Chapter 10

Fantasy Completed 2854

"Korang bangun-bangun!" jerit Nike. Terpisat-pisat aku dan Kai bangun. "Kapal kita dah kehabisan minyak. Cepat-cepat pakai baju payung terjun tu." aku terdiam apabila aku nampak baju payung terjun itu ada tiga beg sahaja. Aku memandang kai. "Korang pakai berdua sekali. Aku dan Nike seorang satu."

Segera Kai menyarung baju tersebut dan menarik aku berdiri di hadapannya. "Kita kena mendarat di tempat yang sama! Jangan sesekali berpecah. Kemungkinan besar kita akan mendarat ke negara asing bagi kita." jerit Mezz memberitahu kami sebelum terjun dari kapal terbang tersebut. Aku memeluk tubuh Kai dengan kuat sekali, aku tamu sama sekali berpisah dengan dia. Dimana dia mendarat disitu juga aku mendarat.

"Sayang pegang kuat-kuat. Jangan lepas daripada abang." aku mengangguk laju. Aku memejam mataku dan... Kai terus lompat dari kapal terbang dan aku seolah-olah terbang di alam kayangan. Tekanan angin sangat kuat membuat aku seperti mahu pitam. Kai mengeratkan lagi pelukkan pada tubuhku.

Aku tidak lagi lihat Mezz dan Nike lagi. Dimanakah mereka? Takkan kami terpisah. Tidak mungkin sebab kami dah berjanji tak nak berpisah. Semakin lama semakin dekat untuk aku dan kai menjejak kaki ke tanah.

Tak lama kemudian, aku dan Kai mendarat dengan selamat. Kakiku menggeletar teruk sehingga ke kepala lutut. Kai masih lagi memegang aku supaya aku tidak jatuh. Aku memegang lengannya erat. "Mana Nike dan Mezz?" Kai mencari-cari kelibat mereka. Oh ya! kami mendarat-darat betul-betul tepi jalan raya, seberang jalan raya tu semak-samun.

"Kita ada dekat mana ni? mana mereka? tak mungkin kita berpisah?" aku memerhati sekeliling. Tiada lagi kelihatan payung terjun milik mereka. Aku dan Kai berada di negara mana? kelihatan seperti di negara Asia. Macam lah. Tapi sunyi je kenapa ya? Tak nampak siapa-siapa pun yang merayau sekitar sini.

"Sayang, dekat dengan abang selalu. Kita tak tahu negara mana ni. Abang tak nak berpisah dengan sayang." aku mengangguk lalu menyambut huluran tangannya. kepala aku tak berhenti-henti menoleh kiri dan kanan atas dan bawah melihat suasana sekeliling ni.

"Sayang, beg apa tu?" Tunjuk Kai. "Ni macam beg kepunyaan askar. Tak tahulah. Tak pasti." kata aku. Kai membelek-belek beg tersebut. "Jangan bergerak!" jerit seseorang ke arah aku dan Kai kemudian kami dikelilingi dengan orang-orang yang memakai topeng mulut serta sweater hoodies. Mereka menolak tubuh Kai sehingga bibir Kai mencium tanah. Aku terus berlari ke arah Kai dan memeluknya. Kai memelukku erat kemudian mereka mengikat kami dan menarik kami masuk ke dalam sebuah van dan salah seorang daripada mereka menyuntik kami sehingga aku dan Kai tidak sedarkan diri. Semuanya hanyut dengan kegelapan. Aku sudah tidak tahu diriku berada di mana. Tangan aku dan Kai masih lagi erat berpegangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience