Mawar

Drama Series 421991

Jika tadi Arif diatas aku, kini separuh badanku diatasnya. Dari tadi senyum tak lekang dari bibirku. Aku fikir yang bukan bukan selama ni . Tak sangka la kan Arif suka eh...sayang aku dari dulu. Aku kecil lagi masa tu kan. Bak orang kata berak pun mak yang cebokkan, tapi memang betul pun. Apa apa sikit mak, itu mak, ini mak.

Aku menyentuh setiap inci kulit wajah Arif. Pagi ni baru ada cahaya, jadi aku nak mencari parut yang dikatakan. Parut angkara aku.

"Sayang buat apa ni?", tanya Arif berbisik dengan mata terkatup. Mungkin perbenihan tadi menggunakan tenaga terakhir Arif. Aku mengucup bibir Arif sambil jari menyela rerambut di pipinya.

"Ni parutnya?", tanyaku menggosok perlahan kulit licin sepanjang jari kelingkingku memanjang berhampiran tulang rahangnya.

"Mmmmm...", balas Arif. Dadanya tenang, masih dalam mode berehat.

"Besar", gumamku.

"Dan dalam", tambah Arif. Aku rasa bersalah sangat, patut la Arif membela jambang bagi menutupinya. Aku usap bahagian itu lembut dan penuh kasih sayang. Aku kucup di situ lama dan berjanji itu akan menjadi favorite spot aku.

"Lagi satu?", bisikku.

"Sini", kata Arif menyelak rambutnya, matanya masih tertutup.

"Kecik je", komenku. Sudah hampir tak kelihatan. Jika Arif tak tunjuk, aku tak perasan pun.

"Situ paling banyak darah keluar masa tu", beritahu Arif.

"Maaf...", ucapku meletakkan kepala di dadanya. Bermain punat kecil di situ.

"Geli sayang", ujar Arif menahan jariku dari terus beraksi.

"Abang buat boleh pula?", balasku tak berpuas hati. Best la main picit picit punat tu. Kecil dan comel.

"Kat perempuan, itu turn on switch. Sedap diramas", jawab Arif ketawa, aku rasa badannya terhingut hingut seraya tangannya mencari sesuatu. Cepat cepat aku tahan tangannya, aku tahu apa yang dia cari. Aku turun dari badannya dan telentang, sama posisi seperti Arif. Jam menunjukkan lagi setengah jam ke lapan pagi.

Mata memandang siling, aku penat tapi tak boleh melelapkan mata walaupun sepanjang malam sekadar tidur tidur ayam. Disebabkan itu, tanganku tak reti diam dan menyentuh badan Arif. Alang alang dah halal kan, dah rasmi penyatuan kami kenapa nak biarkan bila tuan punya badan tayang. Kalau tak tayang pun, aku tetap akan buat yang sama juga nanti. Tunggu la...

Kenapa la baru sekarang kami jumpa? Kalau awal awal dulu dan tiada krisis keluarga, lagi cepat aku dapat menikmati saat begini. Tapi, awal awal kawin pun Arif buat tak heran je kat aku. Acah acah sibuk dengan kerja padahal bukan takde peluang. Banyak sangat, boleh pula dia membeku. Takkan la aku nak mulakan langkah pertama malam pertama, pengalaman pertama. Aku mana tau SOP malam pertama.

"Ahhhhh... main kat situ tak pe", bisik Arif sambil mengerang, aku terus menarik tangan dan berpeluk tubuh.

"Boleh pula kat situ. Kenapa?". Menyampah pula aku, tempat yang aku suka dijadikan kawasan larangan. Ni yang aku tak sangka, dialu alukan.

"Sedap. Sentiasa bersedia untuk pusingan seterusnya..."

Aku tutup mulut Arif dengan tangan. Huh... aku ingat aku sorang je yang sangap. Dia lagi teruk. Cukup cukup la, aku rasa kaki aku ni dah tak boleh kepit rapat. Aku pandang di meja tepi Arif, ada dua botol air di situ. Terasa haus sejak dari tadi tapi malangnya dua duanya kosong. Mana taknya dari pusingan pertama kami minum air tu. Aku dahaga, aku nak turun ke dapur untuk minum.

"Ke mana?", soal Arif tatkala aku cuba bangun dari katil. Dia ni kan tahu je kalau aku bergerak jauh sikit dari dia. Aku terdiam, tak memberi apa apa jawapan untuk soalan Arif. Rasanya aku ni macam tak ok tapi aku nak buat ok juga. Badan ni bila bergerak lebih sikit, rasa sakit sakit terutamanya pinggang.

"Nak ke mana?", tanya Arif lagi yang bangun dan berjalan lalu berhenti di depanku. Aku yang duduk di birai katil menarik nafas dalam dalam. Satu badan aku sakit macam kena belasah ni.

Sebaik aku berdiri, aku terus berpaut padanya. Berkerut mukaku, seolah otot otot semua mengeras, urat saraf terputus putus.

"Kenapa?", tanya Arif agak panik bila tiba tiba aku menjatuhkan diri padanya.

"Pedih bang", aduku perlahan menahan pedih berdenyut bila aku merapatkan kaki saat berdiri. Rasa nak menangis pun ada. Semalam masa awal awal, terasa juga pedih tapi lama lama sedap je. Kenapa aku sakit? Joy ok je pagi pagi lepas kena taji tiap malam malam. Siap boleh berlari sewaktu menuruni tangga jika dia terlambat dan Aedy sudah menunggu di kereta.

"Pedih sangat?". Dia membetulkan posisi aku berdiri agar nampak wajahku yang sudah menitik air mata. Dia memelukku erat, mengusap belakang tubuhku. Ahh.. manja sangat aku ni kalau dengan Arif. Dah suami sendiri kan?

"Sorry sayang",ucap Arif tangannya menjalar di celah punggungku dan terus lagi menjalar.

"Abang... tak nak dah", rayuku. Padan muka aku. Nak sangat rasa nikmat persetubuhan. Memang Arif balun aku cukup cukup. Dari malam sampai sekarang. Lunyai aku. Nampak sangat stamina aku tak setara Arif. Atau memang perempuan macam ni selepas malam pertama.

"Abang, pedih la", aduku bila jari Arif menyentuh bibir bawah. Arif mengangguk faham.

"Abang ni kenapa?", soalku bila Arif membaringkan aku semula. Aku dah berdebar, takkan dia nak lagi. Dah la belalai gajah comel dia tu separa tegang. Kakiku dikangkangnya, didekatkan mukanya pada cantuman dua kakiku. Ahh sudah, takkan nak bagi pleasure macam semalam. Aku tengah pedih la ngok! Takde nak pleasure lagi.

"Kita mandi. Lepas ni kita pergi klinik", ujar Arif. Melihat kepalanya di kelangkangku, haihh...nasib baik tengah sakit ni. Sabar je la.

"Klinik? Buat apa?", soalku terkejut.

"Ambil ubat untuk mawar sayang", jawabnya tersenyum sambil mengenyit mata.

"Mawar?". Aku teringat haruman mawar semalam. Diffuser rupanya.

"My syurga dunia. Abang rasa mungkin koyak atau melecet. Sorry sayang. Rasanya kita ter 'over do'", ujarnya sambil mengusap 'mawar'ku lembut. Hoiii sudah sudah la tu.. kang meleleh lagi aku kat sini. Jangan la seksa aku yang sedang sakit ni.

*********

Aku terjaga dari tidur, sudah remang senja di luar. Balik dari klinik tadi, kami singgah makan sarapan merangkap makan tengah hari sekaligus di sebuah kedai makanan Arab dalam komplek membeli belah di bawah rumah Arif. Klinik pun dalam komplek ni juga.

Malu gila aku bila doktor membelek di situ kemudian tersengih, rasa nak masuk dalam baju Arif. Nasib la doktor tu perempuan kalau lelaki, aku bunuh diri dua kali. Memang ada kesan melecet jadi doktor memberi ubat sapu, anti keradangan dan antibiotik. Katanya jika terasa badan tak sihat seperti mahu demam, ambil saja paracetemol.

Aku tahu Arif lagi malu tapi dia buat buat takde perasaan. Aku harap doktor tu tak la buat tanggapan yang kami ni mengamalkan seks bebas. Jari aku kan takde inai, takde la bukti kami ni pengantin baru.

"Lambat lagi balik?", soalku sebaik panggilanku diangkat oleh Arif.

"Abang cuba balik awal. Kalau sayang lapar, dalam fridge ada frozen pizza. Panaskan je", jawabnya. Aku tahu kerja macam Arif ni bukan macam orang kerja pejabat 9 to 5. Ini kerja takde waktu. Selagi tak selesai, tak balik la.

Selepas makan ubat tengah hari tadi, Arif menyapukan krim pada kawasan luka. Aku tak dibenarkan memakai apa apa seluar pun. Hanya baju. Rasa seksi pula. Apakan daya seksi tapi sakit, aku nak menggoda laki macam mana?

Arif menyuruh aku berehat di rumah, hanya dia menghadiri mesyuarat untuk projek baru. Katanya dokumentari. Maknanya aku kena tinggal lagi jika projek ini mendapat kelulusan dari pihak berkenaan. Mati beragan aku.... entah berapa lama pula kali ni.

Aku baring melayan kepala selepas menyegarkan diri dan memasang diffuser. Memang bau yang aku suka. Aku rancang untuk bermalasan hari ni, alang alang dah sakit. Lagu 80an menjadi pilihan aku di Spotify. Sekadar melepas rindu pada mak. Lagu lagu yang mak selalu nyanyikan di rumah. Dah lama aku tak menghubungi mak, aku takut terlepas cakap. Mau mak datang ke KL serta merta dengan along.

"I am home", ucap Arif melangkah masuk ke rumah. Aku dari atas, perlahan lahan menuruni tangga. Masih pedih tau. Karang nak minta Arif sapu krim lagi. Hehehehe... biar dia terliur.

Sebaik aku sampai di hujung tangga, dengan pantas Arif memaut pinggangku dan melafazkan rindu. Arghhh... melting tau.

Patutlah orang kata bercinta lepas bernikah lagi manis. Macam ni la, nak sentuh nak cium boleh saja. Tak payah nak halal gap bagai tapi dalam hati nak bersentuhan sangat, satu dah berair, satu lagi dah menegang. Silap gaya syaitan jadi juara.

"Dah makan?". Aku menggeleng. Akhir akhir ni, nafsu makan aku semakin berkurangan.

"Nak makan tak?", tanya Arif sambil kami bersama sama membuka peti sejuk. Aku berpaling pada dia.

"Nak...nak makan abang", ujarku manja, mengesel kelakiannya. Lagi manja dari kucing siam bulu panjang tu. Sengaja hokei!! Saja cari penyakit.

Arif ketawa, "abang pun nak juga. Tapi ada orang tu sakit. Ni elok elok cuti tiga hari, last last kena puasa seminggu", katanya meramas punggung aku. Bibirku dipagut lembut, yes...

Aku hanya makan dua potong pizza manakala Arif menghabiskan semuanya. Sambil makan sambil menghadap komputer, sesekali membuat panggilan telefon dan ianya lama. Aku bosan menonton tv seorang diri, ingatkan ada suami boleh la menyembang macam Joy dan Aedy. Riuhnya macam sepuluh orang. Ada je yang menjadi topik perbualan. Kadang kadang cerita kat tv tu pun dah hilang hujung pangkalnya.

Aku berbaring di sofa sambil menekan nekan skrin telefon, kemudian tersenyum seorang diri. Arif sedang fokus pada skrin komputer bersama tetikus yang sentiasa ditangannya. Tetikus tu lagi kerap mendapat kehangatan Arif dari aku, kan bagus kalau aku jadi tetikus tu.

Telefon Arif bergetar kemudian berbunyi...

Kau mawarku
Juwita kalbu
Gadis yang kurindu

Mataku terbeliak. Arif menoleh padaku. Aku ketawa terbahak bahak.

"Lagu tu? Serius la bang", soalku, mata dah berair akibat ketawa tiada henti.

Arif bangun dari kerusinya dan datang padaku dengan muka merah padam. Aku menggigit bibir, habislah aku. Tu la cari pasal lagi dengan suami sendiri.

Arif menunduk mendekatkan mukanya pada mukaku, "Sengaja kan?".

Aku mengetap bibir menahan senyum, "lagu tu??".

"Sesuai la kan? Sayang la gadis yang abang rindu", jawabnya mengucup bibirku dengan tangan tak reti diam.

Aduh Arif... kenapa la suka sangat buat aku mencair, buat aku makin jatuh hati. Jatuh tergolek golek macam cerita hindustan. Parah dah aku ni.

Share this novel

UdangGalah
2019-11-29 00:58:04 

Haha.. Sampai takleh bangun.. Tapi memang betul kami dulu masa malam 1st pun cedera sana sini jugak tapi takde la sampai lunyai, tapi mc jugak la seminggu dari buat n usik itu ini.. haha.. ye la semua benda nak di try malam tu jugak, memang takleh nak tidur sampai ke subuh.. Ayo mas Arip, Nura injured kangkang je, anggota lain semua sihat je tu.. kata orang, kalau takda rota,, guna akar pun boleh.. haha..


NovelPlus Premium

The best ads free experience