BAB 4

Drama Completed 5869

“ Sampai hati Is nak pukul Maksu,” jerit Laila kepada lelaki yang dipanggil Is itu.

“Look who’s here. Hey Issabella,kalau tak disebabkan Maksu bela engkau,aku tak akan buat macam tadi tau,” lantang Mahfis bersuara,” And one more thing,you should call me ‘Abang Is’ because I’m older than you,”

“ Issabella tak pernah ada abang sebab Issabella bukan lagi ahli keluarga Tengku Hafizi. Keluarga tu dah lama buang Issabella,” kata Laila.

Raut wajah Mahfis berubah apabila mendengar kata-kata Laila sebentar tadi,” Weh Issabella,engkau tahu tak darah yang mengalir dalam tubuh engkau tu darah Tengku Hafizi,”

“ Kalau Issabella boleh ubah darah dalam badan Issabella dah lama Issabella ubah tapi Allah dah tentukan yang Issabella dari keluarga Tengku Hafizi. Walaupun darah Issabella dari keluarga Tengku Hafizi tapi seluruh keluarga sudah buang Issabella,buat apa Issabella hormat Is. Segala penderitaan yang Issabella lalui selama nie,ada korang semua kisah. Tak kan,” jawab Laila dengan panjang lebar.

Laila menarik Amylia pergi dari situ diikuti oleh Haziq dan Nurul. Mereka semua menuju ke syarikat Laila bagi mendapatkan jawapan daripada Amylia apa yang sedang berlaku sebentar tadi. Karier Nurul sebagai guru menyenangkan dia kerana sesi persekolahan telah tamat.

“ Maksu tak tahu kenapa Mahfis marah sangat bila Maksu cakap yang syarikat Laila sekarang adalah hasil titik peluh Laila sendiri,” kata Amylia ketika mereka berada dipejabat Laila.

“ Mungkin sebab Is ingat yang Laila ambik duit Datuk Badlyshah untuk bina syarikat nie sebab tu dia marah Maksu. Salah Laila sebab benarkan Datuk Badlyshah keluar masuk syarikat Anchor Holdings sesuka hati,”

“ Laila..,”

“ Takpelah Maksu,nampaknya lepas nie Laila kena pastikan Datuk Badlyshah tak masuk syarikat Laila sesuka hati,” kata Laila sambil memandang muka Haziq,Nurul dan Amylia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience