BAB 2

Horror & Thriller Completed 659

Kelihatan dua orang pegawai polis wanita sedang mengiringi seorang wanita turun dari rumah. Baju kurung yang dipakainya terkesan tompokan darah di sana sini. Tangan wanita itu digari dan disuruh masuk ke dalam van berwarna biru gelap.

“Tuan!” Sarjan Mat yang terlihat keretanya tadi segera menegur.

“Kisah apa pula pagi raya ni, Jen?” Izz Shazzy membuang puntung rokok ke tanah. Dia berjalan beriringan dengan Sarjan Mat untuk masuk ke dalam rumah kampung yang cantik binaannya.

“Suatu hari di hari raya...” Wajah Sarjan Mat sugul. Kata-kata yang dituturkannya tadi yang sepatutnya bernada ceria berbunyi kesal. “Suspek utama... Iklimah Sidin, 32 tahun. Menurut keterangan jiran, suspek sudah berkahwin dengan mangsa lebih kurang lima tahun. Dikurniakan tiga orang anak. Ini rumah keluarga suaminya.” Sarjan Mat memulakan laporan.

Izz Shazzy tekun mendengar sambil memanjat anak tangga kayu dan masuk ke dalam rumah. Terus bibirnya beristighfar. Suatu hari di hari raya...

“Hamdan bin Joned, suami mangsa. Berumur 38 tahun. Bekerja sebagai pengurus di Kuala Lumpur.” Sarjan Mat terus bersuara.

Izz Shazzy menelan air liurnya melihat keadaan mangsa yang mengerikan. Hamdan terduduk di atas kerusi rotan, tersandar dengan kepala terdongak ke atas. Matanya terbeliak dengan mulutnya dipenuhi berpuluh puntung rokok. Sudah tentu sebelum kematiannya, kesemua puntung itu sedang bernyala berdasarkan keadaan bibir yang melecur. Kulit di sekeliling mulut dan hidung juga ada kesan terbakar. Pada perut mangsa, sebilah spanar masih terbenam. Darah pekat sudah kering pada pakaian dan seluarnya. Izz Shazzy tidak pasti sama ada Hamdan diseksa dahulu dengan batang rokok atau dia ditikam dahulu. Pakar forensik akan menentukan nanti.

Melihat akan kengerian mayat Hamdan, Izz Shazzy bersumpah tidak mahu merokok lagi. Baunya sungguh memualkan secara tiba-tiba. Dia terasa ingin muntah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience