BL 22

Humor Series 177133

FARAH memandang lama seorang lelaki yang bukan main tersenyum berdiri di hadapannya. Lelaki itu menunduk sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat kepada Farah.

"Mana Hfiy?" Tanya Farah

"Oh dia cuti harini. Jadi saya yang akan ganti dia untuk temankan Cik Farah hari ini." Ujar lelaki itu bersama senyuman.

Farah mendengus perlahan. Cis!

Baru sebulan lelaki itu menjadi pengawal peribadinya sudah pandai mengambil cuti, Sudahlah mengantikan orang yang entah siapa-siapa tanpa memberitahu dirinya. Along pun satu, percaya sangat dengan si Hfiy tu.

"Tersengih-sengih, hang ni nama apa?" Tanya Farah lagi.

"Rahman." Rahman tersenyum sahaja. Suka dia bila melihat wajah manis Farah lama-lama. Marah pun cantik.

"Oh Rahman, Lain kali kalau si bengis tu soh ang mai sini tak payah mai na buat semak!"

"Mana boleh keselamatan Cik keutamaan kami.. Tapi kalau hari-hari saya kena ganti dia pun tak pa hai cheq suka." Ujar Rahmah. ramah sahaja gayanya.

"Keutamaan podah." Farah memutarkan matanya ke atas menyampah.

"Yelah, Nama Cik ni nama yang tersenarai dalam list kami tau. Apa orang putih kata tu, Very very important people tau. So now, untuk harini , I am your official bodyguard yang paling handsome for this whole day. Ha gitu." Ujar Rahman seraya itu dia mengejar langkah Farah.

Farah mendengus. Tanpa memperdulikan Rahman dia melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan di hadapannya itu. Dan ketika itu seseorang sedang menunggu ketibaannya.

"Maaf saya lambat Encik Qayum."

"It's okay Najwa. Mari."

Rahman hanya mengekor di belakang dan mula tenggelam dalam dunianya sendiri. Arahan yang di terima sebentar tadi membuatkan fikiran jauh memikirkan identiti wanita di hadapannya ini.

Setahunya sebagai seorang pengawal peribadi bagi nama yang tersenarai dalam golongan terpenting ini mereka tidak dibenarkan 'Beramah mesra' dengan pelangan mereka. Namun arahan yang di terima kali ini sebaliknya. Atasannya mahu wanita itu selesa dengannya. Hmm. Pasti ada sesuatu. Kena korek dekat lagi ni.

"Tunggu sini." Farah menghulurkan begnya ke arah Rahman. Langkah di atur kemas mengikut langkah Encik Qayum.

"Baik Cik." Rahman senyum dan terus menyambut huluran itu. Dia hanya memandang sahaja Farah yang sudah menghilangkan diri di sebalik pintu di hadapannya sana.

Rahman menyangkut tali beg milik Farah ke bahu kanannya. Mata mula meliar memandang setiap ruangan pejabat itu.

Personal Investigator.

"Ini ke perempuan kau cakap haritu."

Fokus Rahman terkalih ke arah dua orang perempuan yang terjenguk-jenguk dari pintu kaca di sebelah sana.
Apabila perempuan mula membuat dosa.

"Ya wei, Cantik kan dia. Tapi sayang gila." Kata wanita itu sambil ketawa.

"Tak baiklah kau ni."

"Betullah, masa awal dia datang tu aku ingat dia nak selidik laki dia ada skandal ke, atau hal lain. Sekali nak cari laki dia yang dah mati. Dah sah-sah DNA polis dapat tu laki dia, Kau rasa."

Automatik Rahman menjeling ke arah dua perempuan itu dengan ekor mata. Apakah ini? nyah kau syaiton!

"Ala dia tak yakin la tu, Sebab tu dia suruh Encik Qayum siasat. Rambut pun boleh tukar warna, Inikan pula hati manusia. Macam kau lah."

"Eleh kata orang kau pun sama. Kau ingat Encik Qayum tu betul-betul ke buat kerja dia. Dia sendiri cakap dengan aku perempuan gila tu bayar dia tinggi sebab tu dia buat juga."

"Lagipun aku dengar yang Encik Qayum pernah borak dengan someone. Dia pernah cuba nak bunuh diri. Apa tu panggil mental disorder. Ha sah la tu gila. Dengan mengandung lagi time tu." Sambung wanita itu lagi.

"Itu meroyan la bodoh." Selepas itu dua perempuan itu ketawa. Seolah-olah perbualan mereka itu satu bahan jenaka.

Rahman terus memandang dua perempuan itu. Dia pula yang tiba tiba rasa tak puas hati.
Tersedar akan pandangan tajam Rahman dua perempuan itu tersengih-sengih sendiri.

Mulut tu kalau kena jahit memang bagus. Bagus sebab bau longkang. Dasar mulut tak beradab.
Rahman melarikan pandangan dari dua perempuan itu. Tersentak dia saat terpandangkan susuk tubuh wanita yang berdiri di belakangnya.

Melihatkan tingkah Farah yang tersenyum namun sinis cukup meyakinkan Rahman yang wanita itu terdengar akan perbualan dua perempuan tadi.

Rahman membatu seketika. Senyuman wanita itu psycho. Dia sendiri seram melihatnya. Cik Farah pasti terasa.

"Cik Farah" Rahman hendak menegur Farah, Tetapi Farah terlebih dahulu meneruskan langkahnya.

Bibirnya masih tersenyum sahaja sebelum perlahan-lahan dia menoleh ke arah Rahman. Tiba-tiba suasana rasa kekok. Dua perempuan itu terkaku saat Farah memandang mereka sepintas lalu.

Sunyi.

Langkah Farah mati. Dia berdiri tegak tidak jauh dari dua perempuan itu sebelum tangan naik menutip hidung. Mata di kecilkan seperti menahan sesuatu bau yang busuk.

"Rahman hang bau busuk tak?" Farah memandang Rahman yang mula memandangnya hairan. Langkah diambil merapati dua perempuan. Dekat dan semakin mendekat.

"Kau orang berdua ada bau busuk tak?"Soal Farah kepada dua perempuan itu. Dua orang itu berpandangan sesama sendiri sebelum mengelengkan kepala apabila yakin tiada bau yang tidak menyenangkan di situ.

"Tak ada bau apa-apa pun Cik Farah."

Farah tersenyum dia kembali memandang Rahman.

"Auch! Rupanya bau bangkai tu dari mulut Diaorang. Ya Allah Busuk." Ujar Farah sambil menutup hidungnya.

Dia tersenyum lagi apabila melihat Rahman yang sudah terkelip-kelip memandangnya sambil tersengih. Faham pun.

"Patut la dari tadi saya duduk sini lalat weng weng hurung saja. Rupanya bau bangkai. Fuh lama-lama dekat sini boleh pengsan kita nanti." Ujar Rahman laju langkahnya mengejar langkah Farah. Kepalanya di gelengkan. Fuh bahaya sekali dia tembak makan dalam punya kata-kata.

KETIKA Rahman mengiringi langkah Farah keluar dari bangunan 5 tingkat itu. Sebaik sahaja mula melangkah menjauh, tiba-tiba ada bunyi satu tembakkan ke di cermin dan pecah.

Branggg!!

Rahman segera menarik Farah ke belakang tubuhnya.
Mahu gugur jantung Rahman saat melihat tembakkan itu tepat pada cermin kereta di bahagian penumpang.

Nasib tak masuk lagi kalau tak haish.

Farah mendengus kasar sebelum mendongak.
Rahman turut mendongak sama. Tegang wajah Farah saat melihat ada seorang lelaki berpakaian serba hitam menjengah dari rooftop ke arah mereka.

Bagai tak ada rasa serba salah. Selamba lelaki itu menayang senjata api yang digunakan sebentar tadi kepada mereka penuh ceria sebelum menghilangkan diri.

Rahman sudah menekan punat earpiece di telinganya ingin maklumkan kejadian itu agar manusia kekurangan akal itu segera cekup. Dia sudah di maklumkan bahawa masih ada beberapa orang yang bekerja di belakangnya. Tanpa Farah sedar.

"Jangan." Halang Farah.

"Kenapa cik?" Tanya Rahman. Wajah tenang Farah dipandang tajam. Sempat dia mendengus.

"Biarkan dulu. Kalau tak ada monyet tu. Si dia tu tak kan muncul." Farah ketawa kecil. Tapi cukup sinis.

FARAH mula tersedar dari lena apabila ada tangan bermain dengan rambutnya. Perlahan-lahan kepala diangkat.

"Eh? baby ummi dah bangun?" Tegur suara serak Farah. Dia mengeliat sedikit sebelum tersenyum lebar melihat Ghaaziy yang diam duduk di atas katil itu.
Farah bangun. Terasa sakit pula lehernya. Pasti kerana posisi tidurnya tadi.

"Come sayang"Farah menghulur tangan untuk mendukung Ghaaziy.

"Semangatnya dia!" Geram. Farah terus mencium pipi Ghaaziy, Menyeringai suka si kecil itu apabila pipi gebunya dicium Farah.

Farah melangkah keluar dari bilik. Matanya mula meliar memandang sekeliling, Mencari penghuni di dalam rumah itu tapi kosong. Namun matanya terpandangkan pintu kecil di belakang dapur.

Dia mendekati pintu itu. Pintu ditolak perlahan. Terkaku dan terdiam Farah saat melihat sebuah kotak yang berisi seekor bangkai kucing bersama anaknya yang masih kecil.

Farah diam. Erat dia memeluk Ghaaziy. Lama dia memandang bangkai kucing itu.

"Allahuakbar." Pelahan kalimah itu meniti di bibirnya.

Kenapa kau perlu seksa binatang ini. Apa dosa dia dengan kau. Farah yang mengelamun dalam dunianya. Dia tersedar apabila bahunya di sentuh. Tanpa sedar tubuhnya mengigil perlahan.

"Allahuakbar! Along angah mai sat." Jerit Megat Othman.

Tubuh Farah dipusingkan, Dia mengelakan nafas saat merasakan ada getaran halus pada tubuh anak perempuannya itu. Segara tubuh Farah di peluk.
dan diusap pelahan. Farah Memeluk erat tubuh Ghaaziy.

"Abah..."begetar suara Farah menyeru Megat Othman

Megat Othman menundukkan sedikit kepalanya pujuk kepala Farah di cium.

"Ingat Allah ya sayang." Pujuk Megat Othman.

Melihat dua anak lelakinya mendekatinya. Isyarat mata di hantar menyuruh mereka untuk melihat isi di dalam kotak di luar pintu itu. Dia melepaskan pelukkan tubuh kecil Ghaaziy di ambil dari Farah lalu di serahkan kepada Megat Fairus.

"Pi bawak Adik hang dan Ghaaziy naik bilik dulu."Arah Megat Othman.

"Baik Abah." Megat Fairus mengangguk. Sebelah tangannya naik memeluk bahu Farah manakala tangan kirinya mendukung Ghaaziy dengan kemas.

MEGAT OMAR hanya mendiamkan diri setelah mendengar laporan yang di sampaikan oleh Rahman sesekali dia menoleh memandang Figura tinggi lampai yang membelakanginya berdiri tegak memandang panorama alam. Dari biasan cermin wajah itu tegang saja.

"Asal kau tak inform terus yang lain?" Tanya Megat Fairus setelah agak lama suasana di dalam panthouse itu sunyi.

"Dah bagi signal Tuan. Tapi bila saya nak kejar tu Cik Farah halang. Katanya Biarkan dulu. Kalau tak ada monyet tu. Si dia tu tak kan muncul. Dia cakap macam tu. Punyalah selamba dia tak tahu ke saya punya jantung ni sikit je lagi nak luruh." Cerita Rahman bersungguh sungguh.

Lelaki yang berdiri tegak di hadapan cermin itu mengepal penumbuknya. Megat Fairus ketawa perlahan. Seketika kemudian dia mengeluh sebelum matanya memandang Megat Omar.

"Dia takkan diam long."

Megat Omar automatik memandang tajam Megat Fairus dengan ekor mata. Dia mula berdiri dan melangkah mendekati Figura di hadapannya.

"You should do something Bro." Bahu lelaki itu di tepuk pelahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience