BAB 43

Romance Completed 43245

Anis Raihanna mengukir senyuman. Dia mencari anak mata Afiq Raihan. Terpancar keikhlasan suaminya dalam mengucapkan kata-kata itu.

Afiq Raihan hanya membalas renungan Anis Raihanna. Serta-merta bibirnya turut mengukir senyuman.

"Kenapa i love you je? Saranghae? Wo ai ni? Tak ada ke hurm?" usik Anis Raihanna.

Alah sesekali nak manja dengan suami sendiri, apa salahnya? Ehek!

Afiq Raihan mengeleng kepala. Hidung isterinya dicuit sekilas. Banyak songeh pulak minah ni, nasib sayang tau!

"Apa main cuit hidung ni? Merah nanti." marah Anis Raihanna tak puas hati.

Dia memegang hidungnya yang pedih dicuit Afiq Raihan. Bibir dimuncungkan. Matanya pula sudah menjeling tajam ke arah suaminya.

Nak manja pun tak boleh ke? Eii, aku tarik hidung kau biar putus baru tau! Tapi tulah dah sayang. Tak sampai hati lah. Hehe...

"Ha merajuk lah. Merajuk! Siapa entah nak pujuk." balas Afiq Raihan selamba.

Anis Raihanna membulatkan mata. Sakit hatinya apabila mendengar jawapan daripada Afiq Raihan.

"Okay. Aku nak merajuklah macam ni." balas Anis Raihanna geram.

Dia mula membelakangi Afiq Raihan. Tangan disilangkan ke dada tanda protes.

Kejap, sejak bila kau reti merajuk dengan Afiq Raihan ni Hana?

Hehehe...

"Tapi serius kau tak nak tahu kenapa aku cakap I love you je?" soal Afiq Raihan.

Usik sikit dah merajuk minah ni.
Kalau dulu, bertikam lidah pun steady lagi nak gaduh.

"Tak nak. Pergi duduk sana! Aku nak masak pun tak senanglah. Hish." bidas Anis Raihanna.

Dia masih merajuk. Afiq Raihan pula tersenyum nakal. Comel betul muka isterinya ketika merajuk. Geram!

Afiq Raihan segera memalingkan wajah Anis Raihanna menghadapnya. Lalu, mengangkat dagu isterinya dengan lemah lembut.

Anis Raihanna melarikan pandangan matanya daripada Afiq Raihan. Bibirnya juga masih dicebikkan.

Jangan tergoda Anis! Kau kena jual mahal sikit.

"Hana, pandang mata aku. Please..." pinta Afiq Raihan lemah lembut.

Tersangat lembut sehingga boleh mencairkan hati mana-mana gadis. Termasuk Anis Raihanna!

Aduh, tak boleh jadi. Ni yang buat aku lemah. Argh!

Akhirnya, Anis Raihanna mengalah. Dia mula membalas pandangan suaminya. Afiq Raihan tersengih.

"Nak tahu kan kenapa i love you je? " soal Afiq Raihan.

Anis Raihanna mengangguk perlahan. Teringin jugak nak tahu kenapa.

"So listen carefully. Aku tak nak ulang dah eh lepas ni." balas Afiq Raihan yang berbentuk arahan.

Anis Raihanna mempamerkan riak muka menyampah. Dia mengangguk kecil sekali lagi.

Afiq Raihan tersenyum kemenangan. Senang hatinya pada ketika ini.

"Because it always start by I and end by you." balas Afiq Raihan dengan penuh romantis.

Anis Raihanna tergamam. Tanpa sedar, pipinya mula kemerahan. Rasa merajuk tadi hilang begitu saja.

"Terkejut ke hurm?" soal Afiq Raihan lagi.

Anis Raihanna menyorokkan muka menahan malu. Dia melarikan pandangan daripada Afiq Raihan.

Afiq Raihan menahan tawa melihat reaksi isterinya. Bibirnya tak henti-henti mengukir senyuman. Terlalu bahagia pada saat ini.

Pak!

Tak semena-mena, lengan Afiq Raihan dipukul oleh Anis Raihanna. Dia mengerutkan dahi.

"Kenapa kau pukul aku? Apa aku buat?" soal Afiq Raihan ingin tahu serta geram.

Dia mengusap lengan yang dipukul oleh isterinya. Nasib kena pukul, kalau kena siku tadi macam mana hah?

"Sejak bila sweet sangat ni hah?" balas Anis Raihanna pelik.

Afiq Raihan menghamburkan tawa. Sebab itu je dia kena pukul. Ceh.

"Ala tak suka ke? Pukul lah lagi kalau kau nak. But, please jangan dekat sini." balas Afiq Raihan sayu.

Dia memegang dadanya. Anis Raihanna mengerutkan dahi.

"Kenapa tak boleh kat situ? Kalau nak pukul jugak?" soal Anis Raihanna tertanya-tanya.

"Sebab dekat sini ada kau. Aku tak nak kau sakit." balas Afiq Raihan lembut.

Sekali lagi, Anis Raihanna terpempan. Seriuslah ni suami aku?

Pada masa yang sama, pipinya mula memerah kembali. Nak pengsan kejap boleh tak?

"Afiq, stop! Tak jadi terus kang aku nak masak. Kita nak makan apa hah nanti?" balas Anis Raihanna malu-malu.

Tak sanggup lagi nak mendengar kata-kata manis yang dilontarkan oleh Afiq Raihan. Dia ni pun satu sweet sangat kenapa?

"Apa susah aku makan kau jerlah." balas Afiq Raihan bersahaja.

Serta-merta, Anis Raihanna menyingsingkan lengan bajunya ke siku. Matanya tajam menikam tepat ke dalam anak mata Afiq Raihan.

"Kau nak makan siku aku pulak ke Afiq Raihan?" ugut Anis Raihanna.

"Okay, gurau. Nak aku tolong apa-apa ke?" balas Afiq Raihan cepat-cepat. Takut punya pasal. Hahaha.

"Tak apalah aku buat sendiri. Kalau ada kau nanti, susah aku nak masak." kata Anis Raihanna.

Afiq Raihan mengangguk tanda faham. Sempat dia mengenyitkan mata ke arah Anis Raihanna sebelum pergi. Anis Raihanna menyembunyikan senyuman.

Afiq Raihan melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu. Kepalanya disandarkan pada sofa tersebut. Mata dipejamkan buat seketika.

Dia tersenyum saat wajah Anis Raihanna muncul di benak fikiran. Masih terngiang-ngiang lagi tawa dan suara isterinya di telinga.

Tawanya terletus apabila wajah Anis Raihanna yang sedang marah atau menahan malu berlayar di minda.

Tetapi, apabila wajah Anis Raihanna yang menangis menerjah ke dalam fikiran, dia mengeluh kecil. Mukanya diraup kasar.

Menyesal kerana membiarkan gadis yang dicintainya sepenuh hati dilanda kesedihan. Kali ni dia berjanji untuk tak membiarkan walau setitis air mata yang mengalir dari Anis Raihanna.

Tiba-tiba, janji tersebut mengingatkan dia kepada Haiqal Iskandar. Satu keluhan berat dilepaskan olehnya. Dia sendiri telah memungkiri janjinya terhadap Haiqal Iskandar.

Dirinya mula dihurung perasaan bersalah. Kerana dia telah membina sebuah kebahagiaan yang sepatutnya menjadi milik Haiqal Iskandar dan Anis Raihanna.

Nak tak nak, dia perlu menjelaskan segala-galanya kepada Haiqal Iskandar juga. Lelaki itu berhak tahu. Afiq Raihan takut dengan penerimaan Haiqal Iskandar kelak.

Maafkan aku, Is.

???

"

Amboi, khusyuk betul buat kerja. Sampai tak nak tegur aku ke hah?" sapa Amirul.

"Mana adalah. Kenapa kau datang ni?" balas Haiqal Iskandar.

Dia berhenti memeriksa fal-fail penting yang berada diatas mejanya. Pandangannya dialihkan ke arah Amirul.

"Nak datang pun kena ada sebab ke hah?" kata Amirul geram.

"Bukan tu maksud aku. Maksud aku, kau ada apa-apa nak bagitahu aku ke? Ajak lepak?" balas Haiqal Iskandar cuak.

Amirul menghamburkan tawa apabila terlihat wajah cuak Haiqal Iskandar. Senak perut dia dibuatnya.

"Aku gurau wei. Jangan cuak sangat. Serius lawak muka kau tadi." kata Amirul diselangi tawa.

Haiqal Iskandar merengus kegeraman. Dia memincingkan mata ke arah Amirul. Amirul tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih bersih.

"Aku sebenarnya nak ajak kau datang rumah aku wei." terang Amirul.

Haiqal Iskandar mengeluh kecil. Kenapa tak cakap awal-awal?

"Bila wei? Kalau kau cakap tadi kan senang. Terharu pulak kau jemput aku." balas Haiqal Iskandar.

"Dua minggu lagi. Tapi aku saja ajak kau awal-awal. Mana tahu kau ada plan lain kan?" jelas Amirul.

Haiqal Iskandar berfikir sebentar. Dia mula mengingati jadualnya untuk dia minggu akan datang. Tiba-tiba, dia menepuk dahi.

"Dua minggu lagi tu bulan depan la kan? Aku kan pindah Perak. Kau lupa ke Amirul?" kata Haiqal Iskandar mengingatkan.

Amirul tersengih. Lupa pulak nak cakap pada Haiqal Iskandar tentang perkara yang satu lagi tu.

"Betul lah bulan depan. Aku ajak kau pergi rumah aku kat Perak. Bukan kat sini. So, boleh la kan?"
tanya Amirul mahukan kepastian.

"Kalau macam tu, memang boleh sangatlah. Jangan risau nanti aku datang." balas Haiqal Iskandar yakin.

"Ha jangan lupa bawak pujaan hati kau tu. Teringin jugak aku nak tahu siapa dia." sambung Amirul lagi.

Kata-kata Amirul membuatkan Haiqal Iskandar tersenyum lebar. Tak sangka lagi dua minggu dia dapat pulang ke Perak.

"Hahaha...jangan bila aku bawak kau terpikat pulak eh." sakat Haiqal Iskandar.

"Tak ada maknanya lah. Aku sayangkan isteri aku sorang je eh. Biasalah aku setia orangnya." puji Amirul kepada diri sendiri.

Dia tersenyum bangga. Haiqal Iskandar hanya mampu tertawa dengan jawapan daripada Amirul.

"Nanti aku kasi alamat. Jangan lupa bawak hadiah eh. Sebab aku buat untuk majlis hari jadi anak aku. Kalau kau tak bawak, aku halau kau balik rumah." ugut Amirul.

"Hahaha...yelah. Aku nak sambung buat kerja ni. Kang bertimbun habis aku." balas Haiqal Iskandar.

"Ha aku pergi sambung buat kerja jugaklah. Sembang dengan kau memang tak pernah habis. Aku pergi dulu." kata Amirul sebelum beredar pergi.

Haiqal Iskandar menghantar pemergian Amirul dari ekor mata. Bibirnya tersenyum nipis.

Lantas, dia mengambil fotonya bersama Anis Raihanna semasa mereka bertunang dahulu. Hanya dengan gambar itu dia dapat melepaskan rindu.

Sudah lama dia tidak berhubung dengan Afiq Raihan kerana terlalu sibuk. Namun, identiti Aria telah dia ketahui melalui Fakhrul.

Terkejut bukan kepalang dia apabila mengetahui peristiwa yang menimpa sahabatnya Fakhrul. Sungguh dia geram dengan insan yang bernama Aria itu.

Kerana Aria pertunangan dia terpaksa diputuskan. Kerana Aria juga Afiq Raihan terpaksa berkahwin dengan Anis Raihanna. Dia hanya menyabarkan hati.

"Lagi sebulan, Anis akan jadi milik kau Is. Jangan risau, lepas ni kau akan bahagia dengan Anis." ucapnya perlahan.

Tiba-tiba, telefon pintarnya mula berdering meminta untuk diangkat. Seraya itu, Haiqal Iskandar menyimpan semula gambar tersebut lalu menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, Is." ucap Puan Hazwani lembut.

Haiqal Iskandar tersenyum lebar. Setelah sekian lama dia menunggu panggilan daripada ibunya.

"Waalaikumusalam, umi." balas Haiqal Iskandar ringkas.

"Anak umi sihat?" soal Puan Hazwani prihatin.

"Alhamdulilah sihat umi. Umi pulak?" soal Haiqal Iskandar pula.

"Umi dengan abah allahamdulilah sihat. Is balik sini bulan depan kan?" terang Puan Hazwani mohon kepastian.

"Betullah umi. Ada apa-apa yang ibu nak pesan sementara Is ada dekat Langkawi ni?" jawab Haiqal Iskandar.

"Tak ada apalah. Umi saja nak tanya khabar kamu. Rindu umi dengan abah pada kamu, tahu?" jelas Puan Hazwani lagi.

"Is pun rindu dekat umi dengan abah. Nanti lagi dua minggu Is balik. Boleh?" kata Haiqal Iskandar mesra.

"Boleh."

" Is umi nak tanya sikit." sambung Puan Hazwani tiba-tiba.

"Umi nak tanya apa?" balas Haiqal Iskandar ingin tahu.

"Is masih tak lupakan Anis ke?" soal Puan Hazwani.

Haiqal Iskandar diam tak membalas. Tak tahu mahu menjawab apa kepada ibunya.

"Is, kalau Is masih tak lupakan dia, Is kena cuba ya nak. Anis dah jadi isteri orang. Tak elok kalau Is ada perasaan pada isteri orang.

Biarlah dia bahagia dengan hidup dia. Is kena teruskan hidup tanpa dia. Cari kebahagiaan Is sendiri pulak ya." sambung Puan Hazwani apabila tiada balasan daripada anak lelakinya.

"Insya-Allah, Is cuba umi. Is kena letak dulu. Assalamualaikum." kata Haiqal Iskandar lalu menamatkan panggilan. Satu keluhan kecil terbit dibibirnya.

Aku takkan lupakan kau, Anis Rauhanna.

???

Anis Raihanna menyandarkan diri pada tubuh suaminya. Tangan kekar milik Afiq Raihan dilingkarkan pada pinggang Anis Raihanna.

Kepala Anis Raihanna dilentokkan pada bahu Afiq Raihan. Mereka mula menonton televisyen dalan keadaan begitu.

Sesekali Afiq Raihan akan mengusap rambut ikal mayang isterinya. Ataupun akan mengucup dahi Anis Raihanna.

Anis Raihanna tak membantah. Dia suka diperlakukan sebegitu. Rasa seperti disayangi. Tangannya juga kadang kala akan bermain dengan rambut Afiq Raihan.

"Hana, tahu tak berat aku dulu 60 kilogram tau." ucap Afiq Raihan memulakan perbualan.

"Sekarang? 65 eh? Sebab aku masak sedap then kau makan banyak kan? Kan?" teka Anis Raihanna.

"Ehh. Mana ada. Aku maintain okay." bidas Afiq Raihan.

"Dah tu? Kau nak cakap apa sebenarnya?" soal Anis Raihanna geram.

"Sekarang, aku berat nak lupakan kau." balas Afiq Raihan selamba.

"Sejak bila kau jadi sweet talker? Dulu kata tak layan pickupline apa semua." soal Anis Raihanna pelik.

Afiq Raihan mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Pipi isterinya dicubit sekilas.

"Sejak aku cintakan kau."

Sebaik melafazkan kata-kata itu, Afiq Raihan mengucup dahi isterinya. Lama ciuman hangat itu dihadiahkan.

Anis Raihanna yang malu menyembamkan muka pada dada suaminya. Ahhh malu!

"Hana...jom tidur. Aku ngantuk."
ajak Afiq Raihan.

Belum sempat Anis Raihanna membalas, tubuhnya dicempung oleh Afiq Raihan ke dalam tidur mereka. Dia dibaringkan dengan berhati-hati oleh Afiq Raihan.

"Afiq, baju aku dalam bilik aku belum pindah masuk dalam bilik kau lah." adu Anis Raihanna.

Afiq Raihan merebahkan diri  bersebelahan dengan Anis Raihanna. Dia mengiring menghadap isterinya.

"Aku dah pindahkan semuanya dalam bilik ni masa kau masak tadi." balas Afiq Raihan.

"Seriuslah? Yeay! Thank youu." ucap Anis Raihanna teruja.

Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Dia mula cuak.

"Afiq kau alihkan semua?" soal Anis Raihanna lagi.

"Yes. All of it. Nak aku sebut satu-satu ke?" balas Afiq Raihan bersama sengihan nakal.

"Apa ni! Malulah!" bentak Anis Raihanna geram.

"Buat apa nak malu? Aku dah nampak semua-"

Anis Raihanna pantas menutup mulut Afiq Raihan. Dia memberi amaran melalui isyarat mata.

Afiq Raihan segera menarik Anis Raihanna rapat kepada dirinya. Seraya itu, Anis Raihanna selamat berada dalam dakapan Afiq Raihan. Anis Raihanna mengalihkan tangannya.

"Good night, Hana. Love you." bisik Afiq Raihan sebelum melelapkan mata.

Anis Raihanna tersenyum. Dia membalas pelukan suaminya sebelum membisikkan sesuatu juga pada telinga Afiq Raihan

"Good night, Afiq. Love you more."

??????

Stay tune!
Don't forget to comment!
To readers, i really love you guys! ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience