"liya stop there!" Iqwan menegaskan suaranya
"aku dah kawen roy!" ya, panggilan aroy itu yang selalu aku gunakan.
"kau janji dengan aku dulu yang kita akan hidup sama." aku memandang wajahnya lalu tersenyum sinis.
"kalau kau boleh mungkir janji, kenapa aku tak boleh?" dia terdiam. baru sedar kesalahanlah tu.
"aku tak sengaja..."
"tak sengaja? benda tu kau cakap tak sengaja. haha lelaki memanglah sweet talker kan?" aku ketawa sinis. "kau pergilah dengan isteri kau tu. semoga berbahagia" aku meninggalkannya pergi.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
'amir cakap jangan kenang lagi liya.' aku berkata dengan diri sendiri. air mata deras mengalir dipipiku. suamiku baru keluar dari bilik mandi terkejut melihat aku terbaring diatas katil sambil menangis.
"sayang! ya Allah! knape ni?" dia mengangkat badan ku. meminta aku untuk duduk.
"saya terjumpa iqwan kat bawah tadi." tangis ku lebih kuat.
"abang dah cakap jangan kenang lagi kan" aku menggeleng laju.
"liya sayang abang" terusku memeluk tubuhnya yang sejuk kerana baru lepas mandi.
"dah. jangan nangis. muka dah kembang macam panda dah tu" gurau amir. aku menampar belakangnya berkali.
"aww, sakit la sayang" dia mengusap belakang ku dengan lembut.
Share this novel