BAB 9

Romance Completed 41303

Pintu wad ditolak perlahan . Lea kelihatannya masih lena akibat ubat bius . Fakhri perlahan-lahan masuk agar tidak mengganggu isterinya . Lea telah bersalin secara pembedahan akibat mengalami sedikit komplikasi .

Fakhri menghampiri anak lelakinya yang berada di katil bayi bersebelahan katil isterinya . Wajah anaknya ditenung lama sebelum anaknya dikendong . Setelah itu , anaknya diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kiri .

Setelah itu , anaknya diletakkan semula . Kini , dia bergerak pula ke katil bayi bersebelahan katil anak lelakinya . Anak perempuannya dihampiri . Alhamdulillah , Lea berjaya ,melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan . Perkara yang sama juga dilakukan kepada anak perempuannya .

Fakhri menghampiri isterinya yang sedang lena . Fakhri melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan isterinya . Tangan isterinya dipegang . Tangan itu dikucup lama seolah-olah melepaskan rindu yang bersarang di hati . Wajah pucat isterinya direnung lama .

“Lea , terima kasih sebab dah lahirkan anak-anak abang . Maafkan abang sebab menyakiti hati Lea dulu . Abang memang bodoh kerana tidak tahu menghargai isteri sebaik Lea . Abang janji dengan Lea , abang akan lepaskan Lea nanti . Abang nak Lea bahagia , bukan terseksa hidup dengan abang”,ucap Fakhri .

Setitis demi setitis air matanya gugur . Fakhri ingin berdiri sebelum tiba-tiba tangan Lea menggenggam tangannya .

“Abang…”,ucap Lea lemah . Perlahan-lahan matanya dibuka . Suara suaminya bagaikan terngiang-ngiang di telinganya . Lea memandang suaminya dengan pandangan lemah . Lea mencuba untuk duduk , namun pantas dihalang oleh Fakhri .

“Lea , Lea baru lepas operation . Lea rehat dulu ye sayang . Abang dah nak pergi ni . Kalau jodoh kita masih panjang , insyaallah abang akan kembali semula ke pangkuan Lea”,ucap Fakhri lembut . Dahi Lea dikucup untuk kesekian kalinya . Air mata Lea menitis . Ya Allah , terima kasih kerana kau telah membuka pintu hati suamiku untuk menerimaku .

Perlahan-lahan Fakhri menarik tangannya dari genggaman Lea . Berat hatinya untuk meninggalkan Lea . Esakan Lea semakin kuat kedengaran sebaik Fakhri melangkah keluar . Abang , jangan tinggalkan Lea , jerit Lea di dalam hati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience