BAB 4

Family Completed 666

“Alamak, hujan pula.” Rintih Alya. Kedua-dua kanak-kanak berumur lima tahun itu menunduk sambil memuncungkan bibir, sedih.

Aku pula memandang kipas untuk berfikir lagi. Tiba-tiba aku terpandang kalendar di tepi tingkap itu. Dua hari lagi hari ibu. Hmmmm..

“Asyraf, Alya, jom ikut kakak,” pantas wajah sedih mereka bertukar gembira. Pasti ada aktiviti lain yang lebih menyeronokkan!

Aku segera memasuki ruang belajar. Ruang tersebut disediakan khas untuk penghuni di rumah ini untuk membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Kelihatan juga beberapa orang kanak-kanak membaca buku. Kami mengambil tempat duduk di meja paling belakang di dalam bilik itu.

“Kakak, kita nak buat apa ni?” Tanya Alya, teruja sebaik sahaja melihat aku membawa kertas-kertas warna, pensel warna, gam, gunting dan ‘glitter glue’ dari pejabat Abah.

“Tak lama lagi, Hari Ibu. Kita buat kad Hari Ibu, nak tak?”

“Wah,,,,, nak, nak!” jerit Asyraf. Tiba-tiba, dia berfikir, “Tapi kak, kitorang tak tahu mana ibu..”

“Kak Liya? Kak Liyakan macam ‘ibu’ korang? Makanan yang korang makan, siapa masakkan?”

“Kak Liya”

“Masa korang sakit, siapa jaga?”

“Kak Liya”

“Masa korang nangis dan masa korang merajuk, siapa pujukkan? Kak Liya, kan? Jadi, apa salahnya korang anggap Kak Liya sebagai ibu?” kataku. Asyraf dan Alya mengangguk.

“Jadi, tunggu apa lagi? Kad yang cantik takkan siap kalau kita tengok je. Ayuh!”

Pada hari ini, aku kelihatan muram. Jadi, susah untukku menangkap apa yang cikgu ajar. Ah, peduli apa aku. Aku hanya bermain-main dengan pemadamku. Memang betul tak de mood hari tu.

Sedar tak sedar, cikgu dah keluar. Aku menarik nafas lega. Tiba-tiba, Ain menghampiri aku. Dia melemparkan sebuah senyuman yang sungguh manis.

“Kenapa ni, Raihana? Monyok je saya tengok.” Tegur Ain.

“Tak ada apa-apa,” jawabku, acuh tak acuh.

“Yela tu.. Macam tak boleh dipercayai je. Ceritakanlah perkara yang sebenar. Pasal kawan awak? Pasal Boyfriend awak? Ceritalah, saya sedia mendengar.” Senda Ain. Aku pantas mencubit lengan Ain.

“Ewaahh.. Memandai je. Saya ni kecik lagi, tau. Gelilah nak ber’boyfriend’ ni,” Ain tersengih-sengih.

“Sebenarnya…” Aku berterus terang, “Mama saya nak kahwin lagi,”

“Hah?” Ain kehairanan. Matanya tertumpu ke arahku, meminta penjelasan.

“Sebenarnya, saya pindah ke sekolah ni sebab mama ngan abah saya bercerai. Saya ikut mama saya berpindah ke sini.” Aku berkata jujur. Lega rasanya dapat bercerita masalahku kepada rakanku, Ain.

“Mengapa awak tak beritahu awal-awal? Kasihan awak.. Saya tumpang sedih.” Ujar Ain, serba-salah. Semenjak kawannya ini pindah ke sekolah ini, dia ingat bahawa ayahnya kena kerja kat sini. Rupanya, bukan.

“Awak tak melawan balik? Bukankah awak tak suka mama dan abah awak berpisah?” Aku terkejut dan pantas memandang ke sebelahku. Alangkah terkejutnya aku melihat Alif Akif di kiri mejaku.

“Saya dah dengar semuanya. Awak berdua tak perasan pun.” Alif Akif tersengih bagai kerang busuk. Aku naik geram. Namun, aku biarkan sahaja.

“Saya tak berani..” kataku perlahan.

“Jadi, abah awak menghilangkan diri ke?” tanya Ain. Aku menggeleng. “Abah masih berjumpa saya dan mama tiap hari minggu. Tapi, mama saya nak berkahwin lagi dengan seorang bussinessman ni. Dia kaya..”

“Ha, baguslah tu. Best juga kalau ada ayah kaya-raya. Semua yang kita minta mesti dia beri.” Potong Alif Akif.

“Tapi, masalahnya, bakal ayah baru saya tu, ada dua orang anak perempuan yang lebih besar daripada saya dan isteri yang pertama.”

“Maksudnya, mama awak tu isteri kedualah, ye?”

“Iye! Itulah yang saya tak suka!”

“Kalau macam tu, apa kata awak tinggal dengan ayah awak?” cadang Ain.

“Hmm… ok juga. Nanti saya tanya Abah. Terima kasih, Ain kerana sudi mendengar masalah saya. Bertuah saya dapat rakan macam awak ni.”

“It’s Ok!” kata Ain sambil mengukir senyuman sambil menyentuh ibu jari dengan jari telunjuknya tanda ‘Ok’.

“Eh, Ain je? Saya ni macam mana? Saya mendengar juga tau!” marah Alif Akif. Dia memeluk tubuhnya.

“Hmm.., boleh,” Aku menutup mataku seketika “Blah.. Jangan nak perasan.” Aku ketawa sendiri. Dalam hatiku, aku berasa bertuah kerana mempunyai dua orang sahabat yang sanggup berkongsi suka dan dukaku. Terima kasih, Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience