Bab 117

Romance Completed 78326

Beberapa waktu kemudian…

Tangannya mengemaskan pakaian anaknya. Maklumlah hero seorang ni sikit-sikit dah mula aktiviti lasak dia tu. Hari ni dia akan bertandang ke majlis perkahwinan adik kembarnya, Vitalika dan Doktor Ariff. Finally, kahwin jugak adik aku yang seorang ni.

“Dah siap ke?” Tanya Luqman sebaik saja dia keluar dari bilik mandi dengan baju melayu tersarung di tubuhnya.
Sekarang ni, dah tak ada lagi panggilan kau-aku dengan Gia. Yang ada hanya saya-awak. Bukannya dia tak nak sweet-sweet dengan isteri sendiri tapi rasa janggal pulak bila lidah dia panggil Gia dengan panggilan sayang. Rasa tak ngam dengan jiwanya. Hek eleh! Yeyelah tu Luqman!

“Dah…” Dari tadi lagi dia dah siap sebenarnya.

“Cantik pun,” puji Luqman bila melihat isterinya yang sudah siap dengan baju kurungnya dengan lilitan tudung bawal di kepalanya. “Kalau boleh, labuhkan sampai ke dada ye?” Tegurnya lembut.

Bukan tak labuh tudung isterinya tapi betul-betul paras dada. Dia tak suka. Kalau boleh, biarlah bawah dari dada. Ikut syariat yang sudah dititipkan dari dahulu lagi.

“Tak apa, saya buat balik…” Bukannya susah pun nak belit bawal ni.

Baru saja jarinya lari hendak membuka jarum yang terselit di antara tudung dan baju, tangannya digenggam kemas oleh Luqman.

“Tak apa…tak payahlah buat balik. Nanti lambat pulak. Lagi berapa minit je lagi majlis Vi dengan Doktor Ariff nak mula.”

“Sure ni?”

“Ya…hari ni saja. Lain kali pakai labuh lagi ok?”

“Ok suamiku sayang…” Sempat jarinya mencuit pipi Luqman sebelum menuju ke arah Hariq lalu tubuh kecil anaknya didukung. Mereka berdua keluar dari rumah dan bersiap untuk menuju ke majlis perkahwinan Vitalika dan Ariff.

MERIAH suasana majlis kahwin dengan kehadiran sanak-saudara dari pihak pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Majlis diadakan secara serentak memandangkan keluarga pihak pengantin perempuan pun tak ramai mana dan ada jugak yang tak boleh datang. Dari membazir duit kena buat dua majlis, ada baiknya digabungkan ke dalam satu majlis saja. Penat pun tak sangat.

Selepas makan beradab, Vitalika dan Ariff kembali ke atas pelamin untuk sesi bergambar dengan ahli keluarga pihak pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Dalam hati Gia memuji kecantikan adik kembarnya yang mengenakan gaun pengantin berwarna ungu. Sedondon dengan Ariff.

“Hai…termenung apa tu?” Tangan kanan Luqman memeluk bahu isterinya manakala sebelah tangan lagi mendukung Hariq.

“Tak ada apalah. Saya tak sangka yang Vi dah kahwin pun sekarang ni. Rasa macam…kejap sangat.”

“Kenapa? Awak tak happy ke tengok Vi kahwin?”

“Tak adalah macam tu. Cuma lepasni dah tak boleh nak rapat-rapat macam dulu lagi dah.”

“Apa-apa pun status awak dengan Vi takkan pernah berubah. Adik-beradik ibarat air yang dicincang takkan pernah putus. Apa susahnya? Kalau awak tak boleh nak rapat dengan Vi macam dulu, awak boleh je rapat dengan saya. Saya on dua puluh empat jam. Hahaha!!!” Luqman ketawa besar.

“Gatal!”

“Dengan isteri sendiri…”

“Gia? Luq?” Jericho menyapa mereka dari belakang.

“Jer! Lisa! Long time no see you both! How you both doing hurmm?” Tanya Gia dengan senyumannya.

“Macam biasalah. Aku ajak kahwin, orang sebelah aku ni suruh tunggu lagi.”

Lisa menyiku kecil perut Jericho.

“Alah…Lisa nak kumpul duit dululah tu. Kau ni tak menyabar betul…” Gia ketawa manakala Luqman di sebelah hanya krik-krik…tak faham apa yang tiga orang di depannya ni bualkan.

Boleh tak kalau nak berbual depan aku lain kali bual dalam bahasa melayu tak pun bahasa inggeris? Ini tak…aku dah macam lalat minum ketum tak tahu apa yang diorang tengah cakap. Pening je…

“Kak Gia…Lisa…jomlah bergambar sekali. Jer dengan Luq! Jom sekali! Maya, Kristine dengan family abang Eric dah tunggu dekat pelamin tu.”

Tak berlengah, mereka menuju ke pelamin dan berdiri di situ. Gia, Luqman, Kristine dan Lisa berdiri di bahagian Vitalika manakala keluarga abang Eric, Maya dan Jericho pulak berdiri di bahagian Ariff. Beberapa keping gambar mereka diambil oleh jurufoto.

“Congrats Vi sebab dah jadi isteri orang. Ingat…jangan buat perangai pelik-pelik macam dulu lagi.”

Vitalika mencebirkan bibirnya. “Ye akakku sayang! Tahulah!”

“Doktor…kalau Vi ni buat perangai pelik-pelik, tak payah tanya kenapa dia pelik. Terus ketuk je kepala dia ni!”

“Akak!!!” Apa ni komplot nak kenakan aku pulak? “Akak jangan lupa eh? Akak pun ada perangai pelik!”

“Apa? Apa?”

“Entah…tak ingat.” Tengok kakak dia jegilkan mata terus terbantut niat nak menyakat. Payah jugak kalau dapat kakak yang garang ni. Nak mengusik pun tak boleh. Kalau boleh mengusik sekalipun, mesti kena balik.

“HAI…termenung apa lagi tu? Tak nak masuk bilik ke?” Ariff menyoal pada Vitalika bila melihat isterinya masih lagi duduk di kerusi ruang tamu. Langsung tak berganjak. Entah apa yang ditunggunya pun dia tak tahu.

“Errr…”

“Apa? You tunggu kak Gia nak datang duduk sini ke macam mana?”

“Eh taklah!” Kak Gia dah ada rumah sendiri dengan suami dia. Dah buat apa pulak dia nak datang duduk sini kan?

“Habis tu? Jomlah masuk bilik. Mandi apa dulu. You tak panas ke dari tengahari tadi lagi sarung baju pengantin tu?”

“Ka…kalau awak nak masuk bilik dulu, masuklah. Saya nak duduk dekat sini kejap. Kaki ni rasa lenguh nak naik tangga.”

Yalah tu…walhal alasan je. Rasa gabra nak masuk bilik suami sendiri.

Ariff menjongketkan keningnya pelik. Dah kenapa pulak dengan si Vitalika ni? Tiba-tiba je buat muka pelik gabra macam tu?

“Kenapa ni? Sakit perut ke apa you ni? Kalau you sakit perut, I nak tunjukkan you toilet.”

“Errr…ha arr…sakit perut,” dia membuat muka terpaksa sengihnya.

“You masuk je toilet dalam bilik I. Senang sikit,” mahu tak mahu dia terpaksa jugak ikut langkah suaminya masuk ke dalam bilik.

Masuk saja dalam bilik suaminya, Vitalika terus masuk ke dalam tandas yang ditunjukkan suaminya. Bukan sakit perut betul-betul pun. Saja-saja buat sakit perut. Tak tahu kenapa aku tiba-tiba rasa gemuruh, gabra, takut lain macam.

Dari tadi dia tunggu Vitalika keluar dari tandas. Dah kenapa pulak isteri aku ni duduk lama sangat dalam tandas tu? Sembelit ke apa? Dia bangun menuju ke tandas lalu pintu tandas diketuk.

“Vi? Are you okay in there? Dah lama sangat you dalam tu. Kang tak pasal-pasal you lemas pulak.”

“Arrr…saya ok je doktor. Kejap-kejap, nak habis dah ni.”
Vitalika buat-buat tarik flush dan keluar dari tandas.

“You kenapa? Tengok muka I serupa tengok muka hantu. You ok ke tak ni Vi? Kalau you ada apa-apa problem, you boleh bagitahu I. You sakit ke apa? Kalau you sakit, I boleh rawat you sekarang.”

“Tak ada apa doktor. Emmm…doktor nak mandi ke? Pergilah mandi…saya mandi lepas doktor mandi.”

“Are you sure are you okay?”

“I’m very sure. Don’t worry about me. I’m fine.”

“Okay…” Ariff melangkah masuk ke dalam tandas dengan fikirannya yang masih tertanya-tanya. Apa tak kenalah dengan si Vitalika ni?

SIAP mandikan Hariq, tubuh anaknya diletakkan ke atas toto bayi. Hmmm…lepas mandi terus segar ehhh anak aku ni? Tersengih je tengok muka aku. Minyak baby disapukan pada perut dan telapak kaki anaknya sebelum losyen diratakan di badan anaknya. Wangi dah anak aku!

“Amboi…sejak mummy dah balik ni, tersenyum je ehhh anak ayah ni?”

“Mestilah. Hariq kan sayang mummy? Bukan macam ayah dia…”

“Hah! Hah! Jangan nak cakap macam tu lagi ehhh!!! Saya dah bukan macam tu lagi. Luqman yang dulu dah kena buang dekat laut. Yang sekarang ni Luqman version baru. The best husband in the world!”

“Ceh! Perasan!” Gia mencebikkan bibirnya. Satu je
perangai suami aku yang tak pernah. Suka perasan dengan diri sendiri.

“Yelah…dah isteri sendiri pun susah nak puji suami sendiri. Jadi, nak tak nak puji jelah diri sendiri.”

“Hahaha…awak ni dah kenapa Luq? Tiba-tiba je jadi orang yang suka nak kena puji bagai ni?”

“Hehehe…saja-saja. Why not kan sekali-sekala rasa kena puji?”

“Dekat tempat kerja awak tu berlambak je yang puji awak. Awak tu je suka buat pekak.”

“Ok fine…”

Luqman dah buat muka seposen. Kononnya terasalah tu sebab Gia langsung tak puji dia.

“Hah…mulalah tu nak buat muka tak laku. Yelah-yelah…suami saya ni hensem, baik dan penyayang orangnya. Kadang-kadang pandai jugak nak bersemut dengan isteri sendiri. Ok?”

“Macam tak ikhlas je tu.”

“Ya Allah…” Gia tertawa kecil jugak akhirnya bila Luqman dah buat muka budak-budak merajuk. Bila aku puji, dia kata aku tak ikhlas. Dah bila tak puji katanya aku ni tak sweet, tak sayang dia pulak. Aiiii geramnya aku dengan suami aku ni!

Bila ciuman dihinggap ke pipinya, barulah bibirnya kembali tersenyum lebar. Hak elah Luqman! Cakap jelah kau sebenarnya nak Gia cium pipi kau kan? Kan? Tapi tak
nak bagitahu! Jual mahal!

Ikut suka akulah nak jual mahal dengan isteri aku sendiri. Kau dah kenapa? Jeles?

Tak ada masa nak jeles!

“Agak dah awak ni. Kena cium terus ok. Miang ehhh???”

“Mana ada.”

“Yeyelah tu!”

“Since awak dah cium pipi saya ni, saya ada hadiah untuk awak.” Tangannya menggenggam tangan Gia.

“Huh? Hadiah apa?”

“Ada lah…jom turun.” Anaknya didukung sambil sebelah tangannya masih lagi menggenggam tangan isterinya.

Gia pula tertanya-tanya. Hadiah apa pulak suami aku nak bagi ni? Jangan dia bagi aku hadiah yang pelik-pelik
sudahlah.

Sebaik saja turun ke ruang tamu, matanya terpandangkan ke arah ruang tamu yang agak berbeza. Bukan sebab renovate ke apa tapi gambar perkahwinan mereka berdua digantungkan pada dinding rumah dan ada beberapa kotak hadiah yang dilonggokkan di atas meja kecil.

Namun, ada satu gambar yang menarik perhatiannya. Gambar ketika dia sedang duduk di tepi pantai. Gia melepaskan genggamannya tangan Luqman lalu menuju ke bingkai gambar tersebut. Macam aku kenal je tempat ni dan aku rasa aku tahu time ni time bila.

The Paradise Beach Campsite dekat Santa Fe! Ya! Betul! Betul! Gambarnya hanya bersinglet warna hitam dengan seluar jeans warna hitam jugak. Tapi…macam mana gambar ni boleh ada dan siapa yang tangkap? Bingkai kecil yang turut digantung pada dinding turut ditilik. Gambarnya berada di tapak perkhemahan yang menghadap ke laut turut ada.

“Luq…macam mana gambar-gambar ni boleh ada? Siapa yang tangkap?” Mustahil sangat kalau ada yang tangkap gambarnya waktu tu melainkan…

“Saya lah yang tangkap. Kenapa? Tak percaya?”

“Huh? Awak? Seriuslah?” Dalam keadaan bahaya time tu pun dia sempat lagi tangkap gambar aku?

“Yelah.”

“Sejak bila awak bawak kamera?”

“Kamera phone kan ada? Pakai kamera phone jelah. Lepas tu edit-edit sikit bagi cantik.”

“Errr tapi dah kenapa awak tangkap gambar saya time tu? Kita berdua time tu kan bergaduh teruk?”

“Saja. Nak buat kenangan.”

“Kenangan?”

“Ye…kenangan diselamatkan oleh seorang perempuan yang memang berani orangnya. Sampai kena tembak bagai.”

“Yelah tu. Luqman yang saya kenal time tu bukannya Luqman yang senang-senang nak berbaik dengan orang tau!”

“Tulah…maknanya awak tak cukup kenal Luqman Adha time tu.”

“Hah? Maksudnya?”

“Masa tu aku dah ada sikit perasaan dekat kau. Sikit jelah…tak banyak pun. Tak tahulah kenapa time tu tangan aku gatal jugak nak ambil gambar kau dua tiga keping macam tu. So…yahhh ini hasilnya.”

“Ohhh…suka tapi tak nak cakap!”

“Samalah macam kau!” Ops!!! Tersasul!!! Aduhhhh! Susah betullah nak kekalkan panggilan awak-saya bila dulu dah terbiasa aku-kau dengan Gia.

“Datang balik dah Luqman Adha yang dulu.”

“Hehehe…sorry…”

“No sorry. Saya fahamlah awak tak biasa guna panggilan baru ni. Ikut keselesaan awak Luq. Kalau nak pakai panggilan lama pun tak apa. Saya tak kisah.”

“Mana boleh. Saya pun nak jadi macam hero drama
melayu. Sayang, baby…anje, darling…”

“Hesy! Tak payahlah! Saya pulak yang geli dengarnya! Emmm…by the way apa yang ada dalam kotak tu?”
Jarinya menunjuk ke arah timbunan kotak hadiah. Bukan timbun sangat pun. Ada dalam dua tiga kotak macam tu.

“Pergilah buka.”

Dapat je arahan buka, terus Gia menerpa ke kotak-kotak hadiah tersebut. Nak tahu sangat apa yang ada dalam kotak tu. Satu-persatu kotak hadiah dibuka. Satu jam tangan jenama Patek Philippe dibawa keluar.

“Awak!!!” Jam tangan yang ni memang aku suka gila-gila!!! Jam tangan nilah yang aku pernah hilang masa dekat Filipina dulu. Tak tahu hilang ke mana. Warna sebijik dengan yang hilang dulu.

“Kenapa?”

“Jam tangan ni!!!”

“Yelah. Dah kenapa dengan jam tangan tu? Tak suka ke?”

“Sukalah! Suka sangat-sangat! Ya Allah!!!” Jam tangan Patek Philippe ni aku pernah beli dengan duit yang aku dah kumpul masa aku modelling dulu sebab aku memang minat sangat-sangat dengan jam ni.

“Macam mana awak tahu saya suka jam tangan ni?!” Nak nangis pulak rasanya!

Hariq mula merengek nak turun dari dukungan Luqman. Luqman merendahkan badannya lalu tubuh Hariq diletakkan di atas karpet. Tak padan dengan baru berapa bulan, buasnya mintak ampun!

“Awak ingat masa dekat Filipina dulu saya tahu cari gaduh dengan awak je ke? Saya perhatilah semuanya termasuk jam tangan awak. Saya ingat lagi masa awak dekat hospital dulu masa first time kena tembak dengan orang-orang Danial, jam tangan tu dah tak ada. Saya tahu awak cari jam tangan tu.”

“Memanglah…sayang kot. Beli dengan duit sendiri.”

“Kenapa tak cakap?”

“Tak apalah. Benda dah nak hilang…nak buat macam mana kan?”

“Kenapa tak beli baru?”

“Saja nak tukar taste pulak. Tapi, still rasa tak sama dengan jam tangan yang lama.”

“Sebab tulah saya belikan jam tangan ni untuk awak. Saya beli dekat Filipina. Melayang jugaklah duit…”

“Awak ni. Buat saya rasa serba salah tahu? Kalau awak tak ada duit ke apa, tak payah beli untuk saya. Saya faham. Saya pun ada duit sendiri.”

“Untuk isteri, saya tak kisah pun. Tak berkira langsung.”

Gia tersenyum manis. Jam tangan diletakkan ke tepi dan mencapai kotak hadiah kedua pula. Ada set barang kemas.

“Ya Allah…berapa banyak duit awak melayang ni?” Satu set terus dia beli! Mesti mahal punyalah ni.

“Tak nak bagitahu tapi saya nak awak simpan untuk kegunaan masa depan awak. Manalah tahu satu hari nanti awak terdesak nak pakai duit dan saya tak mampu nak bagi awak duit, awak boleh gadai barang kemas ni.”

“Thank you,” Gia menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi kiri Luqman.

Kotak hadiah terakhir. Kecil je kotaknya tapi dia tak kisah. Sebaik saja penutup kotak hadiah dibuka, dia memandang isi dalamnya. Sebuah polaroid dengan gambarnya yang sedang tersenyum di gigi pantai.

Sumpah aku tak sedar langsung bila masa Luqman ambil gambar aku time ni. Banyak pulak dia ambil gambar aku. Tapi apa yang aku ingat time ni Luqman duduk di atas batu besar. Tak sangka pulak dia snap gambar aku.

“Cantik gambar ni…” Puji Gia. Dia suka gambar ni. Serius. Cantik dengan background air laut yang jernih.

“Cuba tengok belakang gambar.”

Dia memusingkan gambar tersebut dan ada sebuah nota yang ditulis di belakang gambar. Bahasa ibundanya.

“Wow! Dah pandai ehhh tulis tagalog?”

“Biasa-biasa jerrr…”

“Ok.” Gia membaca satu-persatu ayat yang ditulis.

Mahal na kaibig-ibig na asawa…nais kong magkaroon ka ng isang magandang at masayang araw at inaasahan kong palagi kang isang mabuting asawa sa iyong asawa at isang mabuting ina sa aming mga anak. Panatilihin ang ngiti palagi dahil gustung-gusto kong Makita ang iyong matamis na ngiti. Mahal kita.

(Dear lovely wife…saya harap awak selalu gembira dalam kehidupan seharian awak dan saya jugak berharap yang awak akan jadi isteri yang baik untuk saya dan jadi seorang ibu yang baik kepada anak kita. Keep smile always sebab saya suka tengok senyuman manis awak. I love you.)

Ayat yang sangat ringkas tapi cukup membuatkan Gia rasa senang hati.

“Mahal din kita (I love you too),” balas Gia.

“Huh? Awak cintakan Din ke? Din mana pulak yang awak minat ni???”

“Ya Allah Luq! Din tu bukan nama orang tapi mahal din kita tu maksudnya I love you too. Kalau lepas ni saya cakap macam tu, jangan ingat saya cintakan Din nama orang pulak.”

“Ohhh…manalah tahu!” Luqman! Kenapa kau tak google dulu!

“Je t’aime aussi (I love you too), chan rak khun muen gan na (I love you too).”

“Ha dia mula dah sesi pening kepala! Kalau ye pun boleh cakap banyak bahasa, janganlah buli suami sendiri!” Pipi Gia dicuit kecil. Gia ketawa melihat muka keruh
suaminya. Muka geram bila tak faham aku cakap apa.

“Ok sorry. Dah lama saya tak cakap bahasa ibunda mummy dengan tatay. Sebab tulah saja cakap. Jangan marah ok?”

“Tak marah pun. Saya faham.”

Buat apa nak marah? Bukannya dia buat apa-apa salah pun. Kalau itu salah satu cara dia nak luahkan rasa rindu pada mummy dan tatay, tak ada salahnya. Dia akan sokong apa saja yang isterinya buat asalkan apa yang isterinya buat tak terpesong dari jalan yang betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience