BAB 22

Romance Completed 18284

"Ara, hari ni mak nak singgah sini jenguk Ara. Semalam dia call tanya pasal Ara. Kebetulan semalam Ara memang tak sihat jadi abang pun jawab jelah Ara tak sihat".

"Kenapa abang cakap macam tu? Kesian mak susah2 datang pulak".

Tali leher suaminya dibetulkan. Dia mengemaskan butang baju dan kemeja Hafiy.

"Mak yang nak singgah, takpelah. Erm, abang tak pasti balik awal ke tak. Kerja banyak sangat la. Macam biasa abang akan singgah rumah umi dulu, ok?".

Zahara mengangguk lemah. Dahinya dikucup lembut. "Sayang isteri abang ni".

Zahara tersenyum malu. Hafiy sempat memesan agar dia berehat sahaja sehingga Puan Azila sampai. Setelah bersalaman, Hafiy terus memandu kereta nya menuju ke tempat kerja.

Zahara menutup pintu rumah. Dengan lemah dia berjalan ke katil untuk berehat. Sudah sebulan Zahara muntah2 dan loya. Hafiy pula mati akal untuk memujuk isterinya ke hospital. Sudahnya, Zahara terbaring lesu di rumah. Risau hatinya, Tuhan saja yang tahu.

Sementara menanti Puan Azila sampai, Zahara mengisi masanya membaca majalah yang dikirim oleh Hafiy semalam. Dapatlah juga dia bahan bacaan sepanjang terlantar diatas katil. Kalau tidak, pasti kebosanan dibuatnya.

Majalah diselak dari satu helaian ke helaian seterusnya. Mata Zahara tertancap pada gambar ibu mengandung dihalaman belakang majalah. Serentak hatinya tertarik. Bibirnya tanpa sedar menguntum senyuman. Tangannya mula mengusap perlahan perut yang bakal membesar.

"Anak ibu nanti jadi anak solehah, ok?".

"Maafkan ibu sebab tak dapat nak besarkan baby dengan penuh kasih sayang".

Zahara sebak. Entah kenapa dia tak dapat nak membendung air mata nya dari mengalir. Perasaannya begitu cepat terusik.

"Membesar dengan baik ya, sayang. Ibu tunggu".

Tangannya masih mengusap2 perutnya. Seakan2 dia sedang bercakap dengan anak didepannya. Tak dapat nak dibayangkan Zahara apabila dia memboyot dan mengenakan baju mengandung.

Zahara tergelak kecil. Lama dia termenung sendiri. Tak sabar rasanya untuk dia sampai ke fasa itu. Bagaimana agaknya rupa dia ketika kandungan mencecah trimester kedua dan ketiga?

Sedang dia sibuk berkhayal, pintu rumah diketuk tanda ada orang datang. Seperti suara Puan Azila. Dengan segera Zahara bergerak membuka pintu. Wajah ibu mertuanya menghiasi anak mata Zahara.

"Mak, sorang aje?".

"Ha'ah. Ayah kamu ada hal. Ni ada lauk untuk korang berdua. Mak masak lebih tadi, ambillah".

Zahara sopan bersalaman dengan Puan Azila dan mengambil mangkuk tingkat ditangan mak mertuanya. Setelah menjemput duduk, Zahara lantas membuat air dan sedikit kudapa2an.

"Tak payah susah2, Ara. Mak kejap aje".

"Takpe mak. Dah ada pun barang2 kat dapur". Dulang diletakkan berhampiran Puan Azila. Air teh dituang ke dalam cawan.

"Hafiy dah lama pergi kerja?".

"Dah. Harini gerak awal banyak kerja katanya".

Puan Azila mengangguk. Wajah cengkung Zahara dipandang. "Ara tak makan ke? Mak tengok pucat aje".

Zahara tersenyum tipis.

"Makan, mak. Cuma kadang2 aje tak lalu nak makan".

"Jangan tak makan pulak. Nanti kamu kena gastrik lagi. Ni, mak nak tanya sikit, boleh?".

"Tanya apa, mak? Buat suspen je mak ni". Ujar Zahara tersenyum.

"Ni, mak tengok Ara ni macam ada isi aje tu. Ara mengandung ye?". Tebak Puan Azila. Mana taknya, sejak datang tadi tak sudah dia memerhatikan perut buncit menantunya. Kata hati mengatakan Zahara hamil.

"Er.. takdelah mak. Mana ada.."

"Tak baik selindung tau! Mak ni sekali tengok dah tau. Ara mengandung, kan?". Soal Puan Azila lagi. Tak mungkin dia salah. Gaya jalan sahaja dia sudah tahu.

Zahara kaget. Perlu atau tak dia memberitahu mak mertuanya?

"Er.."

"Ye, kan?".

Zahara mengetap bibir. Segan sebenarnya nak memberitahu Puan Azila.

"Erm.. ha'ah".

"Kan mak dah cakap! Pandai betul nak sorok2 dari mak ye? Hafiy dah tahu belum?".

Zahara geleng.

"Kenapa tak bagitau? Nak suprise la tu? Berapa bulan dah?". Teruja suara Puan Azila.

".. masuk 4 bulan".

"Dah lama tu kamu tak cakap lagi? Jangan biar lama2. Kesian laki kamu tu. Hafiy tu berharap sangat nak dapat anak. Tiap hari dia doa dikurniakan rezeki anak. Akhirnya, doa dia makbul jugak. Alhamdulillah! Tak dapat dengan Syu dapat dengan kamu. Suka la tu nanti dapat jadi ayah!". Ujar Puan Azila bahagia. Dia pula yang seperti tak sabar nak mendapat cucu.

"Er.. tulah".

"Jaga elok2 kandungan kamu ni. Jaga kesihatan, makan yang berkhasiat. Nanti, mak datang jenguk kamu selalu".

"Eh, mak! Tak payah susah2 nak jenguk Ara selalu".

"Apa pulak! Ara kan menantu mak. Mak kena jaga Ara sebaiknya.. sama macam mak jaga Syu. Ingat tu, tak mahu bagi pucat aje muka tu".

Zahara akhirnya tersenyum seraya mengangguk. Terasa diri disayangi pula. Nasihat mak mertuanya disemat kemas.

"Mak balik dulu, ye? Ingat! Jaga kesihatan. Apa2, telefon mak. Senang2 datang rumah, ye?".

"Baiklah mak. Terima kasih sebab datang. Oh ye, mak jangan cakap dengan abang pasal ni ye?".

Puan Azila senyum. Dia memahami maksud anaknya. "Iye, mak tak cakap. Mak balik dulu tau. Assalamualaikum!".

"Waalaikumussalam".

Zahara memerhati bayangan Puan Azila hingga hilang dari pandangan. Dia melepaskan keluhan berat. Sungguhpun berita kehamilannya suatu berita gembira, ia tetap tak mampu nak menghakis berita tentang penyakitnya.

Dia kembali berehat di bilik tidur. Zahara sempat membelek dirinya di cermin. Wajahnya cengkung tapi tak dapat nak melindungi perutnya yang kian membesar. Tambahan pula baju tshirt yang dipakainya muat2 badan. Zahara memegang perutnya perlahan.

"Anak ibu..."

Zahara termenung jauh. Mampukah dia bertahan hingga anaknya lahir?

Tuhan, kuatkanlah aku!

***

"Ara, bangun. Dah nak asar ni".

Hafiy menggoncang tubuh isterinya perlahan. Harini dia pulang awal ke rumah memandangkan kerjanya sudah disiapkan segera. Masuk sahaja rumah dilihat Zahara sedang nyenyak tidur. Tak sampai hati nak mengejutkan tapi waktu asar hampir masuk.

Dengan terpisat2, Zahara bangun juga dari lena.

"Abang baru balik?".

"Baru aje. Ara ok tak ni?".

"Ara ok. Abang rehatlah dulu. Ara buatkan air".

"Eh, tak payah! Ni abang nak cakap ni, tadi masa sebelum abang kejut Ara, abang tengok Ara tidur lain macam la".

Zahara berkerut. "Lain macamana pulak ni?". Soalnya hairan.

"Abang tak pernah pulak tengok Ara tidur letak bantal kat bawah badan tu".

Zahara tergelak kecil. Lucu pula melihat wajah suaminya.

"Laa.. salah ke Ara letak bantal? Sakit pinggang".

"Tapi, yang ni lain. Ara tidur macam baby la. Er.. maksud abang, macam ada baby".

"Mana abang tau ada baby tidur macam Ara?".

Sengaja disoal soalan yang sukar. Nampaknya, Hafiy seakan dapat meneka tentang kehamilannya.

"Ish, Ara ni.. abang tak tahu nak cakap macamana. Tapi, Ara siap pegang perut lagi. Perut Ara bulat macam ada.."

"Ada baby?". Potongnya. Wajahnya tersenyum manis.

"Kan? Ke bukan? Er.. Ara pregnant ke?".

Hafiy soal hati2. Dia tak berkelip memandang Zahara. Tangannya ingin menyentuh perut isterinya tapi dia tak berani nak menyentuh. Jelas di matanya saat ini pun, perut Zahara sedikit membesar.

"Pandang apa tu?".

Hafiy tergelak kecil. Digaru kepala yang tak gatal.

"Hehe.. takde apa2 lah.."

Zahara tersenyum. Mungkin ini masa yang sesuai untuk memberitau berita gembira ini.

"Abang nak pegang ke?".

Hafiy tersengih. Digaru kepala yang tak gatal.

"Ara pregnant ke?". Soalan yang sama diulang.

"Kalau Ara mengandung, nanti abang nak letak nama apa kat anak kita?". Soal Zahara setelah lama mendiamkan diri. Hafiy bingung. Dia terkedu seketika sebelum sempat dia melompat kegembiraan.

"Ara pregnant ke? Tak tipu?! Abang jadi ayah? Seriously?!".

Tak berhenti dia menjerit bahagia. Hafiy jelas suka dengan rezeki yang diterima dari Tuhan. Langsung dia bersujud syukur, lama. Zahara hanya mampu memerhatikan sahaja tingkah laku suaminya. Air mata mengalir tak dapat nak dibendung. Dia juga bahagia. Dia juga merasa derita. Janji Hafiy bahagia, cukup buat Zahara. Anak ini hadiah untuk suaminya.

"Terima kasih Ya Allah! Lama aku tunggu akhirnya kau kabulkan doa aku!".

Air mata lelakinya mengalir tak henti. Umpama mendapat kelahiran semula. Hafiy bersyukur. Mulutnya tak sudah menyebut hamdalah. Dia bersyukur!

"Terima kasih Zahara. Abang bersyukur sangat!". Dia memeluk erat isterinya. Berkali2 dia mencium pipi wanita itu. Tiada kata yang dapat digambarkan perasaannya tika ini.

"Allah! Allahu Akbar! Abang dapat jadi ayah".

Zahara tersenyum. Suaminya gembira. Ya Allah, aku bersyukur padaMu.

"Terima kasih, Ara. Abang janji abang jaga anak ni sebaik mungkin".

"Anak je?".

"Both of you".

Hafiy mencium lagi dahi isterinya buat kali yang ke berapa. Bahagianya hari ini. Dia ingin menjerit pada satu dunia bahawa dia bakal menjadi ayah. Biar dunia turut gembira dengannya.

"Allah! Abang tak dapat nak bayangkan. Abang tak mimpi kan?".

Zahara mencubit kuat pipi Hafiy hingga dia mengaduh sakit. "Tak mimpi, kan?".

Hafiy tergelak kecil. Lama dia memandang wajah Zahara. Dia amati satu persatu wajah isterinya itu.

"Kenapa?". Soal Zahara.

"Abang tak sangka setelah beberapa tahun kita kahwin, akhirnya abang dapat jadi ayah. Abang dapat pegang title ayah. Abang akan ada anak dengan Ara. Cinta kita".

"Terima kasih. Sebab jaga Ara. Ini hadiah buat abang".

Tangan kasar suaminya diambil lalu dibawa ke perutnya. Hafiy takut2. Lama dia memegang perut comel isterinya. Satu perasaan yang tak mampu diungkapkan dengan kata2. Mengalir air mata Hafiy lagi.

"Rezeki Allah yang abang takkan sia2kan". Ujarnya.

"Abang takkan pernah sia2kan sampai bila2. Janji jaga anak ni sebaiknya?".

"Kita akan jaga sebaiknya. Abang akan jaga Ara dan baby kita sebaiknya".

Zahara menarik nafas lega. Dia pasti Hafiy mampu menjaga dan mendidik anak ini menjadi anak solehah suatu hari nanti.

"Patutlah isteri abang selalu tak sihat, rupanya mengandung. Kenapa tak cakap awal2 dengan abang?".

"Er.. surprise!".

Hafiy menggeleng melihat perangai isterinya. Dalam sakit2, sempat lagi nak membuat kejutan.

"Siapa je yang dah tahu pasal ni?".

"Erm, mak. Itupun tadi baru tahu. Mak soal mengena pulak".

"Mak tu tak usah la nak bohong. Sekali pandang dia dah tahu. Hurm, abang ni jelah yang lambat".

Zahara tersengih. Hafiy memeluk erat Zahara.

Ya Allah, kalau suamiku bahagia, terus buatkan dia bahagia dengan berita ini. Jangan bagi dia tanggung kesedihan yang aku alami.

"Mulai harini, jangan paksa diri kalau tak boleh. Abang akan bantu sama2. Abang nak isteri abang sihat and baby pun sihat. Ok?".

"Ara still nak masakkan untuk abang".

"Kalau sakit, macamana? Abang taknak susahkan Ara".

Zahara tersenyum. "Abang, tak terberanak pun kalau setakat masak. Nanti kalau betul2 tak larat baru Ara rehat".

Hafiy mengeluh. Susah juga nak berunding dengan isterinya ini.

"Boleh dengan syarat jangan terlalu memaksa diri".

"Yess boss!".

Zahara mengekek gelak. Dia kembali ke dalam pelukan Hafiy.

Sedih, pergi jauh2 dari hidup aku!

"Abang tak sabar nak tengok perut Ara besar. Mesti comel!".

Zahara merona merah. Dia juga tak sabar nak melihat dirinya seperti itu. Hafiy kembali mengusap perut Zahara.

"Membesar dengan baik. Duduk dalam tu elok2 ye. Jaga ibu bagi pihak ayah, ok?".

"Abang rasa dalam tu baby ke?".

"Laa.. kenapa? Bukan ke?". Soalnya naif. Wajah Hafiy seperti kanak2 hilang gula2.

"Apalah abang ni! Baru lagi ni, belum jadi lagi. Nanti bila dah terbentuk, barulah abang nak cakap2 dengan dia. Haa.. masa tu dia boleh faham apa ayah dia cakap".

"Ohh, macam tu ye. Tapi pun tak kisah lah. Abang nak cakap dari sekarang jugak. Biar nanti dia selalu dengar suara ayah dia".

Zahara tersenyum suka. Comel betul melihat gelagat suaminya. Tak sudah dia nak memegang perutnya itu. Perasaan teruja yang baru diterima.

"Abang, ada bau masyam tak?".

Hafiy terdiam. Hidungnya cuba mencari bau yang dikatakan.

"Takde pun".

"Tapi Ara ada bau la. Macam bau masyam kat abang".

"Ara!".

Serentak dia mencubit pipi isterinya manja. Terjerit kecil isterinya. Hafiy bangun dari katil segera.

"Memandangkan ibu kata ayah masyam and ayah pun taknak baby pening dengan bau ayah, ayah akan pergi mandi. Nanti dah wangi jangan marah kenapa ayah melekat je kat ibu". Hafiy menjelir lidah pada Zahara. Dia terus membersihkan diri.

Zahara bangun dan terus ke dapur. Bibirnya tak sudah tersenyum. Telefon bimbit Zahara mula berbunyi tapi disebabkan bunyi tv dan ikan yang sedang digoreng, Zahara langsung tak mendengar.

Hampir tiga kali telefon berbunyi mujur sahaja Hafiy keluar dari bilik air. Dengan terkocoh2 Hafiy keluar dan mendapatkan telefon isterinya yang diletakkan diatas meja.

"Hello, assalamualaikum. Siapa tu?".

"Waalaikumussalam. Puan Zahara, ada?".

"Dia ada di dapur. Saya suami dia. Ada apa ya?".

"Maaf, saya Dr Radiah.. nak tanya keadaan Puan Zahara sebab lama dah dia tak datang buat check up".

"Oh, isteri saya tak datang check up untuk kandungan dia ke?".

"Ya, untuk kandungan dan juga penyakit kanser Puan Zahara".

Hafiy terkejut. Kanser?

"A.. apa dia? Isteri saya sakit apa?".

"Maaf encik. Encik tak tahu ke?".

Hafiy terdiam. Zahara ada kanser?

"Siapa nama doktor? Boleh saya jumpa doktor tak?".

"Abang.. makan jom!".

Suara Zahara mengejutkan Hafiy. Dengan segera dia menaip nombor telefon doktor wanita itu ke dalam henset nya. Hafiy mematikan talian.

Dia terkejut. Isterinya langsung tak memberitahu tentang hal serius ini kepada dia? Kenapa? Zahara mempunyai penyakit yang dia tanggung sendiri. Ya Allah, dugaan apa yang kau beri buat isteriku?

"Abang.. buat apa lagi tu? Jom la cepat nanti sejuk". Zahara muncul di muka pintu. Dia segera menarik lengan Hafiy menuju ke meja makan.

"Sedap tau Ara masak harini. Mesti abang makan bertambah".

Zahara menceduk nasi ke pinggan. Lauk kari ayam ala mamak menjadi menu petang ini. Hafiy masih diam. Dia masih terkejut dengan berita yang baru diterima. Wajah Zahara ditatap lama. Isterinya masih tersenyum.

"Kenapa ni? Tak suka ke lauk ni?".

"Ara ok ke?".

"Hurm? Ok je.. kenapa?". Zahara memandang pelik. Ada yang pelik ke pada wajahnya?

Hafiy menggleng. "Hurm, takde apa2 lah. Ara makan sekali, ok?".

"Ara takde selera. Tekak ni masih loya".

"Makan lah. Nanti tak sihat pulak".

"Taknak".

"Makan sikit pun jadilah. Makan, eh?".

Zahara tetap menggeleng. Memang dia takde selera. Tekaknya tak boleh nak telan apa2 makanan berat.

"Kalau tak makan, macamana nak sihat? Takkan Ara nak biarkan sakit aje?".

Hafiy mula risau. Dia tau isterinya tiada selera. Tapi, Hafiy risau kalau2 Zahara makin teruk. Untuk seketika, Hafiy terpaksa tahan hati untuk menyoal. Dia risau Zahara sedih dan takut. Biarlah isterinya menyangka dia tak tahu apa2. Hafiy taknak Zahara makin teruk.

"Abang suap?".

Zahara masih diam. Nak ditolak tak sampai hati. "Sikit aje".

Hafiy tersenyum. Barulah dia lega sedikit. Hafiy mula mengajak Zahara duduk disebelahnya. Sesuap nasi dihulur ke mulut Zahara. Penuh payah dia menelan. Hampir sahaja dikeluarkan balik butir2 nasi itu semula.

"Tak boleh langsung ke?". Soal Hafiy risau.

"Mungkin baru2 lagi.. tu yang masih loya".

Hafiy tersenyum pahit. Tak sanggup dia nak melihat wajah cengkung isterinya. Zahara sanggup diamkan hal ini dari pengetahuannya. Dalam masa sehari, Hafiy mendapat dua berita sekaligus. Betapa kuat hati kau, Ara!

Ya Allah, pulihkan isteri aku. Aku pohon padaMu.

***

"Apesal lambat? Penat aku tunggu lama!".

Salam dihulur. Aizat menyapa Hafiy ramah.

"Aku pergi hospital kejap tadi".

"Haa.. siapa sakit? Kau?".

Hafiy mengeluh berat. Dia biarkan dahulu soalan Aizat tak berjawab. Hafiy memesan air dan makanan sebelum mula berborak panjang.

"Aku sakit kat sini, bro!".

Hafiy memegang kuat dada nya. Dia cuba bertahan dari mengalirkan air mata. Berkali2 dia menghembus nafas.

"Apesal kau ni? Sakit kenapa pulak?". Soalnya risau melihatkan keadaan Hafiy yang seperti ditimpa masalah besar.

"Bini aku, Zat.."

"Kenapa dengan bini kau? Apa yang dia buat? Apa jadi?".

Hafiy menggeleng. Wajahnya diraup kasar. Mata Hafiy sudah merah hampir nak menangis.

"Ara kanser, Zat!".

"Allah!!".

Aizat tersandar lesu. Untuk seketika, mereka terdiam. Hafiy menekup wajahnya lama. Dia menangis sepuasnya. Mujur ada Aizat yang menenangkan dirinya. Berat rasanya dugaan yang diterima. Selepas satu, satu masalah yang tak terhabis.

"Sabar, Fiy. Aku tahu ni semua berat untuk kau".

"Bini aku, Zat. Allah!". Hafiy menangis lagi dan lagi.

Mujur tempat mereka lepak tiada ramai pengunjung. Hafiy melepaskan segala2nya pada kawan baiknya.

".. Ara kanser teruk ke?".

"Kanser rahim.. stage 4. Aku takut, bro. Aku takut hilang bini aku. Aku takut".

"Wei, jangan macamni. Kau kan tau bini kau tu manusia biasa yang akan pergi menghadap Allah suatu hati nanti. Sama aje macam kau and semua orang. Jangan cakap macamtu". Tegur Aizat.

Sedih pula melihat Hafiy begitu. Serabut wajahnya.

"Aku sayang dia. Aku.. aku rasa bersalah sebab dia dapat sakit!".

"Ish, jangan cakap macamtu. Bukan sebab siapa2 pun dia dapat penyakit tu. Allah nak uji kau dan dia, itu aje! Mengucap, Fiy!".

Hafiy menggeleng kepala berulang kali. Tak dapat dia bayangkan apa yang berlaku nanti. Puas dia menahan perasaan akhirnya terluah juga. Sebelum dia keluar tadi, Zahara sudah pun lena kerana penat. Hafiy tak mampu nak menatap wajah isterinya lama. Hatinya sedih.

"Aku takut, Zat! Muka dia pun aku tak boleh nak tengok. Hati aku jadi sedih yang teramat! Bila dia sakit, aku rasa bersalah sebab kenapa bukan aku yang sakit?!".

"Fiy, ni semua ketentuan Allah! Kau tak boleh nak mempersoalkan benda ni. Dia bagi sebab dia tau Ara boleh hadapi. Kau ada tengok ke dia lemah? Takde kan? Sebab dia kuat lah Allah bagi ujian ni. Kau sebagai suami kena selalu bagi dia penguat dan kata2 perangsang. Sekarang ni, kau aje kekautan dia, Fiy".

"Macamana aku nak bagi dia penguat kalau aku sendiri tak kuat? Lagipun, dia tak tau yang aku dah tau pasal ni. Aku tak berani nak tanya sebab aku takut dia sedih".

Aizat mengeluh. Kesian dengan Hafiy tapi dia juga tak tahu nak tolong macamana.

"Kau tak boleh macamni. Kau kena kuat! Tahan hati. Kalau kau lemah, dia pun lemah. Jangan nampak kau lemah depan dia. Kau kena fight sama2 dengan dia untuk lawan penyakit ni".

Hafiy tekun mendengar. Dia menguak rambut. Kalau ini cuma mimpi. Kalau..

"Tapi, Ara pregnant.."

"Alhamdulillah! Tahniah, Fiy! Akhirnya kau jadi ayah. Aku tumpang teruja!". Dia menepuk2 bahu Hafiy. Tak sangka kawannya menjadi ayah juga.

"Terima kasih, bro. Aku bukan apa, risau dengan kandungan dia. Ara dah lain sejak sakit ni. Makan taknak, kerap sakit pinggang, loya semua. Aku takut dia makin teruk".

"Kau bawak dia jumpa doktor.. mana tau doktor ada cara diorang. Janji kau kena kuat buat Zahara". Pesan Aizat ikhlas.

"Aku cuba untuk kuat demi dia dan anak aku".

"Macam tulah baru ok! Kena semangat!". Aizat tersenyum lebar. Dia mengangguk setuju.

"Kau doakan aku. Aku lega dapat cerita kat kau. Dahlah aku tak dapat jumpa Syu sekarang ni. Entah mana lah dia sekarang".

"Laa.. masih tak jumpa jugak? Macam2 hal lah bini kau tu". Tempelak Aizat. Air dihirup perlahan.

"Tu yang aku pening ni. Tanya mak mertua aku.. memang payah la. Aku tak tahu nak cari mana lagi. Si Shamila tu entah mana perginya. Ghaib terus!".

Aizat menggeleng kepala. Susah betul macamni. Kalau nak ikut kepala dia aje, sampai ke sudah masalah tak settle!

"Tak cuba contact kawan2 dia yang lain?".

"Dah, tapi kebanyakan kata lama dah tak contact. Aku naik buntu sekarang". Dahinya dipicit kuat. Betapa rindu Hafiy pada Mariam Syuhada, hanya Allah yang Tahu.

"Kau sabar la. Yang ni pun, aku tak tau nak cakap apa dah. Nanti aku suruh la kawan aku cari. Dia terer bab2 cari orang ni. Kau rilex ajelah!".

Hafiy mengeluh. Hati mana nak tenang kalau isteri sudah lama hilangkan diri tanpa khabar berita. Dia tak sangka sebegini tekad isterinya. Hafiy perlu selesaikan masalah yang melanda secepat mungkin. Lagi lama, lagi serabut otaknya.

"Thanks, bro. Aku beruntung ada kau. Kalau tak.. tak taulah apa yang jadi kat aku ni".

"Small matter, lah. Aku kan kawan kau!". Mereka tersengih.

Hafiy sempat menghirup air yang dipesan. Makanan yang sudah lama siap segera dihabiskan. Serasa lama sudah dia bersama Aizat. Kesian pula meninggalkan Zahara sendiri di rumah. Hatinya dipagut risau.

"Aku balik dulu, lah! Takut Ara cari aku pulak".

Aizat mengangguk. Faham la dia tanggungjawab sebagai suami. Aizat juga terasa mengantuk. Setelah berpamitan, Hafiy terus memandu pulang ke rumah. Mujur Zahara masih lena.

Setelah mengunci pintu dan menutup lampu, dia turut melelapkan mata disebelah isterinya. Hafiy tak lupa mencium dahi Zahara sebelum tidur. Kali ini, tidur Hafiy lena. Kemas tangannya melekap di perut Zahara.

"Tidur lena, baby ayah".

***

"Ada apa Zulaikha jumpa abang pagi2 ni?".

Mariam Zulaikha tersenyum. Memang awal pun. Dia mahu Hafiy orang pertama yang tahu tentang hal ini. Mujur sahaja Hafiy ada di rumah awal pagi sebegini.

"Adik ada benda nak cakap ni".

"Hurm.. cakaplah". Hafiy mempersilakan adik iparnya duduk di meja batu halaman rumah.

"Kak Ara takde ke?". Anak matanya tercari2 kelibat Zahara di dalam rumah.

"Er.. ada. Kat dalam tengah tak sihat".

"Ooh.. demam ke?".

Hafiy tersenyum. "Takdelah. Dia pening kepala. Muntah2".

"Oh? Jangan cakap kat adik yang.. pregnant ke?!". Dia teruja. Lebar senyumannya saat ini.

"Alhamdulillah!".

Ringkas jawapan Hafiy. Makin teruja Mariam Zulaikha dibuatnya.

"Tahniah, abang Hafiy! Akhirnya, doa abang dikabulkan. Wah, adik dapat anak buah la ni".

"Doakan yang baik2, InsyaAllah. Terima kasih la".

Mariam Zulaikha tersenyum. Berita yang dia juga ternanti2. Mesti abang iparnya akan lebih bahagia kalau mendengar berita yang satu lagi ni.

"Tadi Zulaikha nak cakap apa?".

"Ops! Lupa pula kita. Ni, kalau adik cakap pasal hal ni, abang mesti happy gila!".

"Pasal apa tu?". Dia membetulkan duduk.

"Adik tau mana akak ada sekarang!".

Serentak Hafiy tegak berdiri. Alangkah terkejut bertambah gembira tak terkata. Hafiy mengucapkan syukur berkali2.

"Akak kat mana? Mana Zulaikha tau?". Bertubi2 soalan diajukan. Hafiy kembali duduk menanti jawapan Mariam Zulaikha.

"Sabar, abang. Adik tau lah sebab semalam dia call adik. Dia mintak adik rahsiakan tapi takkan adik nak buat macamtu. So, sebab tu pagi2 adik ada sini".

"Adik bagitau abang cepat kat mana Syu ada. Abang tak boleh lama2 macamni. Abang nak sangat jumpa Syu". Pintanya.

"Akak ada kat homestay kak Fiza".

Hafiy menepuk dahi. Bagaimana dia boleh lupa tentang itu. Hafiza kawan baik Mariam Syuhada dan dia pernah ke sana pun sebelum ini.

"Tapi.. abang tak tau tempat tu".

"Don't worry, abang! Apa guna adik pagi2 menyinggah sini kalau adik tak boleh nak hantarkan. Adik kan ada. Adik tau alamat dia". Ujarnya senang hati.

"Ok! Tunggu abang kejap kita pergi sekarang jugak. Tunggu!".

Hafiy berlari masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian. Walau apa pun yang jadi, dia mesti bawak isterinya pulang. Hatinya tak mampu nak menahan lagi derita kehilangan Mariam Syuhada.

"Kenapa terkocoh2 ni, bang?". Pelik Zahara melihat tingkah suaminya. Dia yang baru sudah keluar dari bilik air menyoal.

"Abang nak pergi jumpa Syu. Abang nak pujuk dia balik!". Ujarnya gembira. Zahara juga turut terkejut mendengarnya.

"Kat mana? Mana abang jumpa dia? Ya Allah, alhamdulillah!". Zahara tersenyum gembira. Senyuman Hafiy bakal menghiasi kembali wajahnya.

"Zulaikha bagitau. Sekarang abang nak pergi tempat tu. Ara ikut abang sekali, ye?".

"Eh.. takpelah! Biar abang je pergi jumpa dia. Ara taknak mood dia spoil pulak tengok Ara ni. Abang pergi je, ye?". Tolak Zahara lembut.

Hafiy diam. Tak mungkin dia meninggalkan Zahara sendiri.

"Takkan abang nak tinggal Ara kat rumah pulak?".

"Takpelah! Ara stay sini tunggu abang. Abang pergi pujuk Syu balik. Ara doakan semuanya berjalan lancar".

Hafiy tersenyum. Sempat dia mencium dahi Zahara lama. "Terima kasih, Ara".

Zahara mengangguk laju. Hafiy kembali bersiap. Jelas riak gembira di wajah suaminya. Pasti Hafiy terlalu rindukan isterinya. Hafiy siap bernyanyi kecil lagi di hadapan cermin. Lucu melihat lagak suaminya itu.

"Abang pergi dulu, ok? Tunggu abang balik".

Zahara tersenyum. Dia melihat suaminya pergi dengan harapan semuanya berjalan lancar.

"Ayah nak jumpa dengan umi Syu. Kita doakan sama2 ye, sayang. Ibu sayang ayah. Ibu nak diorang berbaik semula dan duduk bahagia macam dulu". Dia mengusap perutnya perlahan.

Ya TuhanKu, permudahkan segalanya.

***

Bangunan homestay milik Hafiza terpampang dihadapan mata Hafiy. Dadanya berombak kuat. Bagaimana reaksi isterinya nanti, dia sendiri tak pasti. Hafiy berharap Mariam Syuhada akan mengikutnya pulang ke rumah. Tak sanggup lagi dia duduk berjauhan.

"Jom!".

"Eh, abang ajelah. Nanti kalau adik ada, mau mengamuk akak nanti". Tolak Mariam Zulaikha. Dia beriya2 menyuruh Hafiy pergi sendiri.

Dengan lafaz bismillah, Hafiy turun dari kereta. Perlahan2 dia melangkah masuk mencari kelibat isterinya. Mujur sahaja tempat ini tak ramai orang, memudahkan Hafiy untuk mencari. Hafiy menuju ke kaunter pertanyaan.

"Selamat datang, boleh saya bantu?".

"Hafiza?".

Hafiy menyapa. Terkejut Hafiza memandang susuk tubuh lelaki dihadapannya.

"Er.. Hafiy?". Soal Hafiza untuk kepastian. Hafiy mengangguk.

"Where's my wife?".

Hafiza kalut. Dia merasa bersalah kerana turut mendiamkan keberadaan Mariam Syuhada. Dengan terkocoh2, Hafiza berjalan menuju ke pejabat nya.

"Jangan lari! Tolong bagitau mana isteri saya! Please, Fiza!".

"Saya tak tahu!".

"Jangan bohong! Saya tau isteri saya ada sini!".

Hafiza terus berlari dari Hafiy. Dia juga tak mahu menyembunyikan keberadaan isterinya tapi Mariam Syuhada mengugutnya berkali2 untuk merahsiakan. Hafiza tak mampu nak berbuat apa2.

"Tolong bagitau saya kat mana Syu sekarang!".

Hafiy menghalang jalan Hafiza. Penuh pengharapan wajahnya.

"Saya tak tahu.."

"Jangan macamni, Fiza. Awak tau kan tu isteri saya. Kalau awak bersubahat dengan dia maksudnya awak memang sengaja nak menambah dosa dia".

Hafiza cuak. Dia memang tau tu semua.

"Dia suruh saya rahsiakan".

"Saya suami dia! Kenapa awak nak rahsiakan jugak? Tolong, Fiza. Saya rindu isteri saya".

"Tapi, awak ada Ara, kan? Dia cakap awak langsung berubah sejak kahwin dengan Ara!".

Hafiy mendengus. "Dengar lah cakap dia lagi! Awak ada tanya saya, ke?".

Lambat2 Hafiza menggeleng.

"Dah tu? Sekali ni je bagi saya jumpa isteri saya. Saya akan terhutang budi dunia akhirat dengan awak kalau awak tolong saya".

Hafiza serba salah. Dia tak tahu patut berbuat apa lagi. Kebetulan hensetnya berdering. Jelas Mariam Syuhada yang telefon. Hafiy mula merayu semahunya kepada Hafiza.

"Hello beb! Kau kat mana? Penat aku tunggu kat bilik ni".

"Er.. Syu! Aku nak sampai la ni. Ada kerja kat front desk tadi. Kau tunggu jap, eh!".

"Cepat sikit! Aku lapar ni".

Talian dimatikan. Hafiza menggigit hujung bibir.

"Syu kan? Dia kat bilik mana? Please, saya perlu jumpa dia". Pinta Hafiy lagi.

"Please, jangan buat kecoh atau apa2. Kali ni je saya tolong. Kalau susah lagi lepasni, pandai2 lah".

Hafiy mengangguk seraya tersenyum lebar. Dia berjanji berulang kali. Dengan langkah berat, Hafiza memimpin jalan menuju ke bilik Mariam Syuhada.

Sorry Syu.. aku terpaksa tolong!

"Syu, aku ni! Bukaklah pintu!". Jerit Hafiza dari luar bilik. Sekilas dia melirik Hafiy disebelah. Wajahnya jelas teruja.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka dan terpacul wajah Mariam Syuhada di pintu. Hampir terlongo dia bila terpandangkan susuk suaminya disebelah Hafiza.

"Fiza! Apa ni?".

"Sorry, syu! Aku kesian kat dia".

"Habis aku? Kau tak kesian?". Marah Mariam Syuhada. Dia terus masuk ke dalam bilik semula. Hatinya sebal.

"Er.. pergilah masuk. Saya ada kerja sikit".

"Fiza, thanks!".

Hafiza tersenyum kelat. Pasti Mariam Syuhada marah pada dirinya. Pun begitu, dia merasa sedikit lega kerana dapat membantu Hafiy.

Hafiy masuk ke dalam bilik penuh hati2. Pintu ditutup semula. Dari jauh, Mariam Syuhada sedang berdiri menghadap luar jendela. Rindunya dia pada Mariam Syuhada.

"Assalamualaikum.. sayang".

Terasa lama dia tak memanggil dengan gelaran itu. Bibirnya seakan kaku. Dia mendekati Mariam Syuhada.

"Sayang sihat? Sayang apa khabar?".

Masih diam. Mariam Syuhada langsung tak respon. Dia silang tangan ke dada.

"Syu, kita balik jom! Abang rindu dengan isteri abang ni". Baru sahaja dia ingin mencapai lengan Mariam Syuhada, isterinya terlebih dahulu mengelak.

"Syu ok. Abang balik lah!".

"Kenapa abang nak balik pulak? Syu isteri abang. Abang datang ni nak bawak Syu balik rumah kita".

"Abang ada Ara. Pergilah!".

"Abang pun ada Syu. Abang tak boleh hidup takde Syu. Abang sunyi".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Geli hatinya mendengar luahan hati Hafiy.

"Tak payah bodohkan Syu la. Ara tu apa benda?".

"Tak sama. Syu lain. Abang terlalu cintakan Syu".

Mariam Syuhada diam. Dia tak mahu mendengar lagi. Hatinya sedih.

"Kita balik, ok? Kita bina balik apa yang tak betul dulu. Abang akan jaga Syu sebaiknya". Rayu Hafiy. Tangan Mariam Syuhada dipegang erat. Lama benar tak menggenggam jemari isterinya.

"Syu taknak!".

"Tapi kenapa?".

"Syu.. erm, abang dah tak sayang Syu".

"No! Abang sayang Syu! Siapa cakap abang tak sayang Syu? Setiap hari abang ingat isteri abang ni. Abang cintakan Syu. Kenapa isteri abang boleh cakap macamni? Kita balik, ok? Jangan seksa abang macamni lagi. Cukuplah Syu lari dari abang macamni. Abang tak boleh".

Mariam Syuhada sebak. Suaminya tak boleh hidup tanpa dirinya. Tapi, mana pergi letak Zahara pula?

"Zahara kan ada boleh jaga abang".

"Sayang, Zahara tu cerita lain. Sskarang ni abang nak yang depan mata abang. Jangan macamni, Syu. Abang nak Syu balik pada abang. Kita jadi macam dulu balik, please!".

Mariam Syuhada diam. Hafiy memeluk erat isterinya dari belakang. Lama dia tak bau wangi rambut Mariam Syuhada. Isterinya tak membantah.

"Abang rindu dengan Syu. Tiap hari abang ingat dekat Syu. Abang doa Syu balik pada abang. Jangan buat abang macamni. Abang tak boleh hidup tanpa Syu".

Mariam Syuhada mengalirkan air mata. Dia juga rindukan suaminya. Setiap hari dia menangis mimpikan Hafiy. Tapi, dia tetap berkeras dengan pendiriannya.

"Syu tak boleh". Perlahan suaranya tapi cukup didengari Hafiy.

"Kenapa? Syu isteri abang. Kenapa?".

Mariam Syuhada hanya menggeleng berulang kali. Air mata kembali menitis.

"Please, Syu. Jangan macamni. Abang mintak maaf kalau abang salah dalam hal ni. Kalau abang ada terkurang jaga Syu. Tapi, kita boleh selesaikan hal ni. Kita bincang sama2 apa yang tak kena".

"Tak mungkin sama macam dulu. Abang balik lah. Biarlah Syu kat sini". Pelukan Hafiy dileraikan. Mariam Syuhada berundur setapak.

"Syu! Jangan buat macamni. Apa lagi yang patut abang buat untuk tebus kesalahan abang pada Syu? Syu cakaplah! Kalau itu buatkan kita kembali macam dulu, abang sanggup!". Hafiy hampir berputus asa. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama.

"Abang balik la.."

"Tak! Abang takkan balik selagi Syu tak ikut abang sekali. Syu, isteri perlu ada dengan suaminya. Syu tau tu, kan?".

"Syu tau! Tapi abang ada Ara. Pergilah. Syu tak boleh tengok muka dia".

"Tapi kenapa? Apa yang dia dah buat pada Syu?!".

Mariam Syuhada mengeluh kasar. "Dia rampas abang dari Syu!".

"Ya Allah! Masih tak habis lagi ke benda ni? Syu, itu salah faham Syu pada dia! Syu dah termakan hasutan orang. Shamila tu cuma hasut Syu untuk porak perandakan hubungan kita. Jangan macamni, Syu".

"Abang tetap nak bela dia!".

"Sebab dia tak salah! Buktinya, abang tetap sayang Syu, cari Syu sampai ke sini. Kalau betul dia rampas abang, dia tak mungkin doakan abang berjaya pujuk Syu sekarang ni! Dia tak mungkin hari2 ingatkan abang untuk cari Syu!".

Mariam Syuhada terkedu. Hatinya tersentuh. Apa betul kata2 suaminya? Tapi, tak mungkin Shamila sengaja nak menghasut dia. Untuk apa?

"Eleh, depan abang boleh la tunjuk baik!".

Hafiy beristighfar berulang kali. Dia duduk di birai katil bagi melegakan marah nya.

"Jangan terus2 dibelenggu perasaan hasad pada orang. Tak baik, Syu. Ara tu niat baik. Abang dah tak tau nak cakap macamana lagi buat Syu percaya. Abang datang dengan niat nak bawak Syu balik".

"Syu taknak.."

Hafiy mengeluh. Wajahnya diraup kasar. Hafiy bangun dan beberapa kali menumbuk kuat dinding bilik.

"Kenapa susah sangat Syu nak faham abang ni?!". Marah Hafiy. Merah wajahnya.

"Kenapa susah sangat abang nak faham Syu? Syu taknak ikut abang balik selagi dia ada".

"Apa lagi yang Syu nak abang buat?".

Mariam Syuhada menoleh pandang suaminya. Dia mendekati Hafiy perlahan2.

"Tinggalkan Ara".

Hafiy terlopong. Sungguh, ini merupakan permintaan paling bodoh dirasakan saat ini. Isterinya sudah tak waras!

"Jangan cakap ikut sedap mulut! Dia isteri abang jugak".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Dia tersenyum lebar memandang Hafiy.

"See! Abang tak sanggup nak pisah dengan dia berbanding dengan Syu. Ara tu bidadari abang, kan?".

"Syu!".

Hafiy menggeleng tak percaya. Kenapa Mariam Syuhada masih begini?

"Abang kecewa dengan Syu. Huh, takpelah. Kalau ini yang Syu nak. Abang mintak maaf sebab dah ganggu masa Syu. Abang balik dulu". Hafiy melangkah untuk keluar dari bilik itu.

"Oh ye! Satu yang abang nak cakap. Ara bukan isteri yang paling abang cinta tapi sekurang2nya dia tak pernah lupa ingatkan abang pasal Ara! Abang balik dulu, Assalamualaikum".

Mariam Syuhada terduduk sayu. Dia kembali menangis menyesali perbuatan sendiri. Entah kenapa dia terlalu bodoh membuat keputusan seperti ini. Kini, dia terlepas peluang berharga didepan mata. Mariam Syuhada teresak sendirian. Puas mulutnya memanggil nama Hafiy, tapi suaminya sudah pergi jauh. Sakit dirasakan apabila Hafiy memuji Zahara dihadapannya.

"Mana akak?".

Soal Mariam Zulaikha bila melihat Hafiy sendiri tanpa ditemani sesiapa. Seingatnya, Mariam Syuhada akan turut pulang bersama mereka.

"Abang tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia. Keras kepala". Luah Hafiy.

"Apa yang akak cakap kat abang?".

Hafiy mengeluh. Dia menceritakan segala2nya yang terjadi antara mereka berdua di dalam sana. Jelas Mariam Zulaikha bengang dengan perlakuan kakaknya terhadap Hafiy.

"Ni dah melampau! Tak patut akak buat abang macamtu!". Marah Mariam Zulaikha. Penumbuknya dikepal kuat.

"Abang dah buntu.. tak tahu nak buat apa lagi!".

Mariam Zulaikha baru mahu membuka pintu kereta Hafiy cepat2 menghalang.

"Jangan! Biarlah dia tenang".

"Abang Hafiy! Tak patut akak buat macamni kat abang. Dia sepatutnya sedar benda yang dia buat ni salah. Biar adik cakap kat akak tu". Bentak Mariam Zulaikha. Turun naik nafasnya menahan geram di dada.

"Dah lah. Kita balik ajelah. Abang taknak burukkan keadaan lagi. Kalau itu yang dia nak, ikutkan ajelah".

Hafiy mengalah. Dia takkan paksa Mariam Syuhada lagi. Kalau isterinya mahukan ketenangan, dia rela.

Mariam Zulaikha terpaksa juga memandu pulang dengan hati yang sebal. Kalau diikutkan, dah lama dia ajarkan kakaknya cukup2. Sudah lama dia tahan hati melihat perangai Mariam Syuhada pada Hafiy. Sepanjang perjalanan, Hafiy hanya diam sahaja. Mariam Zulaikha tahu dia pasti sedih dengan apa yang telah terjadi. Lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. Entah bila masalah akan selesai.

"Zulaikha tolong abang, boleh?". Hafiy bertanya setelah mereka tiba di halaman rumah.

"Apa dia?".

"Cari Shamila. Paksa dia mengaku segala yang dia cakap pada Syu, semua tipu". Serius bunyinya. Hafiy menghela nafas berat.

"Ok. Adik akan buat. Abang jangan risau la. Adik cari perempuan tu sampai dapat!".

Mariam Zulaikha juga memang dah lama geram dengan perempuan yang bernama Shamila itu. Dia berjanji hal ni akan berakhir dengan pengakuan dari mulut Shamila sendiri.

"Thanks! Dapat perempuan tu, jangan tunjuk depan abang pun. Abang taknak tengok muka dia".

Mariam Zulaikha mengangguk. Hafiy keluar dari perut kereta setelah berpamitan. Dia berharap semua ini akan berakhir segera. Hafiy tak mampu lagi nak menghadapi perpisahan dengan Mariam Syuhada. Bantu aku, Tuhan!

***  

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience