Rate

BLACK ROSE (broken inside) 21

Drama Completed 921511

Aydean yang sedang menjalani pengambaran di Tasik Titiwangsa itu terkejut dengan kehadiran Syakir di situ. Mujur dia sedang berehat seketika. Skrip yang dipegang di letak kembali ke atas meja. Dia terus bangun menghampiri Syakir yang seakan tergesa-gesa menuju ke arahnya.

"Dean. Kie! Mawar is Kie, Dean!" Syakir terus memberitahu Aydean dengan riak wajah yang teruja.

ZAP!! Tangkai jantung Aydean seakan direntap kuat saat mendengar butir kata yang keluar dari mulut Syakir. Dia berpura-pura terkejut.

"Whhaaat? Mawar is Kie? Mana.. Mana kau tahu?" soal Aydean dengan riak wajah dan perasaan yang tidak dapat digambarkan tika ini. Hatinya seakan luluh. Dia dapat merasakan segalanya akan berakhir. Kie tak mungkin menjadi miliknya.

"Nanti aku explain pada kau. Now kau kena tolong aku. Call Mawar. Sebab dia tak jawab call aku. Aku pergi rumah dia, dia takde. Aku perlu tahu dekat mana dia sekarang. Aku nak bercakap dengan dia," bersungguh-sungguh Syakir menutur kata. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Mawar atau pun Kie. Sinar gembira mengerlip di mata Syakir saat ini.

Aydean terdiam. Tetapi, dia tetap mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar jeans. Nombor Mawar di dail. Dia menanti dengan penuh sabar. Wajah Syakir yang penuh pengharapan itu direnung. Aydean mengukir senyum hambar.

"Hello," kedengaran suara Mawar seakan lemah dihujung talian. Aydean cemas mendengar suara Mawar sebegitu.

"You tengah buat apa tu?" soal Aydean dengan wajah yang bimbang. Syakir di sebelah hanya menanti dengan sabar. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru. Bimbang jika Mawar mengelak dari bertemu dengannya.

"Tidurlah. Kan malam ni. Awak nak apa?" soal Mawar sedikit bengang. Aydean tarik nafas lega.

"You dekat rumahlah ni?" soal Aydean lagi. Wajah Syakir dipandang.

"Tak. Dekat kubur," balas Mawar selamba. Aydean kerut kening. Dia terdiam seketika.

Kubur? Apa seram sangat minah ni?

"Kubur? You buat apa dekat sana?" soal Aydean dengan mata yang terkebil-kebil. Syakir memberi isyarat agar Aydean bertanya lagi.

"Menurun," balas Mawar bersahaja. Dia malas mahu melayan Aydean. Dia tahu, pasti Syakir sudah menceritakan segala-galanya pada Aydean. Aydean cebik bibir. Mujur Syakir berada di situ. Jika tidak, mahu sahaja dia merengek dengan gurauan Mawar yang tak berapa nak kelakar itu.

"Aaa.. I datang rumah you kejap boleh? I ada hal nak cakap dengan you," Aydean bersuara serius. Mawar diam seketika.

"Nak apa lagi?" soal Mawar dengan suara yang malas. Aydean menahan geram mendengar suara Mawar sebegitu.

"Kejap je," perlahan suara Aydean menutur kata. Dia tidak mahu terlebih mesra dengan Mawar. Bimbang Syakir dapat menangkap perasaannya terhadap Mawar.

"Cepat sikit. Dah malam ni," balas Mawar. Panggilan di tamatkan. Aydean memandang wajah Syakir.

"So, dia ada dekat mana?"soal Syakir sudah tidak sabar lagi. Aydean menarik nafas dalam. Lambat dia menurut kata seterusnya.

"Kubur... eh.. rumah.. rumah..," tergagap-gagap Aydean menjawab soalan Syakir. Syakir kerut kening.

"Tadi aku dah pergi rumah dia. Gelap macam takde orang," ujar Syakir. Aydean ukir senyum hambar.

"Ada. Dia dah tidur . Kau pergilah. Aku tak habis shooting lagi ni," balas Aydean dengan nada suara yang mula bergetar. Dia harus terima segala kemungkinan yang akan berlaku selepas ini. Mungkin, Mawar akan kembali pada Syakir. Cinta lama kembali bertaut. Dan Aydean.... Masih harus mengalah.

"Thanks, bro. Aku pergi dulu," tanpa menunggu, Syakir terus ke kembali ke kereta miliknya. Aydean memandang Syakir sehingga susuk tubuh lelaki itu hilang dari pandangan matanya.

Perasaan Aydean tika ini seakan menjunam ke paras yang terlalu parah. Harapan untuk memenangi hati Mawar juga bagaikan jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran saat ini. Kini, dia berasa kosong dan hampa. Mawar memang bukan miliknya dan tak mungkin menjadi miliknya.

"Kie, I lost you again," rintih Aydean pilu. Senyuman paksa terukir di bibirnya. Mata Aydean berkaca. Hilang segala semangatnya tika ini.

××××××××××

Mawar menanti kedatangan Aydean di luar pintu rumahnya. Di dongakkan kepala ke atas sambil memerhatikan butir-butir bintang yang menghiasi dada malam mengerdip cantik. Mawar tersenyum sendiri. Selepas bangun dari tidur, dia merasa sedikit segar. Dia nekad mahu kembali bersemangat seperti selalu.

Disebabkan Mawar malas mahu menyarung tudung, dia hanya memakai sweater yang mempunyai penutup kepala. Tali hodiee ditarik menutupi leher. Kedua belah tangan di seluk masuk ke poket sweater tersebut. Dia masih sabar menanti kedatangan Aydean.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta berhenti di depan pintu pagar rumah Mawar. Lama Mawar merenung ke arah kereta tersebut. Hatinya tertanya-tanya kenapa lelaki itu yang datang ke rumahnya, bukan Aydean.

Syakir keluar dari perut kereta. Wajah Mawar direnung dari tempatnya berdiri. Wanita itu kelihatan tenang.
Mawar berjalan perlahan menghampiri pintu pagar. Kedua kening diangkat seolah menyoal kehadiran lelaki itu disitu.

"Kie," Syakir mula bersuara setelah beberapa saat dia berdiam diri. Mata lelaki itu berkaca.

ZAP!!! Jantung Mawar bagaikan di rentap saat itu. Riak wajahnya berubah. Dia bungkam seribu bahasa. Mata mereka bertaut lama. Air jernih meleleh keluar dari hujung mata dan mengalir ke pipi Syakir. Alis kening Mawar berkerut. Selama ini hanya wajah dingin yang dipamer kepada lelaki itu. Tetapi, kali ini perasaan Mawar terasa lain. Riak wajahnya juga mula menerbitkan perasaan.

"Kie, you tak ingat I?" soal Syakir sambil berdiri mendekati pagar rumah Mawar. Dia mengesat airmatanya dengan hujung jari. Rasa gembira meruap di hatinya. Wanita yang dicari selama ini rupa-rupanya sudah lama berada di hadapan matanya.

"Kie, please.. Say something," rayu Syakir apabila melihat Mawar diam tanpa kata sejak dari tadi. Mawar tarik nafas dalam. Bibir bawah di gigit perlahan cuba menghilangkan getar di dada yang tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam dirinya.

"Encik silap orang," balas Mawar masih cuba mengelak walaupun dia tahu dia tak akan berjaya menipu Syakir lagi. Pandangan mata lelaki itu menerbit rasa sayu di hati Mawar. Entah mengapa perasaan itu datang.

"You jangan tipu I. I tahu you Kie. I selongkar semua maklumat you and I jumpa gambar ic you. You... You change a lot, Kie," jelas Syakir seakan berbisik. Dia seakan tidak percaya yang wanita di hadapannya itu adalah Kie. Sungguh penampilan Kie sangat berbeza. Raut wajah wanita itu langsung tidak sama seperti dulu. Perbezaan yang terlalu ketara baginya.

"Actually, I'm so sorry. I marah you tanpa siasat perkara sebenar. I harap you tak merajuk dengan I," Syakir cuba memujuk. Dia tahu segala tindakannya terhadap Mawar beberapa hari ini mengundang rasa sedih di hati wanita itu. Mawar tarik nafas dalam. Dia tidak tahu apa yang harus dia ucapkan tika ini.

"I... I banyak benda nak tanya you. Tapi, dah lewat malam. Kita jumpa di restoran esok. Okay," ucap Syakir bersungguh. Dia masih menanti jawapan dari mulut Mawar walaupun wanita itu seakan berat mahu menjawab.

"Please Kie. Promise yang you akan datang ke restoran esok," desak Syakir lagi. Mawar masih membisu. Dia melarikan pandangan matanya dari melihat ke arah mata Syakir. Dada seakan sesak dengan renungan lelaki itu. Mata yang penuh pengharapan. Mata yang pernah membuatkan Mawar hanyut dalam dunia cinta remaja.

"Kie...," Syakir bersuara lagi. Syakir memandang sayu ke arah Mawar. Mawar mula serba salah. Bukan dia tidak mahu berjanji. Tetapi, dia merasa janggal dengan Syakir kerana perasaannya sudah tidak sama seperti dulu terhadap lelaki itu.

"Okay," balas Mawar dengan wajah yang kembali dingin. Syakir mengukir senyum lebar sebaik sahaja mendapat jawapan dari Mawar.

"Thanks, Kie. Thank you so much," ucap Syakir sambil tersenyum puas. Matanya masih melekat ke arah Mawar. Syakir seakan tidak puas menatap wajah itu.

"Kalau takde apa lagi.. Saya masuk dulu," Mawar bersuara. Dia sedikit tidak selesa dengan renungan Syakir kepadanya. Syakir tersedar. Dia ketawa kecil.

"Sorry buat you tak selesa. I rasa macam tak percaya yang you Kie.. My Kie..," tutur Syakir dengan suara yang gemersik. Mawar semakin tidak selesa apabila mendengar perkataan terakhir yang diucapkan oleh Syakir itu.

"Okaylah. I balik dulu. Kita jumpa di restoran esok," Syakir terus masuk ke dalam perut kereta. Sebelum dia pergi, dia merenung Mawar yang masih belum berganjak dari situ. Bibirnya masih mengukir senyuman manis.

Mawar tersedar bahawa Syakir masih melihatnya dari dalam kereta. Cepat-cepat dia berjalan menuju ke pintu rumah. Nafas seakan tersekat di kerongkong saat ini. Sesak. Serabut. Itu yang dirasakan Mawar.

Baru sahaja dia mahu menyalahkan Aydean kerana sangkanya Aydean yang memberitahu Syakir tentang dirinya. Rupa-rupanya Syakir tahu segalanya sendiri.

Mawar melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang ke arah telefon bimbit yang menjerit-jerit minta di jawab. Mawar boleh mengagak siapa yang menelefonnya saat ini. Dengan malas, Mawar mencapai telefon bimbitnya dan menyentuh ikon berwarna hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

"Kie, let's me explain," tanpa menunggu Aydean cuba menerangkan apa yang berlaku. Mawar berjalan duduk ke sofa ruang tamu.

"Nak explain apa?" soal Mawar tenang. Dia menyandar tubuhnya ke dada sofa. Tali hodiee dibuka dan ditolak ke belakang. Zip sweater ditarik ke bawah dan sweater di lepaskan dari tubuh. Hanya tinggal t-shirt sendat berwarna hitam ditubuh Mawar tika ini.

"Bukan I yang beritahu Shark pasal you," terang Aydean tiba-tiba. Mawar tersenyum sendiri. Entah mengapa dia lebih berasa selesa dengan Aydean berbanding Syakir.

"Saya tahu," balas Mawar ringkas. Hujung rambut dipintal sambil dia menanti Aydean meneruskan kata-katanya. Wajah Aydean yang cuak bermain difikiran Mawar. Mawar ketawa dalam hati.

Mesti mamat ni gelabah takut aku pukul dia!

"Owh, tahu? So, you tak marah I kan?" soal Aydean ingin tahu.

"Kenapa tak beritahu saya masa awak call saya tadi?" soal Mawar sengaja menerbitkan perasaan bersalah pada Aydean.

"I nak beritahu. Tapi, Shark ada sebelah I tadi," jawab Aydean dengan nada serius. Hatinya mula di serbu rasa kecewa.

"Soo, you dengan Shark... together... again?" lambat-lambat soalan itu keluar dari mulut Aydean. Dia sudah bersedia untuk terima segala jawapan dari mulut Mawar. Mawar diam.

"It's okay kalau you tak nak jawab," tambah Aydean lagi apabila Mawar tidak menjawab soalannya.

"If you dah kembali pada Shark, apa yang I pernah cakap pada you dulu, about my feeling. Just forget it," perlahan Aydean menutur kata. Dia menarik nafas dalam cuba menormalkan kembali detak jantung yang seakan memukul dadanya tika ini.

"Dean..," Mawar bersuara. Dia cuba meluahkan segala rasanya tika ini. Namun, kata-kata itu seakan tersekat dikerongkong. Dia kembali diam. Rasa keliru mula menerjah akal fikiran Mawar.

"It's okay, you. I faham. Cinta tak boleh paksa, right? So, after this, I dah tak boleh ganggu you lagi. I tak nak Shark cemburu," celah Aydean sambil ketawa yang dibuat-buat. Mawar menutup mata perlahan. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya pada Syakir. Tetapi, yang pastinya, dia sudah mula sukakan Aydean.

"Okaylah, you. I nak kena sambung shooting ni. So, lepas ni I lega sikit, dah ada Shark jaga you," tambah Aydean lagi.

"Good night, Mawar Kirana. My.... My best friend's girlfriend," ucap Aydean dengan getaran dihujung suara. Dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok tika ini. Talian di matikan.

Aydean yang berada di dalam kereta meraup wajah perlahan. Air mata mengaburi pandangan saat ini. Malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang dirasakan olehnya. Iye, sekali lagi Aydean mengalah untuk Syakir.

Kemudian, enjin kereta dihidupkan. Dia memandu pulang dengan hati yang masih berbekas kecewa.

MAWAR memandang kosong skrin telefon yang sudah gelap itu. Entah mengapa hatinya bagai dicarik-carik rasa kecewa. Mawar sudah mula berperasaan? Atau semuanya hanya mainan perasaan?

Sekali lagi mata dipejam kuat dan di buka perlahan. Dia cuba melenyapkan perasaan yang ada tika ini. Namun, gagal. Wajah Aydean berlegar-legar diruang fikirannya.

Kenapa Aydean? Kenapa bukan Syakir? Mawar mengeluh apabila mengenangkan esok pagi dia harus bertemu dengan Syakir. Dia tidak boleh lagi mengelak dari lelaki itu. Mahu atau tidak, dia harus bersemuka dengan Syakir dan menjawab segala pertanyaan lelaki itu.

Aydean? Syakir?

Entah.

××××××××××

Pagi-pagi lagi Syakir sudah mencari kelibat Mawar. Mawar pula sedang sibuk meneruskan kerja-kerjanya mengikut jadual. Petang nanti, majlis kecil akan diadakan di restoran itu. Jadi, Mawar dan krew lain agak sibuk dengan persiapan masing-masing. Dihati kecil Mawar, dia bersyukur kerana masih diberi rezeki untuk terus berkerja di situ.

"Kie, come kita berbual dalam office," ajak Syakir. Mawar memberhentikan kerjanya. Dia menoleh ke arah Syakir yang sudah pun tercegat di belakangnya.

"Encik Syakir, saya masih ada kerja yang perlu saya buat. Petang nanti...," belum sempat Mawar menghabiskan kata-katanya, Syakir cepat-cepat memotong.

"Takpe, I dah suruh Adam dan Siti settelkan kerja-kerja you," celah Syakir dengan tenang. Mata redupnya memandang wajah Mawar.

"I need to talk with you, Kie. Please...," tambah Syakir seakan merayu. Mawar terpaksa akur. Dia membersihkan tangannya dan membontoti Syakir ke pejabat.

"Syakir!!" tegur seseorang. Langkah Mawar dan Syakir terhenti. Masing-masing menoleh ke arah susuk tubuh yang sedang menghampiri mereka.

"Kenapa I call you tak jawab? Kan kita nak pergi beli barang hantaran hari ni," Maira yang berbaju kurung moden berwarna merah jambu itu, kelihatan begitu cantik sekali. Mawar ukir senyum nipis melihat Maira yang berdiri di sebelahnya. Gadis tinggi lampai persis model itu kelihatan amat sepadan dengan Syakir.

"Maira.. I... I have something to tell you," ucap Syakir sambil matanya beralih ke arah Mawar. Mawar kecut perut. Dia bimbang Syakir memberitahu tentang dirinya pada Maira. Sebolehnya dia tidak mahu wanita itu tahu dan salah faham padanya.

"Aaa. Encik Syakir.. Takpe. Kita boleh bincang lain kali. Saya pergi sambung kerja saya," celah Mawar. Tanpa menunggu lagi, dia terus melangkah kembali ke dapur.

Terkelip-kelip mata Maira melihat Mawar sehingga wanita itu hilang dari pandangannya. Kemudian, mata galak itu beralih ke arah Syakir si buah hati. Lelaki itu direnung.

"So.. Apa yang you nak beritahu I?" soal Maira ingin tahu. Syakir bungkam seribu bahasa. Dia menarik nafas dalam. Dia faham akan riak wajah Mawar itu tadi. Pasti wanita itu tidak mahu Maira tahu mengenai dirinya.

"Actually.. I..I," kata-kata itu seakan tersekat dikerongkong Syakir saat ini. Seakan sukar untuk dia berterus terang pada Maira tentang Mawar. Tetapi, dia mahu Maira tahu bahawa wanita yang dicari selama ini telah dia temui. Dan dihatinya masih ada cinta yang masih berputij di hati.

bersambung....

sorry korang.. lambat hari ni.. esok tiada update yeee.. untuk yang menanti update GANTUNG 2, ai minta maaf sebab lamaaaaa sangat tak update.. Insya'Allah minggu depan ai updated yee.. sorry atas kelambatan dan ketepuan yang melanda ai sejak kebelakangan yinni. otak ai dilanda tepu yang agak pekat gayanya..kahkahkah.. jangan marah tau.. kalau marah, ai jual!! eh..eh.. kalau nak tengok setiap watak dalam cerita ni, boleh intai facebook ai ah clans.. boleh bayang² kan watak dalam tu..heroinnya semanis ai..silalah muntah..kahkahkah.. so, happy reading mengkomeeee....muah..muah..

Share this novel

rozz...
2020-11-29 21:49:19 

update laa lelaju....


NovelPlus Premium

The best ads free experience