Bab 15 (Lama)

Thriller Completed 8862

Aku dan kawan-kawan bukanlah penduduk asal Tg.Malim malah kami juga bukan berasal dari Tg. Malim tetapi kami membesar di Tg. Malim kerana jarak rumah kami dengan Tg. Malim dalam anggaran 10 minit kalau menaiki kereta dan motosikal walaupun rumah kami di Selangor kerana Kalumpang adalah bersempadan dengan negeri Perak yang dipisahkan hanya dengan sebatang sungai yang diberi nama sungai bernam.

Namun, apa yang menjadi persoalan pada kami adalah dengan kemunculan sebuah banglo lama yang betul-betul terletak dihadapan pintu masuk UPSI yg selama ini kami tak pernah tau akan kemunculan bangunan lama itu yang begitu penuh dengan tanda tanya. Macam manalah baru sekarang boleh perasan ada rumah mcm tu kat tg malim ni ye...pelik!

Dari jauh rumah ni boleh dikatakan agak seram, tetapi biler kita pegi dekat-dekat amat menakutkan! Lihatlah terdapat pokok besar yang tumbuh di belakang rumah itu dan banyak kesan2 pokok yang tak habis potong serta semak dan rumput panjang yang mengelilingi banglo tersebut.

Ini belum kira lagi apa yg ada kat dalam rumah tu, tumbuhan-tumbuhan yang hidup dalam rumah dan.... arghhhh tak boleh nak bayangkan lagi!!! Betul-betul macam rumah hantu!

Bermacam-macam persoalan yang timbul dalam kepala otak yang belum la nak berkaratnya, masih boleh diasahkan lagi ni. Sape punye rumah la ni ye. Kenapa baru sekarang rumah tu kami sedar, kenapa sebelum ni kami tak sedar kemunculannya? Adakah sebab ada yang kena 'kacau' atau sengajan nak mendedahkan banglo ni? Banglo tu ada hantu ke? Lepas ni ada ke pengarah filem yang nak buat cerita hantu kat banglo lama tu??

Ishhh banyak sangat persoalan yang timbul sehingga kami pun tak tahu apa jawapannya tapi apa yang pasti, kami ingin mencari jawapannya!

Menurut maklumat yang diperolehi, banglo ini tidak dapat dibersihkan kerana sewaktu usaha untuk memotong pokok dilakukan, banyak chainsaw yang rosak dan telah digantikan dengan baru namun menemui jalan buntu, tiada siapa yang mahu meneruskan usaha itu sebab itu dibiarkan sahaja dahan2 tersebut.

Namun, tidak banyak sumber yang dapat kami perolehi kerana tiada siapa yang berani membuka mulut pasal rumah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience