Chapter 22 Hilang

Drama Completed 32729

Raihana membuka matanya. Sebelah tangannya memegang kepalanya takberhenti berdenyut. Dia memandang keadaan di sekelilingnya. "Hospital?" dia kehairanan. Macam mana dia boleh ada dekat sana? Dia cuba memerah otaknya agar mengingati apa yang terjadi. Serta- merta dadanya berombak. Dia mengusap perutnya. Anak dia.. apa dahjadi apa anak dia? +

Dia kembali berbaring dan memejam rapat matanya saat mendengar bunyi pintu dibuka. Entahlah.. dia sendiri pun taktahu kenapa dia perlu berlakon sebegitu. Telinganya dapat menangkap bunyi derapan tapak kaki. Siapa tu? Beberapa ketika kemudian dia terdengar bunyi seseorang mencarut. Suara tu.. suara yang penuh dengan kata- kata yang menyakitkan hati tu.. dia kenal pemilik suara tu. Adam. Ya. Dia yakin itu Adam.

"What do you mean you can't save our baby? You are a doctor. Your work is saving people life. So how can you told me you can't save my child?!" soal suara itu kasar. 8

Jantung Raihana seakan terhenti seketika. Ya Allah.. takkan lagi sekali? Kenapa kali ini pun anak dia takdapat diselamatkan? Taklayakkah dia untuk bergelar ibu? Tak.. bukan.. semua ni jadi sebab Adam. Adamlah punca! Semua ni salah dia.

"Saya minta maaf. Hentakan yang dia alami sangat kuat. Tambahan pula, dia pernah keguguran sebelum ni. Rahim dia masih tak kuat." balas yang lain. Daripada cara dia bercakap, Raihana dapat mengagak bahawa pemilik suara itu ialah seorang doktor.

"Thanks doc.. Saya minta maaf.. Kawan saya ni stres. Nanti kalau ada apa- apa.. kami akan panggil doc." seseorang menyampuk. Suara yang menenangkan tu.. suara Irfan kan? Kenapa Adam takboleh tenangkan hati dia macam Irfan buat? Raihana membuka kembali matanya lalu duduk bersandar pada kepala katil. Dia memandang Adam tanpa perasaan.

"Tahniah, Encik Adam. Awak dah berjaya untuk kali kedua. Awak dah berjaya bunuh anak saya untuk kali kedua." ucapnya sambil tersenyum hambar. Air matanya yang mula mengalir dibiarkan membasahi pipinya. Irfan menepuk bahu Adam. "Aku.. keluar dulu.." sampuknya. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, Raihana terlebih dahulu menghalang. 3

"No. Don't go.. sampai hati awak nak biarkan saya tinggal dengan pembunuh ni?" Adam tercengang mendengar kata- kata yang keluar daripada mulut isterinya itu. "Raihana.. It was an accident.. Aku taksengaja. Aku taktahu kau mengandung.." 6

Adam mula mendekati Raihana. Raihana mencebik lalu membaling bantal kepalanya ke arah Adam. Lelaki itu tidak mengelak. "Jangan dekat! Saya benci awak! Awak kata nak berubah, kenapa awak tipu? Kenapa curang dengan saya? Kenapa bunuh anak saya?" soalnya bertalu- talu.

Dada Adam dipukul berkali- kali. Lelaki itu mengetap bibirnya, cuba menghalang air matanya daripada turut sama mengalir. "Iam.. so.. sorry.." pintanya. Dia memeluk Raihana, cuba untuk menenangkan gadis itu. "Jangan sentuh saya! Saya jijik dengan lelaki macam awak. Saya benci! Pembunuh! Kenapa awak sanggup bunuh anak sendiri? Orang macam awak ni.. taklayak pun dipanggil manusia tahu tak?! Saya benci awak!" Raihana meluahkan segala isi hatinya.

Adam mengusap belakang Raihana. Dia hanya mendiamkan diri. Rasa bersalah menguasai dirinya. Irfan menggaru kepalanya. Langkahnya diatur keluar, takmahu mengganggu pasangan suami isteri itu. "Adam.. kau dah buat silap yang besar sangat- sangat.." gumamnya.

Irfan menarik tangan Adam kasar, memaksa lelaki itu agar mengikutinya. "Kau nak bawa aku pergi mana? Aku nak jaga Raihana lah!" marahnya. Dia cuba merentap lengannya namun setiap kali dia mencuba menarik tangannya, Irfan akan menguatkan pegangannya. Tubuh Adam ditolak kasar kedalam kereta. Nasib baiklah saiz diorang ni lebih kurang, kalau tak, parah jugalah dia nak heret si Adam tu! "Duduk diam- diamlah." balasnya sebelum masuk ke tempat pemandu. +

Enjin kereta itu dihidupkan sebelum dia mula memandu. "Kita nak pergi mana? Aku nak jaga bini akulah, bodoh!" Adam sudah mula hilang sabar. Irfan menjulingkan matanya seketika. "Kalau kau ada pun, Raihana bukannya nak jumpa kau kan? Jadi lebih baik kita minta pertolongan daripada pakar."

Adam mendengus. Sejak bila si Irfan ni pandai bercakap macam tu? "Pakar mana pula kau nak bawa aku ni?" soalnya malas. Pandangannya dilemparkan keluar. "Your beloved daddy, of course." jawab Irfan. "Hah?! Kau gila ke?" suara Adam sudah mula meninggi. "Tak. Sebab aku waraslah aku bawa kau jumpa dia."

"Taknak. Patah balik sekarang. Kalau tak aku pecat kau!"

"Hekelehh.. cubalah pecat kalau berani. Fikir Raihana nak izinkan ke? Bwekk..!" Irfan mula mengejek. 17

Irfan menyambung lagi, "Kau tahu tak aku kena cancel date aku harini? Semua sebab kau! Takguna. Kesian Raihana sebab kenal kau."

"Damn you, Irfan."

"Iyaa.. kau pun sama. By the way, kau dah janji nak berubahkan? Kenapa mungkir janji?"

"Aku takmungkir janji.. Sumpah."

"Habistu kenapa perempuan tu boleh terpacak dalam bilik kau?"

Sekali lagi, Adam mendengus geram. "Betina takguna tu.." dia menarik nafasnya, kemudian dia mula menceritakan kembali apa sebenarnya yang terjadi. Irfan pula hanya menjadi sang pendengar. Dia perlu dengar dengan sebaiknya cerita Adam kalau dia nak tolong selamatkan rumah tangga lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience