BAB 3

Family Completed 341

Jam di tangan sudah pukul 10 pgi tetapi cuaca masih gelap. Terdetik juga di hati Fasiha yang mereka sedang berada di alam lain di mana waktunya sama sekali tidak akan pernah sama dengan waktu di alam nyata.

Nad tiada di sisi....

Fasiha berlari sekuat hati menuruni anak tangga. Matanya menangkap kelibat Nad yang sedang memegang ayam goreng di atas meja. Senyuman Nad menunjukkan betapa dia mahukan ayam tersebut melalui kerongkong dan memenuhi tuntutan selera tekaknya yang sememangnya gemarkan ayam goreng.

“Nad!” Fasiha terus menepis ayam itu sehingga terjatuh ke bawah.

“Kamu buat pada aku?” soal Nad.

Wajahnya serius. Kamu? Tidak pernah Nad membahasakan perkataan begitu dalam percakapan mereka selama ini.

“Jangan makan ayam ni, nanti jadi apa – apa” Fasiha menggoncang tubuh Nad sekuat hati. Dia mulai rasa tidak sedap hati.

“Jadi apa pula?” soal Gigi dari belakang. Jantung Fasiha berdegup kencang. Senyuman Gigi sememangnya manis tetapi sedikit menakutkan.

“Entahlah bonda, katanya akan jadi apa – apa” adu nad dan terus memeluk Gigi . Terkejut besar Fasiha saat itu. nafasnya turun naik. Lebih – lebih lagi saat melihat Gigi membelai lembut rambut Nad. Fasiha mmejam matanya. Dia terus memandang tingkap dapur. Perempuan itu!. Fasiha menggigil. Perempuan di dalam mimpi malam tadi memandang sayu ke arahnya. Dia menggeleng beberapa kali seolah – olah menyatakan sesuatu mengenai Nad.

Dum!

Tingkap dapur tertutup sendiri. Terkejutnya Fasiha bukan kepalang. Dia terus berlari naik ke atas dan terus mengunci pintu dari dalam. keseorangan..... itu yang dirasakannya kini. Semalam dia masih punya Nad untuk menghadapi ketakutan tetapi kali ini dia bersendirian. Apa terjadi pada Nad?.

Kenapa cuaca masih begini?. Sudah dua hari dia sni tetapi belum lagi kulitnya dipanah hangat mentari. Semuanya suram dan mendung. Fasiha mahu solat!. Aku ada Allah!!!! Teguh hati Fasiha . Dikuatkan semangatnya dan terus masuk ke dalam bilik air. Kepala paip dipulas.......tiada setitis air pun!

“Kamu nak buat apa?. Bukannya ada air di sini. Minum air di atas meja. Air yang bonda buat. Sangat lazat” sengih Nad. Rambutnya juga turut bersanggul dan turut disemat cucuk sanggul emas di sisinya. Semangat Fasiha bagai di rentap kasar. Dia merenung Nad.

“Kamu tahu aku mahu menyenbah tuhanku..tuhanmu..tuhan segala apa yang ada di langit dan di bumi. Hanya iblis dan syaitan laknat sahaja yang melarang niatku ini” kata Fasiha tegas. Dia mulai sedar, Nad bukan adik kembarnya lagi. Dia tidak pasti sama ada dia adalah Nad yang sebenar dan telah dirasuk atau dia jelmaan Nad sahaja.

Menyeringai Nad waktu itu. dia terus pergi. Cara jalannya juga sangat berbeza.Fasiha duduk di ruang tamu dan dia cuba membaca surah – surah yang dia tahu dan yang paling menyedihkan dia tidak mampu ingat apa – apa. Fasiha menangis. Hidayat yang datang entah dari mana duduk di sebelah Fasiha .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience