Bab 9

Romance Series 59136

Dari sehari ke sehari, sampai berganti bulan, aku bawa diri. Aku ubah rutin harianku. Masa hujung minggu banyak aku habiskan bersama nenek daripada ke pantai. Aku rindu aktiviti aku, tapi mungkin ni yang terbaik. Aku tak boleh terus kat situ. Aku fikirkan selama ni dia takkan tahu aku kat situ. Aku silap. Mungkin dia sengaja mainkan lagu tu sebab dia sedar kehadiranku.

Bodohnya aku sebab tak sedar.

Benda dah lepas. Kalau boleh putarkan masa pun, aku tetap takkan sedar. Tu masalah aku ni, otak lambat sangat nak dapat tangkap kalau benda macam tu berlaku. Bayangkan, bila difikirkan balik, tak pernah dia nyanyi lagu sama berulang kali kecuali lagu tu. Kenapalah aku baru nak sedar sekarang? Dunggunya aku ni.

Agaknya aku sorang je ke baru nak sedar? Orang lain mesti fikir dia nak komersialkan lagu baru dia kot? Selama hampir setahun? Memang tak lah Mia. Kau ni je lambat sedar. Orang lain mesti dah tahu. Geram pula aku jadinya.

“Mia,” tegur Kak Syaf. Aku memandang dia yang kelihatan tergesa – gesa.

“Kenapa kak?”

Di sebelahnya aku baru perasan anak muridku, Rayyan masih ada di situ. Mama dia lambat lagi lah tu. Selalunya begitu.

“Macam biasa, hari ni mak Rayyan lambat, jadi lambat akak boleh balik. Tapi ada urgent akak kena balik ni. Anak – anak akak tu buat hal. Boleh Mia tolong jagakan dan tutupkan pintu tadika? Cikgu lain semua dah balik.

Patutlah. Aku pula lambat balik hari ni sebab dari tadi sibuk menanda buku latihan murid – murid aku sampai tak sedar masa berlalu.

“Tak apa lah kalau macam tu. Akak baliklah dulu.” Mataku merenung Rayyan. “Rayyan duduk depan ni dengan cikgu yer.”

Rayyan akuh mendengar permintaanku. Aku hanya memberikan senyuman kepada Kak Syaf yang masih rasa bersalah. Aku pun tak kisah kalau Rayyan balik lambat, sebab aku memang ada buku lagi sikit nak kena tanda. Kalau kat rumah takut tak jadi kerja pula nanti.

“Rayyan, cikgu nak call kejap. Duduk sini tau. Jangan pergi mana – mana. Dalam dua minit lagi cikgu datang balik.” Rayyan yang sedari tadi fokus melukis pada buku lukisannnya hanya mengangguk tanpa menoleh kepadaku. Dia sangat kusyuk dengan kerjanya. Mungkin aku tak patut kacau kot?

Segera tanganku mendail nombor telefon rumah. Harapnya nenek angkat lah. Risau nenek fikir bukan – bukan kalau aku balik lambat nanti.

“Hello, nenek?” ujarku saat panggilanku diterima. “Nek, minta maaf. Hari ni kan Mia lambat sikit tau balik. Ada murid Mia mak dia tak ambil lagi. Jadi Mia nak tunggu sampai mak dia sampai. Nenek elok – elok tau kat rumah tu.”

“Yer, jangan risau. Kamu tu Mia, nanti jangan lupa memandu elok – elok. Jangan bawa laju. Risau nenek nanti.”

Aku spontan tersenyum. Haish, lama dah tak rasa ada orang pesan gini. Seronok pula jadinya. “Jangan risau. Mia bawa 70 kilometer sejam jer. Nenek akan nampak muka cucu kesayangan nenek ni sebelum pukul 6. Mia janji.”

“Iyerlah, nenek nak masak dulu. Ada nak makan apa – apa tak?”

Serba salah pula aku jadinya. Patutnya aku yang masak, ni nenek pula sebab aku terlewat balik. Mesti nenek dah lapar tu. “Apa – apa jer. Maaf hari ni Mia tak masakkan untuk nenek. Mesti nenek lapar kan? Tak pun, kalau nasi goreng pagi tadi ada, nenek makan tu dulu. Nanti sampai rumah Mia terus masak.”

“Mia nenek ni kuat lagi. Jangan risau. Badan nenek ni jadi letih kamu asyik larang nenek buat itu ini. Nenek bosan. Yang kamu bagi asyik menanam pokok jer.”

“Okey nenek kuat membebel. Buat apa nenek nak kat situ yer. Mia tak larang dah. Nanti hujung minggu Mia bawa nenek keluar beli benih dengan pasu lagi sebab nenek tolong masakkan hari ni. Okey?”

“Yelah.”

Aku mematikan panggilan, lega dah bagitahu nenek. Sekarang ni, aku nak habiskan kerja aku lepas tu nak kemas – kemas. Nanti boleh sama – sama balik terus dengan Rayyan lepas mak dia datang.

“Rayyan, nak minum apa – apa tak?” tegurku. Khusyuk sangat dia melukis ni. Apa yang dilukisnya sampai tak dengan aku panggil. Tanpa banyak soal, aku berlalu ke dapur dan menghidangkan dua cawan air milo. Mungkin dia dahaga kan? Mana tahu?

Beberapa snack aku bawa sekali ke depan. Aku meletakkan air di depannya bersama snack. Akhirnya dia sedar kehadiranku dan tersenyum.

“Terima kasih cikgu,” si muridku yang berusia lima tahun tersengih. Aku menahan tawa melihat terdapat ruang kosong pada gigi yang patutnya tumbuh. Baru aku sedar gigi di tak ada. Mesti semalam tercabut ni. Sebab ada jer aku tengok hari tu.

Dia mengambil snack di depan matanya. Gembira sangat tu dapat makan snack. Dah lah kegemaran aku tu. Redholah, aku pun bukan boleh makan selalu. Karang kena marah dengan dietitian kalau tahu aku tak jaga pemakanan aku.
Walaupun dah tiga tahun berlalu, tapi tetap juga aku kena jaga pemakanan aku, dan kena makan ubat yang diberi selamanya. Aku dapat peluang hidup lagi sekali saat aku fikir diri aku taka da harapan, jadi aku kena pastikan aku hidup sebaiknya. Aku tak mahu penderma aku terasa sia – sia berikan organ berharganya untuk aku.

Beberapa ketika, aku berjaya habiskan semua kerja aku, dan siap mengemas barang – barangku. Buku – buku latihan murid aku letakkan pada locker milikku. Semuanya siap. Cuba sedia nak balik jer tinggal.

Gelas kosong milikku dengan Rayyan ku bawa ke pantri dan mencucinya. Setelah puas melihat semuanya tersusun, aku melangkah menuju semula ke Rayyan. Bagusnya mama dia ada anak macam Rayyan. Dari mula dia masuk sini, tak pernah sekali aku tengok Rayyan merungut bila mama dia terpaksa balik lambat. Aku faham, mama Rayyan, Puan Qaisara mesti sibuk bekerja, sehingga kekadang hingga ke lewat malam. Ayahnya aku tak pasti. Selalunya Puan Qaisara yang datang menjemput anaknya.

Kalau dibandingkan dengan kanak – kanak lain seusianya, mesti lama dah mengamuk bila ibu mereka lambat datang. Aku sendiri dulu menangis kat buaian tadika bila babah lambat mengambilku. Puas arwah babah memujuk dengan ais krim, lollipop dengan jajan lain. Semua tak jalan. Dasar anak manja betul aku ni dulu.

“Rayyan,” aku cuba mengambil perhatian muridku. Melihat dia menoleh membuatkan aku tersenyum. “Lukis apa tu?”

Rayyan memandangku. Mukanya seperti sedang memikir panjang untuk menjawab persoalanku. Kemudian dia merenung semula lukisannya.

“Conteng – conteng jer cikgu. Rayyan tak pandai melukis.”

“Boleh cikgu tengok?” pintaku.

Rayyan laju menganggukkan kepala. Buku lukisannya diberikan kepadaku agar mudah untukku melihat. Aku melihat dia melukis pemandangan. Ada rumah kampung, gunung, ayam dan matahari. Comel pula aku melihat lukisan macam ni.

“Rayyan suka melukis?” soalku sambil membelek setiap halaman buku lukisannya. Penuh dengan lukisan kartun walaupun hanya sekadar contengan. Tapi seandainya dia berminat, aku yakin dia boleh jer jadi karikatur.

“Rayyan lukis sebab bosan tunggu mama sampai. Uncle cakap kalau bosan tunggu mama, uncle suruh melukis. Ni buku lukisan ni uncle yang belikan. Tapi Rayyan tak pandai melukis macam uncle,” si kecil itu petah menjelaskan.
Aku membelek lagi hingga aku terhenti pada satu halaman. Lakaran ni, macam pernah aku tengok. Mirip dengan apa yer? Aku lupa.

“Yang ni kan cikgu, Rayyan tiru lukisan uncle.” Lukisan uncle dia? Uncle dia pelukis terkenal ke? Mungkin lukisan ni aku pernah nampak kat akhbar mana – mana atau kat internet? Aku betul – betul lupa.

“Uncle Rayyan tu pelukis ke?”

Rayyan menggeleng kepalanya. “Tak, uncle minat melukis jer.”

Jadi mesti tak pernah siar kat mana – mana media. Alahai, buat apa aku nak fikir? Lukisan budak – budak selalunya sama. Mungkin dari situ aku pernah tengok dan terbiasa kot? Walaupun dia cakap dia tiru mungkin tak menjadi lukisan pak cik nya tu.

Khayalan aku jer ni.

“Cikgu, cikgu.” Rayyan menarik lengan baju kurungku. “Nak tau tak. Uncle tak suruh bagitahu sesiapa tau, mama pun uncle tak kasi. Uncle ada lukisan ni dia lukis lawa sangat! Mirip macam..”

“Assalamualaikum.”

Rayyan berhenti berkata. Aku memandang ke arah pintu dengan wajah gembiranya sebelum meninggalkan aku terpinga – pinga saat mendengar suara garau lelaki itu kini menjenguk ke dalam.

“UNCLE!” jeritnya berlari ke dakapan lelaki tersebut.

“Rayyan kejap tunggu cikgu.” Tanpa berlengah, aku pula terus mengapai beg sekolah Rayyan dan menyimpan buku lukisan serta pensilnya di dalam beg. Budak ni, laju betul keluar bila nampak pak cik dia. Terus tak ingat barang – barang dia.

Saat aku mendekati kedua – dua mereka, Rayyan sibuk berceloteh tentang harinya. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Mesti rapat dorang berdua ni kan? Kalau tak, taka da sampai berdukung pula. Si pak cik dia pula aku tengok macam melayan jer.

Aku berdehem menarik perhatian pertemuan mereka berdua. “Maaf encik, ni beg sekolah Rayyan.”

Pak Cik si Rayyan berpusing memandangku. Aku terkedu. “Adam?”

Adam, hampir berbulan aku tak bertemu dia. Tak sangka pula dia ada di hadapanku. Jadi dia ni ke uncle yang Rayyan cerita dari tadi? Lukisan tadi, oh baru aku teringat. Aku pernah melihat lukisan lakaran Rayyan tu dari dia! Macam mana aku boleh lupa? Lukisan burung tu!

“Uncle, ni lah cikgu yang Rayyan cerita hari tu. Masa kat rumah uncle."

Adam tidak menjawab. Sebaliknya dia mengangguk kepada Rayyan sambil mengenyitkan mata. Terus Rayyan mengangguk dan menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya.

“Hai Mia, maaf, Cikgu Mia. Tak tahu pula rupanya cikgu.”

Aku tertawa. Seingat aku, tak pernah sekali pun aku dan dia bercerita tentang diri masing – masing melainkan menghayati keindahan pantai serta lukisannya.kali terakhir berjumpa dia, aku ingat lagi aku ada bertanyakan soalan mengenai kerjanya serta keluarga dia. Dia tak jawab, malah dibiarkan misteri.

Jadi sekarang salah satu misteri terungkai. Ni, si Rayyan anak buah dia. Jadi Puan Qaisara mestilah kakak dia kan? Lepas tu hubungan dia dengan kakak dia mesti rapat, kalau tak, takkan anak buah dia sayang pak cik sampai macam ni manjanya. Siap berdukung lagi.

“Saya pun tak tahu pula awak ni ‘uncle’murid saya. Tak pernah nampak pun awak ambil dia selama ni.” Tanganku menyerahkan beg sekolah Rayyan kepada Adam.

Tangannya laju menyambut beg tersebut kemudian disandangkan pada bahunya. “Mungkin takdir tak temukan kita lagi masa tu. Sesekali pernah jer datang jemput, kalau ibu dia tak dapat ambil.”

Mungkin ada benarnya. Takkan dia tak mahu menegur aku kalau perasan aku di sini kan?
“Tak pelik lah bila tengok Rayyan pandai melukis. Ikut minat uncle Adam kan?” soalanku sebenarnya ditujukan kepada Adam. Namun aku berpura menoleh pada Rayyan yang sedari tadi memerhati keakraban aku dengan Adam.

Perlahan Rayyan mengangguk. Dia kelihatan keliru. Kesian Rayyan pula.

“Lama menghilang.”

Adam merenungku. Aku tergamam dengan persoalannya. Dia tunggu aku ke masa aku dah tak ke sana? Mungkin kot? Selama ni aku yang selalu mengganggu dan menemani dia. Jadi mesti bosan tak ada aku tu. Rindu lah tu maksudnya. Kalau tanya mesti dia tak mengaku. Kan seronok kalau aku dapat sakat dia sekarang ni.

Haish, jaga perlakuan tu. Anak murid aku ada jer ni memerhati. Karang tak memasal dia bagitahu mama dia. Dah Puan Qaisara tertanya – tanya pula pasal aku nanti.

“Well, something comes up, so I decided to stop going there.”jawabku ringkas.

Adam sekadar menganggukkan kepalanya. Tidak bertanya lebih lanjut. “Macam tu nak minta diri dulu yer cikgu. Kesian lama Rayyan tunggu dari tadi kan. Ni nak bawa dia balik.” Dia menurunkan Rayyan dari dukungannya. “Cikgu Mia. Kalau free datanglah. Lukisan semua menantikan kehadiran cikgu.”

Dia nak aku jumpa dia ke? Berkias pula guna lukisan dia tu.

“Tengok dulu, sebab sekarang Mia kena balik rumah awal. Tak boleh nak macam dulu lagi.” Dahinya terjungkit, cuba memahami maksud ayatku. Perlu ke aku terangkan yang aku tak sampai hati nak biarkan nenek aku kat rumah sorang – sorang?

Tak perlu lah. Dia bukan sesiapa pun. Biarlah kalau dia salah faham sekali pun. Bukan hal aku untuk peduli kan? Kalau dia nak tahu, bukan dia tak boleh tanya.

Adam tersenyum kecil. Dia memimpin Rayyan masuk ke dalam keretanya. Wah, kereta warna kelabu. Lawanya. Aku tak pernah terfikir warna kelabu nampak cantik pada kereta. Mataku merenung pula pada kereta di sebelahnya. Kereta Axia hijauku. Axia tak nampak sesuai dengan warna kelabu.

“Adam.” Mulutku tiba – tiba memanggil namanya. Dia menoleh memandangku ketika mahu membuka pintu kereta bahagian pemandu. “Rindu buah – buahan percuma dari awak.” aku memberi kiasan.

Jujur aku harap Ahad ni dia ada kat sana. Aku mahu pergi, tapi aku risau seandainya Daniel masih lagi di situ. Aku tak ada hak nak halang dia terus bernyanyi, tapi aku juga berharap dia tiada di situ. Aku risau dengan perasaan aku sendiri. Jadi aku memilih untuk mengelak bertemu dia.

Adam hanya tersenyum.

Siapalah kau sebenarnya ya? Perlu ke aku rungkai tentang kau satu per satu? Kenapa aku berminat sangat nak tahu tentang kau.

“Will waiting for you there.” Terkejut aku dibuatnya bila Adam mengenyitkan matanya kepadaku. Aku mimpi ke? Dia pula boleh ketawa? Serius lah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience