"Ting tong....Ting...tong"
Loceng rumahnya berbunyi dan langkah kakinya laju berjalan ke arah pintu.Pintu dikuak dari dalam.
Ratna terkejut melihat susuk tubuh yang amat dirindui itu berada di hadapannya sekarang.
Dia tersenyum manis dan langsung menerpa memeluk tubuh Arjuna dengan seeratnya.
"Awak pergi mana?"soal Ratna pada Arjuna.Arjuna bungkam tidak bersuara.
Dia meletakkan tangannya mengusap rambut Ratna.Dia benar rindukan haruman Ratna.
Ratna baru tersedar dari pelukannya.Dia menjarakkan diri pada Arjuna.Arjuna terpempan.
"Apa awak buat dekat sini?"soal Ratna musykil.Arjuna mendekatkan diri pada Ratna.
Ratna mengundurkan diri dan terlanggar meja hampir terjatuh.Laju Arjuna menarik lengan Ratna dan mendakapnya.Ratna dapat mendengar degupan jantung Arjuna laju.
"I'm sorry Ratna.... I'm so sorry..."ucap Arjuna lembut.
"Apa kau buat dekat sini?"marah Diya yang baru balik dari kedai.Dia menarik tangan Ratna ke tepi.
"Aku datang jumpa Ratna.Tak boleh ke?"soal Arjuna pada Diya.Diya tergelak kecil.
"Bukan kau dah buang dari hidup kau ke? Kenapa tiba-tiba datang sini nak jumpa Ratna pulak?" marah Diya.
"Biarkan Arjuna jumpa Ratna"sampuk satu suara muka pintu.
"Eiyad kau nak biar kawan kau ni lukakan hati Ratna lagi ke?"soal Diya memandang geram dengan Eiyad.
"Aku nak bawa Ratna tinggal dengan aku"ujar Arjuna memandang wajah Ratna.
"Apa semua ni?"marah Diya.
"Diya...Arjuna masih suami Ratna.Kedudukan seorang isteri adalah dengan suaminya"pesan Eiyad.
"Kenapa sekarang? Bukan dia tinggalkan Ratna ke? Kenapa pulak kau nak dia yang jaga Ratna?" marah Diya.
"Aku tahu aku salah ikutkan perasaan sangat tapi aku rasa belum terlambat lagi untuk aku jaga dia"ujar Arjuna.
Ratna dihadapan Arjuna hanya mendiamkan diri.
"Ratna kau nak ikut dia ke? Lepas apa dia buat dekat kau?"soal Diya pada Ratna.
Ratna mendengus perlahan.
"Aku masih isteri dia Diya.Aku kena ikut dia pergi mana sekalipun.Aku minta maaf Diya"jawab Ratna perlahan.
Diya bagai tidak percaya Ratna boleh cakap macam tu.Eiyad hanya mengangguk kepala kepada Diya.
******
Matanya liar memandang ke segenap kawasan luar banglo mewah itu.Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di kawasan perumahan elit.Besarnya banglo ni.Ini ke banglo yang bakal dia tinggal nanti.
Ratna melangkah keluar dari kereta.Matanya masih liar ke sana ke sini.Melihat keadaan rumah yang rapi dan terdapat sebuah kolam kecil di sudut kanan banglo itu.
"Ini rumah awak ke?.Awak tinggal seorang dekat sini?" soal Ratna kepada Arjuna.
Arjuna tidak menjawab.Cermin mata hitamnya dibuka lalu dia menggeleng perlahan.Dia melangkah ke belakang kereta.Bonet kereta dibuka.Beg pakaian dan bagasi Ratna dikeluarkan.
Ratna pelik dengan sikap Arjuna.Sepanjang perjalanan ke sini tadi.Arjuna banyak diam tidak seperti di London.Selalunya Arjuna akan sentiasa berbual dengannya.
"Er... Sayang...tak apa, biar saya yang buat sendiri"tegah Ratna lalu berlari-lari anak mendapatkan beg pakaian dan bagasinya yang sudah berada diuar kereta.
"Awak larat ke? Berat ni! Apa yang bawak ni? Bawak batu ke?"tanya Arjuna,hairan.
Ratna tersenyum.Serba salah membiarkan suaminya mengangkat begnya tadi.
"Perempuan dengan barang banyak memang dah biasa"jawab Ratna dengan buat muka selamba.
Arjuna menjeling ke langit.Malas mahu melayan.Dicapai beg pakaian dan bagasi Ratna serentak lalu dibawa ke dalam rumah.
"Takpe saya boleh bawa beg ni sendiri"tahan Ratna sambil mencuba merampas beg dari tangan Arjuna.
"Biar aku bawa.Aku bukan tak berperikemanusian macam kau"bidas Arjuna garang.
Ratna terdiam.Tidak boleh berbuat apa lagi."Masuk dalam"ujar Arjuna kepada Ratna selepas melangkah masuk ke dalam rumah.Keadaan rumah itu sunyi.
Ratna terpegun melihat keindahan hiasan di dalam banglo ini.Dekorasi yang simple dan cantik.Pandai suaminya itu menghias rumah.
Arjuna meletakkan beg pakaian dan bagasi Ratna ditepi.Pintu rumah ditutup rapat.
"Jom, saya tunjuk bilik awak"arah Arjuna malas mahu bersemuka dengan Ratna lama-lama.
Dia melangkah membontoti Arjuna ke arah dapur.
"Ini bilik awak.Dekat dengan dapur dan ruang tamu.So apa-apa hal senang kau nak capai.Nak pergi dapur ke ruang tamu ke senang.Tak payah turun naik tangga.Nanti kau yang penat"jelas Arjuna sambil membawa bagasi Ratna masuk ke dalam bilik yang sepatutnya untuk tetamu itu.
Ratna pelik kenapa dia perlu duduk dibilik ini sedangkan bilik Arjuna dekat tingkat atas.
Arjuna sendiri tidak tahu mengapa dia menyediakan bilik ini.Sedangkan mereka masih suami isteri sah.Mengapa dia melayan isterinya seperti ini?.Masih ada sisa curiga dalam hatinya.
"Tapi kenapa saya tidur dekat bilik ni dan awak pulak tidur mana?"soal Ratna.
"Aku janji dengan Eiyad untuk jaga kau.Jadi aku rasa tak perlu rasanya untuk kau tidur sebilik dengan aku.Aku tak bersedia lagi nak terima keadaan sekarang"jelas Arjuna pada Ratna.Arjuna membahasakan dirinya kau aku.Mana pergi panggilan manja Arjuna padanya
"Jadi awak bawa saya datang sini sebab terpaksa? Macam tu?.Kenapa?"soal Ratna bertalu-talu.
Arjuna meraup wajahnya terasa sempit."Sebab aku tak ada jawapan untuk semua soalan kau.Jadi aku minta kau jangan paksa aku untuk jawab semua soalan kau"
Ratna menundukkan wajahnya ke bawah.Dia terpandang jari Arjuna.Dia memegang tangan itu.Arjuna tersentak.Ratna menitiskan air matanya.
"Baik saya akan duduk sini sehingga saya bersalin.Tapi saya akan tetap usaha untuk selamatkan perkahwinan saya ni.Saya akan tetap usaha untuk dapatkan suami saya balik.Suami yang saya cinta"ucap Ratna sambil memegang tangan Arjuna.
Arjuna sebak dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Jadi saya minta izin dekat awak untuk tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri awak sepanjang tempoh ni"ucap Ratna sambil memegang perutnya.Dia mengucup tangan Arjuna dengan sebak.
Arjuna mendengus perlahan.Arjuna meleraikan pegangan Ratna dan melangkah ke tingkat atas dengan laju.
********
Diya menyandarkan tubuhnya pada keretanya."Saya tak faham dengan awak Eiyad.Kenapa awak masih minta Arjuna jaga Ratna? Awak tahu kan Arjuna yang buang Ratna dulu tau?"soal Diya masih tidak berpuas hati.
Eiyad memandang Diya."Saya tahu tapi tak salah kan kalau mereka berdua duduk sekali.Lagipun Arjuna masih suami Ratna.Mungkin dalam tempoh ni hubungan mereka boleh diselamatkan semula"ucap Eiyad.
"Entahlah saya harap Ratna tak ada masalah duduk dengan Arjuna.Kalau saya dapat tahu Arjuna buat apa-apa pada Ratna.Orang pertama saya salahkan adalah awak"ujar Diya.
"Doa untuk kebaikan rumah tangga diaorang"ucap Eiyad berpeluk tubuh.
********
"Arghhh!!!"
Jeritan itu telah mengejutkan Arjuna yang baru selesai mandi.Dengan hanya bertuala, dia melangkah keluar biliknya.
"Apa pagi-pagi menjerit ni?"pekik Arjuna dari aras atas.Dia tahu jeritan itu milik Ratna.
Diam.Tiada respon diberikan.Hatinya terdetik rasa cemas.Mesti Ratna nak menarik perhatiannya.Langkah disusun menuruni tangga.
"Apa hal ni?"tanya Arjuna mencekak pinggang.
Kelihatan Ratna duduk diatas meja makan.Arjuna menapak menghampiri meja makan.Seketika dahinya berkerut.
Dia memandang bawa meja dan mengeluh kecil.Rupanya ada Rocco kucing peliharaannya dibawah meja.Dia terlupa yang Ratna takut dengan kucing.Semalam semasa balik rumah dia terlupa meletakkan Rocco dalam sangkar.
Dia mencapai Rocco dengan tangannya lincah dan menuju ke arah pintu belakang rumah.Lalu membuka sangkar kucing dan letak didalam sangkar.Dia kembali ke ruang dapur dan melihat Ratna masih tidak berganjak.
"Dah turun dari meja tu.Aku dah letak Rocco dalam sangkar"ucap Arjuna menghulurkan tangan pada Ratna spontan.
Ratna turun ke bawa sambil tu masih memandang sekeliling.Haruman rambut Ratna menusuk dalam hidungnya.Dia cuba mengawal keadaan."Tak ada dah aku dah letak dalam sangkar"ujarnya lagi menyakinkan Ratna.
Pandangan Ratna terhenti bila terlihat suaminya itu hanya mengenakan tuala dari paras pusat hingga lutut.
Arjuna baru perasan tubuhnya hanya ditutupi tuala putih."Kau nak buat sarapan ke?"tanya Arjuna bagi menutup malu dirinya.
"Aahh saya baru nak siapkan sarapan.Awak pergilah bersiap nanti awak lambat pergi kerja"tergagap-gagap Ratna menyebut.
Arjuna tidak berlengah dia terus meninggalkan Ratna di ruang dapur.Nasib tak terlucut tuala yang tersarung dipinggangnya.
Share this novel