Bab 29

Romance Series 106380

JUWITA berat hati untuk pulang ke hostel. Apatah lagi ketika ingin pulang ke Melaka, dia mengetahui kecurangan Adrian. Tergamak Adrian menggunakan peluang yang ada.

Dia tahu Maisara tergilakan Adrian. Tapi dia sendiri tidak menyangka yang Adrian tergamak menduakannya dengan kawan baik sendiri. Hatinya benar-benar tersayat.

"Ju habiskan belajar ye. Jangan rapatkan diri lagi dengan orang macam tu. Ibu tak marah Ju nak bercinta tapi pada ibu, ni bukan masanya Ju." Berat hati Zaitun ingin melepaskan permata hatinya ke Kuala Lumpur dalam keadaan begitu.

Sejak pemergian Sazali, Juwita memjadi terlalu pasif. Dia tidak lagi aktif dan seceria dulu. Malah tidurnya juga sering dihantui igauan mimpi ngeri.

"Baik bu. Ju akan ingat pesan ibu." Tubuh Zaitun dipeluk erat sebelum beralih kepada adik-adiknya.

"Jangan buat perangai. Jaga ibu baik-baik. Ada apa-apa call kak long. Ingat, jangan susahkan ibu." Sempat Juwita menitip pesan.

Sepanjang perjalanan pulang ke hostel, Juwita hanya termenung. Hatinya masih lagi terluka menyaksikan bagaimana eratnya pelukan Adrian pada Maisara ketika dia terpaksa berpatah semula ke hostel untuk mengambil kad pengenalannya yang tertinggal.

Mujur saja mereka tak nampak akan kehadirannya ketika itu. Sungguh Allah tu nak tunjuk. Mata dan kepala Juwita sendiri yang melihat.

Selama ni, ada je yang menyampaikan tentang hubungan Adrian dan Maisara namun, Juwita tidak ambil peduli. Selagi tidak nampak dengan mata kepalanya sendiri, Juwita tidak mahu percaya.

Sampai je di depan hostel, Adrian telah sedia menunggu di pintu pagar. Juwita buat-buat tak nampak.

"Ju..." Seperti biasa nada suara Adrian akan kedengaran romantik sekali.

Adrian cukup sempurna. Punya rupa, tubuh badan tinggi lampai dan berotot. Cuma, dia hanya lelaki biasa. Andai saja dia berharta, Juwita pasti dia akan mempunyai ciri-ciri lengkap untuk menjadi kegilaan gadis-gadis.

"Ju..." Sedikit kuat namanya diseru apabila dia buat tak tahu.

Juwita mengeluh. Langkahnys terhenti apabila lengan kirinya dicengkam kuat.

"Sakitlah." Bentak Juwita. Dis segera merentap lengannya supaya dilepaskan. Namun ternyata sia-sia. Semakin erat cengkaman yang diterima.

"Aku paling pantang bila orang buat pekak aku panggil. Kau nak aku lempang kau lagi ke?" Jerkah Adrian. Juwita pejam mata erat. Dia dah tak sanggup lagi.

"Saya dah nampak semuanya. Awak pergilah dekat Maisara. Jangan risau, saya takkan ganggu awak." Akhirnya Juwita melepaskan rasa yang terbuku di dalam hati. Dia tidak kuat untuk terus begitu.

Cukuplah dengan maki hamun, sepak terajang yang diterimanya selama ini. Sampai sudah masa untuk dia sendiri buat keputusan. Hubungan itu perlu ditamatkan.

"Ju... awak salah faham je tu." Adrian kelihatan tenang.

"Okey... macam ni. Jom kita pergi minum dekat-dekat sini. Biar saya terangkan hal yang sebenar." Adrian merayu.

"Ju..." Tangan Juwita diraih dan dielus lembut.

"Please Ju..." Rayu Adrian penuh mengharap.

"Okey. Tapi bagi saya simpan beg dulu." Entah mengapa Juwita bersetuju.

Juwita memanjat ke tingkat empat dimana biliknya terletak. Usai meletakkan beg, dia segera mengunci pintu. Namun sesaat kemudia dia melangkah masuk semula ke dalam bilik.

Dompetnya dibuka. Lima keping not RM50 diselitkan di dalam almari pakaiannya. Hanya tinggal tiga keping not RM10 di dalam dompet.

Juwita berkira-kira sebelum tersenyum. Okey cukup untuk makan dan minum. Juwita segera melangkah mendapatkan Adrian yang masih setia menunggu di depan pagar hostel.

Dari jauh kelihatan Adrian sedang bercakap melalui telefon. Wajahnya kelihatan serius. Juwita hanya memerhati.

Melihat Juwita yang sedang melangkah menghampirinya Adrian segera menamatkan panggilan. Wajahnya tegang sekali.

"Jom..." Dingin. Juwita mula merasakan ada yang tak kena.

Juwita teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam Myvi milik Adrian.

"Cepat sikit boleh tak? Terhegeh-hegeh." Adrian mengherdik. Tergesa-gesa Juwita melangkah masuk.

Kereta terus dipecut laju sebaik saja Juwita masuk ke dalam perut kereta. Namun, Juwita hanya mampu memerhati saat kereta melepasi restoran yang selalu mereka kunjungi.

"Nak pergi mana?" Setelah hampir lima minit mendiamkan diri, Juwita bertanya.

"Ikut jelah. Banyak bunyi pulak kau ni." Juwita diam. Sisi baran Adrian mula menonjol. Juwita buang pandang keluar tingkap.

Hampir dua puluh minit perjalanan, mereka berhenti di depan sebuah rumah teres dua tingkat. Kawasan perumahan itu agak sunyi. Mungkin kerana rata-rata penghuni di situ tidak berada dirumah pada waktu siang atas urusan masing-masing.

"Keluar sekarang." Juwita kaget. Dia tidak berganjak.

Melihat Juwita yang tidak berganjak, Adrian segera membuka pintu penumpang. Rambut Juwita digenggam erat lalu ditarik supaya tubuh itu melangkah keluar.

"Sakitlah. Lepaskanlah..." Rayuan Juwita hanya mendapat dengusan kasar dari Adrian.

"Aku paling pantang orang protes aku." Tanpa belas kasihan, tubuh Juwita diheret masuk ke dalam rumah itu lalu di tolak kasar sebelum Adrian mengunci rapat pintu.

Menangis Juwita diperlakukan sebegitu rupa. Adrian melangkah menghampiri Juwita lalu merentap tangan Juwita supaya bangun.

Juwita masih cuba melawan. Dia mula dapat rasakan ada perkara buruk yang akan berlaku. Enggan memberi kerjasama, sekali lagi rambut Juwita ditarik.

Terangkat tubuh Juwita. Adrian merapatkan wajahnya ke wajah Juwita. Matanya jelas merah menahan marah. Jarak antara wajah mereka tidak sampai seinci. Juwita boleh merasai betapa derasnya hembusan nafas Adrian ketika itu.

"Kau degil, kan? Kau nak sangat putuskan? Okey. Kita putus. Tapi sebelum tu, aku akan dapatkan apa yang sepatutnya aku dapat dari dulu." Tubuh Juwita diheret masuk ke dalam satu bilik.

Juwita cuba untuk berlari keluar dari bilik itu namun, libasan tali pinggang Adrian tepat membantai belakang tubuhnya.

Juwita menjerit kesakitan. Seumur hidup, belum pernah dia dilibas dengan tali pinggang.

"Kau nak lari mana? Tak ada siapa nak tolong kau kat sini." Rambut Juwita ditarik lalu tubuh itu ditolak ke atas katil.

Adrian bagai sedang dirasuk. Segala rayuan Juwita tidak dipedulikan. Malah wajah itu dilempang bertalu-talu. Tak cukup dengan itu, perut Juwita ditumbuk.

Melihat keadaan Juwita yang lembik, Adrian segera menghidupkan perakam video.

Pakaian Juwita satu persatu dilucutkan tanpa kerelaan Juwita. Bermulalah titik noda dalam hidup Juwita. Dia diperkosa berkali-kali, malah perbuatan terkutuk itu turut dirakam oleh Adrian. Bukan setakat merakam, Adrian turut mengambil gambar bogel Juwita.

Setelah puas, Adrian mencampak pakaian Juwita ke tubuh Juwita.

"Kau pakai sekarang." Juwita teresak-esak menangis.

"Aku cakap pakai, pakailah. Ke kau nak aku buat kau jadi lauk?" Mendengar kata Adrian, dengan penuh kepayahan Juwita menyarung pakaiannya.

Adrian segera mengarahkan Juwita masuk ke dalam kereta.

"Kau ingat Ju. Kau report polis, aku akan pastikan gambar bogel dengan video kau tersebar." Sempat Adrian berpesan sebelum menghidupkan enjin kereta untuk menghantar Juwita pulang.

"Bak sini dompet kau." Juwita kaku. Berang dengan sikap Juwita. Adrian memukul kepala Juwita.

Dompet Juwita dirampas sebelum dia mencampakkan ke wajah Juwita.

"Ni je yang kau ada?" Tak puas hati dengan duit yang ada. Adrian meraba poket seluar Juwita. Namun hampa. Tubuh Juwita ditolak kasar sebelum dia meneruskan pemanduan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience