Bab 1

Romance Series 50669

TIDUR Raisa terganggu dengan bunyi telefon bimbitnya. Malas Raisa nak angkat panggilan tersebut kerana dia tahu gerangan siapa yang menghubunginya. Sudahlah baru malam tadi dia boleh rasa nikmat tidur yang lena sejak pulang ke Malaysia. Baru seminggu dia pulang ke negara kelahirannya ini setelah bertahun-tahun menetap di negara asing dan baru hari ini Raisa mahu rasa bersenang-lenang tanpa gangguan tapi si pemanggil masih tak putus asa menghubunginya berkali-kali walau panggilan sebelum ini telah dibiarkan oleh Raisa.

“I bukan doktor yang you perlu call banyak kali. Kalau rasa sakit panggillah doktor, yang call I buat apa.” Geram Raisa. Terpaksa juga Raisa angkat panggilan yang memekak telinganya dari tadi.

“I call you sebab bosan. Bila you nak datang lawat I?” Si pemangil tidak peduli kata-kata Raisa.

“Huh!” Raisa keluh kasar.

“Eddy…You memang tak ada kawan lain ke? I balik sini sebab terima offer you sebagai bisnes partner. Bukan nak teman bagi you tak bosan kat hospital tu.” Bebel Raisa.

Eddy ketawa. “Haaa…I tak peduli. Sebagai bakal bisnes partner I, you kena temankan I hari ini. Lagi pun you balik sini bukan ada sesiapa yang you boleh ajak jumpa untuk lepaskan rindu. You dah balik kampung lepaskan rindu kat mama dan ayah you kan. So dari you terperuk duduk kat rumah tu baik you datang lepak kat hospital temankan I. Bukan I tak tahu yang Ulya tak balik KL minggu ini.”

Cis! Baru saja Raisa nak petik nama Ulya. Rupanya mamat seorang ini memang dah tahu yang Ulya berada di kampung sekarang ini. Apa yang Eddy cakap itu memang betul. Siapa saja yang di Kuala Lumpur ini masih berhubung dengannya selain Ulya dan Eddy. Sejak Raisa menetap di luar negara hanya mereka berdua saja yang Raisa tetap hubungi. Kawan yang lain semua sudah tidak tahu khabar masing-masing.

“Lagi you bebel. Lagi lambat I datang. Biar you tambah sakit sebab rasa bosan.” Gertak Raisa.

Nak tak nak terpaksa Raisa bangun bersiap. Bukan Raisa tak rancang untuk pergi melawat Eddy yang berada di hospital pada petang karang tapi si Eddy itu lagi tak menyabar untuk suruh dia datang lebih awal.

Raisa bersiap ala kadar saja. Makan pun tidak. Nantilah dia beli makanan di luar untuk bawa ke hospital.

Nasib baik jalan tak sesak walau sekarang waktu makan tengah hari. Hari bekerja memang selalu orang elak waktu makan tengah hari dan balik kerja. Kerana dua waktu itu selalunya jalan raya akan lebih sibuk dengan kenderaan.

Tak sampai 30 minit Raisa sampai di hospital. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Ulya tertera.

“Aku dah bangun dan sekarang aku tengah berjalan nak pergi ke bilik wad Eddy.”

Ulya ketawa kecil. Mungkin Ulya tahu yang Raisa sudah agak apa yang hendak ditanya.

“Nanti sampaikan salam kat Eddy tau. Aku tak dapat balik pula minggu ini. Tak dapat nak lawat dia. Teruk sangat ke cedera Eddy.” Tanya Ulya.

“Tak patah pun kaki dia. Mengada-ada je lebih. Cedera sikit pun sampai nak check in hospital mahal. Dasar orang kaya.”

Ketawa lagi Ulya. Dia tahu sangat dengan perangai Raisa yang tak berkenan dengan sifat Eddy yang tak boleh sakit sikit.

“Dia ada duit. Lagi pun inilah masa dia dapat berehat walau cedera tak seberapa. Dalam berapa tahun ini pun Eddy dah kerja keras. Berbaloilah usaha dia.” Kata-kata Ulya memang tak boleh dinafikan oleh Raisa.

“Keputusan transfer dah dapat ke? Takkan aku nak duduk seorang kat rumah. Tunggu kau balik hujung minggu je. Sunyilah aku.”

Raisa ubah topik.

“Aik…Duduk luar negara bertahun seorang diri pun boleh. Takkan duduk seorang diri kat KL pun tak boleh.” Saja Ulya perli.

“Kat sana aku sibuk kerja. Manalah ada masa nak rasa bosan ke sunyi.” Balas Raisa.

“Kau balik sini pun sebab kerja juga kan. Kalau Eddy tak offer kau jadi bisnes partner dia mesti kau takkan balik walau keadaan aku dan Akmal dah bertambah baik.”

“Haaa… Mana anak aku yang comel tu. Suruh Akmal ajak ibu dia balik KL cepat-cepat. Mama dah rindu.”

Sengaja Raisa ubah topik tanya tentang Akmal yang merangkap anak angkatnya walau dia tahu sudah tentu Akmal berada di tadika sekarang. Raisa tak nak Ulya mengungkit hal lama lagi. Hal yang menyebab Raisa pilih untuk bekerja di luar negara kerana Raisa tak nak Ulya terus rasa berhutang budi dengannya.

Ulya yang faham terus tak jadi menyambung perbualannya tentang itu.

“Akmal pun rindu mama dia. Tak sabar nak jumpa kau.”

Raisa tersenyum mendengar.

“Okeylah. Malam karang kita buat video call tau.” Ucap Raisa sebelum tamatkan panggilan mereka.

“You bergayut dengan siapa. Siap nak buat video call lagi.”

Raisa tarik kerusi di sebelah katil Eddy.

“Ulya. Siapa lagi yang I nak video call kalau bukan dua beranak tu.” Jawab Raisa sambil perhati keadaan Eddy. Sudah Raisa syak yang kecederaan Eddy bukan teruk sangat pun. Sebab hospital swasta kalau hospital kerajaan dah lama Eddy disuruh pulang berehat di rumah.

“Ala buatlah sekarang. I pun nak tengok Ulya juga.” Pinta Eddy sambil tersengih.

“You ini merepek apa nak suruh video call sekarang. Ulya tu makan gaji bukan macam you. Lagi berapa minit je waktu rehat dia dah nak habis. Takkan you nak tengok Ulya mengajar dalam kelas pula.” Perli Raisa.

Cebik Eddy.

“Ni dah lunch ke belum.” Tanya Raisa.

“Mestilah dah lunch. Nak tunggu you. Memang taklah. Ni pun you datang dengan tangan kosong.” Perli Eddy.

Bulat mata Raisa. Bukan Raisa tak nak beli buah tangan untuk Eddy tapi dia pun tak sempat nak singgah mana-mana untuk beli. Memanglah kedai kat luar hospital ini ada jual macam-macam jenis buah tangan untuk bagi pesakit bila datang melawat tapi rancak sangat berbual dengan Ulya dalam telefon sampai terlupa dia nak singgah tadi.

“I nak pergi kafe. You nak I penuhkan tangan untuk you tak?” Sengaja Raisa buat tawaran. Eddy sudah tersenyum.

“Belikan I coffee latte.”

“Itu je?”

“Dan semua jenis kudapan yang I suka. You mesti tahukan.” Laju Eddy cakap.

“Sedar diri sikit yang you ni pesakit. Mana boleh makan kudapan yang tak berkhasiat tu.” Raisa beri peringatan.

“I jadi pesakit sebab kaki I cedera. Bukan sebab I ada penyakit kronik.” Jawab Eddy tak nak mengalah.

Perut Raisa pun dah berbunyi kelaparan. Lebih baik dia pergi sekarang dari bersoal jawab dengan Eddy.

Raisa berjalan menuju ke kafe. Ramai orang yang lalu lalang di sekitar kawasan ini.

Langkah kaki dia yang baru berjalan tak sampai separuh perjalanan lagi untuk sampai ke kafe tiba-tiba saja terhenti apabila dari jauh Raisa terpandang seseorang yang sudah lama dia tidak temui. Lagi tepat sudah lama dia melarikan diri dari bertemu lelaki itu.

Kenapa dia perlu bertemu dengan lelaki itu hari ini. Di hospital ini pula. Apa yang lelaki itu buat di sini. Adakah sepertinya. Melawat seseorang. Lagi Raisa risau jika lelaki itu perasan akan dirinya kerana langkah lelaki itu sudah menghampirinya. Raisa hanya terpaku berdiri saja. Walau hakikat dia mahu menyorok dari bertemu tapi kakinya seperti tidak boleh bergerak macam digam.

“Raisa…Kau kena buat macam biasa. Benda dah bertahun. Kau dah tak boleh nak elak lagi.” Raisa berkata-kata dalam hatinya. Kepalanya yang ditunduk tadi melihat lantai terus di angkat semula.

Ketika itu pandangannya dan lelaki itu bertemu.

Raisa cuba kawal air mukanya.

Tapi raut wajah lelaki itu?

Kenapa Raisa rasa pelik?

Raut wajah yang Raisa tidak mengerti.

Lelaki itu terus memandangnya sehingga mereka berselisih tapi antara mereka tiada siapa yang menyapa dahulu.

Lagi pelik lelaki itu hanya tetap memandangnya dan teruskan saja langkah tanpa henti.

Tergamam Raisa. Sampai Raisa menoleh melihat lelaki itu sehingga kelibatnya hilang.

“Kalau dia masih marahkan aku lagi, takkan dia hanya buat-buat tak kenal aku je. Itu bukan perangai dia. Atau aku yang salah orang.”

Raisa rasa keliru sekarang.Tak mungkin dia salah orang hanya kerana bertahun mereka tak berjumpa. Dia masih mampu cam lelaki itu. Lelaki itu pernah wujud dalam hidupnya. Tak mungkin dengan mudah dia salah orang.

Selamat berkenalan semua. Teruskan support baca bab seterusnya novel pertama saya di NP. Saya akan publish setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam. Terima kasih sudi baca.

Share this novel

Saphire
2022-03-19 01:05:31 

jemput singgah baca novel saya yang berjudul cinta yang tak didendangkan.. Dialu-alukan untuk support dan komen yaa. Terima kasih

Saphire
2022-03-17 07:42:20 

Hi, Jemput baca novel sy yg berjudul cinta yang tak didendangkan. Jgn lupa support dan komen yaa, Trima kasih.

rysya_official
2022-03-09 22:58:42 

hi mintak izzin promote saya punya novel guys tolong baca and follow saya sekali ye thakyou!


NovelPlus Premium

The best ads free experience