BAB 1

Short Story Series 3885

"Ingat Sophea, kerja elok-elok. Jangan buat kerja sambil lewa pula." Pesan daddy lagi.

Aku hanya menjeling sahaja. Dari rumah sampai dalam syarikat pun sibuk membebel hal yang sama. Naik muak aku dengar. Macamlah aku ini anak kecil. Tahulah aku apa nak buat. Huh!

Kami kini berada di bilik mesyuarat tingkat 12. Bahagian marketing. Daddy dan abang di tingkat 19. Kiranya office CEO. Sengaja daddy asingkan aku dan abang. Alasannya aku dan abang tidak sebulu. Lagipun daddy tak perlukan pekerja tambahan. Kebetulan bahagian marketing ada kekosongan, jadi daddy letak aku di sini.

Aku tak kisah bekerja di syarikat daddy tapi yang menjadi masalahnya. Baru minggu lepas aku graduate terus daddy arahkan aku bekerja. Aku baru nak enjoy dengan Suzy dan Melissa. Dah kena kerja. Untunglah diorang tak dikongkong seperti aku.

Sudah beberapa kali aku melihat jam di dinding. Daddy pula sibuk melihat telefon. Kami menunggu seseorang. Pengurus bahagian marketing. Kiranya dia ni boss aku. Aku rasa nak dekat setengah jam duduk di sini. Dia tak muncul lagi. Lambat betul. Janji pukul 9 sekarang dah 9.30 pagi. Apalah! Kalau aku jadi daddy, aku pecat je dia.

Bunyi pintu dibuka membuatkan aku menoleh ke arah pintu. Aku tercengang.

Kacak gila!

"Sorry, i'm late."

Suara husky itu membuatkan jantung aku berdegup sedikit laju.

Ish Sophea! Macamlah tak pernah jumpa lelaki kacak. Tapi yang ni lain macamlah. Orangnya tinggi lampai seperti model, berkulit putih dan mempunyai rambut yang keperangan. Wajahnya cukup tampan dan sempurna. Dari tadi aku perhati je.

Aduhai! Kalau jadi buah hati aku ni, konfirm semua orang cemburu.

"Sophea!"

Panggilan daddy menyentakkan aku dari lamunan.

Daddy ni kacau daunlah! Aku baru nak usha lelaki tadi.

Aku memandang daddy dan lelaki itu berselang-seli. Selepas itu aku memandang tepat pada lelaki itu sambil buat muka menggoda. Harap-harap lelaki itu tergoda. Dia cuma senyum melihat aku.

"Noah, this is my daughter, Jasmine Sophea."

Lelaki itu hulurkan tangan. Cepat-cepat aku sambut.

"Jasmine Sophea." Ucap aku.

Mata dikedip-kedipkan pada dia.

"Noah Mikhail."

"Noah Mikhail, what a nice name."

Biasanya lelaki yang ucapkan itu, kali ni aku pula. Aku rapatkan tubuh aku pada tubuhnya. Bau haruman minyak wangi yang dipakai Noah menggetarkan jiwa aku. Kena dengan taste aku.

Sengaja aku mainkan jari telunjuk di atas dada lelaki itu. Membulat mata daddy.

"You single lagi?"

"Sophea! Jangan nak flirt dekat sini."

Tubuh aku segera ditarik daddy menjauhi lelaki itu. Aku hentak kaki perlahan sebagai tanda protes.

"Maafkan anak i. Dia memang macam ni."

"It's okay."

Mereka terus berbincang. Sesekali daddy terangkan pada aku tentang skop kerja aku. Aku dengar tapi fikiran ke lain. Pastilah memikirkan cara untuk menggoda lelaki itu.

"Faham tak Sophea?"

"Faham mr Andy."

"Boleh Sophea ulang balik apa yang daddy cakap tadi?"

Ah sudah! Daddy suruh ulang balik pula. Aku tak dapat tangkap sepatah pun bicara daddy tadi. Dah sibuk tumpu pada lelaki itu.

Aku pandang wajah daddy. Kelihatan serius. Lelaki itu pun sama.

"Argh! Nak pergi tandaslah kejap. Sakit perut."

Tanpa mengendahkan mereka, dengan selamba aku keluar dari bilik mesyuarat mencari tandas. Nasib baiklah jumpa.

Fuh! Lega hati aku. Tak adalah kena soal lagi. Tulah kau. Orang sibuk bincang, kau mengelamun. Kan dah kena.

Agak lama aku berada di tandas.Aku tak rasa daddy cari aku sampai ke tandas. Dia dah tahu sangat perangai aku.

Memang tepat sangkaan aku. Waktu aku kembali ke bilik mesyuarat. Tiada siapa di situ. Cuma ada beg kepunyaanku sahaja. Aku capai beg dan cek telefon. Ada mesej dari Suzy dan Melissa.

Belum sempat aku melangkah, aku terlanggar seseorang. Terus aku dongakkan kepala.

Noah!

Dia berdehem seketika kemudian bersuara.

"Jom ikut i."

Aku gigit bibir. Tiba-tiba rasa cuak pula. Tadi menggedik sangat.

Noah dekatkan wajahnya ke telinga aku. Aku teguk air liur.

"Don't bite your lips like that." bisik dia perlahan.

Meremang bulu roma aku.

"Come princess, we have a lot of things to do."

Aku hanya mengikutnya dari belakang.

"Mr.."

"Yes princess."

Dia berpaling ke arah aku.

"Err, tak nak kenalkan saya dulu pada staf-staf dekat sini?"

"Itu akan dibuat kemudian. Sekarang ni i ada kerja lain untuk you."

"Kerja apa?"

Noah pandang aku lama kemudian mengukir senyuman yang cukup sinis.

Aku faham maksud senyumannya itu. Pasti dia mahu menghukum aku kerana menggedik dengannya tadi. Ah sudah! Mati aku kali ni.

"Sa..saya nak pergi tandas." Aku berikan alasan seperti tadi.

Belum sempat aku melarikan diri, Noah pegang tangan aku dan bawa aku masuk ke sebuah bilik. Pasti itu office nya.

Habislah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience