut awak yang kena umpatan, Har."


Ezhar tergelak sebentar ketika mendengar bait bicara Dafika. Lucu.
"Orang nak mengata apa lagi pada aku, Fika? Mat rempit? Mat pit? Kaki ganja? Kaki betina? Semua tu dah lali kat telinga aku ni Fika. Yang aku fikir sekarang ni, kau tu. Kau tak takut ke dengan aku? Kau tak takut ke aku hasut anak kau jadi jahat?"

"Yang terang mengaku jahat, lebih baik dari menyorok kejahatan sedangkan didepan orang, dia lah malaikat!"

"Apa maksud kau?"


Errg! Tersentak seketika Dafika, dengan pertanyaan Ezhar. Wajah lelaki yang menjadi mimpi buruk bertahun lamanya, mula dikeluarkan dari fikiran. Tiada guna dia ingatkan jantan keparat itu!

"Err .... Takde apa-apa lah. Fika masuk bilik dulu, dah lewat ni. Esok nak kerja"

"Lewat apa nya, bukan kau kerja pakai punchcard pun. Kedai makan Wan tak sampai 20 langkah je kau jalan. Ke kau takut dengan aku?"

Laju Ezhar memotong ayat Dafika, ketika wanita itu bersedia untuk bangun. Dia pasti Dafika seakan menyorokan sesuatu.

"Kenapa saya nak takut dengan awak Har?"

"Yay! aku lupa! Dalam ramai-ramai perempuan kat kampung ni, kau sorang je yang tak takut dengan aku. Dulu, budak-budak sini semua bajet nak cari laki ala-ala ustaz, yang tahu hukum agama. Konon-konon boleh jadi IMAM untuk isteri dan anak-anak. Tapi bila cakap pasal rupa.."

Ezhar menghentikan katanya lantas menyuakan wajah pada Dafika.

"Muka ni jugak yang diorang cari. Sebab apa? sebab yang bajet ustaz, semua muka penyet macam kena tumbuk."

"Jadi awak nak cakap yang awak handsome la Har?"
Dafika merungkai tawa sambil menerkup mulutnya dengan tapak tangan. Sungguh lama dia tak ketawa macam ni.

"Handsome la dari budak nerd kat sekolah kita yang namanya .. err. .. apa ek... Usin? Isin? Upin? Ntah aku pun dah lupa. Yang konon bajet ustaz la sangat.. kopiah tak pernah lepas atas kepala. Padahal dia nak tutup rambut yang botak depan!"

Sekali lagi Dafika tergelak sehingga kedua bahunya terhenjut-henjut.
"Nama dia Mohd Hussin la.. sekarang dia kat Indon sambung kat madrasah sana dalam bidang agama."

"Wooo."

Ezhar membesarkan biji matanya, mulut dah membulat.
"Jadi betul lah si Usin tu nak jadi ustaz?"


Dafika mengangguk berkali-kali mengiyakan pertanyaan Ezhar, bibirnya masih melebar senyum.
Ada ke patut Ezhar panggil Hussin tu sebagai Upin? Hehehe.

Ezhar hanya mampu mengangkat kening ketika tahu budak yang selalu di bulinya ketika sekolah, kini menjadi seorang lelaki yang berjaya dunia dan akhirat.
Bagaimana pula dengan Ezhar? Dah la kat dunia selalu dicaci. Entah-entah kat akhirat dah disedia neraka untuknya menginap. Huh!

"Fika, aku nak tanya pasal bapak Arsyad, laki kau. Dia kemana? Aku tanya Wan, dia suruh kau bukak mulut sendiri. Yela! aku bukan nak ambik tahu hal kau, tapi macam terkejut je bila tengok anak kau dah sekolah. Padahal kau selalu je jumpa aku. Bila masa kau kahwin? Aku pun tak tahu siapa laki kau. Lagipun aku duduk sini dengan kau, mana lah tahu kot-kot laki kau marah ke?"


Glup!
Pantas Dafika menelan liurnya di kerongkong, hujung mata melirik kepada Ezhar yang masih berdiri bersandarkan tiang beranda. Tak berani memandang penuh lelaki itu.

"Fika. Kau ni macam nak lari je bila aku tanya pasal laki kau kan?!"

Suara Ezhar sedikit tinggi bila dilihat Dafika masih membekukan lidah tanpa menjawab.

"Fi.. fika takde laki."

"Hah?!"

"Err.. maksud Fika. Laki Fika dah lari tinggalkan Fika sebelum Fika beranakan Arsyad lagi."

"Siapa laki kau? Kenapa dia tinggalkan kau?"
Berkerut wajah petak Ezhar mendengar jawapan Dafika.

"Siapa tu, rasanya tak payah lah awak ambik tahu Har. Saya pun malas nak fikir kan semua ni lagi."


Ezhar mengangguk faham, dia pun bukan naksangat ambik tahu hal orang. Cuma ketika ni yang masih rapat dengan dia adalah Dafika. Namun jika perempuan tu sendiri nak tutup mulut, buat apa Ezhar nak paksa untuk bercerita.

"So mak kau macamana? Sihat?"

Ezhar bersoal lagi, cuba memusing bicara.

"Mak... Dah lama meninggal.."

"Hah?! Weeiii aku tak tahu pun! Kau takde cerita pun kat aku pasal mak kau. Kenapa dia meninggal?
Lagi sekali Ezhar dihujah dengan perkara yang dia tak pernah tahu sebelum ni.
Ezhar bukan rapat sangat dengan MakCik Kamisah, maknya Dafika. MakCik Kamisah pun selalu sahaja membentaknya ketika sekolah dahulu.
Perempuan tu cakap, sebab Ezhar. Penduduk lelaki kat kampung ni jadi penagih.

What the 'F'?
Ezhar memang jahat, tapi dia tak pernah sentuh tahi dadah! Setakat minum arak dengan air ketum tu biasa lah..

"Mak meninggal sebab sakit tua, rumah mak, adik dia ambik dan uruskan. Sebab tu Fika duduk menumpang kat sini."
Ah! berapa banyak dah penipuan yang Dafika usul kan hari ini kepada Ezhar. Yang pasti Ezhar takkan boleh tahu hal sebenar.

"Asal pulak bapa sedara kau ambik rumah tu? Bukan ke rumah tu hak kau?"

Tanya Ezhar lagi.

"Malas lah nak berebut, lagipun sebelum mak meninggal, Dia tak pernah wasiatkan rumah tu pada sesiapa. Jadi hak semua jatuh pada Pak Cik Fika."


Ezhar menenyeh puntung rokok di pagar kayu bagi menghilangkan bara dan mencampak ke tanah. Dagunya yang berjambang halus diurut perlahan.

Kata-kata Dafika macam tak logik difikirkan dia.

Memang benar Ezhar bukan tahu pun pasal pembahagian harta dalam islam, Tapi tak mungkin bapa sedara Dafika sampai hati menghalau Dafika dari rumah mak nya sendiri.


Ah! kerana harta pun sanggup buang sedara!

"Errr.... Kalau takde apa-apa lagi, Fika masuk tidur dulu la.."
Sekali lagi Dafika bangun dari duduknya, tak selesa juga berdua dengan Ezhar hingga larut malam.
Mata orang kat kampung ni macam teropong, dari jauh pun boleh nampak. Tak pasal-pasal dijajanya cerita yang bukan-bukan nanti.

"Fika.. kau tinggal lah kat rumah ni, atlist ada yang tolong tengok-tengok kan Atok dan Wan. Aku sekejap je kat sini. Nanti dah dapat kerja, aku keluar."


Dafika tak menjawab, hanya kepalanya diangguk sekali sebelum kaki ingin melangkah masuk kedalam rumah.

Jantung yang laju berdegup cuba Dafika tutup sepenuhnya. Dia tak mahu Ezhar tahu akan hal sebenar. Biarlah rahsia ini menjadi makanan hidup dia selamanya..

"Fika.. Terima kasih sebab sudi jenguk aku kat penjara selama 7 tahun ni."

Dafika yang baru sampai di muka pintu, berpaling semula kepada Ezhar. Lelaki itu tidak memandangnya.

Tangan Ezhar kembali mengepit rokok baru dan membakar dengan pemetik api. Pandangannya dihala kepada pekat malam dan membiarkan kata-katanya tanpa dijawab oleh Dafika.

Asap rokok ditiup lagi, lega bila menghisap racun tar ini diwaktu tengah malam tanpa ada gangguan sesiapa pun. Jika Ezhar di penjara, waktu-waktu macam ni, warden dah paksa untuk tidur. Kalau tak mampus la dikerjakan dengan kayu choti!

*****

"Buat apa kau ajak dia makan kat sini? tak boleh ke kau hantar je makanan kat rumah Hajah?!"

Jamaidah masuk ke dapur sambil bercekak pinggang kepada Dafika.

Geram hatinya ketika melihat kelibat Ezhar di dalam kedai makan ini.

"Apa salahnya kak... Kedai makan ni kan Wan Har punya, kita ni pekerja kat sini je kak.."

"Aku tahu la kedai ni Wan dia punya, tapi kau tak takut ke dia datang makan kat kedai ni? Mana tahu dia ada AIDS ke, tak pasal-pasal kita semua berjangkit!"

"Ya Allah kak... Har takde penyakit tu semua kak, dia bersih kak. Lagipun AIDS takkan berjangkit dengan hanya berkongsi makanan kak.."

Dafika merendahkan sedikit suaranya, takut terdengar oleh Ezhar di ruang makan.

Tenghari tu Ezhar datang, nak makan katanya. Lepas tu nak mintak bungkuskan sekali makanan untuk Atok dengan Wan kat rumah.
Setiap hari, sebelum kedatangan Ezhar, Dafika lah yang selalu memasak untuk Hajah Salhah dan Haji Bohari di kedai ini. Kemudian akan dihantar kerumah.
Mulai hari ni tugas itu diambil alih oleh Ezhar. Sampai bila, Dafika pun tak pasti.

"Kau ni Fika, tahu semua pasal Har kan. Kau pasti ke dia takde AIDS? Semua orang kampung tahu yang jantan tu hisap dadah! Bukan menghisap je, tapi pusher besar jugak kat kampung ni! sebab dia la, habis anak muda kat sini terikut jadi taik dadah!"

"Kak!"
Tinggi harakat Dafika menyahut kata-kata Jamaidah! Jika hilang sabarnya, mahu sudah bertarik rambut kat kedai makan ni!

"Fika!"

Suara garau Ezhar memanggil nama Dafika membuatkan dia dan Jamaidah saling berpandangan. Mata mereka berdua membulat.

"Dafika Awanis! Kau kat mana?! Keluar sini sekejap!"


Kali kedua Ezhar memanggil nama penuh Dafika menyebabkan terkoncoh-koncoh wanita itu keluar sambil diekori oleh Jamaidah.

"Kau kat mana Fika! nak tercabut urat leher aku panggil kau!"

Tanpa menghiraukan mata-mata pelanggan lain yang memandang, Ezhar terus meninggikan suara walaupun Dafika sudah berada dihadapannya.

"Kenapa Har? Awak nak tapau Atok dengan Wan ke? Saya belum siap kan lagi. Awak tunggu sekejap."

Dafika menjawab lembut, tak mahu Ezhar terus marah. Bukan dia tak tahu lelaki tu panas baran tahap 10/10. Ingat dah berubah, tapi masih jugak sama seperti dulu.

"Aku bukan nak tapau, Ni hah! aku nak tanya, siapa yang masak sup ni?"

Ezhar menolak mangkuk berisi sup ayam yang berada diatas meja sehingga kuahnya melimpah keluar.

"Aku yang masak kenapa?"

Jamaidah melewati Dafika lantas bercekak pinggang menghadap Ezhar. Sikit pun dia tak takut dengan lelaki tu.

"Ooo... Kau ke yang masak kak? Patut lah tak sedap! Rasa sup ni macam muka kau! Tawar! Ni kalau aku bagi penyepak kat muka kau, sah-sah sup ni jadi sup kaki!"

"Har!"
Dafika menghampiri Ezhar kerana dirasakan lelaki itu mula menapak mendekati Jamaidah.

"Kalau kau tak suka makan kat sini, apahal kau datang?"

Balas Jamaidah dengan berani!

"Aku datang kat sini sebab nak makan masakan Fika! Bukan kau! Aku rasa kau tak layak nak jadi tukang masak kat sini! Baik kau duduk mengangkang je rumah tunggu laki balik! Dah la badan tu bau busuk! Ada hati nak masak untuk pelanggan kat sini! Puih!"

"Har!"
Kali ni makin kuat Dafika menyeru nama Ezhar bagi menyedarkan lelaki itu. Dada Ezhar turut ditekap dengan tapak tangan kecilnya bagi menghalang kemaraan cucu Haji Bohari itu.

"Kau jangan sebarang cakap kat aku Har! Aku jadi tukang masak kat sini dah berbelas tahun! Kau je yang takde perasaan nak kutuk masakan aku!"

"Weei perempuan! aku rasa lidah kau ni tebal sangat agaknya! sebab tu kau tak boleh rasa masakan kau yang macam masakan untuk anjing je aku tengok! Aku rasa kalau kau tak jadi tukang masak kat sini, dah tentu kedai makan Wan aku akan lebih maju!"

"Celaka mulut kau Har!!"

Jamaidah mula menyinsing lengan bajunya. Hajat nak menampar Ezhar yang kurang ajar sangat!

"Har sudah la.."

Dafika memeluk dada Ezhar cuba untuk menolak lelaki itu menjauhi Jamaidah.

Wanita berumur 40an itu pula dipegang oleh pelanggan lain supaya tidak mendekati Ezhar.


Jamaidah ni pun tak sedar ke? Kalau dia bertumbuk dengan Ezhar, sah-sah Ezhar akan menang. Tengok tubuh Ezhar yang sasa tu pun dah cukup menakutkan pihak lawan. Belum lagi tengok urat yang berselirat di lengan lelaki itu.

Sekali penumbuk diberi, memang tak bangun lah siapa yang kena!

"Kalau kau rasa kedai makan ni boleh maju tanpa aku! okay! aku berhenti sekarang jugak! Lepas ni biar kau tengok, kedai Wan kau akan bankrupt selamanya!"

Tanpa menunggu pujukan, Jamaidah menolak beberapa orang pelanggan yang memegangnya lantas apron dicabut dan terus keluar dari kedai!

"Kak! Jangan macam ni kak!"

Dafika melepaskan pegangan tubuh Ezhar. Dia cuba mendapatkan Jamaidah namun terhenti langkahnya ketika lengan dipaut kemas oleh Ezhar.

"Kau nak kejar dia buat apa? Bagus lah dia nak berhenti sebelum aku sendiri yang halau dia dari kedai ni!"


Dafika merengus kasar ketika mendengar ucapan selamba dari Ezhar, hatinya yang panas cuba disejukan sendiri.
Mata memandang keliling, beberapa orang pelanggan melihat aksi mereka tanpa berkedip. Suasana sunyi sebentar.

"Err... mintak maaf semua, korang duduk la balik. Tadi tu cuma salah sangka je."

Tersengih-sengih Dafika, cuba untuk menenangkan pelanggan kedai atas drama yang berlaku sebentar tadi.


Setelah semua kembali tenang, Dafika menarik lengan besar Ezhar dan membawa lelaki itu masuk keruang dapur.

Ezhar hanya menurut.

"Har... apa yang awak dah buat ni?! Kak Mai tukang masak dah lama kat kedai ni? awak dah lupa ke? Ramai pelanggan kenal dan suka dengan masakan Kak Mai. Kalau Kak Mai berhenti, siapa yang nak masak kat sini?"

"Kau!"


Sekali lagi Dafika merengus ketika mendengar jawapan sepatah dari mulut Ezhar. Kedua tangan memegang sisi kepala. Pedih!

"Har... Kedai makan ni Wan yang punya, kalau awak buat macam ni, silap hari bulan bisnes ni takkan berjalan. Nanti apa kata Wan? Selepas Wan tak bantu lagi kat kedai ni. Kak Mai yang ambik alih jadi tukang masak utama, saya ni hanya pembantu je Har."

Terang Dafika panjang lebar.

"Tapi aku rasa kau masak lebih sedap dari akak muka penyek tu! Tak kira lah siapa yang jadi tukang masak utama pun! yang penting masakan tu sedap!"


Dafika menghela nafas panjang sebelum menyambung katanya.
"Kalau saya jadi tukang masak pun, siapa nak bantu saya? Dalam keadaan sekarang, mana boleh cari pembantu tiba-tiba."

"Takpe.. aku boleh bantu kau?"

"Hah?!"

Dafika merenung tajam mata Ezhar. Telinga dia salah dengar ke?

"Kenapa? kau tak percaya aku boleh bantu kau?"

"Dah la Har... saya serius ni."

"Habis kau ingat aku main-main?"


Sekali lagi mata kelabu Ezhar, Dafika tenung mencari kepastian.

"7 tahun aku kat penjara, tiap-tiap hari aku kena hantar kat kitchen untuk bantu tukang masak memasak makanan kat banduan. Kau ingat banduan tu 10 orang je ke? Setiap hari aku bantu untuk masak lebih dari 300 orang sehari. setakat pelanggan kedai yang tak sampai 50 orang sehari ni, takkan lah aku tak boleh buat kot..."


Kali ni mata Dafika menangkap kening lebat Ezhar yang diangkat tinggi sambil menjongket senyum joker
Ah! Boleh ke Dafika percaya kepada Ezhar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience