H26

Crime Series 45700

Dafika memimpin tangan anaknya mentelahlah Hajah Salhah dan Haji Bohari sudah ditarik oleh Ezreen dan mereka sama-sama berborak dengan Harwana yang turut berada di lapangan terbang itu.


Pagi tadi mereka bertolak dari kampung menggunakan Toyota Vios yang tersadai lama di bawah rumah Haji Bohari.

Ezhar memandu hingga tiba di lapangan terbang. kedua Atok dan neneknya rasa bersyukur bila Ezhar akur untuk menemui ayahnya sebelum Tan Sri Iskandar bertolak ke tanah suci.


Dafika yang ditinggalkan berdua bersama anaknya, melilau mata mencari kelibat suami, dari jauh kelihatan Ezhar berdiri bersama ayahnya. Wajah tegang tadi mengukir senyum.

Nampaknya Dafika masih tidak diterima oleh keluarga Ezhar. Namun cukup lah jika suaminya sudah berbaik dengan ayahnya sendiri.

******

"Terima kasih Har.. sebab sudi hantar papa hari ni."


Ezhar melarikan pandangan, hanya kepala diangguk sekali. Rasa ego itu masih ada, walaupun sebenarnya dia rindu akan ayahnya itu.


Melihat reaksi Ezhar, Tan Sri Iskandar menghela nafas panjang, Mata menoleh kembali kepada permandangan dihadapan. Walaupun Ezhar masih dingin, namun dia tetap berbangga bila anak lelakinya sudi menemuinya hari ini.

"Papa mintak maaf atas segala kesalahan papa pada Har, pada mama dan pada family kita. Papa betul-betul menyesal. Tapi percaya lah Har, papa tak pernah abaikan mama. Papa dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan mama, dan bukan kuasa papa untuk tentukan kematian mama."

"Sudah lah papa.. Har rasa malas lagi nak dengar apa yang berlaku waktu dulu."


Papa?
Segera Tan Sri Iskandar menoleh kepada anak lelakinya. Panggilan 'Papa' yang meniti di bibir lelaki itu membuah senyum dihatinya. Mentelah lah sebelum ini Ezhar hanya memanggilnya dengan panggilan 'Tan Sri.'

Dia sedar anak lelakinya sudah berubah.

"Terima kasih Har.."

Ucap Tan Sri Iskandar tanpa mahu berselindung lagi.

"Papa hati-hati kat sana nanti, "

Nasihat Ezhar sambil memandang kearah ayahnya.


Tiada kata lagi yang dah dapat Tan Sri luahkan ketika melihat perubahan Ezhar. Kepalanya diangguk laju dan dengan pantas meraih tubuh anaknya dan dipeluk erat.

Air mata tua yang dibendung sejak sekian lama akhir terurai jatuh meniti di wajah kedutnya.


Ezhar turut mengemaskan pelukan ayahnya. Kehangatan itu dirasa seperti sewaktu dia masih kecil. Sungguh dia rindukan ayahnya.

"Papa sayangkan Har, papa rindukan Har selama ini. Papa mintak maaf Har.. Papa salah."

Suara serak Tan Sri Iskandar tersangkut-sangkut antara tangisan yang membelah. Hatinya terasa lega saat ini.


Ezhar tidak menjawab, cukup sekali lagi dia mengemaskan pelukan ayahnya dan memberitahu dia sudah memaafkan segala kesalahan lelaki itu. Kerana Ezhar sedar dia juga banyak melakukan kesalahan.


Adengan itu, menjadi tontonan pada semua keluarga mereka yang hadir. Masing-masing mengucap syukur bila melihat Ezhar dan Tan Sri Iskandar kembali berbaik.

Sengketa yang bertapak bertahun lamanya akhirnya terhurai hanya dengan pelukan ikhlas dari dua beranak itu.


Dafika senyum puas melihat suaminya yang sudah berubah, tak sia-sia doanya selama ini supaya Ezhar sentiasa berlembut hati terhadap ayahnya.

Seusai beborak dengan Tan Sri Iskandar, Ezhar beriring dengan ayahnya kembali menghampiri keluarga mereka.

Ezreen yang melihat abang datang dekat segera menghampiri lelaki itu dan memaut lengan Ezhar sebelum menarik abangnya menghampiri Harwana.


Dafika hanya mampu kaku tanpa bersuara. Walhal dia menunggu suaminya menghampiri. Kerana agak lama dia bersendirian dengan Karsyad bila Hajah Salhah dan Haji Bohari sibuk berborak dengan Ezreen dan Harwana.


Kini Dafika ditinggalkan lagi. Rasa terasing mula menjengah.

"Fika.. boleh papa bercakap dengan Fika sekejap."


Tan Sri Iskandar yang muncul tiba-tiba dihadapan membuatkan Dafika sedikit terkejut. Mata tua itu ditatap sebelum mengangguk setuju.

Jantung kecilnya berdegup laju ketika suara serius lelaki itu melalui cuping telinga.

Karsyad ditinggalkan kepada Hajah Salhah, mentelahlah Ezhar sibuk bergurau senda dengan Ezreen dan Harwana. Ah! cemburunya Dafika rasa saat ini.


Tanpa meminta kebenaran Ezhar, Dafika menurut langkah Tan Sri Iskandar hingga keluar dari lobi lapangan terbang.

Hati terus berdebar. Tak tahu apa sebenarnya yang ingin bapa mertuanya berbincang.

"Dafika Awanis.. papa tahu apa yang Fika lakukan pada Har selama ini."


Glup!
Sebu sebentar Dafika rasa di ulu hatinya ketika suara garau Tan Sri Iskandar mengeluar kata.

Mata cuba memandang renungan Ayah Ezhar, namun Dafika kembali tunduk.

"Fika.. Papa rasa papa takkan mampu lakukan seperti apa yang Fika dah buat selama ni. Papa tahu selama 7 tahun ni, Fika banyak protect Har. Ye kan?."


Sekali lagi Dafika teguk liurnya hingga ke abdomen, lidah terus kelu menjawab. Jantung laju berdegup. Takut jika Tan Sri Iskandar tahu akan segalanya.

Telinganya hanya mampu mendengar butir bicara bapa mertuanya tanpa mampu memandang lelaki itu.

"Selama ni papa banyak bersalah pada family papa sendiri, Papa rasa Fika pun tahu apa yang papa dah lakukan. Masa Har dipenjara, papa biarkan sebab papa nak dia menyesal atas segala yang dia telah lakukan selama ini. Tanpa papa sedar apa yang berlaku atas Har adalah disebabkan oleh papa sendiri. Dan papa bersyukur Fika sentiasa ada disisi anak papa dikala dia jatuh. Papa tak tahu nak ucap terima kasih macamana pada Fika sebab menjaga Har selama ini. Hari ni pun Har datang jumpa papa sebab Fika kan yang pujuk dia kan?"

Soal Tan sri Iskandar lagi.

"Eh tak lah papa, Har sendiri yang nak datang jumpa papa, Fika cuma nasihat apa yang patut je."

Akhirnya Dafika bersuara. Takut jika Tan Sri Iskandar menyangka dia ingin ambil tahu semua hal keluarga suaminya.

Tapi betul ke bapa mertuanya tahu akan kejadian 7 tahun dulu? Dari mana dia tahu? Apa sebenarnya yang Tan Sri tahu?

Banyak betul persoalan bermain di fikiran Dafika. namun disimpan kerana dia merasakan ini bukan masa yang sesuai untuk berbincang perkara ini.

"Fika ada cerita ke pada Har apa yang berlaku pada dia sebenarnya?"


Laju Dafika menggelengkan kepala.
"Maaf papa, Fika tak tahu apa sebenarnya yang papa dah tahu pasal Fika, tapi papa percaya lah, apa sahaja yang Fika lakukan. semua untuk Har. Dan tiada satu pun Fika cuba untuk menjatuhkan Har."

"Ye.. papa tahu, sebab tu papa percaya pada Fika.. Dan papa nak Fika terus jaga Har. Hanya Fika sahaja yang mampu kuatkan anak papa."

Ujar Tan Sri Iskandar lantas menitip anak mata menantunya.

"Papa.. Fika rasa Fika tak kuat lagi untuk protect Har, Semakin Fika rapat dengan Har semakin Fika takut kehilangan dia."

Terang Fika tanpa berselindung, jika Tan Sri iskandar tahu segalanya. Tentu lelaki itu faham kenapa dia lakukan perkara ini semua.

"Fika.. Papa nak Fika terus rapat dengan Har, dan jaga dia seperti Fika jaga dia dulu. Dan papa akan bantu Fika dari belakang."


Dafika mengangkat wajah dan memandang mata kedut Tan Sri Iskandar. Kenyataan lelaki itu seakan memberi semangat baru kepadanya.

"Papa hanya ada seoarang sahaja anak lelaki. Papa sayang kan Har melebihi nyawa papa sendiri. Papa taknak Har terus jatuh. Papa bersyukur sejak dia berkahwin dengan Fika, Har banyak berubah. Papa tak silap untuk terus mengharap Fika menjaga anak papa."

"Tapi Fika pun masih bersalah pada Har.. errr.. Papa tahu pasal Karsyad?"

Teragak-agak Dafika bertanya, namun dia rasa makin selesa untuk meneruskan perbualan dengan bapa mertuanya.

"Papa tahu, Dan papa juga tahu Fika telah dianiaya. Ini bukan salah Fika."


Dafika tunduk, rahsianya selama ini hampir terbongkar.

"Cuma papa masih tak tahu siapa lelaki yang menganiaya Fika,"


Pandangan kembali Dafika diangkat, bibir bergetar untuk memberitahu namun kata-kata mati dihujung lidah. Dia takut.

"Takpe.. papa tak paksa untuk Fika bagi tahu, Lagipun keadaan sekarang tak mengizinkan. Insha Allah lepas papa balik umrah, kita berdua boleh berjumpa dan berbincang"

Lembut kata-kata Tan sri Iskandar, cuba untuk menenangkan menantunya. Dia tahu masih banyak rahsia yang Dafika sorokan, Namun Tan sri Iskandar tidak akan memaksa. Cukup dia tahu wanita itu baik dengan anaknya.

"Terima kasih papa sebab bagi peluang pada Fika untuk masuk keluarga papa."

"Bukan papa, Ini semua jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuk Har. Papa yang sepatutnya bersyukur sebab Allah tetapkan Fika dengan anak papa."

Mata Tan Sri Iskandar, Dafika tuntun. Dia ingin menangis saat ini. Tubuh tua itu ingin dipeluk erat. 7 tahun Dafika hadap seorang diri, dia dah letih. Kini hanya Tan Sri Iskandar sahaja yang tahu.

Dan Dafika beryukur lelaki itu masih menerimanya sebagai menantu.


Permergiaan Tan Sri Iskandar ke tanah suci dihantar oleh semua darah dagingnya. Dafika perasan lelaki itu tidak melepaskan tangan Ezhar hingga dia masuk ke balai berlepas. Mungkin terlalu merindui Ezhar yang sudah berubah.


Malam itu setelah pulang dari lapangan terbang, Hajah Salhah serta suaminya awal-awal sudah melelapkan mata. Begitu juga Karsyad. Mungkin terlalu letih disiang hari. Walhal hanya Ezhar seorang yang memandu pergi dan balik.

"Apa sayang borakan dengan Papa tadi? serius je. lama pulak tu."

Ezhar menghampiri isterinya yang sedang berdiri dianjung rumah kayu itu sambil menghadap kelam malam.


Kepala Dafika laju digelengkan, namun mata tetap memandang ke hadapan. Dia sudah berjanji dengan Tan Sri Iskandar untuk merahsiakan semua ni buat sementara waktu.

"Fika.. Abang tahu family abang masih tak boleh terima sayang. Abang tahu Reen pun layan tak elok dengan sayang. Kalau papa cakap apa-apa yang tak menyenangkan hati sayang. Sayang boleh bagi tahu pada abang, jangan sorokan. Abang taknak sayang kecik hati dengan perangai Reen dan papa."


Kata-kata lembut dari Ezhar membuatkan Dafika menoleh kearah suaminya bibir dimuncung serupa 'itik belaan atok'.
"Fika kecik hati sangat-sangat bila abang berborak dengan Wana, siap gelak-gelak. Nak balik pun sempat lagi bergurau dengan dia."

"Itu bukan kecik hati sayang... itu cemburu buta namanya.."

Terang Ezhar lagi seraya muncung Dafika dikepit dengan dia jarinya sehingga wanita itu mengaduh kecil.

"Salah ke Fika cemburu? Takkan Fika nak tengok je suami Fika bergurau dengan perempuan lain?"

Tekan Dafika.sengaja dia memusing perbualan mereka agar lelaki itu tidak terus bertanya berkenaan ayahnya.

"Fika.. Abang kan dah cakap, abang takde apa-apa dengan Wana. Tadi kitaorang berborak kosong je. Masa nak balik tu, Wana tanya abang pasal kes pukul masa abang kat penjara. Itu je."


Pukul kat penjara?
"Errr... kenapa Wana tiba-tiba tanya abang?"

Berkeriut wajah Dafika sewaktu menyoal suaminya.

"Wana tanya abang, masih ingat tak muka mamat yang tuduh abang pukul dia tu, Wana pujuk abang sebab dia kata dia nak buka balik kes ni. Supaya mamat tu dapat ditangkap."

Terang Ezhar lagi.

"Err... Abang setuju ke nak buka kes balik?"

Wajah Dafika kembali bahang, darah yang mengalir ke jantung terasa amat laju.

"Abang pun tak pasti, abang rasa abang perlu cari mamat tu dulu sebelum kes ni dibuka semula. Baru ni pun Raykal jumpa abang dia janji untuk bantu abang cari mamat tu."


Raykal?!
Kali ni bukan lagi jantung Dafika menderu laju, bahkan darah panas sudah naik sehingga ke mukanya. Kenapa jantan tu masih nak ganggu hidup dia?!

"Bang.. boleh tak abang janji satu perkara dengan Fika?"

Pinta Dafika lembut. Segala amarah cuba dikendurkan.


Ezhar mengangguk pantas dan terus menitip wajah isterinya.

"Abang janji dengan Fika, jangan jumpa Raykal lagi."


Nafas Ezhar hela ketika mendengar permintaan isterinya, Tubuh kecil itu didekati. Kedua sisi wajah Dafika didongak supaya memandangnya.
"Abang tahu sayang cemburu bila abang dekat dengan dengan Wana, Tapi takkan lah abang nak rapat dengan Raykal pun sayang jeles? Kitaorang bukan gay."

"Abang."

Jari runcing Dafika menampar lembut lengan berotot suaminya lantas kedua tangan lelaki itu diturunkan pada wajahnya. Mata bulat Dafika masih menatap Ezhar.

"Fika tinggal kat kampung ni lebih lama dari abang, Fika kenal dengan penduduk kat sini. Fika tahu siapa yang jahat dan siapa yang baik. Lagipun abang sendiri tahu Raykal tu seorang peguam. Lidah dia putar belit. Tak semestinya dia akan tolong abang."

Pujuk Dafika lagi, dia tak mahu Ezhar terus rapat dengan Raykal.

"Jadi.. Sayang nak cakap Wana tu putar belit jugak ke? sebab dia pun peguam kan."


Dafika mengangguk lantas bibir kembali dimuncungkan.
"Mungkin Wana pun suka putar belit. Dia sengaja nak buka kes abang, entah-entah sebab dia nak dekat dengan abang."

"Amboii... sayang ni kalau bercakap tak pandang kiri kanan kan. Tak baik tuduh Wana macam tu."

Hati Ezhar dah terasa geram dengan sikap isterinya sendiri. Nak je di gomol-gomol muncung wanita itu. Tapi takkan dia nak buat aksi 21sx kat beranda rumah ni.

"Nampak macam abang back up Wana je."


Rajuk Dafika dah mula lagi, Tu lah Ezhar, siapa suruh puji Harwana lebih-lebih.

"Sayang.. Abang bukan nak back up Wana. tapi peguam ni kan manusia. Tak semua nya jahat."

"Tapi tak jugak semuanya baik bang.."

Laju Dafika memotong ayat suaminya, Hingga Ezhar kembali merenung si isteri.

"Okay lah.. Abang mengaku kalah, Abang janji lepas ni abang takkan rapat lagi dengan lawyer Raykal dan lawyer Wana. Dan abang janji takkan rapat lagi dengan mana-mana lawyer kat dunia ni"

Sumpah Ezhar sambil melintangkan lima jarinya ke dahi tanda ikrar.


Dafika yang melihat aksi Ezhar hanya mengekek tawa.

Hatinya yang masih berjelaga, dibiarkan, Tak mahu suami perasan kekalutan yang bermain difikirannya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience