7

Short Story Completed 49743

28 HARI telah berlalu. Segala cara yang Syakira cuba lakukan berakhir dengan kegagalan. Dia sendiri buntu, tak pernah seumur hidupnya tak ada jantan yang akan menolak godaanya termasuklah ustaz!

Tetapi berbeza pula dengan suami barunya ini. Ya, siapa lagi kalau bukan Naufal Adrian. Nampaknya Naufal Adrian ini bukan seorang jantan! TETAPI seorang lelaki yang budiman. Sekian lama Syakira ingin memiliki lelaki seperti ini akhirnya dia dapat! Namun, tiada sedikit pun perasaan sayang yang dicurahkan oleh Naufal Adrian kepadanya.

Syakira duduk di birai katil seorang diri sambil termenung jauh. Jiwanya kosong. Yang dia mahukan hanyalah perhatian daripada seorang suami. Namun, jangan haraplah dia nak mendapatkannya dengan tingkah laku Naufal Adrian kalau terus begini. Dia setuju dengan kontrak tersebut bukan sebab apa, sebab pandangan pertama sahaja dia sudah jatuh cinta dengan Naufal Adrian dan dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan Naufal Adrian menjadi miliknya. Namun apakan daya. Dia tak mampu melawan kehendak takdir.

Tiba-tiba sahaja Naufal Adrian masuk ke dalam bilik tidur itu. Syakira tersentak lalu dia pantas menyeka air matanya.

Syakira tersenyum ke arah Naufal Adrian seolah-olah tiada apa yang terjadi.

"Er, hai! Yes, can I help you?" Tanya Syakira sambil tersenyum lebar seperti robot.

"Awak nak teman saya keluar beli barang dapur tak?" Tanya Naufal Adrian dengan senyuman.

"Of course!" Sahut Syakira dengan gembira.

"Okay, cepat bersiap. Saya tunggu dekat depan." Kata Naufal Adrian lantas dia berlalu pergi dari situ.

"Haih.." Syakira mengela nafas panjang. Tanpa membuang masa lagi dia bingkas bangkit dari birai katil dan mula untuk bersiap.

-

Lima belas minit berlalu.

Naufal Adrian setia menunggu tanpa merungut sedikit pun. Matanya tepat terarah ke arah kaca TV sambil menongkatkan dagunya.

"Sayang. Saya dah siap jomlah." Syakira bersuara sambil berjalan ke arah suaminya perlahan.

Naufal Adrian merenung ke arah Syakira setelah mendengar suaranya. Naufal Adrian tergamam sebentar melihat insan di hadapanny ini. Seolah-olah orang lain.

"Kenapa awak tengok saya macam tu." Tanya Syakira dengan dahi berkerut seraya cuba untuk memakai jam tangannya.

"Tak, awak cantik sangat bila saya tengok awak tutup aurat sempurna macam ni." Naufal Adrian berkata lantas tersenyum sendiri.

Syakira tersentak. Tangannya juga terhenti daripada cuba untuk memakai jam tangannya.

"Seriously?" Tanya Syakira dengan mulut separuh terbuka.

Naufal Adrian mengangguk.

"Yup. Manis."

Syakira tertunduk malu.

"Th-thanks!" Itu sahaja yang mampu di balas oleh Syakira ketika ini sambil kembali memasang jam tangannya masih tak boleh-boleh.

"Meh sini saya pasangkan." Sahut Naufal Adrian setelah rasa kasihan terhadap isterinya susah benar nak pasang jam tangan itu.

"Okay done!" Kata Naufal Adrian seraya menepuk tangannya.

"Th-thanks again." Syakira masih tergamam dengan tindakkan suaminya yang semacam pada malam ini. Kenapa hari ini dia baik sangat? Yalah, Naufal Adrian hari-hari dia baik tak pernah marah tapi hari ini dia terlebih baik. Mungkin dia suka tengok Syakira memakai pakaian menutup aurat?

"Dah jomlah. Dah pukul sembilan malam ni." Kata Naufal Adrian seraya sudah mengambil kunci kereta yang di letakkan di atas meja.

"Okay! Let's go!" Kata Syakira cuba untuk menceriakan lagi keadaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience