2

Short Story Completed 49743

Aku dan Farish keluar dari bangunan hotel yang tersergam indah itu dengan langkah lemah-longlai. Lutut aku ni rasa macam dah naj tercabut dah sebab harini aku banyak berjalan dan berdiri tegak macam patung.

Kami berdua menuju ke tempat memakir kereta yang sudah tidak jauh dari kami berdua. Jelas kelihatan kereta Ferrari hitam dari jauh. Farish cuba untuk memimpin tangan aku, tapi aku mengelak. Yalah, tempat awam kot, malulah aku.

BUM!

Aku selamat duduk di tempat duduk penumpang. Farish pula mengeluh perlahan. Mungkin dia terasa penat juga.

"Pakai seat belt." Arahnya paduku dengan suara lunak romantisnya itu.

"Orang tahulah." Balasku dengan nada kedengaran agak manja. Yalah, aku anak bongsu. Sifat manja dan tak pandai berdikari aku ni memang semula jadi.

"Orait sayang." Ucapnya seraya mula memandu kereta perlahan-lahan keluar dari kawasan itu.

Aku mengerling ke arah lelaki kacak sebelahku ini seketika. Memang kacak, tak dinafikan tapi, kenapa dia pilih aku? Aku bukan gay. Berlambak gay dekat kota ni tapi aku yang budak kampung lari dari rumah ni juga dia nak ambil. Haish.

•••

Di dalam perut kereta aku diamkan sahaja diri ini. Tak tahu nak cakap apa, aku pun baru kenal Farish dalam seminggu lebih macam tu.

Kelihatan sangat asyik Farish melayan lagu berbahasa inggeris di corong radio sambil menari-nari kecil lagi.

Aku sedar, sesekali Farish akan memandang ke arah aku sambil tersenyum-senyum. Adakah rasa sayangnya itu ikhlas? Aku tertanya sendiri.

Aku mencapai telefon pintarku lalu aku sambungkan telefon aku dengan radio kereta menggunakan bluetooth. Segera aku buka zikir terapi Hafiz Hamidun. Lagu inggeris tadi terus lesap di gantikan dengan zikir.

Farish Mikael tersenyum sahaja sesekali dia ketawa kecil melihat telatah aku ini. Tak di nafikan, dia ketawa nampak sangat comel. Aku bukan apa, aku pasang zikir ni selamatlah sikit aku. Tak adalah nanti dia nak buat bukan-bukan dengan aku dalam kereta ni.

Sesekali dia turut ikut berzikir. Aku tergamam melihat dia lakukan seperti itu. Aku rasa nak ketawa, tapi aku tahan lalu aku bertanya kepadanya.

"Hafal pula ya?" Soalku kepadanya.

"Dah hari-hari you pasangkan zikir ni setiap kali naik kereta dengan I. Mahunya I tak hafal." Balasnya sambil ketawa comel.

Aku turut ketawa kecil. Hahahaha. Sumpah Farish ni baik sangat, walaupun dia ini asal keluarga berada, tapi sekali pun aku tak pernah nampak dia sentuh arak apakan lagi judi. Siap boleh ajak aku solat lagi. Aku tersenyum lagi. Ya, Farish Mikael ini baik orangnya.

Mesti ada sebab kenapa dia jadi begini. Soalan ku ini tak terlintas lagi untuk aku bertanyakan kepadanya. Aku takut nak tanya. Aku harap aku cukup berani nak tanyakan kepadanya nanti.

Harap begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience