Allahula illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.
Ayat yang menjadi penenang aku di sepanjang perjalanan ke balai polis. Panas hatiku tatkala teringatkan perangai Emir. Sudahlah beberapa minggu lepas dia ditangkap oleh pihak polis walaupun ketika itu tindakkannya dianggap sebagai baik, tetapi di mata masyarakat, sekali kau adalah penjenayah selamanya kau tetap besalah. Kali ini apa pulak masalah yang dibawanya. Bergaduh dengan siapa sampai kena tahan dengan pihak polis kali ini? Aku garu kepala.
Pening dengan perangai Emir.
Lama-lama uban pun boleh tumbuh nampak gayanya. Sampai sahaja di perkarangan balai polis aku tarik nafas. Menahan rasa yang sedang bergelojak ketika ini. Marah geram sakit hati semuanya bercampur.
"Cik Nuralthea ye?"
Aku mengangguk kea rah pegawai polis wanita yang berada di hadapanku. Dia menunjukkan Emir yang sedang duduk di hadapan seorang pegawai polis lelaki.
Aku ketap bibir.
"Saya datang nak ikat jamin Emir."
Pegawai polis berkenaan tersenyum sambil mengangguk. Aku teruskan proses ikat jamin Emir yang sedang diam membatu di sebelahku. Hatiku terasa sakit untuk menoleh ke arahnya. Selesai sahaja ikat jamin, aku keluar tanpa mempedulikan Emir.
Mencari oksigen setelah terperangkap di dalam balai polis. Tidak betah lama di situ. Rimas dan panas apatah lagi bersebelahan dengan Emir. Nasib baiklah pegawai polis tadi boleh tahan handsomenya, sempat jugak cuci mata.
Berhadapan dengan kereta, aku pejam mata. Mencari kekuatan. Emir diam mengikuti langkahku.
"Apa lagi masalah awak ni Emir? Tak puas lagi ke masuk balai polis? Nak sangat duduk kat dalam penjara tu?"
Aku berpaling ke arahnya sambil cekak pinggang. Mujurlah kawasan agak lengang waktu pagi ini.
Emir buat rolling eye sambil peluk tubuh.
Aku ketap bibir. Ya Allah, takde hati perut ke manusia yang satu ini?
"Kau peduli apa? Sama ada aku nak duduk kat situ ke tak, tak payah datang ikat jamin aku. Aku boleh hidup sendiri."
Aku genggam jari dengan erat. Terasa ingin melayangkan penumbuk ke muka Emir sahaja. Kalaulah kepala aku ni volcano rasanya dah lama meletup agaknya.
"Ye, memang! Kalau diikutkan hati memang biarkan awak duduk kat balai polis tu je sampai bila-bila. Memang...."
"Kenapa tak buat aje! Tak payah susah-susah datang!" jerkahan Emir menyentakkan aku. "Lain kali, tak payah masuk campur urusan aku. Hidup kau, hidup kau! Hidup aku, hidup aku! Tak payah sibuk."
Aku tarik nafas mengumpul segenap kekuatan yang ada. Kekuatan untuk menahan amarah. Manakala kemarahan Emir terbias di wajahnya yang kemerah-merahan itu.
" Yes! Hidup awak memang hidup awak. Tapi selagi awak bergelar student, pelajar saya, saya akan ambil tahu tentang awak Emir!"
Emir senyum sinis. Sangat sinis sehingga aku terasa betapa tajamnya senyuman itu.
"Ohh, please la Althea! Jangan nak jadi guru mithali sangat yang berpura-pura tunjuk concern kat anak murid dia."
"Emir Hafiz!!" aku jerit kuat namanya.
"kenapa? marah? Haa, marahlah. Memang itu kenyataan dia. Kalau sekadar nak jadi guru mithali, tak payah tunjuk kat aku. Bagilah kat siapa-siapa."
Aku terasa seperti maruahku sedang dipijak-pijak oleh Emir ketika ini. Terasa seperti tanggungjawab dan amanah yang dipikul ketika ini sedang diperkotak-katikkan oleh Emir.
" Jangan melampau sangat Emir. Saya ni cikgu awak bukan orang lain."
"So?" Emir buat muka toya.
Hampir melotot mataku. So? Sependek dan sesenang itu saja jawanya.
"Emirr. Hafizzzzz!"
Beberapa mata memandang ke arah kami berdua. Aku tidak peduli. Sakit hati, marah geram, menyampah semuanya bersatu.
Emir pandang muka aku. Mukanya serius.
"One last warning, Cik.Gu. Al.the.a."
Jari telunjuknya lurus ke arah mataku. Aku kecilkan mata. Kecik kecik besar aku lihat budak lelaki di hadapanku ini, walaupun terpaksa mendongak.
Berani kerana benar. Berani sebab aku memang kata benda yang betul.
"Apa? Nak suruh saya jangan masuk campur hidup awak?"
Aku pandang tajam ke arah Emir.
"Ye!! Lepas ni jangan kacau hidup aku. Aku kena tahan balai polis ke nak mati ke, this is my life. Not yours!"
Kuat dan keras amaran yang diberikan oleh Emir. Mukanya ibarat singa betina yang mahu mengerjakan mangsanya. Malangnya mangsanya adalah aku.
"Kalau kau masuk campur lagi urusan aku, siap kau Althea. Aku tak kisah kau siapa, once you messed up with my life, you're done!"
Aku telan air liur. Amaran tsunami tahap kesembilan dikeluarkan oleh Emir. Ya, memang, kalau diikutkan hati, aku memang tak hendak masuk campur urusan dia. Nak settle masalah dia kat balai polis, berapa banyak masa sudah terbuang.
Namun, apakan daya mengenangkan jika Emir kembali repeat paper STPM di sekolah yang sama tahun depan, akulah manusia yang bakal merana. Emir Hafiz adalah mimpi ngeri aku. Aku tak sanggup nak hadap dia tahun hadapan andai tahun ini sudah cukup membuatku sakit jantung, strok, dan tekanan darah tinggi.
Tahun depan apatah lagi, memandangkan aku adalah salah seorang tenaga pengajar untuk Tingkatan Enam. Guru Tingkatan Enam pulak tidak boleh mengajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
"Dengar sini Emir Hafiz."
Aku pandang wajah Emir yang sedang menahan kemarahannya. Rahangnya bergerak-gerak. Jarinya digenggam erat.
Badanku menggigil. Alamak! Jangan takut Al. Ini balai polis, kalau Emir cederakan kau sekali pun, jerit panggil polis, hatiku berkata.
Aku telan air liur. Be brave Althea!
"I will never abandon you Emir Hafiz sampai awak habiskan STPM. Saya akan pastikan awak lulus STPM tahun ini supaya tahun depan saya tak payah jumpa awak lagi dan awak tak payah nak tengok muka saya lagi. "
Melotot mata Emir.
"Apa?" Melengking suara Emir.
Err, aku salah cakap ke?
" Dah awak tak nak tengok muka saya, jangan repeat STPM lagi. Buat elok-elok tahun ni, supaya tahun depan awak tak tengok muka, dan saya pun tak tengok muka awak lagi."
Aku rasa macam dah buat perjanjian dengan Emir Hafiz. Perjanjian melibatkan aku dan dia takkan berjumpa lagi untuk tahun hadapan. Sebenarnya lebih tenang takde Emir. Sangat tenang. Andaikan Emir muncul lagi tahun depan, nescaya perkara pertama aku buat adalah posting sekolah lain. Masuk ke pedalaman pun aku tak kisah, Asalkan tidak berjumpa dengan Emir.
"Do your own fucking business Althea! Tak payah menyibuk urusan aku nak lulus STPM ke tak!" Suara naik seoktaf.
Aku kejung badan menahan perasaan. Perasaan takut. Takut kalau-kalau Emir bertindak mencederakan aku. Marah. Marah kerana Emir memperlekehkan dan kurang ajar dengan aku.
"this is my business because you are my student and I am your teacher. You are my responsibility."
Emir tiba-tiba ketawa. Aku tergamam. Tidak berkelip seketika mataku melihat dia yang ketawa sambil mendongak kepalanya, memandang langit. Dia ni okey kan?
"Not liability?" Sinis dan berdesing ayat tersebut di telingaku.
Tepat mengena pada diriku. Emir adalah liabiliti, yang mengundang banyak masalah.
Dia senyum sinis sambil berpeluk tubuh memandang aku dengan wajah yang penuh dengan aura-aura kegelapan.
"So, next time when you talk about the 'responsibility' make sure you know the true meaning of it."
Aku teguk air liur.
Daripada marah kepada sinis. Daripada sinis kepada marah. Dan sekarang sinis. Betul betul bipolar Emir ni. Tapi sekarang bagi aku rasa macam nak hantuk kepala sendiri sahaja.
"Saya betul-betul maksudkan 'responsibility' Emir!"
"huh!!"
Emir pandang tajam aku sambil mukanya sinis. sanagt sinis sehingga merasakan aku kecik besar kecik besar sahaja di hadapannya.
" Ingat Emir! I will never abandon you!"
Emir kembali bertukar menjadi harimau. Harimau garang yang tengah marah.
"Enough!! Last warning Althea, just do your own fucking bussiness. Tak payah peduli aku! Tu, kekasih kau tu. Pergi tatang !"
Aku tercengang. Kekasih aku? Siapa?
"Apa? Siapa kekasih saya?"
Emir ketap bibir. "Tak payah berpura-pura!"
Apa kena pulak Emir dengan 'kekasih gelapku' ini?
"Betullah. Siapa pulak kekasih saya? "
Arh, sudah! apa pulak terjebak perkara pelik ni. Daripada kes marah Emir naik pulak kes kekasih aku.
Emir genggam erat tanganya. Bagaikan bersedia untuk menumbuk dan melakukan jab dan side kick.
" Manusia semua sama saja!!!" Emir meraung.
Bulat mataku. Apa kena pulak ni? Tersampuk jembalang mana ni? Aku kerut dahi. Namun, belum pun sempat aku bertanya lebih lanjut, Emir sudah hilang dari pandangan.
Aku garu kepala. Dia guna jutsu apa boleh hilang macam tu aje? Tapi, yang penting sekarang, nampaknya aku terpaksa bersemuka dengan ibu bapa Emir. Mencari solusi agar Emir tidak lagi repeat dan supaya insaf.
Tapi, mampu ke aku? Mampu ke Emir berubah dalam masa yang singkat sekarang ini? STPM tinggal beberapa minggu aje lagi. Aku mengeluh sendiri. Mahu tak mahu, terpaksa jugalah nampaknya.
Jalan terakhir.
**********************************************************************************************************
**********************************************************************************************************
Hi, korang. Firstly sorry saya lambat update untuk minggu ini. saya rasa part ni pun lintang pukang. hahahaaha.
btw, untuk sesiapa komen terima kasih banyak2 seluas lautan. ada kena reply, ada jugak tak sempat reply. teruskan komen supaya sy blh baiki lg penulisan cerita H=S ini. again, thank you jugak kpd voters, thanks a lot sebab support Emir. hehehe.
seriesly. sayang korang. muahxx
Share this novel