BAB 43

Drama Completed 44039

Nabilla melihat di luar tingkap sambil dia menggosok-gosok perutnya yang sudah lima bulan mengandungkan anak pertamanya.Tidak dia sangka bahawa inilah perasaannya mempunyai anak.

Dia menulis sesuatu di bukunya.Setiap hari sehelai.Itulah rutinnya selepas dia mengetahui bahawa dia bakal menjadi seorang ibu.Entah mengapa dia suka menulis sekarang.Mengidam kot..

Tiba-tiba,ketukan di pintu membuatkannya terkejut.Dia pun pergi ke arah pintu tersebut.Gerangan yang pernah dia jumpa.Apakah hajat dia kemari?

"Assalammualaikum tuan,"tegur salah seorang rakan setugasnya.

"Ya,waalaikummussalam.Semua dah ada?"

"Belum lagi.Sarah kata dia tak dapat datang sebab kepala dia sakit,"

"Dia tak bagitahu saya pun,"rakan sekerjanya terdiam setelah melihat reaksi Iskandar yang agak garang itu.

"Lagi satu,macam mana dia boleh cuti tanpa minta keizinan saya?Dia ingat dia sapa?Kerja ni bapak dia punya ke?Ada surat mc?"masing-masing mendiamkan diri.Kehilangan Sarah membuatkan mereka tertanya-tanya juga.

"SAYA TANYA NI!"

"Takdek tuan..Tak...Dia bagitahu je..."Iskandar mengetap giginya."Cari lokasi dia sekarang,"

"Tapi tuan..."

"SEKARANG!"mereka pun bergegas mencari lokasi telefon bimbit Sarah.Membulat matanya apabila lokasi telefon Sarah berada dekat dengan lokasi rumahnya.

"Nabilla!"dia pun lekas berlari keluar daripada pejabatnya dan bergegas menuju ke rumahnya.

"Kenapa lokasi Sarah ada dekat rumah Tuan?"tanya pekerja yang lain.Mereka hanya mengangkat bahu.

(beberapa minit kemudian)

"BABY!"jerit Iskandar sambil membuka pintu rumahnya.Dapat dia menangkap kelibat Nabilla yang sedang ketawa bersama Sarah di ruang tamu.

"Eh sayang?Awalnya balik?"Iskandar mengetap bibirnya.

"Kau buat apa kat sini Sarah?"

"Saya..."

"Kita ada meeting kan?Kau buat apa kat sini?"

"Ermmm...Saya..."

"CEPATLAH!"

"Sayang?"

"Jangan cuba nak halang sayang.Perempuan ni sama je macam perempuan yang lain!Kau keluar sekarang!Keluar!!"

"Sayang,sabar..Bawak bertenang,"kata Nabilla,cuba menenangkan suaminya.Sarah yang baru hendak keluar itu ditahan oleh Nabilla.

"Dia datang sebab dia nak minta maaf.Dia nak minta maaf atas segala apa yang dia dah buat.Dia ada kanser.Kanser yang tak mungkin ada siapa boleh ubatkan.Itu jee.Takdek apa-apa dah sayang,"Iskandar memandang wajah Nabilla yang tenang kelihatan.

"Saya minta maaf tuan.Saya tak sepatutnya buat macam ni.Sekarang Allah dah balas.Saya minta maaf sangat-sangat tuan,"kata Sarah.

"Keluar,"kata Iskandar dan Sarah pun mengambil keputusan untuk keluar.Nabilla melihat Iskandar yang sedang cuba menahan air matanya itu.

"Sayang?"Iskandar pun cepat memeluk erat isterinya.Tanpa dia sedar,dia menitiskan air matanya.Air mata kelelakiannya.

"Takutnya sayang kalau ada jadi apa-apa kat baby.Baby janganlah bagi sayang risau.Lain kali kalau ada orang datang ke apa ke,telefon sayang dulu,"katanya menggunakan nada manja.Nabilla meneguk air liurnya sambil menggosok-gosok belakang suaminya yang sedang menangis.

"Sayang,"esakan Iskandar masih jelas kedengaran.

"Rasa bersalah sayang yang tu pun tak habis lagi.Jangan tambahkan lagi baby,"sambungnya lagi.Nabilla hanya mampu menenangkan suaminya dengan mengusap belakang badannya.

"Baby minta maaf ye sayang.Lain kali,baby telefon sayang dulu okay??"Iskandar mengangguk-angguk.Nabilla tersenyum sambi menggosok kepala suaminya seperti anak kecil.Comel!

(beberapa jam kemudian)

Nabilla menyediakan sedulang air untuk tetamunya.Tidak dia sangka keluarganya akan singgah ke rumah mereka.

"Tak sangka dapat tengok kak bell perut besar.Selalu nampak macam dah takdek perut,"kata Bariah dan mereka ketawa.

"Amboi,mengata orang ada je,"kata Nabilla dengan ketawa yang masih berbaki.

"Tak sabar nak tengok anak hangpa.Mesti comel-comel belaka,"

"Of course la umie.Dengan adanya gen kecantikan daripada kak bell dan gen kepandaian daripada paksu,memanglah bakal melahirkan para saintis yang bijaksana lagi comel,macam kak bell,"kata Iskandar,tersenyum memandang isterinya.Nabilla mengecilkan matanya.

"Amboi,puji bukan main lagi,"kata Fina pula dan mereka ketawa.Iskandar menunduk malu.

"Tak sangka perangai abang selembut ni,"usik Irwan dengan keropok di mulut.Iskandar membaling kusyen ke arah adiknya itu.

"Hang diamlah,"

"Betul.Dulu bukan main garang lagi,sekarang kalah budak kecik,"

"Biasalah Wan.Orang mabuk bercinta memang macam tu.Senyum macam kerang busuk,"kata Bariah.Nabilla ketawa mendengar perbualan keluarganya itu.Sungguh mencuit hati.Tanpa dia sedar,Iskandar memujinya dalam diam.

'Jika kau tahu aku bernafas dengan namamu,
Mesti engkau menganggap aku menipu,
Entah bagaimana ingin ku beritahu,
Duniaku gelap tiadanya lampu,
Jika tiadanya kamu dan suaramu,
Langit yang cerah menjadi malap,
Lautan yang cetek menjadi dalam,
Walaupun kaki mendarat di tanah,
Namun fikiran melayang ke luar alam,
Memikirkan dunia jika tiadanya kamu,
Menjadi kelam dan segalanya abu,'

(beberapa jam kemudian)

"Aku sayang dia Wan,"kata Iskandar secara tiba-tiba.Dia tahu bahawa Irwan masih tidak tidur.

"Herm.."

"Aku takut kalau aku ni terlampau sayangkan dia.Sampai melampau-lampau,"

"Aik?Haiwat?"

"Iyela..Melebih-lebih.Lebih-lebih sapa nak layan?"

"Apalah abang ni.Bagi Wan,kak bell tu adalah pilihan yang memang dikatakan,mantap!Baik pun baik,cantik pun cantik.Campur dengan abang,pergh.Bagai pinang dibelah dua,"

"Heheh,aku tahu,"

"Mungkin ujian daripada Allah,bak kata orang,hujan sebelum pelangi,guruh sebelum mentari,"

"Cee..Istilah sendiri ah tu?"

"Of course.Kak bell ajar,"

"Kak bell ajar?"

"Halaa.Abang nak tahu,abang memang kena tahu kot.Setiap malam,bukan setiap malam.Kalau kak bell cuti lah kan,kak bell selalulah call kitorang time abang takdak.Dia suka cerita macam mana abang layan dia,cium-cium dahi dia,masakkan untuk dia.Dia suka sangat.Lepastu dia cerita lagi,minyak wangi abang selalu melekat kat hidung dia sampai pergi mana-mana pun mesti bau minyak wangi tu ja.Dia simpan lagi tau baju yang abang pernah bagi kat dia tu.Baju jersey harimau bintang warna kuning,tak basuh lagi tu.Sebab pa,takut kalau bau wangi tu hilang sebab bau tu wujud waktu paksu kecil ja.Lepastu kak bell.."

"Sat sat.Pasaipa...Pasaipa dia cita kat hang?"

"Dah hang selalu kerja.Mana dia nak cerita.Selalu tengok waktu pagi pukul 4,hang bangun,mandi,dia masak sarapan kadang-kadang,ataupun hang masak sarapan dia bangun pukul 5.Lepastu,sembang-sembang,makan-makan berapa minit ja.Pastu masuk subuh.Pastu lepas subuh hang terus gi kerja.Pukul 7 dia pi tanam sayur,pukul 8 tengok kartun,pastu sampai pukul 9 dah nak dekat kul 10 baru hang balik.Hang penat.Hang makan,sembang-sembang sikit baru hang tido dengan dia,"

"Mana hang tahu?"

"Kak bell ceritalah abang,"Iskandar memandang isterinya yang sedang lena dibuai mimpi.'Apa yang aku dah buat ni?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience