empat belas

Romance Series 207093

Setelah selesai membantu apa yang patut di bawah bersama ahli keluarga perempuan yang lain, Shira naik ke bilik.

Jam sudah menunjukkan hampir ke angka 11pm. Patutlah kepala ni rasa berat je.. dah nak tengah malam rupanya.

Perlahan-lahan kaki mendaki anak tangga ke bilik beradu. Pintu bilik Shira buka dan tutup perlahan. Dia duduk di kerusi di meja solek.

Tudung sarung di kepala ditanggalkan bersama anak tudung, bahu yang lenguh dipicit-picit perlahan.

'Ni mesti kes salah angkat tong gas tadi.. haih..' tengah leka aku mengurut diri sendiri..

Tiba-tiba..

Klik.

Pandangan aku kalihkan menghadap arah bunyi tadi. En. Khalish keluar sambil mengelap rambutnya dengan tuala kecil.

Tanpa baju, dia hanya memakai seluar tracksuit bewarna kelabu. Mata mereka bertentangan.

Khalish meneguk liur sekali, mata dikalihkan dari melihat Shira yang kelihatan berbeza tanpa tudung.

Cantik.

"Bila masuk?" tanyanya dingin sebelum melangkah ke almari untuk mengambil baju.

"Ba..Baru je bang." Shira tak kalih pandang. Matanya terpaku pada body si suami.

'Untung nye aku.. tak sangka wajah kacak, plus body pulak hot. Tak silap pilihan aku.'

Shira menongkat dagunya di meja solek, memerhati dan terangguk-angguk mengiakan. Berkata-kata sendirian.

"Shira.." Khalish mengerutkan kening.

"Shira.." panggilnya lagi. 'Perempuan ni.. mengelamun lagi.'

Dia berjalan perlahan ke arah Shira, air jernih dari anak rambutnya yang mengenai wajah Shira menyentakkannya.

"Ye ye bang? Hehe.. abang kata apa tadi?" Shira terkejut kecil lalu tersengih menatap Khalish yang berdiri di sebelahnya kini.

"Mandi dulu.. Saya ada sesuatu nak cakap nanti." dia berjalan ke katil.

Dengan rambut yang masih serabai tak bersikat, dia membuka tabnya dan menggosok rambut dengan kain tuala kecil dengan sebelah lagi tangannya. Tubuhnya disandarkan di kepala katil.

"Baik.." tak menunggu lama, kain batik dan tuala diambil lalu Shira menapak ke bilik air di dalam biliknya untuk mandi.

Selesai dia mandi, pakaian yang sedia dibawa bersama tadi dipakai di dalam bilik air sebelum keluar.

Dia tak jadi memakai pakaian yang dihadiahkan Mei dan Lina apabila melihatkan tindak-tanduk beku Khalish.

Rambut dikeringkan dengan dryer sebelum disikat. Losyen disapukan pada kulit begitu juga krim mukanya.

'Okay.. fuh. Chill Shira. You can do this.' pantulan Khalish di dalam cermin yang leka dengan tabnya dipandang.

Shira dengan langkah ayunya mendekati Khalish. Duduk dilabuhkan di birai katil bersebelahan kaki Khalish yang berlunjur.

"Abang.. Shira dah siap. Abang nak cakap tentang apa ni?" Shira cuba bertutur lembut, sopan.

Cermin mata Khalish tanggalkan, diletakkan di meja katil di sebelah. Begitu juga tabnya yang sudah ditutup. Dia berpeluk tubuh, memandang dingin ke arah Shira.

"Awak tahu kan.." dia tak berkata habis.

"Tahuuuuu apa?" Shira tersengih polos.

'Dia ni la cakap tak habis.. manoi nak pahe nye. Hish.. bikin suspen betullah..' desis hati kecilnya.

Khalish mula duduk bersila menghadap Shira. Wajahnya serius habis.

"Saya tak nak ada apa-apa 'hubungan' dengan awak. Get it?" sengaja ditekankan perkataan itu supaya Shira faham kehendaknya.

Dia tak nak menjalinkan hubungan yang lebih jauh bersama Shira kerana dia langsung tak punya perasaan pada gadis ceria itu. Tak kan mahu merosakkan Shira pula bukan?

"Maksud abang.. kita tak payah tu la?" Shira bertanya slow-slow. Agak terasa sebenarnya.

"Hmm..saya harap awak tak kisah." Khalish berkata lagi seraya mengangguk sedikit.

Dia perasan riak wajah Shira yang nyata kecewa dengan permintaannya tadi tapi.. dia masih teruskan juga.

'Aku dah tekad.. maaf Shira.'

Shira ketap bibir, dia bukannya terdesak sangat mahukan hubungan intim dengan Khalish.. cuma..

..dia mahukan peluang.

Peluang untuk dia tunjukkan yang dia benar-benar cintakan lelaki tu.. Tapi..

Wajah Khalish yang menunggu jawapannya ditatap sayu.

'Kenapa dia macam tak nak bagi aku sebarang peluang? Haih..Tak apalah. Aku akan berusaha tunjukkan yang aku ikhlas sepenuh hati pada dia.'

Akhirnya dengan senyuman manis, Shira menjawab ceria.

"Tak apa.. Shira tak kisah. Abang ambil la masa abang untuk terima Shira. Shira setia tunggu abang selama mana pun." yakin dia bertutur.

"Baiklah. Terima kasih." Dengan anggukan kecil, Khalish menjawab perlahan.

"Am.. awak.. tidur sekali ke?" Khalish bertanya pada Shira perlahan. Dia menyibukkan diri membetulkan duduknya. Malu.

Sebenarnya jauh di sudut hati, dia resah apabila berhadapan dengan Shira. Tambahan pula mereka sudah sah bergelar suami isteri.

"Eh.. mestilah! Tak kan Shira nak tidur bawah kot. Shira tidur kiri, abang tidur kanan. Okay?" Tak menunggu kata putus dari Khalish, Shira sudah berbaring pantas di sebelah Khalish sambil menghadapnya.

"Tidurlah bang.. Meh sini." Bantal Khalish di sebelahnya ditepuk mengajak si suami berbaring sekali. Senyuman manis ditayangkan.

Khalish mengeluh kasar sebelum memandang Shira.

"Fine..but.. Don't touch me." dingin suaranya berkata sebelum tubuh dibaringkan membelakangi Shira.

'Kenapa lah perempuan ni berani sangat.. aku pulak yang takut. hurmmm..' Khalish cuba untuk tidur, tapi langsung tak berhasil.

Bilik sudah ditutup lampunya, hanya ada lampu malap di sebelah Shira saja yang menyala membuatkan sekeliling samar-samar.

Tak lama kemudian, dia terasa sesuatu menjalar di perutnya, Khalish terkedu sebentar.

Shira dengan beraninya memeluk Khalish, dirapatkan dirinya di belakang tubuh itu. Manja.

Dia tersenyum angau. Bahagianya!!

Tapi.. kegembiraan dia tak bertahan lama. Tangan Shira ditepis Khalish dan lelaki itu pantas duduk bersila.

"Jangan. sentuh. saya. Awak faham tak?" keras suaranya. Khalish menahan marah. Dia paling pantang orang melawan kata-katanya.

Dia memandang Shira tajam. Dingin.

Wanita itu hanya ketawa kecil dan tersenyum comel, "Sorry abang." bisiknya perlahan.

Khalish mengerutkan dahinya, "Perempuan pelik." tuturnya perlahan sebelum kembali berbaring kembali. Comforter ditarik melepasi bahu.

"Hahaha.. abang panggil Shira perempuan pelik? Aduh abang.. abang ni lawak la. Ada pulak panggil macam tu? Kalau abang nak panggil.. abang panggil la si cantik ke.. isteriku sayang ke.. kan cantik tu. Ni perempuan pelik? Hahaha.."

Ketawa Shira meletus mendengar statement si suami dan mula berbual seorang diri. Khalish mengabaikan dia.

"Diamlah." dia bersuara dingin.

"Okay okay. Shira diam. Tapi kan bang.. Shira nak peluk abang boleh tak? Best la pulak peluk body abang ni.. boleh ye?"

Tak menunggu balasan Khalish, dia memeluk lagi belakang tubuh Khalish lagi. Lelaki itu cuba merungkaikan pelukan Shira di perutnya tetapi Shira awal-awal lagi sudah bersiap sedia. Mengeratkan lagi pelukannya.

"Lepaslah.." Khalish mula naik rimas. Dia mengeluh kasar.

"Shira tak buat apa-apa pun.. nak peluk je. Tak salahkan.? Bia la, bukannya berdosa pun." pandai saja mulutnya berbicara.

Dia tak peduli, dia nak rapat juga dengan En Schizo dingin ni.. dan akan ditawan hatinya juga.

"Salah la.. sebab aku tak suka." keras suaranya walaupun tanpa nada marah. Shira tahu dia bagaikan menempah kemarahan Khalish tapi kalau tak cuba.. mana nak tahu kan?

Dia akan buatkan Khalish rasakan kehadirannya, kasih sayangnya pada lelaki itu. Dia akan.

"Jadi abang kene sukakan lah.. Sebab Shira akan peluk abang setiap malam. Malam ni.. malam esok.. malam seterusnya.. malam seterusnya dan seterusnya.. sampai bila-bila!" ceria dan manja saja pertuturannya dari belakang tubuh Khalish.

"Lepasla.." dia mencuba lagi. Menyampah.

"Tak mau!" balas Shira manja. Kepala ditekupkan pada belakang badan Khalish.

"Ishh.. rimaslah." keluh Khalish lagi. Tangan Shira cuba dialihkan lagi, tapi langsung tak berganja.

'Perempuan ni belajar judo ke apa.. kuat semacam.' desis hatinya.

"Tetap tak mau!" Shira menjawab lagi. Manja. Dia suka perasaannya kala ini.. dia tak akan mengalah!

Khalish penat.. malas mahu bergaduh, akhirnya dia mendiamkan diri saja. Dibiarkan tangan Shira memeluk tubuhnya dengan kepala disandarkan pada belakang tubuh lelaki itu.

"Abang..." Shira panggil perlahan.

Diam.

"Ooo abang.." panggilnya lagi.

Khalish yang masih belum tidur mengerutkan dahi.

'Sah aku kawin dengan orang yang salah.. Perempuan ni mental ke apa?'

Shira mengangkat sedikit tubuhnya, memandang wajah Khalish yang disangkanya sudah dibuai mimpi.

Dia tersenyum seorang diri melihat wajah tenang yang selalu membuatkan hatinya berdetak laju itu.

Perlahan-lahan dia merapatkan wajahnya pada Khalish sebelum dikucup perlahan sebelah pipi lelaki itu.

Khalish tergamam, lakonan cuba dikekalkan. Dia meneguk liur yang dirasakan kelat semacam.

"Shira sayang abang. Selamat malam." bisiknya lembut.

Shira kembali berbaring di belakang tubuh Khalish, badan lelaki itu dipeluk erat. Tak mahu dilepaskan.

Dia mula tertidur lena.. lena bersama En Schizo pujaannya.

Khalish masih bingung dengan perlakuan Shira. Dia rasakan suatu perasaan yang aneh. Dia tak kenal perasaan ni.

Sayang?

Suka?

Atau..

Cintakah?

Dia tak tahu..

'Argh.. perempuan ni bermasalah betul. Aku tak boleh bagi dia harapan palsu. Aku tak akan biarkan dia rapat dengan aku lagi. Tak akan.'

Lain yang dirasakan Shira, lain pula yang dirasakan Khalish. Dia mengeluh perlahan agar tak kelihatan sangat, bimbang jika Shira perasan perbuatannya.

'Aku cuma tak nak dia kecewa suatu hari nanti.. maaf Shira.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience