BAB 1
Damia baru sahaja pulang dari Pusat Beli Belah. Dia mencari kunci rumah di dalam beg tangannya. Belum sempat dia memulas tombol pintu, Puan Mazlina sudah membuka pintu dari dalam.
Terbeliak mata Mazlina melihat Damia membawa pulang pelbagai jenis beg pakaian kertas. Penuh sampai tak cukup tangan. Dia menggeleng perlahan.
Damia tersenyum manja waktu itu.
"Nah, satu untuk mama, satu lagi ni untuk papa. Eh papa mana?" Damia memberikan satu beg kertas kepada Mazlina. Kepalanya dipanjangkan untuk mencari papanya. Ditelengkan ke kiri dan ke kanan.
"Papa kat belakang. Yang Mia beli banyak banyak ni kenapa? Rasanya bulan lepas dah pergi shopping dengan Liya kan?" Mazlina bertanya.
''Mia saja beli baju baru. Bosan lah asyik pakai baju sama je" Mia memberi alasan. Riak wajahnya cuba mengukir senyuman.
"Iya lah tu. Mama tengok muka Mia ni pun nampak sangat macam nak menipu mama" kata Puan Mazlina. Mata dijengkelkan kepada Damia.
"Er... er..." Damia tidak tahu hendak jawab apa. Pantas dia masuk ke dalam rumah.
"Ha nak lari ke mama tu Mia!" panggil Mazlina.
"Sorry mama!!!" laju Mia lari ke dalam biliknya.
Dania menghempas badannya di atas katil. Telefon dicapai lalu mencari nombor Liya.
"Hello Liya. Mama aku tahu kau tipu dia lagi. Hahahaha" Damia tergelak sambil bercakap dengan Liya.
"Ya allah Mia. Kenapa kau tipu mama kau. Cakap je lah aku yang belanja kau shopping. Kau ni kan" balas Liya di talian.
"Alah, nanti mama aku mesti tak suka punya bila tahu kau yang belanja aku. Kau tahu kan nanti ayat dia macam mana" Damia berguling-guling di atas katil.
"Ye aku tahu. Kau ni pun satu, susah sangat nak berterus terang kan" jawab Liya.
"Well. This is Ain Damia kan"
"Haih, suka hati kau lah Mia. Tapi ingat, dia tu mama kau. Jangan kau nak main-main kan perasaan dia"
"Ye lah Liya. Bye... Aku nak tengok semula barang barang yang kau belikan untuk aku tadi" pantas Damia mematikan talian.
---
Zaleha menyediakan minuman petang untuk Paksu dan Maksu. Dia menuang secawan kopi ke dalam cawan. Kopi yang berasap asap itu diberikan kepada mereka.
"Macam mana sekarang dengan Ara?" tanya Zaleha.
"Allhamdulillah, Ara dah boleh masuk kerja. Lama betul dia ambil MC kan" jawab Paksu.
Ara baru sahaja sembuh dari penyakit demam denggi. Oleh itu, dia perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Itula. Bahaya sekarang ni. Lagi lagi Ara pula kerja dekat hospital kan. Takut berjangkit pula ke pesakit lain" balas Maksu. Kopi dihirup seteguk.
Yusri yang baru sahaja pulang dari pekan membawa sedikit pisang goreng serta keropok lekor untuk dimakan bersama mereka bertiga. Dia masuk mengikut pintu dapur. Makanan diletakkan di atas meja.
"Bella! Tolong hidangkan makanan yang ayah beli ni" jerit Yusri di dapur.
"Okay ayah!" balas Bella di dalam bilik. Bella segera keluar dan pergi ke dapur. Semua makanan yang dibeli tadi di hidangkan ke dalam pinggan kaca.
Bella membawa makanan tersebut ke ruang tamu. Setelah itu, dia meminta diri masuk semula ke dalam bilik.
"Amri dah habis practical ke?" tanya Pak Man. Dia mencapai sebiji pisang goreng dan mula makan.
"Amri dah lama habis practical. Sekarang tinggal tunggu dapat kerja je" jawab Yusri.
"Ouh baguslah begitu. Bukan senang sekarang nak dapat kerja. Yang penting kita kena usaha. Betul tak?" ujar Paksu.
"Betul tu Paksu" Zaleha jawab bagi pihak anak lelakinya.
"Eh jemput makan. Mari mari" ajak Zaleha.
"Lupa pula nak tanya tentang Hafiz. Keadaan dia macam mana sekarang. Lama tak nampak dia dekat kampung ni" soal Paksu.
Yusri diam tidak berkata. Jawapan tersebut hanya ada pada Zaleha. Dia memandang Zaleha seketika.
"Si Hafiz tu ada je... dia kan tak suka jumpa orang sangat. Sebab tu susah kalau nak nampak dia dekat dalam kampung ni" dalih Zaleha.
Paksu dan Maksu sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. Terus dijamah makanan yang sudah tersedia dihidang.
---
Mazlina serta keluarga Raid sedang berbincang untuk majlis perkahwinan anak mereka. Banyak pilihan yang mereka inginkan. Tapi Raid hanya mahu yang simple sahaja. Damia menjadi hairan. Kenapa dia ni? Macam ada benda tak kena je.
Selesai perbincangan, keluarga Raid meminta diri untuk pulang. Tapi Raid tidak dihalang oleh Damia untuk pulang.
Damia keluar berjalan berjumpa Raid.
"Awak ni kenapa?" tanya Damia. Dia sudah mula berpeluk tubuh.
"Kenapa apa?" soal Raid. Raid masih khusyuk bermain telefon di tangannya.
"Kenapa perangai awak dah lain? Awak tahu tak majlis tu semua untuk kita berdua. Awak tak serious langsung kan tadi. Saya nampak awak asyik angau je" Damia melepaskan geramnya.
"Betullah apa yang saya kata. Saya cuma nak majlis yang simple je. Salah ke? Awak ni Cuba respect sikit keputusan yang saya nak. Takkan semua nak ikut kepala awak je. Kalau macam tu baik awak kahwin sorang-sorang je" jelas Raid. Dia berjalan meninggalkan Damia di muka pintu.
"Raid! Tak habis lagi lah!" jerit Damia.
Raid mengendahkan jeritan Damia. Dia masuk ke dalam kereta dan mengarah pemandunya itu pergi dengan segera.
"Kenapa Raid buat macam tu dekat Damia. Kesian tau dia" tanya Puan Suzy dengan nada lembut.
"Sorry mummy. Raid sekarang ni takde mood nak layan dia" jawab Raid.
"Nanti jangan lupa pujuk dia. Tak baik buat orang macam tu. Mana tahu nanti dia terasa hati"
Raid mengangguk perlahan.
Share this novel