dua puluh empat

Romance Series 207093

'Aduh..amende ni.? Haish..' wajahnya bagai dimainkan dengan tapak tangan yang lembut. Dari dahi.. mengunjur ke hidung.. pipinya dan jatuh pada bibirnya.

'Kejap. Entah-entah..'

"Ab..bang.." gumam Shira dalam senyuman, dia masih dalam mamai tapi dia yakin itu Khalish.

'Tadi marah..ni main sentuh-sentuh pulak.' dia ketawa kecil dengan mata yang masih tertutup.

Tangan naik menggagau tubuh si suami, lengan Khalish disentuhnya.

'Okay.. ni mesti dah maafkan aku. Alhamdulillah..' Shira masih dengan senyuman mamainya.

Mata dibuka perlahan, mata biru si suami dilihat. Biru?

Apakah..

"Astagfirullah.." Shira tersentak ke belakang dan serta-merta bangun, wajah bengis Bob betul-betul di hadapan wajahnya. Tangan naik mengurut perlahan dada.

Si suami yang tak beriak duduk bersila di sebelah sofa dipandang dingin.

'Ingatkan dok belai muka aku.. disuruhnya Bob raba wajah cun aku ni.'

Khalish menunduk apabila wanita itu hanya diam dan memerhatikannya. Kedua tangan gebu Bob dimain-mainkan di atas ribaannya, tak tahu nak bereaksi apa.

Shira menghela nafas perlahan sebelum pantas turun dari sofa dan duduk bersimpuh bersebelahan Khalish, tangan kanan lelaki itu dicapai sebelum disalamnya penuh hormat.

Dia terpaku. Fikir Khalish, Shira akan membebel padanya tapi lain pula yang berlaku.

"Abang dah balik.. Risau Shira tau. Abang lain kali janganlah keluar macam tu dah. Bagitahu la Shira dulu.. Shira minta maaf sangat pasal pagi tadi.. Abang ke mana?" tutur Shira selembut mungkin.

Sebenarnya Shira ada menghubungi umi, abi dan Azri untuk bertanyakan keberadaan Khalish dan nasibnya baik apabila Azri memberitahunya Khalish berada di pejabat, membuat kerja. Kalau jumpalah Qistina tu.. memang cari pasal dengan Shira.

Azri jugalah yang menasihatinya agar sentiasa bertolak-ansur dan tak berkasar dengan Khalish. Mereka berbual agak lama, seperti mana Khalish, begitulah juga Shira. Menerima ceramah dan ilmu rumahtangga level 'master' dari Azri.

Khalish hanya menggeleng sambil menunduk. Dia mahu meminta maaf tapi dia malu.. segan sangat apabila berhadapan dengan Shira.

"Tak apalah kalau macam tu. Jom naik. Abang pergi mandi dulu, then kita solat isyak. Lepas tu turun makan malam ye.."

Bahagianyalah hati lelakinya mendengar suara lemah gemalai Shira, dengan pantas dia mengangguk.

'Kalau macam ni barulah aku suka..' Dia meletakkan Bob di bawah sebelum berdiri membetulkan seluar slacknya sedikit.

Sebelah tangan dihulurkan pada Shira tanpa memandangnya.

"Tangan ni nak buat apa?" Shira mengusik dengan senyuman nakalnya.

"Ishh.. cepatlah. Naik sekali." perlahan pertuturannya tapi cukup membuatkan hati muram Shira tadi berbunga ceria.

Shira membalas tangan Khalish tapi dia tak mahu bangun. Khalish dah mencarut dalam hati kerana malu yang amat.

'Dia ni la.. aku dah mengalah, mengada la pulak..' desis hatinya.

Isteri di bawah dipandang dingin.

"Kenapa?" soalnya.

"Ayang tak larat la.. rasa macam nak demam pulak. Abang dukung boleh?" dengan tak malunya Shira meminta manja, senyumnya lebar hingga memperlihatkan gigi siungnya yang memaniskan lagi wajah.

Cute.

Khalish pantas mengalihkan pandangan sambil menutup mulut dengan tapak tangan belakang. Wajahnya sudah berbahang.

'Hish..sengaja nak kenakan aku..'

Melihat reaksi dingin Khalish, Shira ketawa kecil sebelum bangun sendiri. Tangan Khalish tadi dilepaskan.

"Shira gurau je.. dah la jom naik." ajaknya sekali sebelum mula melangkah perlahan ke tingkat atas.

Shira tak mahu terlalu memaksa Khalish seperti sebelum ini, jika tidak mesti lelaki itu akan menjauhkan diri darinya lagi. Rimas mungkin.

'Biarlah aku mengalah dulu asalkan boleh pulihkan hubungan kami..'

Dia melangkah longlai ke atas. Baru saja kaki di anak tangga ketiga, tubuhnya di awangan. Shira terjerit kecil dan serentak memandang wajah Khalish yang sedang mendukungnya.

Niat hati tadi hanya mahu bergurau dan menyakat si suami, rupa-rupanya menjadi kenyataan. Ya Tuhan..

Shira menyembamkan wajahnya pada dada Khalish untuk tutup senyum 'tak boleh cover' nya dan lelaki itu juga hanya bereaksi beku.
Kedua-duanya termalu sendiri dan hanya mendiamkan diri sehinggalah tiba di bilik.

Tubuh Shira diletakkan di atas birai katil dan Khalish terus berlalu ke bilik air, mandi dan mengambil wuduk. Tak mahu berlama-lamaan dengan wanita itu.

Shira pula mula jadi kurang siuman sebaik saja pintu bilik air ditutup Khalish. Dia terkinja-kinja melompat kegembiraan dan menggelupur suka di atas katil dengan suara yang di tahan.

Bantal Khalish diambil dan ditekupkan pada wajah. Kemudian...

"Arghhhh!! Sukanya!!" jeritnya teruja. Bantal dipeluk erat didadanya pula.

Siling ditatap dengan senyuman, angau.

'Abang dah terima aku ke? Kalau ya lah.. aku tak kan ulang lagi perangai lama aku, aku akan jadi yang terbaik untuk die..' tangan didepakan di atas katil, senang.. haih..

Sementara menunggu Khalish mandi dan bersiap, Shira teringatkan peristiwa petang tadi, semasa ketiadaan Khalish. Sebuah kereta navara hitam berlegar-legar di kawasan perumahan dan menarik perhatian beberapa jiran tetangga.

Aunty Ann, jiran sebelah rumah juga turut perasankan kenderaan tersebut dan mereka berbual sebentar di pagar rumah, tak berani mahu keluar.

Kata Aunty Ann dia sudah menghubungi bahagian security kerana bimbang perkara buruk akan berlaku kerana kereta itu tak pernah lagi dilihat di kawasan perumahan mewah tersebut.

Kereta tersebut bagaikan mencari sesuatu ataupun..

seseorang..

Shira tak sedap hati soal itu tapi dia abaikan, mungkin mainan perasaan saja.

Sesudah Khalish mandi, Shira pula berwuduk dan mereka solat isyak berjemaah sebelum turun untuk makan malam.

Selepas solat kali ini, Shira tak lagi mahu mengucup Khalish seperti semenjak mereka bernikah. Dia terus melipat sejadah dan telekungnya.

Khalish pula memandangnya pelik, sebenarnya dia menunggu Shira mengucupnya seperti selalu walaupun memang dia akan mengelak kerana malu.

Tapi hari ini tiada lagi semua itu.

"Abang tak nak tukar baju? Pyjama abang Shira ada sediakan kalau nak pakai. Shira ke dapur dulu ye." Shira membetulkan ikatan di rambutnya dan mula melangkah mendekati Khalish.

Khalish statik, dia memang nantikan ciuman dari Shira seperti hari-hari sebelum ini. Biarlah kali ini dia tak menolak seperti selalu. Malunya dibuang jauh-jauh.

Shira mendekatinya dan Khalish sudah sedia menutup mata.

'Hmm..lambatnya kiss.' mata dibuka, dia menoleh ke tepi. Shira hanya mengambil phone nya di meja solek dan melangkah keluar bilik.

Meninggalkannya..

Terbit suatu perasaan kehilangan dalam hati beku Khalish.

Sunyi?

'Kenapa dengan Shira tu? Dia tak sayang aku dah ke?' dia mengeluh perlahan.

Tanpa menukar baju melayu dan kain pelekat, Khalish turut turun ke bawah setelah menanggalkan songkoknya.

Dia perasankan perubahan mendadak Shira, wanita itu tak lagi terlalu bingit, busybody dan suka memaksa. Dia berubah menjadi....

..seseorang yang lain..

Shira masih melayan Khalish dengan baik di meja makan, menghidangkannya makanan dan minuman yang dia sukai.

Mereka makan semeja tapi dia rasakan diri wanita itu tiada bersamanya. Mulut murai dan usikan Shira tak lagi kedengaran. Bagaikan ini adalah isterinya yang baru.

Suasana sunyi di meja makan menyesakkan Khalish. Dia jadi kekok dengan semua itu.

Sesekali dia mencuri pandang Shira yang sibuk makan dan sesekali wanita itu melihat ke arah Bob yang makan semeja dengan mereka di atas highchair baby yang dibelinya.

Terbit perasaan cemburu.

'Apa yang menarik sangat kat Bob tu? Aku lagi hensem kot.. pandang Bob dah kenapa? Selalunya pandang aku je..'

Bibir digigit, pinggan berisi chicken roll and veg yang masih tak berluak dipandang kosong. Hilang mood makannya.

'Tak boleh jadi.. aku tak suka semua ni.' dengan agak kasar, pisau dan garfu diletakkan ke atas meja kaca itu.

Shira tersentak, mata beralih pada Khalish. Dahinya berkerut sedikit.

"Kenapa bang? Tak sedap ke?" Shira bertanya lembut. Bimbang angin suaminya tak elok tiba-tiba. Bukan boleh percaya En Schizo ni.

"Suap." ujarnya perlahan.

"Ab..Abang kata apa tadi?" Shira minta kepastian, tak pasti apa yang didengari.

"Awak suap saya." perlahan suara Khalish kedengaran, dia tak berani memandang Shira. Takut diketawakan atau diejek.

"La.. kenapa tak cakap awal-awal. Nak Shira suap ye? Meh sini." Shira kawal senyum manis di wajahnya.

Kalau ikutkan diri sebenarnya mahunya dipeluk dan digolom geram wajah beku si Schizo ni.. Comel sangat! Mahu tapi malu..

"Hmm" Khalish mengangguk polos, sesekali dia menjeling Bob di sebelahnya memandangkan dia duduk di kepala meja.

'Padan muka. Huh.'

Pinggan Khalish ditarik ke arah Shira sebelum kepingan fitlet ikan dipotong kecil.
"Bukak mulut... ammm" bagaikan budak-budak saja si suami diarah Shira.

Khalish hanya ikut saja rentak gadis itu.

"Aum.. sedap?" Shira sengaja bertanya manja pada Khalish dan lelaki itu hanya mengangguk naif tanpa ekspresi.

Layanan dan sikap Shira pada dirinya membuatkan diri Khalish rasa disayangi dan dimanjakan.

Dia sukakan perhatian Shira padanya walaupun bagi sesetengah orang ianya mungkin nampak berlebihan.

Buat pertama kalinya dia makan disuap oleh Shira. Malam itu, makanannya dijamah berselera. Dalam tak sedar bertambah hidangannya dimakan penangan disuap si isteri.

Manja Khalish kian melampau sehinggakan air pun Shira yang suakan ke mulutnya.

Selesai makan, tisu diambil dan dilapkan sedikit bibir merah jambu Khalish. Malam itu Shira dan Khalish meluangkan masa bersama, menonton movie yang dilanggan Shira.

Shira sengaja memilih movie thriller supaya boleh bermanja dengan Khalish, ala.. acah-acah takutlah.

Kalau ada scenes yang menakutkan, boleh peluk-peluk. Haih..heaven nya.

Khalish pula hanya setuju saja. Shira mengambil tempat di sebelah Khalish, agak rapat supaya boleh menjayakan misinya.

Sedang mereka fokus menonton, babak suspen dan menakutkan tiba. Shita hanya biasa saja tapi...

"Oh gosh! My god!" Khalish memejam matanya rapat sambil memegang lengan Shira disebelahnya erat.

Sedang Khalish terjerit kecil dan terkejut comel, Shira pula tersenyum angau melihat adegan seram di dalam kaca tv.

Bagaikan seorang psycho pun iya juga.

Matanya pada tv tapi fikirannya melayang ke arah lain. Rasa seperti di awang-awangan apabila Khalish memeluk tubuhnya dan menyorokkan wajah di sebalik bahunya. Manjanya...

'Haih... biarlah waktu ni berhenti. Aku bahagia sangat..' senyumannya berlarutan apabila memikirkan hubungan mereka yang kian pulih dan rapat.

'Hopefully abang dapat terima aku seadanya sebagai isteri dia lepas ni..' desisnya.

Walaupun tak sepenuhnya, tapi Shira dapat lihat penerimaan Khalish padanya perlahan-lahan. Mungkin ini jalan terbaik bagi hubungan mereka, saling mengenali.

Wajah Khalish di sebelahnya ditatap sayang,

'I love you En Schizo.'

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-06-29 00:08:24 

night

Mimie Harmiza
2020-06-29 00:07:47 

tq update .rndu karya u

Mimie Harmiza
2020-06-28 22:44:35 

wahhh ..seronoknya..mcm kita pulk shira.haha..tersengih sengih bca..suka cra shira yg cool gini..buatkn encik shizo x tntu arah..seronok.hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience