Lebih kurang seminggu lalu lamaran daripada Adi Ashraf diterima oleh Ariana Atilia. Gadis itu tersenyum kecil setiap kali memori tersebut terlayar di fikiran.
Pandangan mataya jatuh ke arah jari manisnya yang kosong tanpa sebarang aksesori. Hatinya tak sabar untuk menyarungkan cincin pertunangannya sebentar saja lagi.
"Riana, tengoklah muka aku ni. Susah aku nak touch up kalau kau tunduk. Apa yang lawa sangat jari kau daripada muka aku ni hah?" tegur Maisarah yang merupakan jurumekapnya pada hari itu.
Itupun Akid Ahnaf yang kenalkan dia kepada gadis tersebut. Sejak itu, dia baru mengetahui bahawa bakal adik iparnya itu mempunyai banyak kenalan perempuan. Tambah pula, semuanya bekerjaya. Sebut saja pekerjaan apa. Dari model sehingga cleaner pun Akid Ahnaf kenal.
Typical playboy.
Dagu kecil milik Ariana Atilia diangkat sedikit oleh Maisarah. Tindakan itu membuatkan Ariana Atilia terdongak menghadap wajah kuning langsat milik Maisarah. Bibir gadis itu tersenyum lebar. Kebetulan mereka berdua sebaya dan sudah selesa antara satu sama lain.
"Lama lagi ke, Mai? Lembab la kau ni. Baik aku upah orang lain." rungut Ariana Atilia cuba mengusik. Dia menyilangkan tangan ke dada.
Maisarah memberikan sentuhan terakhir kepada hasil kerjanya sebelum bercekak pinggang. Jari runcing gadis itu dijentik kuat pada dahi Ariana Atilia. Bibirnya tersenyum kemenangan.
"Kau kata aku lembab lagi kan. Ha padan muka. Dah, bangun. Tunang kau lari baru tahu." kata Maisarah sambil mengheret Ariana Atilia keluar dari bilik tersebut.
"Kejap!" ucap Ariana Atilia memberhentikan mereka berdua. Maisarah menoleh ke arah gadis itu mahukan penjelasan.
"Kau ni, sabarlah. Aku yang nak tunang bukan kau. Habis dahi aku ni sakit. Merah tak?" soal Ariana Atilia sambil menyapu dahinya yang masih pedih.
Lalu dia menoleh ke arah cermin panjang yang terletak di dalam bilik tidurnya. Tangannya menyapu kedutan pada baju kurung moden yang dipakai. Baju kurung moden berwarna biru laut bersama sedikit manik tabur diatasnya menjadi pilihan Ariana Atilia untuk majlis pertunangannya pada hari ini.
Kepalanya dililit dengan sehelai tudung shawl sutera berwarna putih untuk digayakan bersama baju tersebut. Wajahnya yang putih melepak dikenakan mekap yang natural oleh Maisarah. Dia kelihatan begitu ayu berada dalam pakaian itu.
"Mai, okay ke?" soal Ariana Atilia merujuk kepada pakaiannya. Terpamer kerisauan pada wajah gadis itu.
"Dah cantik dah. Aku yang mekapkan kau. Gila tak cantik? Jom." ajak Maisarah sambil menarik lembut tangan Ariana Atilia. Dia menghadiahkan senyuman untuk menenangkan hati gadis itu.
Mereka berdua berjalan beriringan ke ruang tamu. Anak mata Ariana Atilia diliarkan sekeliling. Beberapa wajah yang dikenalinya sempat ditangkap sekilas. Dia berjalan lemah lembut sambil menundukkan kepala sesekali.
Akhirnya, dia mengambil tempat yang disediakan di hadapan bakal ibu mertuanya, Puan Ratna. Wanita tua itu tersenyum sebaik melihat Ariana Atilia. Manakala, Puan Sandra duduk bersebelahan anak perempuannya. Dia menggosok lembut lengan Ariana Atilia untuk memberitahu semuanya adalah baik-baik sahaja.
Tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan dibalas dengan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Gubahan hantaran yang berisi makanan seperti kek cawan, coklat dan buah-buahan menghiasi majlis tersebut. Tidak lupa juga, pelbagai barangan lain yang diberikan oleh pihak lelaki.
Adi Ashraf terpaku melihat Ariana Atilia yang sedang duduk bersimpuh berhadapan dengan Puan Ratna. Tak percaya bahawa itu adalah gadis yang sama daripada sebelum ini. Dia cuba tahan senyum daripada terukir dibibirnya.
Sebaik cincin pertunangan mereka tersarung di jari runcing milik Ariana Atilia, Adi Ashraf tak dapat menahan senyumannya lagi. Senyumannya dilebarkan sampai ke telinga. Sungguh dia berasa gembira pada saat itu tanpa mengetahui penyebabnya.
Ariana Atilia merenung lama cincin yang tersarung elok pada jari manisnya. Bibirnya mengukir senyuman apabila menyedari itulah cincin yang sama dia dilamar oleh Adi Ashraf tempoh hari. Perhatiannya dialihkan apabila Puab Ratna mengangkat wajahnya.
"Riana, terima kasih sebab pilih anak mama sebagai tunang kamu." ucap Puan Ratna menahan sebak. Tubuh kecil Ariana Atilia ditarik ke dalam pelukan. Dia gembira akhirnya Adi Ashraf dapat bahagia semula. Pelukan tersebut dileraikan sebaik Ariana Atilia menenangkan Puan Ratna.
Adi Ashraf hanya memerhatikan gerak geri tunangnya. Cuba menikmati saat itu dengan lebih lama. Bibirnya naik mengukir senyuman apabila melihat tunangnya tersenyum lebar. Izz Faris mengeleng kepala melihat gelagat sahabatnya yang bagaikan mabuk cinta.
"Woi, kau dah angau ni." tegur Izz Faris sambil menyiku lengan Adi Ashraf. Adi Ashraf segera menoleh ke arah sahabatnya.
"Mana ada." ucap Adi Ashraf cuba menafikan kata-kata Izz Faris sebentar tadi. Angau? Tak dia tak angaukan Ariana Atilia.
Izz Faris meraup muka. Tak faham kenapa lelaki itu cuba menafikan perkara yang sudah jelas pada mata semua orang. Bahawa lelaki itu mula menerima Ariana Atilia sebagai seseorang yang istimewa dihatinya.
"Apa kata kau cerita dekat aku macam mana korang berdua boleh kenal sampai ambil keputusan nak kahwin?" soal Izz Faris mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku antara pasangan tersebut.
Adi Ashraf menghela nafas panjang. Songkok yang terletak kemas di kepalanya dibuka. Jarinya dilarikan pada rambutnya untuk mengurangkan keresahan yang dialami. Dia sudah agak pada akhirnya dia perlu berterus terang juga kepada Izz Faris seperti ini.
Adi Ashraf cuba menjelaskan segala-segalanya tanpa meninggalkan sebarang maklumat. Izz Faris mengangguk perlahan cuba mencerna segala info yang didapatinya. Beban yang ditanggung selama ini terasa ringan selepas berterus terang. Satu helaan lega dilepaskan.
"Jadi, kau nak kata yang kau akan ceraikan dia bila kau berjaya buktikan yang kau takkan pernah cintakan dia. Macam tu?" soal Izz Faris cuba mengesahkan persoalan yang berada di dalam fikiran selepas mengetahui perkara yang sebenar.
Anggukan kepala daripada Adi Ashraf mengesahkan persoalan itu dengan serta merta. Izz Faris melepaskan keluhan kecil. Tak sangka keadaan begitu rumit sekali.
"Macam mana kalau aku cakap yang kau dah mula cintakan dia sejak dari awal?" duga Izz Faris cuba mengetahui isi hati Adi Ashraf dengan lebih dalam.
Soalan itu membuatkan Adi Ashraf terkelu. Dia sendiri tak tahu bagaimana untuk mengenal pasti perasaannya terhadap Ariana Atilia. Setelah sekian lama dia menutup pintu hatinya untuk sesiapa. Atau gadis itu telah membukanya tanpa dia sendiri sedari?
Izz Faris yang melihat riak wajah sahabatnya yang berubah menepuk lembut belakang badan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu sedang dilanda kekeliruan.
"Dah, jangan banyak fikir sangat. Pergilah jumpa tunang kau. Mana tahu dapat tenangkan hati kau tu." nasihat Izz Faris sebelum meninggalkan lelaki itu sendirian bersama pelbagai persoalan yang bermain dibenak fikiran.
Entah mengapa Adi Ashraf mengikut nasihat yang diberikan oleh sahabatnya. Hanya kerana satu perkara yang dia pasti. Bahawa hanya Ariana Atilia saja yang mampu melegakan hatinya yang sedang sakit pada ketika ini.
??????
Ariana Atilia berjalan ke hulur ke hilir sejak dari tadi. Lehernya dipanjangkan untuk mencari seseorang dikalangan tetamu yang datang. Kain yang dipakai olehnya menyukarkan dia untuk berjalan dengan pantas. Dia mendengus kegeraman. Itulah penyebab dia tak suka pakai baju kurung!
Namun pencariannya terhenti apabila salah seorang dari tetamu yang hadir datang menegurnya. Ariana Atilia mula menggelabah apabila tetamu itu ialah seorang lelaki. Dia menunduk untuk mencuba mengelakkan sebarang perbualan.
"Hai." ucap lelaki itu cuba memulakan perbualan bersama gadis itu. Ariana Atilia tersenyum kekok. Tak tahu bagaimana untuk meneruskan perbualan itu lagi.
"Er..." ucap Ariana Atilia terlalu kekok untuk menyambung kata-katanya. Dia mula berdoa dalam hati supaya lelaki itu faham yang dia tak mahu berbual pada saat ini. Lebih-lebih lagi, bersama seorang lelaki yang tak dikenali di majlis pertunangannya sendiri.
"Sayang!" jerit seseorang dari jauh. Semua perhatian diberikan kepada sang pemilik suara itu. Ariana Atilia sudah menutup mulut tanda tak percaya.
Kerana dia amat kenal dengan pemilik suara itu. Tubuh tegap yang dilengkapi dengan sepersalinan baju melayu itu berjalan mendekati mereka berdua.
Beberapa mata memandang ke arah mereka membuatkan Ariana Atilia memerahkan muka. Tangan kanannya mengenggam kuat hujung bajunya dengan kuat. Boleh tak kalau dia nak pengsan kejap?
"You okay there, sweetheart?" soal Adi Ashraf prihatin. Dia melangkah setapak mendekati gadis itu. Cuba menjarakkan kedudukan antara lelaki tadi.
Ariana Atilia menjeling tajam ke arah Adi Ashraf. Bibirnya mengukir senyuman yang dibuat-buat. Sampai bila agaknya lelaki itu nak malukan dia? Sesiapa tolong bunuh dia sekarang. Dia tak sanggup lagi nak menghadap Adi Ashraf! Malu!
"Oh, Alif. Aku ingat siapa tadi. Boleh tak kalau aku nak bercakap dengan tunang aku kejap?" soal Adi Ashraf cuba memberi isyarat kepada Alif Zafran yang merupakan penyiasat persendirian yang diupah oleh dia sendiri. Dia tahu tujuan lelaki itu.
Alif Zafran mengangguk perlahan sebelum beredar pergi. Meninggalkan pasangan tersebut sendirian. Sebaik lelaki itu pergi, Ariana Atilia mengambil peluang untuk melarikan diri. Namun, Adi Ashraf lebih pantas.
Dia sempat menarik hujung baju kurung yang dipakai oleh Ariana Atilia menyebabkan langkahnya terhenti. Dia tidak henti menyumpah seranah lelaki itu didalam hati. Tak boleh ke kalau bagi hati dia rehat kejap?
"Where are you going, hmm?" soal Adi Ashraf lembut. Ariana Atilia memejam mata dengan rapat. Sumpah hati dia rasa cair dengan nada yang digunakan oleh lelaki itu.
"Cari kawan." jawab Ariana Atilia senafas. Matanya dilarikan daripada pandangan mata Adi Ashraf yang tajam. Pipinya merah membahang tak dapat disembunyikan lagi.
"Wait, are you blushing right now, bae?" soal Adi Ashraf apabila melihat pipi gebu gadis itu yang kemerahan. Dia menahan diri daripada mengusapnya. Bibirnya naik sedikit mengukir senyuman.
Mata Ariana Atilia dibulatkan. Dia menarik bajunya yang ditarik oleh Adi Ashraf sebentar tadi. Lantas, kedua-dua tangannya dibawa ke pipi menyembunyikan kesan merah disitu.
"M-mana ada! Itu sebab blusher lah." kata Ariana Atilia cuba menidakkan kata-kata Adi Ashraf. Perbuatan gadis itu membuatkan Adi Ashraf melebarkan senyuman.
"Are you sure, dear?" soal Adi Ashraf sambil melihat tepat ke dalam anak mata Ariana Atilia. Tubuhnya ditundukkan mendekati wajah gadis itu yang semakin memerah untuk menyamai kedudukan mereka.
Nafas Ariana Atilia terhenti seketika. Panggilan nama yang diberi oleh lelaki itu mula bermain dengan perasaaannya. Dirinya hampir terjatuh ke belakang. Namun, dia sempat membetulkan posisinya.
"Oops, be careful sweetheart." tegur Adi Ashraf lembut sebelum menghamburkan tawa halus. Terhibur dengan kecuaian tunangnya.
Jantung Ariana Atilia mula berdetak laju. Bibirnya naik mengukir senyuman apabila tawa halus lelaki itu menerjah ke dalam gegendang telinga. Dia melihat wajah Adi Ashraf yang tersenyum ke arahnya.
"Okay. Tapi aku nak cari kawan aku kejap." maklum Ariana Atilia. Adi Ashraf menyilangkan tangan ke dada.
"Fine, but not without me. Siapa kawan kau? Lelaki ke perempuan?" soal Adi Ashraf dengan nada yang dia sendiri tak pasti. Riak wajah lelaki itu turut berubah.
"Wow, sejak bila kau ambil tahu pasal aku? Or are you perhaps jealous, hmm?" duga Ariana Atilia sambil menyembunyikan senyuman nakalnya. Nada yang dia gunakan oleh lelaki itu berbaur...cemburu.
"Fine, suit yourself." balas Adi Ashraf dingin bersama riak wajah tanpa riak. Lelaki itu beredar pergi dengan perasaan yang dia sendiri dia tak pasti.
Ariana Atilia tertawa halus apabila melihat reaksi lelaki itu sebentar tadi. Namun tawanya mati serta-merta apabila teringat perasaannya yang berdebar-debar bagai nak gila apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dia takut dia telah jatuh cinta terhadap tunangnya terlebih dahulu.
??????
"Mak cik Saleha!" tegur Ariana Atilia teruja. Wanita yang berada dalam lingkungan umur 60 tahun itu menoleh ke arah Ariana Atilia bersama senyuman. Mereka berdua berpelukan.
"Riana. Tahniah. Mak cik gembira untuk kamu." ucap Mak Cik Saleha sambil mengusap lembut pipi gadis itu. Ariana Atilia memegang tangan wanita itu yang berada dipipinya.
"Terima kasih, Mak Cik Saleha. Mana Ris? Dia tak ikut sekali ke?" soal Ariana Atilia dengan nada yang sedikit kecewa.
Tangan wanita itu naik mengusap kepala gadis itu dengan penuh kasih. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Ariana Atilia membalas senyuman tersebut dengan ikhlas.
"Ris tak balik lagi. Ada urusan lagi katanya dekat sana. Tak lama lagi baliklah dia. Riana janganlah sedih. Dia ada kirim hadiah untuk pertunangan Riana." pujuk Mak Cik Saleha. Ariana Atilia sedikit lega mendengar penjelasan wanita tua itu.
Perbualan mereka terhenti apabila seseorang cuba menyelit secara tiba-tiba. Mak Cik Saleha menoleh ke arah lelaki itu.
"Assalamualaikum, mak cik. Saya, Adi Ashraf, tunang Ariana." kata Adi Ashraf sopan cuba memperkenalkan diri kepada Mak Cik Saleha. Wanita tua itu tersenyum melihat budi pekerti lelaki itu yang baik.
Namun tidak bagi Ariana Atilia. Sebaik lelaki itu memulakan perbualan, kehadirannya disitu dihiraukan sepenuhnya oleh mereka berdua. Seolah-olah gadis itu tiada di situ. Ariana Atilia mengeluh kecil. Dia tahu Adi Ashraf sengaja berbuat demikian.
"Mak cik pergi dulu ya, Adi. Riana nanti kita jumpa lagi kalau ada rezeki." pesan Mak Cik Saleha. Dia berbalas pelukan dan salaman bersama Ariana Atilia sebelum beredar pergi.
Adi Ashraf turut melakukan perkara yang sama. Dia menoleh untuk pergi dari situ tanpa memberikan sekilas pandangan terhadap Ariana Atilia. Tetapi namanya yang dipanggil oleh gadis itu menyebabkan dia menghentikan langkah.
"Adi..." panggil Ariana Atilia. Dia sedikit lega apabila lelaki itu memberhentikan langkah.
"What?" soal Adi Ashraf dengan nada yang dingin. Riak wajahnya yang tanpa riak membuatkan dia nampak lebih menakutkan. Jauh berbeza dengan dirinya sebelum ini.
"Kau marah aku ke?" soal Ariana Atilia penuh serba salah. Dia tak berniat nak sakitkan hati lelaki itu.
"Listen, aku tak marah kau nak berkawan dengan sesiapa. Aku tak kisah kau nak kawan dengan lelaki ke perempuan. Cuma yang aku kisah kalau kau ada someone belakang aku. Aku tak nak jadi perampas yang ambik kau dari sesiapa. Bukannya, aku jealous. Clear?" terang Adi Ashraf dengan muka yang tenang. Dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Cuma dia tak tahu jika semua yang dikatanya adalah semuanya benar.
Ariana Atilia mengangguk perlahan tanda faham. Bibirnya mengukir senyuman apabila lelaki itu jujur dengan dirinya. Sekurangnya dia tahu lelaki itu masih mengambil berat tentang dirinya.
"I'm sorry." bisik Ariana Atilia perlahan. Pandangan matanya jatuh ke lantai. Adi Ashraf mengukir senyuman kecil. Hilang terus rasa pelik yang menyelubungi dirinya sebelum ini.
"For what actually, Ariana?" soal Adi Ashraf sambil melihat ke arah anak mata gadis itu. Ariana Atilia terkelu untuk seketika apabila namanya dipanggil buat pertama kali.
"Sebab buat kau marah?" jawab Ariana Atilia yang berbunyi seperti soalan. Adi Ashraf berfikir sebentar. Jari telunjuknya diletakkan di bawah dagu.
Matanya menjeling Ariana Atilia dari ekor mata. Gadis itu mula tak sabar. Mukanya dimasamkan kerana tak suka menunggu. Tambah pula dengan perut dia yang sudah berlagu mahu diisi.
Akhirnya, lelaki itu pergi meninggalkan Ariana Atilia terpinga-pinga tanpa jawapan. Kakinya dihentak menuju ke meja makan dengan perasaan marah yang menggunung.
Namun kehadiran seseorang yang mendekatinya dari belakang lalu membisikkan sesuatu pada telinganya membuatkan dia hampir pengsan.
Sekali lagi, dia ditinggalkan sendirian namun bersama pipi yang memerah dan jawapan yang dimahukan sebentar tadi.
"Apologise accepted, princess."
-To be continued..-
???
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-
Share this novel