Bab 8

Romantic Comedy Completed 29346

‘ Pernah ada, rasa cinta, antara kita kini tinggal kenangan ‘

Aku membuka mata, semua mata tertumpu kepadaku.

” Aku nyanyi kau tidur eh tomboy ” Ikmal menempelakku. Err, takkan nak cakap aku terpegun. Tak rock la kalau aku terpesona, tapi memang aku terpesona pun kan?

” Dah kau nyanyi suara sumbang. Mana aku tak tidur? ” Aku membalas katanya sambil tersenyum mengejek. Walhal hati cakap lain.

**

Nyanyian Safuan masih terngiang di telingaku. Penasaran dah aku ni! Takkan aku dah jatuh cinta dengan mamat ni pula? Tak rock la gini!

Aku mula mundar mandir di bus stop. Bas ni pun satu, bila aku nak mesti tak ada. Tepat pukul 6:40 bas tiba. Aku segera masuk dan mencari abang Haikal. Senyumanku semakin lebar. Abang Haikal melambai dari jauh. Segera aku duduk di sebelahnya.

” Abang tak penat ke hari-hari kerja? ” Soalku tiba-tiba. Abang Haikal hanya tersengih.

” Dah kerja Boy, nak buat macam mana. Boy tu tak penat ke hari-hari bergaduh dengan Safuan? ” Kena sebijik kat mukaku. Abang Haikal sudah menyebut nama adik kesayangannya.

” Euuw, bukan hari-hari ok. Lagipun apa class gaduh dengan dia. Bukan dapat duit pun ” Aku cebik.

” Tapi .. ”

” Next question please ” Aku mencelah. Abang Haikal tergelak.

” Boy dah ada pakwe? ”

” Euuw, tak main la pakwe-pakwe ni ” Tak rock! Abang Haikal tergelak lagi.

” Habis tu terus nak cari suami la ni? ”

” Boy muda lagi la, abang tu bile nak kahwin? ”

” Abang tunggu Kak Ilya kasi green light je ” Aku mengekek.

” Gatal ” Kami tertawa.

**

” Ad tolong aku! ” Aku menjerit sekuat hati. Segera Ad menuju ke arahku. Apa pula yang berlaku ni, baru suruh masak dah menjerit macam nampak hantu. Ad tergelak kecil melihatku terlompat-lompat.

” Lipas je pun ” Laju Ad mengetuk lipas tersebut dengan penyapu.

Aku masih menjerit, seakan mahu menangis. Tolong mak! Tak mahu lipas! Ad gelak besar.

” Tak sangka aku comel juga kau macam tu eh ” Ad mengusik. Aku muncung.

” Ni rahsia kita berdua je tahu! ”

” Dah sambung masak, kata nak bawak pergi rumah maksu. Boleh minta dia komen kau masak ” Aku cebik. Orang suruh dia yang komen, senget, nak juga bawak pergi rumah maksu dia. Dah la ni first try aku. Kari kepala ikan!

Aku berdebar. Macam nak tunggu keputusan tersingkir AF je. Maksu tengah rasa kari aku! Selepas merasa maksu tersenyum.

” Good. Boleh tahan juga Boy masak eh. Dah boleh kahwin ni ” Aku tayang gigi.

” Betul ke mak rasa tu, meh Safuan nak rasa pula ” Aku menoleh. Entah dari mana datangnya mamat senget ni. Menyibuk je. Laju aku merampas sudu di tangan maksu.

” Jangan harap aku nak bagi kau rasa ” Laju aku membawa kari kepala ikan hasil buatan ku ke dapur. Safuan mendengus. Dia mengikut aku hingga ke dapur.

” Tepilah, menyibuk! ” Kami bertelingkah di dapur. Suasana yang sunyi itu menjadi riuh rendah kerana kami. Ad dan maksu hanya memandang sambil tersenyum penuh makna.

**

” Maksu nak masuk meminang Boy boleh? ” Aku membeliakkan mataku. Meminang? Tak pernah terfikir langsung aku akan hal tu dan kenapa tiba-tiba?

” Err ” Tapi untuk siapa? Takkan Abang Haikal? Safuan? Rasa nak pengsan.

” Kalau Boy setuju, maksu hantar rombongan sabtu ni ”

Ya Allah, apasal aku yang kena hadapi semua ni? Ku pandang Ad. Ad hanya tersengih. Bukan nak tolong aku.

” Kenapa cepat sangat, maksud Boy, Boy ni serba kekurangan. Macam maksu tengok la, macam ni la Boy ” Aku merendah diri. Siapalah aku. Ibubapa pun tak ada. Sebak pula tiba-tiba.

” Maksu yakin Boy calon yang paling sesuai untuk Safuan”

” Sa-Sa.. Fuan? ” Maksu hanya tersenyum. Dengan Safuan? Musuh nombor satu. Meranalah hidup aku kalau terpaksa kahwin dengan mamat senget tu.

” Tapi, maksu kan tahu Boy dengan dia bukan ngam. Macam anjing dengan kucing ” Ad tergelak kecil. Aku jeling geram.

” Maksu rasa kau orang sangat sesuai. Lagipun Safuan dah setuju ”

Tergamam aku mendengarnya.Safuan setuju? Lama aku berfikir. Asal mamat senget ni boleh setuju? Bukan dia dah ada awek ke?

” Diam tanda setuju. Alhamdulillah ” Apa lagi boleh aku katakan? Maksu sudah membuat spekulasinya sendiri. Aku hanya memandang Ad meminta simpati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience