BAB 4

Humor Completed 9296

Iman Soraya mengulang kaji pelajaran di tempat yang sama. Dia berharap agar hari ini dia dapat mengulang kaji pelajaran dengan aman damai tanpa sebarang gangguan. Dia mengangkat muka dan dipalingkan ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan lenguh-lenguh di tengkuk kerana agak lama menunduk menghadap buku. Saat dia berpaling ke kanan, dia terlihat Aidil yang sudah melambai tangan. Harapan hanya tinggal harapan. Baru sahaja berharap dapat belajar dengan aman tetapi sudah ada gangguan.

Seperti biasa Aidil memberi salam dan seperti biasa juga Iman Soraya hanya menjawab salam di dalam hati. Aidil dengan muka yang ceria mengambil tempat duduk tidak begitu jauh dari Iman Soraya.

“Dah banyak awak study?” soal Aidil.

“Alhamdulillah, okey. Takdelah banyak mana. Aku jenis yang bagi faham betul-betul, bila dah faham insya Allah aku akan ingat so aku memang tak rushing nak kejar berapa banyak bab dah cover. I just take my own space and pace.” Kata Iman Soraya. Aidil sudah tersenyum gembira.

Whoa~! Aku cakap apa tadi? Alhamdulillah? Insya Allah? Sejak bila mulut aku ringan je nak sebut semua tu? Iman Soraya hanya tersenyum tawar.

“Alhamdulillah. All the best for your final exam. Dari awal-awal ni biar pointer tinggi so that bila sampai semester yang susah, CGPA tak jatuh mana. Tiba-tiba saya rasa macam sesuai letak hashtag been there, done that, know the feeling. Wahaha.” Kata Aidil bersuara ceria. Iman Soraya tidak nafikan apa yang Aidil katakan sebentar tadi. Para senior juga menyatakan benda yang sama.

“Dil, sebenarnya kau ni tahu tak yang kau dah jadi hantu?” sungguh tiada tapisan bagi soalan yang diutarakan oleh Iman Soraya kepada Aidil. Aidil hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya.

“Kau ada hutang yang tak settle ke? Aku tanya roommate aku dia cakap amalan kita akan terawang-awang antara langit dengan bumi kalau ada hutang yang kita tak langsaikan.” Iman Soraya bersuara serius. Aidil tersenyum.

“Told ya, Pearl. Where there’s a will, there’s a way. Bila awak nak tahu sesuatu perkara, awak boleh je tanya sesiapa pasal perkara tu. Sama juga pasal mendalami Islam, awak boleh pergi berguru dengan ustazah yang awak percaya, yang tidak diragui apa yang disampaikannya. Saya sebenarnya ada sesuatu yang perlu dilakukan dalam masa sebulan ni.”

Iman Soraya menelan liur. Ada betulnya apa yang Aidil katakan sebentar tadi. Kerana rasa ingin tahu tentang sebarang kemungkinan yang menyebabkan Aidil masih di sini, dia telah bertanya kepada rakan sebiliknya walaupun dia tidak bercerita yang dia boleh nampak Aidil. Jadi, apa alasan untuk dia tidak berusaha untuk mengetahui perkara lain dalam Islam walaupun sebelum ini dia tidak mendapat didikan tentang perkara tersebut? Ini yang rasa nak guna hashtag sentap ni.

“Dil, first time aku nampak kau masa dalam lif kau nak minta tolong pada mamat seorang lagi yang ada dalam lif tu. Itu ke ‘sesuatu’ yang kau maksudkan?” tiba-tiba topik ‘sesuatu’ pula diketengahkan. Mahu lari dari topik sebentar tadi. Dah macam karya kartunis Aie pula. Aku dan Sesuatu.

“Sesuatu yang saya maksudkan ni saya kena buat sendiri. Yang saya nak minta tolong budak tu benda lain. Kenapa? Awak sudi nak tolong saya ke?” Aidil bertanya dengan mata yang bersinar-sinar. Sinaran yang sama seperti pertama kali dia bertanya kepada Iman Soraya di dalam lif tempoh hari.

“Ha? Hmm… aku sebenarnya bukan nak tolong sangat tapi sebab aku je yang boleh nampak kau so aku rasa serba salah pula kalau tak tolong kau. Lagipun kau dah macam kawan aku walaupun kita di dua dunia yang berbeza. Kau dengar keluh-kesah yang selama ni aku pendam seorang diri. Kiranya ni aku buat untuk balas budi baik kau lah.” Kata Iman Soraya. Dia segan sebenarnya tapi dicekalkan juga hati untuk berkata sedemikian.

“Alhamdulillah. Ada juga orang baik hati yang sudi tolong saya. Awak jangan menyesal pula tahu?” ujar Aidil.

“Baik kau cakap cepat sebelum aku tarik balik apa yang aku cakap tadi.” gertak Iman Soraya pula.

“Okey, saya cakap. Cik Pearl kita ni cuba bawa bersabar. Macam ni, saya nak minta tolong awak pergi ke masjid universiti kita, lepas tu saya nak minta tolong awak dermakan duit di tabung masjid. Jumlah yang awak nak derma terpulang pada awak sendiri, seikhlas hati. Tapi awak perlu ulang perkara yang sama hari-hari selama dua minggu. Itu je hajat saya.” Terang Aidil panjang lebar.

“Hajat kau nak derma kat tabung masjid universiti kita je? Senang sangat! Aku ingat apalah tadi.” Iman Soraya bersuara sambil tangan kanannya ditadah kepada Aidil.

“Awak dah kenapa? Kita bukan mahram okey, mana boleh pegang tangan.” kata Aidil.

“Kau ni tak padan dengan hantu tapi fikir lain juga ek. Aku nak minta duitlah. Kata nak derma kat tabung masjid. Guna duit kau lah.” Sambil ketawa Iman Soraya menjawab pertanyaan Aidil. Aidil sudah menepuk dahi.

“Awak gunalah duit awak dulu Pearl. Akan datang mana tahu awak jumpa saya lagi awak claim lah. Sekarang kalau saya bagi mahu duit tu jadi daun.” Balas Aidil sedikit gelabah.

“Haha. Chill lah bro. Aku bergurau je. No worries. Aku guna duit aku.” Kata Iman Soraya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience