Bab 63

Romance Completed 53836

Setelah semua tetamu mula beransur pulang. Kini, yg tinggal hanyalah mereka semua yg terlibat berkumpul di ruang tamu rumah walid. Sepatutnya majlis ini berakhir dengan sebuah kegembiraan tetapi lain pula yg terjadi sekarang. Munirah rasa sangat bersalah dengan semua ini. Disebabkan olehnya, majlis ini tidak berjalan dengan lancar. Disebabkan olehnya juga semua orang perlu menyelesaikan masalahnya ini. Munirah hanya duduk kaku di sofa sambil ditemani oleh Puan Ruziah di sisinya. Riak wajah Munirah tidak menunjukkan apa-apa reaksi pun. Pandangannya melihat meja di depannya itu terasa kosong sahaja. Kali ini, hatinya sudah pasrah dan redha dengan semua ini. Apa yg dirasai oleh Munirah sekarang hanyalah mahu semua ini berakhir secepat mungkin. Azhar hanya berdiri di tepi pintu sahaja. Masih menanti apa yg akan Amar katakan sekarang ini. Pandangannya tajam sahaja melihat setiap geri Amar itu. Nasib sahaja kedua ibu bapa Amar ada di sini juga. Kalau tidak muka Amar mungkin akan makan penumbuknya lagi. Azhar masih belum berpuas hati dengan Amar lagi.

Amar..Apa tujuan kamu datang mencari Munirah sebenarnya ini? Saya sudah katakan jangan ganggu Munirah lagi. Dia sudah menjadi isteri orang. Kenapa kamu sanggup bertindak di luar kawalan seperti ini?? Bersuara En Shukri untuk memulakan dahulu perbincangan ini. Dirinya sebagai seorang ayah kepada Munirah berhak bersuara demi menjaga keselamatan anaknya ini. Walid hanya mendengar sahaja semua ini dengan telitinya. Semua ini masih di bawah tanggungjawab En Shukri sendiri. Mereka yg lain turut memberi perhatian sahaja tentang perbincangan ini berlangsung.

Yee..saya tahu Munirah tu isteri Si Azhar ni. Sebab itulah saya datang cari dia semula. Sebenarnya..Haishh..macam mana aku nak cakap ni. Okey. Berbalik kepada perkara 2 tahun yg lepas yee.. Kejadian di mana tangkap basah antara Munirah dan Cikgu Azhar. Sebenarnya..Sayalah pelaku yg cuba memperkosa Munirah. Bukannya Cikgu Azhar. Beritahu Amar segalanya kepada mereka semua di situ. Sedikit pun tiada riak wajah rasa menyesal di wajahnya itu. Amar rasa lega dapat meluahkan semua ini juga akhirnya. Tergamam semua orang yg mendengar satu kebenaran yg baru terungkai ini. Masing-masing memandang antara satu sama lain sahaja. En Shukri cuba menahan amarahnya yg hampir tersembur ini apabila di tenangkan oleh Walid sebentar.

Apa maksud kamu Amar?? Apa yg kamu cuba sampaikan ini?? Kamu jangan nak olah semula cerita Amar. Perkara yg lepas jangan diungkit lagi. Kamu sajakan nak bangkitkan perkara ini lagi. Apa yg kamu tidak puas hatinya Amar!! Kata En Shukri tegas sahaja ton suaranya itu. Mahu sahaja dia menampar wajah Amar tetapi dihalang sekejap oleh Walid dan juga Huzair. Keadaan di situ mula menjadi tegang sekali. Semua orang hanya menanti apa yg akan diujarkan oleh Amar lagi. Azhar juga sudah tidak duduk senang di tepi pintu itu. Rasa bahang sahaja telinganya ini mendengar setiap baris ayat yg keluar dari mulut Amar.

Buat apa saya nak olah cerita Uncle..Saya tak ada masalah nak buat cerita semua ini. Saya bukanlah penulis novel. Saya sudah katakan tadi..kejadian 2 tahun lepas disebabkan oleh saya. Saya yg cuba memperkosa Munirah. Saya beri dia coklat..Ehh, bukan coklat..Ubat peransang. Selepas itu, kami berjalan di setiap koridor. Then, kami masuk ke dalam kelas. Haa, bermulalah adengan di mana Munirah sudah mula teransang dengan saya. Yee, saya mengaku. Sayalah orang yg cuba rosakkan Munirah. Cikgu Azhar hanya lalu ke situ secara kebetulan sahaja. Saya yg memerangkap dia bersama dengan Munirah. Sekarang, saya yg akan bertanggungjawab apa yg telah saya lakukan kepada Munirah. Cerita Amar segalanya sambil tersemyun riang di situ. Dia tidak rasa menyesal berkata begini di depan semua orang. Tiba-tiba..

"Pang!!" Satu tamparan maut terus menerpa ke wajah Amar. Badan Amar terus jatuh tersungkur ke lantai. Kepalanya mula terasa pening sedikit. Pandangannya juga mula kabur. Amar tidak dapat mengelak tamparan kuat dari En Shukri sendiri. Datin Rosmah cuba membantu Amar tetapi ditepis laju tangan mamanya itu. Dato' Yunus hanya mendengus kasar sahaja melihat Amar dicederakan begini. Maruahnya sudah lama dipijak oleh anaknya sendiri. Dia sudah pasrah dengan semua ini.

Kurang ajar!! Jadi kau selama ini cuba memperkosa Munirah!! Aku percayakan kau Amar..Dari kecik lagi kamu berkawan dengan Munirah!! Sanggup kamu nak ambil kesempatan ke atasnya!! Mana sifat keperimanusiaan kamu ni Amar!! Aku ingatkan Munirah boleh selamat berada dengan kamu. Tetapi tidak!! Nafsu berakah syaitan kamu terlalu kuat untuk melindunginya!! Tengking En Shukri lantangnya sudah hilang sabar dengan Amar. Satu kebenaran ini benar-benar menjentik benak hatinya. Selama ini dia langsung tidak percaya percakapan Munirah dan Azhar. Mereka berdua adalah mangsa keadaan sahaja.

Puan Ruziah terus mengucap panjang di sisi Munirah. Di tatap lama wajah Munirah yg tidak menunjukkan apa-apa reaksi itu. Munirah terus memejamkan matanya. Pandangannya sejak dari tadi lagi sudah jatuh ke bawah. Bibirnya tidak lepas dari berzikir kepada Allah swt. Munirah tidak mahu kesakitan ini terus menguasai benak hatinya. Dengan meminta pertolongan dai tuhan tempat ia mengadu sekarang. Sejuk saja pergelangan tangan Munirah apabila di sentuh oleh bonda. Bonda juga terkejut mendengar satu kebenaran ini. Jadi selama ini, Munirah hanyalah mangsa keadaan sahaja. Bonda turut bersedih mendengar semua ini berlaku ke atas dirinya. Puan Noriah dan juga Iman sudah tahu tentang perkara ini apabila Munirah pernah berkongsi kisah hidupnya kepada mereka berdua. Wirda dan Farah hanya memandang sayu sahaja ke arah Munirah. Mereka rasa kasihan sangat melihat apa yg telah Munirah sudah tempuhi selama ini. Satu kebenaran ini amat menyakitkan hati semua orang yg berada di situ.

Apa gunanya kau berterus terang sekarang Amar?!! Kenapa tidak tempoh hari sahaja?? Engkau nak buktikan apa sekarang Amar??!! Kalau kau beritahu kebenaran ini tempoh hari pun..Aku tak akan benarkan Munirah jatuh ke tangan orang seperti kau!! Dalam diri kau hanya nafsu pemuas syaitan tahu tak??!! Lelaki jenis apa kamu ni Amar. Sampuk Azhar sudah hilang sabar terus menolak kuat kepala Amar. Mahu sahaja dia menumbuk Amar sehingga puas tetapi perbuatan ini di halang oleh Huzair. Azfar dan Azman juga cuba menenangkan keadaan Azhar dahulu.

Semua orang di situ tidak menyangka Azhar akan marah seperti ini sekali. Mereka hanya nampak sisi lemah lembut Azhar sahaja selama ini. Azhar bersuara kerana mahu pertahankan maruah Munirah. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan maruah Munirah dapat dikembalikan. Azhar sudah penat melihat keadaan Munirah bersedih setiap hari. Cukuplah selama ini Munirah bertemankan air mata sahaja. Hanya dirinya yg nampak tentang diri Munirah. Hanya dirinya yg nampak setiap langkah perjuangan Munirah teruskan hidup selama ini. Azhar tidak akan biarkan Amar cuba membuka langkahnya lagi.

Sudahlah..Anak aku ni manusia juga. Bukan binatang korang semua nak pukul dia. Tunggu dia nazak dulu ke baru nak berhenti pukul? Kami datang ke sini dengan cara yg baik. Saya mewakili Amar...ini memohon maaf atas apa yg telah dia lakukan terhadap Munirah selama ini. Maafkan kesalahan dan kesilapan anak saya. Anggaplah semua ini perkara yg lepas sahaja. Amar akan mengundur diri. Saya berjanji dia tidak akan berani menyentuh Munirah lagi. Kami akan ajar dan didiknya dengan betul selepas ini. Amar masih lagi budak mentah dan tidak kenal dunia ini. Sekali lagi, Maafkan Amar..Munirah. Maafkan kami sekeluarga. Bersuara Dato' Yunus sambil menundukkan kepalanya ke bawah sedikit. Menunjukkan tanda hormat pada keluarga Munirah dan yg lainnya. Dato' Yunus mula rasa kesal mempunyai anak seperti Amar. Habis segala maruahnya di pijak oleh rakyat marhain seperti mereka semua ini. Ini semua hanyalah lakonan sahaja untuk menutup kes Amar ini dengan cara yg baik. Jika Amar di masukkan ke dalam lokap mungkin semua rakyat akan menghentamnya teruk nanti.

Ehh, Amar suruh papa datang ke sini bukan untuk meminta maaf!! Amar nak papa berterus terang sekarang!! Beritahu semua orang di sini apa yg telah Papa lakukan juga untuk menutup kes Amar!! Beritahu sekarang!! Jerkah Amar kuatnya kerana Dato' Yunus masih lagi cuba pertahankan maruahnya di depan semua orang di sini. Bagaikan orang gila saja Amar di situ. Dirinya sudah tidak terurus lagi. Wajahnya tidak tumpah dengan kesan darah. Datin Rosmah cuba untuk menenangkan keadaan Amar tetapi ditepis tangan mamanya itu. Keadaan mula menjadi janggal sahaja. Sekarang mereka semua menumpukan perhatian ke arah Amar dan Dato' Yunus. Masing-masing tidak faham apa yg mereka berdua katakan di situ. Muka Dato' Yunus sudah menjadi merah padam. Menahan amarahnya di depan semua orang di sini. Mahu sahaja dia menampar Amar tetapi di tahan sahaja genggaman tangannya itu.

Apa maksud Amar ini..Dato' Yunus? Menutup kes apa ini?? Soal En Shukri juga berminat dengan semua ini. Jika semua ini berkaitan dengan Munirah sendiri. Dia tidak akan sesekali maafkan keluarga Datin Rosmah. Walaupun Datin Rosmah adalah kawannya selama ini. Pertalian persahabatan ini akan terputus jika ia membabitkan maruah anak-anak mereka berdua. Pandangan Munirah terus beralih memerhati ke arah Dato' Yunus. Dirinya juga menanti apa yg akan Dato' Yunus katakan itu. Begitu juga dengan Azhar. Matanya memerhati tajam sahaja ke arah dua beranak di sampingnya itu. Datin Rosmah mengangguk lemah sahaja kepalanya ke arah suaminya itu. Sampai bila suaminya ini mahu menyimpan rahsia demi menjaga maruah dirinya sahaja sampaikan anaknya sendiri yg tersiksa. Dato' Yunus menghela nafas panjang sebelum memula perbicaraannya itu.

Sebenarnya...Saya yg mengambil rakaman cctv di mana terlihatnya rakaman Amar yg membawa Munirah dahulu sebelum kedatangan Cikgu Azhar ke situ. Ramakan aslinya sudah dipadam. Maafkan atas kesilapan saya ini. Saya buat semua ini demi masa depan Amar. Dia masih budak sekolah yg tidak boleh memikul tanggungjawab seperti itu lagi. Bukan bermaksud saya mahu melindunginya. Tak..Saya buat semua ini demi kebaikan dirinya dan juga Munirah. Saya harap anda semua faham. Semua ini tidak ada kena mengena dengan status saya. Maafkan saya sekali lagi. Jelas Dato' Yunus kepada mereka semua. Malu sahaja dia berkata begini di hadapan mereka semua. Maruahnya sudah tergadai kali ini kerana Amar. Anak yg selalu membawa masalah di dalam hidupnya.

Amar seakan tidak berpuas hati sahaja mendengar luahan bapanya ini. Ayatnya selalu saja diputar belitkan. Memang layak bapanya ini digelar pemimpin yg tidak berpedoman. Hanya watak baik di depan rakyat sahaja sedangkan buruknya selalu dinampakkan di dalam keluarganya. En Shukri mengucap panjang di situ. Sekali lagi, satu kebenaran yg telah merungkaikan semua kejadian yg lepas ini. En Shukri takut menatap wajah Munirah sekarang. Dari mana dia mahu meminta maaf kepada Munirah. Apa yg telah dia lakukan kepada Munirah sebelum ini pasti sudah melukai hatinya. Azhar seakan dapat menangkap sahaja apa yg akan diperkatakan oleh Dato' Yunus itu. Dari dulu lagi dia sudah tahu siapakah orang dalam yg sanggup mengfitnahnya selama ini. Azhar mendengus kasar sahaja mendengar semua kebenaran ini. Walaupun dirinya sudah dikianati, keadaan Munirah lagi teruk jika hendak dibandingkan dengannya. Pandangan Azhar redup sahaja melihat Munirah memegang kepalanya itu. Pandangannya ditundukkan ke bawah sahaja. Azhar pasti hati Munirah sudah remuk kali ini. Hati kecilnya pasti merintih sekarang. Jiwanya tersiksa mendengar semua ini.

Jadi..apa kamu nak buat sekarang Amar?? Setelah apa yg kamu lakukan terhadap Munirah selama ini. Minta maaf? Kamu ingat hanya perkataan Maaf dapat mengembalikan hidup Munirah yg dulu kembali? Kalau kamu nak tahu...Semua orang nak tahu..Hidup Munirah tersiksa dengan apa yg telah berlaku itu. Pernah tak semua orang pikirkan tentang perasaan Munirah selepas itu? Pernah tak semua orang tahu apa yg Munirah lalui selama ini? Setiap hari..Dirinya ditemani air mata. Menyalahi dirinya sendiri. Mencederakan dirinya sendiri. Hampir setiap hari saya melihat titisan darah Munirah. Hampir setiap hari. Kenapa Munirah jadi seperti ini?? Sebab dia tertekan. Terkena dengan kejadian yg lepas itu. Hatinya sakit. Jiwanya merintih. Meminta satu kepercayaan di dalam sudut hati semua orang. Munirah tidak pernah menyalahkan semua orang. Apa yg orang anggap kepadanya. Sedikit pun Munirah tidak menyalahkan semua orang setelah apa yg dilalunya selama ini. Malah, dirinya sudah memaafkan semua orang yg telah sakiti hatinya. Tiada satu pun perasaan dendam dan amarah di dalam dirinya. Salah Munirahkah selama ini? Apa yg telah terjadi ini salah Munirahkah? Hancurnya perasaan orang yg tidak berdosa!! Pernahkah Munirah mengadu hatinya yg sakit itu kepada semua orang?? Pernahkah Munirah memburukkan semua orang yg berada di sini? Pernah tak Munirah menyakiti perasaan orang yg berada di sini?!!! Luah Azhar segalanya kepada mereka semua. Air matanya sudah tumpah ke pipinya semasa berkata begini. Melihat setiap wajah semua orang yg berada di sini. Azhar tahu Munirah tidak akan pernah meluahkan perasaan ini kepada semua orang. Sifatnya bukan seperti itu. Menagih sempati kepada orang ramai. Tetapi, kali ini Azhar sendiri yg bersuara untuk Munirah. Azhar sudah lama bersabar melihat orang membencinya tanpa bersebab. Mendengar tomahan keji tentang aibnya. Cukuplah selama ini Munirah menyimpan semua perasaan sakit itu. Azhar mahu menamatkan juga semua ini sekarang.

Tergamam semua orang yg berada di situ. Masing-masing rasa bersalah selepas mendengar semua ini keluar dari mulut Azhar sendiri. Ada juga yg mula menangis di situ. Semuanya tidak tahu apa yg telah Munirah lalui selama ini. Munirah adalah seorang yg suka memendamkan perasaannya sendiri. Mereka tidak ketahui semua ini kerana satu senyuman manis tidak pernah lekang di bibirnya.

"Kamu bukan anak abah lagi Irah..pergilah..itukan yg kamu mahukan selama ini. Memcari kebebasan hidup kamu sendiri. Abah rasa kesal dengan kamu. Memalukan maruah keluarga kita sendiri. -En Shukri"

"Umi tak tahu nak kata apa lagi..semuanya telah terjadi. Kamu berhak mencari hidup kamu sendiri di luar sana.-Puan Ruziah"

"Kalau kakak sayangkan kami..kakak tak akan malukan keluarga kita seperti ini.- Mikhail"

"Perempuan jalang..kalau kau nak kikis duit anak aku. Kau silap besar Munirah. Kau tu entah datang dari mana keturunannya. Tengoklah diri kau sekarang. Entah masih ada dara atau belum sebelum menikah dengan anak aku.- Hajah Fazilah"

"Ehh, kau memang sudah..i mean terlanjur ke before bernikah dengan Azhar? - Azfar"

"Kalau diri tu baik sangat tak akanlah sampai nak terlanjur di dalam bilik darjahkan?? Ehh, perempuan jenis apalah kamu ini Munirah? Murahnya harga diri kamu- Datin Rosmah."

"Kamu kena ingat batas kamu Munirah..kamu tu gadis yg telah diselamatkan oleh Cikgu Azhar sahaja. Herghh..pasti senangkan hidup disamping lelaki berduit. Dapatlah kau nak beranak pinak bebanyak pun tidak usah bimbang lagi. -Dato' Yusuf"

"Aku dengar kau ni kahwin terpaksa saja..Sebab nak lindungi maruah yg sudah terjual itukan? Sanggupkan Azhar jadi "Pak sanggup" dekat kau? - Mira"

"Maafkan kami Munirah..kami terpaksa menarik semua sijil kecemerlangan kamu ini. Kami perlu melindungi nama baik sekolah ini sama. Saya harap kamu faham. Setelah apa yg telah berlaku ini, Nama kamu selalu menjadi perbualan hangat sehingga tular ke sekolah lain juga. Saya rasa terkilan dengan kamu atas apa yg berlaku ini. - Pengetua"

Setiap bibik bicara itu kembali bermain di dalam fikiran Munirah. Munirah terus menangis teresaknya di situ. Mengenang kembali apa yg telah dilaluinya selama ini amat menyakitikan. Satu kebenaran itu telah meleraikan segalanya. Semua ini bukan salahnya. Dirinya hanya mendapat tempias sahaja. Azhar terus melangkah laju menuju ke arah Munirah selepase mendengar tangisan redupnya itu. Puan Ruziah dan Hajah Fazilah cuba menenangkan diri Munirah tetapi tangisannya ini semakin deras. Kesakitan yg dirasainya sekarang menusuk di dalam kalbunya. Perlahan-lahan Azhar meleraikan tangan Munirah yg menutupi wajahnya itu. Azhar juga turut menangis melihat keadaan Munirah seperti ini. Pasti Munirah tidak dapat menahan sebaknya lagi.

Abang...sudah..jangan teruskan lagi..Bersuara Munirah tersedu-sedan menahan tangisannya itu. Diangkat wajahnya menatap wajah Azhar ketika itu. Munirah sudah redhai semua ini. Tuhan telah mengaturkan jalan hidup yg indah kepadanya. Di saat dirinya jatuh keseorangan, sudah tiada sesiapa yg mempercayainya, Tuhan telah menghantar seseorang untuk menbimbingnya sampai berdiri teguh semula. Munirah rasa bersyukur kerana orang itu adalah Azhar sendiri. Penyelamat hingga hujung nyawanya. Munirah memegang wajah Azhar. Menatap wajah suami yg sangat memahaminya. Seorang suami yg sanggup mempertahankan maruahnya selama ini. Memberitahu segala kebenaran kepada mereka semua. Satu senyuman manis terus diukirkan di bibir Munirah. Memberikan sebuah senyuman kebahagian kepadanya. Pandangan Munirah mula terasa kosong. Semakin lama semakin kabur wajah Azhar di hadapannya. Tidak semenanya semuanya menjadi..

"Gelap"

Setelah apa yg Munirah lalui selama ini. Satu kebanaran sudah terungkai juga akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience