Bab 6

Family Completed 3187

Pada petang itu Alisha pulang ke rumahnya sambil berjalan kaki memandangkan basikalnya inalillah buat masa tu.

Ketika dia ingin melintas jalan,sebuah kereta meluncur laju ke arahnya tanpa ada tanda tanda ingin berhenti.Alisha menoleh lantas matanya terbuntang dengan kehadiran kereta itu.

Nasib menyebelahinya apabila kereta tersebut berhenti secara mengejut.Namun oleh kerana jantungnya lemah akibat terkejut,badannya rebah ke bumi.Semuanya kabur baginya sebelum satu suara yang pernah didengarinya kedengaran jelas ditelinganya.

Kepalanya terasa berat sebelum Alisha tidak sedarkan diri.

Kelopak matanya naik ke atas dengan perlahan lahan.Kepalanya terasa sakit.Alisha bangkit dari perbaringannya sambil memicit micit kepalanya.

"Alisha.."panggil seseorang lembut.Alisha menoleh lalu tersenyum pada ayahnya.

"Lisha kat mana ni yah?apa jadi ngan Lisha?"

"Sayang di hospital.Badan Lisha lemah sangat."

"Lemah?lemah kenapa?"tanyanya.

"Alisha terlentang atas jalan raya.Diorang ingat Lisha kena langgar tapi takde pula bahagian badan Lisha yang patah atau berdarah.Cuma keadaan Lisha lemah sebab terkejut je."balas Dato Hamid.

"Ouh ya!Lisha pun ingat ada satu kereta ni menuju ke arah Lisha dengan laju.Lisha terkejut sangat sampai Lisha tak boleh nak berdiri."jelasnya lemah.

Tiba tiba pintu wad terbuka dari luar dan terjenggul kepala seorang wanita.Alisha tampak terkejut dengan kehadiran yang ingin dilupakannya itu.Hatinya serta merta sakit melihat seraut wajah yang pernah meninggalkan luka pada hatinya.

"Nia.."panggilnya dengan suara yang agak lemah. Alisha tergeleng geleng mendengar sebaris nama yang telah terkubur dalam dirinya itu.

"Nia okey?"Alisha tertunduk sambil menggelengkan kepalanya berulang kali.

"Maafkan mama tau..Mama tak sengaja nak pecut macam tu."katanya sambil mendekati Alisha.Begitu juga dengan lelaki disebelahnya.

"Ja..jangan.."Alisha cuba ingin menyatakan sesuatu namun susah untuk dituturnya.

"Nia maafkan mama tau.."

"Jangan.."

"Nia.."

"Jangan panggil saya Nia!!!!"jeritnya kuat membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut.

"Saya bukan Nia!puan siapa nak cakap saya Nia!dan bila masa saya ada mama?saya cuma ada ayah!ayah yang menjaga saya dari kecil dan ayah jugalah yang beri saya semangat.saya bukan Nia.Nia dah takde!"marahnya.

"Lisha..siapa ajar kamu untuk bersikap kurang ajar ni?"tegas Dato Hamid.

Puan Rosmah tampak terkejut dengan ketegasan anaknya yang pernah dibuangnya dahulu.

"Nia..mama minta maaf.Mama..mama.."Puan Rosmah mula tersedu sedan.

"Saya tak perlukan maaf dari puan.Saya lagi bersyukur sebab dibuang oleh mama sendiri.Puan jangan ingat saya takkan bahagia dengan ayah.Saya bahagia sangat sangat!"diayat terakhir Alisha mengalirkan air mata menjelaskan kedukaan yang dirasakan selama ni.

"Please..tinggalkan saya dengan ayah di sini bersendirian.Puan baliklah.."sambungnya sambil mengelap air mata menggunakan belakang tapak tangan.

Puan Rosmah balik dengan perasaan sedih apabila anaknya sendiri menghalaunya.Dulu dia yang membuang Dannia namun sekarang dia merasakan bahawa dirinya yang dibuang oleh Dannia.

Malam itu Alisha tidak dapat melelapkan matanya.Pertemuan singkat bersama mamanya betul betul mengkucar kacirkan perasaannya kini.Tapi perasaan sakit hatinya lebih menguasai diri.

Jika dulu dia merayu rayu inginkan mamanya namun sekarang tidak.Dia tidak ingin bertemu dengan wanita yang pernah membuangnya dulu. Hatinya telah tertutup untuk menerima mama dan papanya semula.Maafkan Nia mama..Nia dah tak boleh nak terima mama lagi.Semuanya salah mama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience