BAB 18

Romance Completed 4317

Berkenaan cinta Allah, cinta sesama manusia yang asalnya suci tetapi sering dicemarkan kerana tidak mampu mengawal hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Dahlia mula sedar, cinta yang lahir di hati untuk Yusra juga kurniaan Allah. Kenapa dia perlu menjauhi dan menidakkan perasaan itu jika itu yang Allah tetapkan untuknya? Setiap yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik. Allah tidak pernah gagal dalam menetapkan rancangan untuk hamba-hamba-Nya.

Apa yang perlu dia lakukan sekarang, peliharalah cinta yang Allah beri itu agar cinta itu tidak tercemar dengan maksiat. Telefon bimbit yang berdering mengejutkan Dahlia. Nama Yusra tertera di skrin. Perlukah dia menjawab panggilan itu?

Entahlah, Dahlia buntu apa yang harus dilakukan sekarang. Cuma yang pasti, dia hanya mahu reda atas apa yang telah Allah tetapkan untuknya. Jika ada jodoh antara dia dan Yusra, mereka tetap akan disatukan nanti. Bukankah janji Allah itu pasti?

“Betul ke mama?”

“Betul, Lia. Mama sama papa pun terkejut. Nda sangka ada yang datang minta izin mahu kahwin dengan kamu.” Kata-kata itu membuatkan Dahlia terkejut beruk hingga tak mampu berkata apa-apa.

Di fikirannya ini cuma ada satu wajah. Yusra! Adakah benar lelaki itu yang pergi menemui orang tuanya nun jauh di Sabah? Sungguhlah lelaki itu sudah tak waras lagi. Dahlia terus mendail nombor telefon Yusra. Agak lama menanti barulah taliannya berjawab.

“Lia ?”

“Awak buat apa?” tanya Dahlia laju.

“Buat apa? Maksud awak?”

“Did you meet my parents?”

“Ohh...” Yusra ketawa kecil.

“Yes, I did. Kalau awak nak tahu, saya baru sampai Semenanjung dari Sabah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience