Bab 47

Romance Series 113890

Bang Bang

"Abang..!" jerit Yus apabila melihat Aniq sudah jatuh duduknya dari kerusi.

Yus lantas bangun dengan payah disebabkan tangannya yang masih berikat ke arah Aniq yang cedera. Manakala Amir pula sudah terlentang di atas lantai berlumuran darah. Tai yang mendengar dan melihat kejadian tersebut terpaku dan apabila mahu melarikan diri, sudah terlambat. Pihak polis sudah menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut.

Yus sudah teresak menangis di tepi Aniq melihat bahu kirinya dan dada yang sudah basah dengan darah merah.

"Shh... Abang okey.." ucap Aniq sambil dan dengan susah payah berusaha memotong tali yang mengikat tangan Yus. Setelah tali berjaya dibuka, Aniq mencapai tudung Yus yang berada di tepinya lalu menutup rambut Yus yang terdedah.

"Aniq!"

"Tuan Aniq!"

Panggil Syam dan Azman lalu dengan pantas mendapatkan Aniq yang sudah terbaring berlumuran darah dengan muka yang luka serta bengkak.

"Cepat, panggil medic, bawa Aniq ke hospital segera" arah Tuan Yunus yang baru tiba.

Lain-lain anggota dan pegawai bantuan dari cawangan lain sibuk menguruskan Tai dan Amir. Tai telah berjaya ditangkap, manakala Amir pula meninggal ditempat kejadian setelah menerima dua das tembakan di dada.

Aniq yang berada di sisi Yus sudah terkulai pengsan kerana kehilangan darah. Yus sudah menangis teresak dan Aniq sudah diangkat di atas stretcher lalu dibawa menaiki ambulans yang sudah bersedia di luar untuk membawa Aniq ke hospital. Yus turut sama masuk dan berada di dalam ambulans tersebut.

+++

"Akak!" panggil Amy yang baru sampai di hospital terus meluru ke arah Yus yang sedang duduk di kerusi menunggu dengan wajah dan pakaian yang tidak terurus.

Amy dengan pantas datang ke hospital setelah mendapat panggilan dari Syam sebentar tadi. Amy juga turut bawakan pakaian dan tudung Yus untuk ditukar.

Menangis Yus dalam pelukan adiknya itu. Amy yang masih terkejut dengan apa yang berlaku cuba untuk menenangkan hati Yus. Belakang Yus diusap perlahan.

"Kak, orang ada bawakan baju ni, abang Syam pesan mintak bawakan. Akak pergilah salin pakaian dulu. Nanti kita makan, orang ada bawakan pau ni." ucap Amy sambil menyerahkan tote bag pada Yus.

"Akak nak tunggu abang" kata Yus dengan suara yang masih teresak.

"Akak.. Kau pergi la salin pakaian ni dulu. Nanti datang sini balik. Takkan kau nak pakai pakaian selekeh macam ni bila jumpa abang Aniq nanti" pujuk Amy.

Yus menangguk dan perlahan berjalan menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Lebih kurang dua puluh minit, Yus sudah kembali kepada Amy dengan pakaian yang sudah ditukar.

Amy mengajak Yus duduk lalu diberikan pau dan air botol.

"Kau makan sikit kak. Kalau tak ada tenaga macam mana nak tunggu abang Aniq. Mama dan Pakcik abang Aniq, orang dah call dan diaorang pun dalam perjalanan ke sini" beritahu Amy sambil mengambil pau dari dalam plastik lalu serahkan pada Yus.

Yus mengambil pau dan sebelum itu, tekak dibasahkan dengan air mineral.

Dalam masa menyuapkan pau ke dalam mulut, air mata Yus tak henti-henti menitis.

"Akak.. Jangan la macam ni. Kita doakan semoga abang Aniq selamat dan dipermudahkan semua urusannya. Kau kena kuat kak" nasihat Amy.

"Assalamualaikum"

Pantas Amy dan Yus bangun apabila Tuan Yunus datang bersama Syam.

"Waalaikumsalam Tuan" jawab Amy lalu tangan dijabat.

"Awak okey Puan Yus?" soal Tuan Yunus.

"Saya alhamdulillah Tuan. Saya dah terima rawatan tadi dan tiada apa yang serius" terang Yus.

"Alhamdulillah.. Cuma saya nak minta kerjasama dari Puan Yus untuk hadir ke Balai Polis untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan. Puan Yus boleh berhubung terus dengan saya atau Insp Syam jika ada sebarang masalah. Saya doakan semoga Tuan Aniq selamat dalam pembedahan ini dan dipermudahkan segala urusannya" ucap Tuan Yunus.

"Baik Tuan, saya akan hadir. Terima kasih Tuan kerana datang membantu menyelamatkan saya dan Aniq" bergenang air mata di tubir mata Yus. Amy di sebelah Yus sudah memeluk bahu kakaknya itu dan menggosok perlahan bagi memujuk.

"Bukan hanya saya tapi patut berterima kasih pada Insp Syam dan Koperal Azman kerana mereka yang memaklumkan perkara ini pada saya. Puan Yus jangan bimbang, Tai pasti akan dikenakan hukuman yang setimpal." kata Tuan Yunus.

"Terima kasih sekali lagi Tuan." ucap Yus dan Amy hampir serentak.

"Okey lah saya nak kena gerak, kalau pembedahan Tuan Aniq sudah selesai, hubungi saya segera" pesan Tuan Yunus.

Yus dan Amy menggangguk.

"Syam, saya nak kamu tunggu dan maklum segera perkembangan Tuan Aniq" arah Tuan Yunus.

"Baik Tuan"

"Saya balik dulu, Assaalamualaikum" ucap Tuan Yunus sambil berjabat tangan bersama Amy dan Syam.

"Yus, awak duduk la dulu rehat. Awak pun penat tu" pinta Syam.

"Thanks Syam. Saya tak tau apa jadi kalau awak semua tak datang tadi" ucap Yus sambil air mata dipipi dikesat.

"Yus, kita orang dah macam adik beradik dah. Lagi pun kes ni dah jadi kes serius. Dah tentu kitaorang akan bagi bantuan selagi yang mampu" balas Syam.

Tidak lama, seorang lelaki berpakaian warna hijau dengan face mask masih bergantung di leher keluar dari bilik pembedahan. Automatik ketiga-tiga mereka berdiri mendapatkan lelaki tersebut.

"Saya Doktor Hanif, cik bertiga ni ahli keluarga pesakit ke?" soal Doktor Hanif sambil memandang bergilir-gilir ketiga-tiga wajah mereka.

"Saya Yus, isteri pesakit" laju Yus jawab.

"Oh, suami Puan dah selamat dibedah dan peluru telah pun dikeluarkan. Cuma pesakit agak lemak kerana kekurangan darah dan masih lagi belum sedarkan diri. In sha Allah, pesakit akan sembuh seperti biasa. Bersyukur kerana peluru tidak terkena pada tulang bahu, jika tidak tangan kirinya mungkin tidak dapat berfungsi seperti biasa. Cik semua boleh berjumpa pesakit cuma jangan ganggu dan buat bising" terang penerangan Doktor Hanif.

Menitis air mata Yus kerana gembira. Alhamdulillah Aniq dah selamat. Kedua-dua tangan naik mengaminkan di wajah yang sudah sembab.

"Terima kasih banyak Doktor" ucap mereka serentak.

"Sekejap lagi pesakit akan dipindahkan ke wad biasa, dan bolehlah berjumpa dengan pesakit" tambah Doktor Hanif.

"Doktor, saya Insp Syamsul, boleh saya dapatkan peluru yang doktor keluarkan dari bahu Tuan Aniq?" soal Syam.

"Ye, boleh. Saya pun tertanya juga kepada siapa nak saya serahkan. Tuan Syam boleh ikut saya ke pejabatlah untuk serah menyerah. Kalau macam tu saya beredar dulu" ucap Doktor Hanif lalu meninggalkan ruang tersebut bersama Syam.

"Terima kasih sekali lagi Doktor" ucap Amy pada Doktor Hanif.

+++

"Kak, kau nak makan apa-apa tak? Orang nak pergi kafe. Lapar la pulak" tanya Amy.

"Akak tak lapar la Amy, lagipun pau tadi pun masih ada. Kalau lapar akak makan pau je" ucap Yus pada Amy tapi pandangannya masih lagi pada Aniq yang terbaring lemah di atas katil. Mujurlah Amy uruskan supaya Aniq di tempatkan di sigle room.

"Kalau macam tu orang keluar dulu. Ada apa-apa akak call orang. Telefon akak dan abang Aniq ada dalam laci. Tadi abang Syam serah. Charger orang tak bawa tapi power bank ada dalam tu sekali, cable pun ada" ucap Amy.

"Okey, thanks Amy"

Yus masih duduk di kerusi di sebelah kanan Aniq. Jari kanan Aniq sedari tadi berada dalam genggamannya. Sekali pun tidak dilepaskan. Luluh hati Yus melihat luka yang ada pada wajah dan badan Aniq. Menitis air matanya.

"Maafkan sayang abang, sayang tak jaga diri betul-betul" ucap Yus dalam sedu. Kepala ditundukkan di atas katil dengan tangis yang masih berlagu. Akibat penat dan tubuh yang masih lemah, Yus terlelap di sisi Aniq.

Jari kanan Aniq bergerak-gerak. Anak mata Aniq bergerak ke kiri ke kanan dan perlahan-lahan kelopak mata Aniq terbuka sedikit demi sedikit. Aniq memerhatikan sekelilingnya dan terpandang seseorang yang sudah terlena di sisinya. Tersenyum Aniq dalam kepayahan kerana bibir yang pecah dan muka yang bengkak.

"Sayang... Sayang..." perlahan suara Aniq memanggil Yus.

Terbangun Yus apabila terdengar suara memanggilnya. Dilempar pandangan ke sisinya dapati Aniq tersenyum manis walau ada kepayahan di situ.

"Abang..." ucap Yus lalu air mata kembali membasahi pipi.

"Hey.. Kenapa menangis ni. Abang selamatkan. Dah, shh.. Shh.." ucap Aniq lalu tangan kanan naik mengusap kepala Yus.

Yus senyum gembira dengan air mata di pipi dilap.

"Abang nak air? Sekejap sayang ambilkan. Abang mesti dahaga" tanya Yus lalu bangun menuang air di dalam gelas dan mengambil straw supaya mudah Aniq minum.

Sampai semula di tepi katil, Yus mendekatkan gelas pada Aniq dengan meletakkan straw di bibir. Perlahan Aniq meneguk air, separuh gelas juga air di minum Aniq. Yus letak kembali gelas pada meja sisi.

Tidak lama pintu di tolak dari luar dan masuk seorang lelaki memakai jubah putih dengan stetoskop bergantung di leher dan seorang jururawat di belakannya.

"Assalamualaikum, saya Doktor Aiman yang merawat Tuan Aniq. Boleh saya buat pemeriksaan?" soal Doktor Aiman.

Mendengar sahaja pertanyaan Doktor Aiman, pantas Yus memberi ruang pada Doktor Aiman untuk membuat pemeriksaan.

"Alhamdulillah.. Tekanan darah.. Semua okey. Cuma luka masih baru dan perlukan rehat. Tuan Aniq perlu tinggal di wad sementara pemerhatian lanjut dibuat. Jika tiada apa-apa, dalam seminggu macam tu, dah boleh discharge. Ubat kena makan ikut waktu. Okey" terang Doktor Aiman.

"Baik Doktor, terima kasih" ucap Aniq payah.

"Terima kasih Doktor" ucap Yus pula.

Sebaik Doktor Aiman dan jururawat keluar, muncul Amy bersama mama dan Pakcik. Meluru masuk mama ke arah Aniq. Basah wajah tua itu dengan air mata.

"Mama... Qib okey. In sha Allah. Tak ada apa-apa, lepas seminggu dah boleh discharge" ucap Aniq lalu tangan mama disalam dan dicium kekura itu.

"Qib.. Ni dah kali kedua Qib ditembak. Mana mama tak susah hati. Yang sebelum ni, nyaris Qib nak tinggalkan mama. Mana la mama tak sedih Qib. Mujurlah arwah Haidar ada dermakan darahnya pada Qib masa tu, kalau tidak mama tak tau mana nak cari darah spesis rare macam kamu ni Qib" panjang lebar mama bersuara.

Yang Aniq di atas katil dah macam kucing nak beranak mendengar apa yang mama katakan. Dipandang wajah Yus si sebelahnya. Adoi..

Yang mama ni pun.. Masa ni la nak buka cerita. Yus sudah terdiam di sisi Aniq mendengar cerita mama.

"Hm.. Mama" panggil Yus.

Ah.. Sudah.. Apa Yus nak tanya mama ni.

"Arwah abang Haidar buat apa pada abang?" soal Yus pada mama. Mungkin ini jawapan bagi soalan yang sering berlegar di fikiran Yus mengenai parut seperti luka tembakan pada badan Aniq.

"Yus, waktu tu Aniq cedera parah dan banyak kehilangan darah. Aniq pula darah jenis O negatif. Mana la nak cari darah jenis tu. Syukur Allah hadirkan arwah Haidar. Darahnya sama dengan Qib dan arwah setuju dermakan darahnya. Kalau arwah tak ada waktu tu, mama tak pasti apa yang jadi. Mungkin Qib dah ada dengan kita sekarang. Itu sebab masa Qib bagitau dia nak nikah dengan Yus, adik arwah, mama tak perlu fikir panjang. Kalau dah arwah hatinya mulia, tak mustahil adiknya pun sama." panjang cerita mama. Pakcik yang berada di sebelah mama mengurut perlahan bahu isterinya.

Aku dan Amy saling berpandangan apabila mendengar apa yang disampaikan mama. Sungguh tak aku sangka, itu ceritanya. Tapi.. Takkan abang kahwin sebab nak balas budi arwah abang Haidar.

Pantas Yus berpaling menoleh pada Aniq di sisi.

"Yus sayang, mama tau apa yang Yus sedang fikirkan sekarang. Tak.. Qib bukan begitu. Qib terima Yus kerana dia sayangkan Yus. Mama dapat lihat di mata Qib, sama macam dengan arwah Fatin tapi kali ini lebih lagi mama nampak di mata Qib." lalu tangan Yus yang berada di atas perut Aniq dicapai dan ditepuk perlahan. Mata mama nampak gembira sekali.

"Kina, apa kata kita balik rumah Qib dulu. Nanti esok kita datang lagi. Qib pun dah stabil." cadang Pakcik.

"Kalau macam tu kita gerak sekali tapi sebelum tu, mari saya bawa makcik dan pakcik makan. Tentu laparkan" ajak Amy yang dari tadi hanya diam di hujung katil.

Puan Sakina bangun lalu cium di labuhkan pada dahi Aniq dan Yus turut menghampirinya lalu bersalam dan berpelukan seketika.

"Pakcik gerak dulu" ucap Pakcik pada Aniq dan Yus.

"Akak, esok orang datang lagi. Abang Aniq, saya balik dulu" pinta Amy.

Ketiga-tiga mereka bergerak keluar dari bilik tersebut.

Aniq pandang wajah Yus di sebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience