~BULETIN BERITA MENARIK LAIN~

Thriller Series 558

~BULETIN BERITA MENARIK LAIN~

"DUA TAHUN BERLALU SEMENJAK

WARTAWAN HARUN
NASHARUDIN HILANG DI TELAN

KABUS MISTERI"

~~Harun pun menghampiri kabin tong sampah hijau itu sebelum terkejut besar bila mendapati bertimbun-timbun cetakkan akhbar tabloid BONGKAR bersama beberapa akhbar dari media arus perdana lain telah di buang begitu sahaja,seolah-olah bahan cetak itu menjadi mangsa akibat kebankrapan yang di alami syarikat.

"Tak mungkin tabloid BONGKAR dah bankrup?!"

Harun tidak puas hati. Dia pun mengutip timbunan akhbar tersebut dan membaca isu-isu utama yang terpapar padanya.

''MISTERI KEHILANGAN WARTAWAN HARUN NASHARUDDIN"

''DUA TAHUN SEJAK HARUN NASHARUDDIN HILANG DI TELAN KABUS MISTERI''

''WARGA REDAKSI TABLOID BONGKAR MASIH BERSEDIH DI ATAS KEHILANGAN HARUN"

"JUALAN TABLOID BONGKAR JATUH MERUDUM"

''YANA MAYA LETAK JAWATAN"

''PENGARAH URUSAN PENERBITAN AKHBAR TABLOID BONGKAR, GHANI RASYID SAHKAN SYARIKAT TERPAKSA GULUNG TIKAR"

Harun tersentak!

"Tidak! tidak! ini semua tidak benar!"

Enggan mempercayai akan semua yang terpapar itu membuat Harun tekad untuk bertemu dengan rakan-rakan sejawatnya yang lain dalam syarikat tabloid BONGKAR~~


_________________________

"BENARKAH ADA RAKSASA
TINGGAL DALAM SALURAN
PEMBENTUNGAN PAIP BAWAH

TANAH?"

~~Berliku-liku lorong dan saluran pembentung di lalui sebelum akhirnya wartawan Yeob Maon dan Apai tiba di ceruk terdalam.

"Uhuhu gelap sikit kat sini ya..sekian"

Lampu suluh di nyala.

"Kami para gelandangan pun tak berapa berani sangat nak masuk ke ceruk-ceruk belah dalam ni bang. Dah tambah pulak sejak raksasa tu mulai nak menonjolkan diri akhir-akhir ni kan..lagilah kami tak berani"kata Apai.

Tiba-tiba dari kejauhan kedengaran bunyi seperti air lecak di redah. Siap ada suara garau dan besar.

"Hoarghhhhh"

"Psst..itulah dia raksasa tu bang. Mesti dia ada dekat-dekat sini jugak"bisik Apai.

"Uhuhuhu gila..gila..garau dan besor suara dia..uhuhu bior aku on video dulu..sekian"

Video kamera digital pun di buka. Wartawan Yeob Maon bersedia untuk merakam kelibat entiti yang di dakwa sebagai raksasa pembentung tu~~

___________________________

"ADA APA DENGAN STOR GUDANG HANGAR NO. 9?"

Tiba-tiba suatu panggilan menujah masuk ke telefon bimbit Asywina. Nombor si pemanggil tertera nama informer yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkaitan lori kontena misteri itu kepada Asywina sebelum ini.

Panggilan pun di jawab.

"Hello..aaa i pun memang dah kat gudang kapal lah ni"balas Asywina.

"Sori cik Wina..saya lupa nak cakap you tentang sesuatu waktu kita jumpa semalam"

"Okey..apa dia tu?"

"Tolong jangan hampiri stor gudang hangar no. 9"

"What? kenapa pulak?"

"Pekerja pelabuhan sendiri pun tak berani sangat pergi ke hangar 9 tu. Tempat tu agak 'keras' sikit"

"Are you kidding me? I tell you..i dah berjaya pun kejar lori kontena hitam misteri tu sampai sini..and guest what?"

"Apa?"

"I memang sedang berada kat hangar 9 pun ni"

"Oh tidak..cik Wina lebih baik you beredar dari situ sekarang. Saya dan pihak pengurusan pelabuhan tak boleh jamin keselamatan you dekat hangar 9 tu"

"No thanks..i okey je kot"

"Oh kalau macam tu baiklah. Kalau apa-apa better you call the police cik Wina. Tapi sebaik-baiknya you bawa seseorang untuk menemani you"

"Yeah orait. Don't worry about me"


______________________

"ZOMBI KILANG GANDUM?"

Selain Haziq ada juga dua tiga orang pelanggan lain. Televisyen warung juga bersiaran dengan rancangan gusti.

Boleh tahan juga sedapnya nasi goreng ayam pakcik songkok itu. Di tambah pula dengan suasana hujan yang lebat, sejuk serta perut yang lapar,memang terasa nikmatnya.

Namun tiba-tiba ada seorang pelanggan bangun dan berteriak.

"Dah pukul sepuluh malam! Kalau kau orang masih nak melepak lagi..silakan..aku nak balik"katanya.

Para pelanggan lain pun bergegas bangun. Pak cik tua bersongkok juga tidak ketinggalan tergesa-gesa mengemas warung.

"Cepat sikit Encik..saya nak tutup kedai ni. Dah pukul sepuluh. Lambat-lambat nanti zombi tu muncul pulak"

"Zombi? Zombi apa pulak ni pakcik?"soal Haziq.

Pakcik tu pun toleh kiri kanan sebelum beritahu sesuatu kepada Haziq.

''Zombi kilang gandum!"

"Zombi kilang gandum?!"soal Haziq sebelum makanan tersembur keluar dari mulut lalu wartawan itu pun terkekek-kekek ketawa.


__________________

"BEBERAPA ORANG DI DAKWA

HILANG SEJURUS
MENONTON PITA VHS MISTERI"

~~"Orang hilang lepas tonton pita VHS ni?"soal Harun sambil belek pita terbabit.

"Yup! i pass kat you sebab kes Hunted Hills pun masih tengah memeningkan kepala i. According to Kak Husna..informer yang hantar pita ni lebih mengutamakan cabaran VHS ni ke atas kita berdua"

Harun tertawa.

"Hahaha..kelakar jugak ada informer macam ni. Kes misteri apa je yang akan buat aku dengan engkau berasa seram sejuk dan takut nak siasat. Dia salah cabar orang ni Yana. Haziq,Yeob,Asywina mahupun wartawan kita yang lain-lain pun boleh handle kes ni"

"Tau tak apa. So macam mana Run? You nak handle ke? Cabaran di utamakan ke atas kita"

"Hm..okey..aku pun tak sabar nak rasa di 'hilangkan' lepas tonton pita VHS ni"

"Ahahaha"Yana ketawa terkekek-kekek.~~


___________________

"SIAPA YANG KIRIM KOTAK
MISTERI KE PEJABAT SYARIKAT

TABLOID BONGKAR?"

~~"Kotak misteri? Dari siapa Ghani?"tanya Harun.

"Tak di ketahui siapa pengirimnya. Malah kepada siapa kotak ini nak di kirimkan pun tak di ketahui juga"balas Ghani si pengarah urusan syairikat penerbitan BONGKAR.

Kotak itu pun di belek oleh Harun dan Yana. Ia masih belum di buka dan masih bersalopin tape. Tiada alamat atau nota apa-apa tertera pada badan kotak.

"Uhuhu naya..naya..iya jangan ada pulak orang nak hantor bom kat opis BONGKAR sudah..uhuhu tak pasal-pasal berkecai perut besor aku ni..sekian"wartawan Yeob Maon buncit memang celupar mulutnya.

"Hish..tak adalah sampai nak kirim bom Yeob..naya beno le kalo cenggitu"sampuk Encik Rauf Johari si Jurueditor penerbitan syarikat.~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience