Bab 1

Romance Completed 34148

"Mya, kau tak pergi makan lagi ke?"

Damya yang sedang menaip sesuatu dalam komputer riba miliknya memandang wajah Izzah sekejap sebelum menyambung kembali kerjanya.

"Tak nak la Izz... aku malas la nak turun... lagipun aku ada kerja ni nak disiapkan." Balas Damya sambil mata terus tertatap di skrin komputer ribanya itu.

Izzah menggeleng kepala dengan perangai Damya yang kuat bekerja itu.

"Kau nak aku bungkuskan untuk kau tak?" Izzah bertanya perlahan.

Damya tersenyum mendengar pertanyaan Izzah seraya menjawab. "Kalau kau baik nak sponser aku lagilah aku suka..."

"Yalah..." Balas Izzah sepatah lalu menarik pintu untuk keluar dari bilik itu.


"Nah, ni untuk kau. Sorry la Mya... nasi goreng kampung aje..." Izzah meletakkan plastik yang berisi bekas polystyrene itu di atas meja kerja Damya.

Damya mengambil beg plastik itu dan melihat isinya sekejap. "Thanks Izz. Ni air kotak kau ke?" Soal Damya apabila melihat air kotak milo berada di dalam beg plastik itu.

"Taklah. Itu untuk kau. Doktor Haikal bagi tadi."

Tersentak jadinya Damya apabila Izzah menyebut nama lelaki itu.

"Bila dia bagi?" Soal Damya lagi.

"Tadi aku terserempak dengan dia kat cafe... dia suruh la aku bagi air kotak tu kat kau. Korang ada apa-apa ke?" Soal Izzah dengan penuh curiga. Ini bukan kali pertama dia menjadi tukang hantar barang daripada Haikal untuk Damya. Hampir setiap hari, ada saja yang lelaki itu berikan kepada Damya. Tau la suka kawan aku sorang ni. Yalah, Damya kan cantik. Kenapalah tak nak terus terang. Fikir Izzah.

"Kau ni Izz. Kitorang tak ada apa-apalah. Dia tu kan senior kita?" Balas Damya dengan wajah yang masam mencuka. Tidak suka dengan Izzah yang suka mengaitkan dirinya dengan Haikal.

"Haha.. Okey, so sorry Mya... Tapi aku tengok dia tu macam ada hati kat kau la Mya." Ujar Izzah lagi. Sejak dari mula Damya berkerja di hospital itu, layanan daripada Haikal keatas Damya memang high class. Nampak saja Damya, wajah Haikal terus bertukar ceria.

DAMYA melangkah masuk ke lobi utama hospital dan sempat bertegur sapa dengan beberapa staf di hospital tersebut. Dia yang memakai baju kurung moden berwarna ungu gelap di padankan lagi dengan tudung yang hampir sama warna dengan bajunya menampakkan dia lebih cantik dan ayu. Kecantikan Damya yang asli tanpa perlu memakai make-up yang tebal sudah mampu mencuri perhatian kaum lelaki.

"Selamat pagi doktor Damya..." Tegur jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan kepada Damya.

"Selamat pagi akak. Akak sorang ke? Yang lain mana?" Soal Damya mesra. Kala itu hanya seorang jururawat sahaja berada di kaunter pertanyaan. Selalunya empat jururawat akan berada di situ untuk bertugas.

"Diorang ke cafe tadi doc," Damya hanya menganggukkan kepala, tersenyum.

"Baik akak. Saya masuk dulu ya." Damya meminta diri lalu masuk ke bilik kerjanya.

Selepas menyimpan handbeg, Damya berehat di kerusi kerja. Tidak sampai seminit pun dia duduk, Haikal sudah tercegat di depan pintu bilik kerja.

"Ye Doktor Haikal?" Terpinga-pinga Damya menyoal.

Haikal tersenyum sambil kakinya laju mendekati Damya.

"Free tak hari ni? Saya nak ajak Mya lunch sama..." ujar Haikal.

"Hari ni? Errr... free kot..." Tergagap Damya menjawab. Dia masih lagi terkejut dengan kedatangan Haikal ke bilik kerjanya, ditambah lagi dengan ajakan lelaki itu secara tiba-tiba

Haikal tersenyum gembira mendengar jawapan Damya.

"Good. Nanti lunch ikut saya ye. Biar saya drive." Sempat Haikal berpesan sebelum melangkah keluar.

“Eh. Doc!” Belum sempat Damya memberi kata putus, cepat sahaja Haikal menutup pintu bilik.

"Huh..." Keluhan tercetus di bibir merah Damya. Dah la ajak lunch, kena ikut kereta dia lagi. Huwaa... Bukan dia tidak suka dengan ajakan daripada Haikal tetapi dia tidak biasa keluar berdua dengan lelaki. Apatah lagi lelaki itu adalah Haikal, bekas doktor pelatih mereka.

Dalam pada masa yang sama Damya juga bimbang jika ada mata-mata yang memerhatikan mereka dan tersebarlah berita yang kurang enak untuk di dengar antara dia dan Haikal. Yalah, Haikal tu kan jejaka hot kat hospital ini... kata orang cukup pakej untuk dibuat suami. Kacak, tinggi, baik, peramah, bijak dan paling penting statusnya sebagai seorang doktor pakar jantung yang termuda d hospital swasta yang ternama ni.

Memikirkan hal itu, Damya mula merasakan runsing. Damya membuka handbagnya lalu mengambil handphone.

Damya: Izzz…

Izzah: Ye kenapa sayang?

Damya: Tadi doc Haikal masuk bilik aku. Die ajak aku g lunch. Aku tak sempat cakap apa2 lagi die dah blah.

Izzah: Wow. Mesti die nak propose ni. Tu yang ajak lunch sama. Tahniah sahabat.

Damya: Kau ni kan. Kau teman la aku g lunch. Tak biase la g berdua je. Please...

Izzah: Sorry Mya, tengah hari nanti aku ade hal la pulak. Sorry sangat2. Don’t worry my friend. Doc Haikal tu kan baik orangnya. Takkanlah die nak buat ape2 kat kau. Okay. Nanti ape2 call aku tau. Dah2… aku nambung kerja ni. Ta ta…

Ish… Don’t worry konon. Hah, lantaklah. Setakat lunch je bukannya pergi dating. Damya menyedapkan hati sendiri sebelum memulakan tugas hariannya.

"DOKTOR Haikal nak bawa saya lunch kat mana?" Soal Damya setelah masuk ke dalam perut kereta milik Haikal. Sengaja dia bertanya untuk menghilangkan rasa tidak selesaannya dengan Haikal.

"Makan kat tempat yang jauh sikitlah... saya dah bosan makan kat tempat yang sama je..." Balas Haikal sambil memandang Damya sekilas.

"Ohh... okey..."

Damya memilih untuk berdiam diri. Dia tidak tahu ingin bualkan apa dengan Haikal. ‘Ni semua salah Izz. Time ni la pulak ade hal.’ Kata hati kecil Damya.

"Nampak penat je... ramai ke patient Mya hari ni?" Soal Haikal apabila Damya hanya mendiamkan diri sedari tadi.

"Biasalah doc... setiap hari pun ramai je patient yang datang."

"Jangan paksa sangat kerja tu. Saya tak nak Mya sakit..."

Terangkat kening Damya mendengarnya. 'Lain macam je bunyinya?'

"Okey doc..." Serius Damya tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba dia teringat bila Izzah mesej Izzah yang doktor Haikal nak propose dengan dia.

Oh no!!... betul ke doktor Haikal suka aku? Wajah Damya memerah serta-merta. Dia malu jika benar Haikal mengajaknya lunch bersama kerana ada hati dengan dia. Huwaa... ibu... tolong Mya ibu...

"Okey, kita dah sampai..."

Kereta milik Haikal berhenti di hadapan sebuah restoran yang nampak sedikit mewah. Haikal pantas keluar daripada perut kereta dan diikuti oleh Damya. Mereka beriringan masuk ke dalam restoran itu.

Selepas mengambil pesanan, Haikal mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut. Damya pula hanya tersenyum.

"Doktor Haikal selalu datang sini ke?" Soal Damya.

"Hmm... selalu juga. Tapi kalau makan berdua dengan perempuan, ini first time." Haikal tersengih. Segan jadinya Damya. Tapi kenapa? Hish, aku anggap dia sebagai senior aku sajalah. Tak lebih pun. Omel Damya dalam hati.

Setelah menunggu lebih kurang 15 minit, akhirnya pesanan mereka tiba.

"Makanlah. Makanan kat sini semua sedap tau."

Damya mengukir senyuman seraya menyuap makanan yang dia pesan ke dalam mulut. Nyum... memang sedap.

"Macam mana? Sedap tak?" Soal Haikal.

Terangguk-angguk kepala Damya. "Sedap. Pandai doktor cari tempat ni." Damya khusyuk makan tanpa memandang Haikal.

'Memang sedap makanan kat restoran ni. Nanti ajak Izz lah.' Bisiknya.

Haikal tersenyum melihat gelagat Damya. Kalau dah makan tak pandang orang, memang sedaplah tu makanan tersebut. 'Macam budak-budak aje tapi comel' Getus hati Haikal.

Mereka makan dengan berselera sambil berbual-bual. Walaupun awalnya segan, entah bagaimana ringan pula mulut Damya bercerita dengan Haikal kali ini.

Bagi Haikal, dia akui dia sememangnya sangat gembira dapat keluar bersama Damya. Dia sebenarnya dalam diam menaruh hati pada gadis itu. Siapa yang tak suka Damya? Dah la Damya tu cantik, berkulit putih, punya alis matanya yang tebal, hidung yang mancung dan Damya juga kelihatan ayu bila memakai tudung.

'Astagfirullahalazim...' Haikal tersedar. Sepatutnya dia menjaga pandangannya pada gadis di hadapannya ini. ‘Boleh ke aku tawan hati Damya ni?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience