Bab 19 : Kembali Ke Bumi

Adventure Completed 1867

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai,” lega mereka apabila sudah tiba di rumah pokok itu.

Masing-masing sudah duduk di atas kerusi. Mereka mula mendiamkan diri masing-masing sehinggalah Siti Syazanah bersuara.

“Korang. Cahaya tu muncul semula,” kata Siti Syazanah sambil menunding jari pada dinding yang mengeluarkan cahaya berbentuk suis lif.

Mereka mengalihkan pandangan mereka melihat cahaya tersebut sebelum memandang wajah Siti Syazanah.

“Syaza tak rasa apa-apa ke?” soal Nur Halimah apabila gadis itu tidak seperti biasa apabila melihat cahaya lif itu.

“Syaza ok je, Ima. Kenapa Ima tanya?” pelik dia dengan pertanyaan gadis pemalu itu.

“Taklah. Selalunya Syaza akan terus sentuh je cahaya tu,” sampuk Shasya Edrina.

“Mungkin ini bermaksud kita sudah boleh kembali ke bumi,” ujar Nik Akhil.

“Maksud Akil, lepas kita sentuh cahaya tu, kita akan kembali ke bumi ke?” pertanyaan Tengku Ehsan dibalas dengan anggukan kepala.

“Baiklah. Nampaknya, kita sudah sampai di pengakhiran. Sebelum kita berpisah, saya nak cakap sesuatu,” semua mata memandang jejaka itu sambil menantikan sambungan perbicaraannya.

“Raz sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bertemu dengan korang semua. Masing-masing mempunyai ‘watak’ dan ‘perwatakan’ masing-masing.

Ada yang sebagai penceria suasana, ada yang sebagai pelindung, ada yang membuahkan idea dan strategi yang bernas, ada yang mengetuai setiap tugasan, ada yang mempunyai firasat yang kuat dan ada juga yang pandai mengawal keadaam pada saat susah.

Raz sangat berharap apabila kita kembali ke bumi, kita masih berkawan seperti mana kita berada di sini. Terakhir dari Raz, terima kasih korang atas segala-galanya,” sedih mereka mendengar luahan hati jejaka yang paling mereka sanjung itu.

Tidak pernah mereka melawan arahan yang dikeluarkan oleh jejaka itu. Kalau melanggar arahan, mungkin mereka pernah. Haha.

“Awak ni, Raz. Sedih saya dengar tau. Macamlah kita takkan berjumpa lagi. Ed pun nak berterima kasih juga dengan korang semua. Ed tahu yang Ed ni gedik dan selalu fikir yang Ed paling betul dan korang semua salah. Tetapi, korang menerima Ed dan sabar dengan karenah Ed walaupun Ed selalu bergaduh dengan Akil dan Ehsan.

Ed pun harap bila kita kembali ke dunia kita, kita akan masih berkawan macam sekarang ye. Ed takkan pernah lupa segala budi dan jasa yang pernah korang berikan pada Ed sepanjang kita berada di sini. Sayang korang,” menitis air mata Shasya Edrina ketika meluahkan perasaannya.

“Well. Tak logiklah kalau kita berkawan tak pernah bergaduh, kan? Sedangkan orang yang dah berumahtangga pun pernah bergaduh, inikan kita yang langsung tiada ikatan dan pertalian. Tetapi, dengan pergaduhan, kita dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain kerana secara tidak langsung, kita faham dengan perangai seseorang itu,” bersuara Nik Akhil.

“Tapi, bergaduh selalu pun tak bagus juga, Nik Akhil,” celah Siti Syazanah.

Gelak kecil mereka apabila mendengar teguran gadis itu.

“Ye ye. Saya tahu. Maklumlah, saya ni kan ganas orangnya. Tapi, saya menggunakan ‘penumbuk’ saya ada sebab sebenarnya. Orang yang tahu je faham sebabnya tu. Saya tak sangka korang akan berkomunikasi dan berkawan dengan saya memandangkan saya ni agak panas baran orangnya.

Namun, korang sabar dan tidak pernah menjauhkan diri korang dari saya. Sedangkan, keluarga saya pun takut dengan sikap saya ni. Terima kasih korang sebab pernah wujud dalam hidup Akil,” terkejut mereka apabila Nik Akhil mengubah kata nama diri daripada saya kepada Akil.

Pertama kali mereka mendengarnya. Tersenyum mereka untuk membalas senyuman jejaka tersebut.

“Alhamdulillah. Dengan kuasa dan izinNya, kita bertemu dan berpisah. InsyaAllah, ada jodoh dan rezeki, kita akan berjumpa lagi tetapi bukan di sini. Kita akan bertemu semula di bumi kita.

Walaupun ianya memakan masa yang lama, Syaza yakin bahawa kita berenam pasti akan bertemu semula. Terima kasih korang kerana mewarnai hari-hari Syaza. Gembira Syaza sebab dapat kenal dengan korang semua yang banyak ragamnya. Hehe,” sempat Siti Syazanah bergurau untuk menyerikan suasana.

Tergelak kecil mereka mendengar celoteh Siti Syazanah.

“Pakwe kaulah tu Syaza yang banyak ragam,” selamba Tengku Ehsan untuk mengenakan pasangan itu.

“Hei!” serentak Siti Syazanah dan Nik Akhil mendengar gurauan jejaka itu.

Tergelak yang lain.

“Hahaha. Gurau jelah. Nanti bila korang dah berjumpa semula, jangan lupa terus kahwin ye,”

“Izan!” nyaring panggilan Nik Akhil itu.

“Hahaha. Betullah apa yang saya katakan tadi. Oklah. Tak bergurau dah,” risau Tengku Ehsan apabila ternampak penumbuk yang ditayangkan oleh Nik Akhil kepadanya.

“Saya tahu yang saya memang suka kenakan korang dan cerewet orangnya. Maklumlah. Saya ni kan anak orang kaya. Hahaha,” bangga Tengku Ehsan memuji dirinya sendiri.

“Meluatnya,” geram Nik Akhil.

“Jujur saya kata, saya tak suka dengan perkataan ‘kawan’ ni. Sebelum ni, semua yang dekati saya dan berlagak sebagai ‘kawan’ saya adalah dusta semata-mata. Mereka nak ‘kawan’ dengan saya kerana saya banyak duit dan pandai orangnya.

Bila saya tahu, saya terus menjadi bengis dan dingin. Malah, saya terus melanjutkan pelajaran ke luar negara sebab saya enggan berjumpa dengan sesiapa yang hanya melihat kekayaan semata-mata,” terkejut mereka apabila mengetahui kisah di sebalik sikap Tengku Ehsan itu.

“Tetapi, selepas mengenali korang, saya rasa lain. Sangat lain. Tidak pernah saya bertemu dengan orang macam korang. Selalu bergaduh dengan saya. Orang yang boleh saya kenakan dengan gurauan saya.

Saya berasa terhibur. Kadang-kala, saya terfikir juga, kenapa baru sekarang korang muncul? Kenapa korang tak muncul awal-awal lagi? Tetapi, kita siapa untuk mempersoalkan takdir Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Akhir kata, terima kasih Raz, Akil, Syaza, Ed kerana menjadi kawan saya,” luah Tengku Ehsan.

“Ima?” tertanya-tanya mereka apabila nama gadis itu tidak disebutkan.

Bersilih ganti mereka memandang Nur Halimah dan Tengku Ehsan. Tengku Ehsan memberi senyuman yang manis pada gadis yang duduk di hadapan yang sedang menundukkan wajahnya.

“Terima kasih Ima kerana hadir dalam hidup saya dan mencuri hati saya,” terlopong mulut semua apabila mendengar luahan cinta daripada jejaka dingin itu.

“Dahsyat kau, Izan,” bahu jejaka itu ditumbuk lembut oleh Nik Akhil.

“Biasalah. Dah nak habiskan kisah kita ni,” sinis senyuman Tengku Ehsan.

“Betul ke ini merupakan kali terakhir kita bersama? Kenapa kata-kata korang semua macam kita takkan bertemu lagi?” bercucuran air mata Nur Halimah mengalir.

“Ima,” tangan gadis itu digenggam erat oleh Siti Syazanah dan Shasya Edrina.

“Ima tak tahu nak cakap apa. Bagi Ima, apa yang berlaku di alam ini akan menjadi kenangan semata-mata. Di mana kita perlu membantu semua penjaga yang memberi kita tugasan untuk diselesaikan sebelum kita naik ke aras seterusnya.

Lepas itu, penjaga-penjaga tu pula semuanya besar dan menakutkan. Malah, ada juga yang cedera disebabkan kecuaian dan sikap terburu-buru. Tapi, kita berjaya selesaikannya dengan kerjasama yang diberikan. Kalau difikirkan semula, bagaikan semuanya adalah mimpi semata-mata,” ujar Nur Halimah.

“Ima tak pasti sama ada Ima membantu atau pun tidak. Tetapi, korang tidak pernah membiarkan Ima di belakang. Malah, korang juga percayakan firasat Ima walaupun kita baru berkenalan. Ima sangat bersyukur kerana dapat berkenalan dan berkawan dengan korang semula.

Terima kasih Syaza, Ed, Raz, Akil dan…Izan. Tanpa korang, Ima tak dapat merasai betapa pentingnya ‘kawan’. Ima akan sentiasa mendoakan supaya kita akan dipertemukan semula walaupun ianya memakan masa yang lama,” sambung Nur Halimah.

“Kami pun akan berdoa juga, Ima,” Siti Syazanah dan Shasya Edrina memeluk tubuh gadis yang kecil itu.

*****

Selepas siap mengemas beg dan kawasan itu, mereka berdiri berdekatan dengan cahaya yang berbentuk suis lif itu.

“Semua dah bersedia?”

Ismail Razak yang sentiasa mengetuai mereka bersuara sambil memandang wajah rakan-rakannya bersilih ganti. Mereka membalas dengan anggukan.

Sang gadis berpegangan tangan dengan erat. Dengan lafaz bismillah, sang jejaka menyentuk cahaya lif itu.

Cahaya yang terang menyukarkan mereka untuk membuka mata. Selepas cahaya itu hilang, mereka membuka mata mereka secara perlahan-lahan.

“Apa dah terjadi?” pelik Nik Akhil yang sedang terbaring di atas katilnya.

“Abang, cepat bangun!” tersentaknya apabila pintu biliknya dibuka.

Bingkas dia bangun dari pembaringannya. Wajah adik perempuannya dipandang pelik.

“Eh? Abang dah bangun dah? Biasanya liat nak bangun,” perli Nik Akhilah.

“Bisinglah kau!” bantal yang dicampak tepat mengenai wajah adiknya.

“Sakitlah! Beritahu kat mama. Abang jahat!” sempat dia menjelirkan lidahnya pada abangnya sebelum berlari keluar dari bilik tersebut.

“Mengada betul. Sikit-sikit nak mengadu,” bebel Nik Akhil sebelum turun dari katil menuju ke bilik mandinya.

Dia membasuh mukanya. Kemudian, matanya memandang cermin di hadapan.

“Kenapa rasa macam sedih je? Mimpi apa ye sampai rasa sedih macam ni?” pelik Nik Akhil dengan perasaannya itu.

Seperti dia kehilangan sesuatu yang berharga namun dia tidak dapat mengingati perkara itu.

Begitu juga dengan Tengku Ehsan dan Ismail Razak. Mereka terjaga dari tidurnya.

“Kenapa monyok je, Raz? Macam putus cinta je?” soal Ismail Razali kepada adiknya selepas melihat adiknya termenung sambil bersandar pada kepala katil.

Dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Mereka adik-beradik tidur di dalam bilik yang sama namun berlainan katil.

“Entahlah, Along. Bila bangun tadi, Raz rasa macam terlupa sesuatu yang penting. Tapi, Raz tak ingat apa perkara penting tu,” luah Ismail Razak.

“Mainan tidur je tu, Raz. Dahlah. Baik kau bangun sekarang. Bukan ke kau kata nak pergi kedai buku hari ni,” balas Ismail Razali sambil menyarung kemeja pada tubuh.

Ismail Razak yang masih monyok mengatur langkahnya ke bilik mandi.

“Harap ianya hanya mainan tidur sahaja,” berharap Ismail Razak.

Manakala, di pihak Tengku Ehsan, kedua-dua tangannya sudah naik memegang kepalanya.

“Kenapa? Kenapa saya tak ingat benda tu? Benda apa yang saya tak ingat sampai saya rasa nak menangis ni!” raungan Tengku Ehsan didengari oleh kedua ibu bapanya.

Pantas mereka masuk ke dalam bilik anak tunggalnya itu. Ibu kepada jejaka itu memeluk tubuh anaknya dengan erat.

“Kenapa ni, sayang? Sayang sakit ke?” risau ibunya.

“Mummy, kenapa dengan Izan? Kenapa Izan tak boleh ingat benda penting tu, mummy?” sedih Tengku Ehsan.

“Apa benda penting tu, Izan? Cuba beritahu kami,” pelik ayahnya melihat sikap anaknya itu.

Tengku Ehsan membalas dengan menggeleng kepalanya.

“Izan tak ingat, daddy. Izan tak ingat benda penting tu. Kenapa, mummy, daddy?”

Ibu dan ayah Tengku Ehsan saling berpandangan antara satu sama lain. Risau dan pelik bercampur melihat perangai anak tunggalnya itu.

Shasya Edrina pula dipujuk dan dipeluk oleh kedua-dua ibu bapanya. Terkejut mereka apabila melihat anak gadisnya itu menangis apabila terjaga dari tidurnya. Apabila ditanya sebab dia menangis, gadis itu hanya membalas “tak tahu”.

“Sabar, dik. Ingat pada Allah. InsyaAllah adik akan ingat benda penting tu,” pujuk Siti Syuzanah, iaitu kakak kandung kepada Siti Syazanah.

Teresak-esak Siti Syazanah menangis di dalam pangkuan kakaknya.

“Kenapa awak menangis ni, Ima? Awak mimpi ngeri ke?” gelisah Hazimah apabila sepupunya yang tidur sebilik dengannya menangis secara tiba-tiba.

Tubuh gadis itu dipeluknya dengan erat.

“Kenapa tu, dik?” tanya abang Hazimah, iaitu Hazim.

Hazimah hanya membalas dengan gelengan kepala sambil mengerutkan dahinya. Tangannya mengusap lembut belakang gadis itu. Tidak pernah mereka berdua melihat gadis pemalu itu menangis sebegitu.

Selepas kembali ke bumi semula, kehidupan mereka menjadi seperti sedia kala cuma semua peristiwa berkaitan dengan alam aneh telah dipadamkan dalam ingatan mereka. Masa yang berlalu sepanjang mereka di alam aneh tidak berganjak sedikit pun.

Oleh itu, kehilangan mereka sebelum ini langsung tidak pernah berlaku di dunia mereka. Disebabkan hubungan yang kuat di antara mereka, mereka dapat merasai sesuatu yang penting bagi mereka namun tidak dapat memikirkan perkara itu.

Hari demi hari berlalu. Bulan demi bulan berlalu. Tahun demi tahun mula berlalu. Sehinggalah mereka ditakdirkan untuk bertemu semula.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience